Menjelang persekolahan tahun 2016.
Saban hari kerja adik membelek email untuk melihat jawapan penempatan sekolah tidak ada jawapan lalu akhirnya kena akur mendaftar dan membeli peralatan di sekolah terdekat dengan rumah. Adik kelihatan hampa namun itulah hakikatnya walau sudah berkali-kali kawan-kawannya juga menghadapi benda yang sama. Setelah empat tahun memakai kasut hitam ke sekolah (sejak tahun 3 hingga tahun 6) adik menjangkakan pada tahun 2016 dia akan mula memakai kasut putih seperti sewaktu bersekolah di tahun 1 dan 2.
Baru sehari membeli kasut putih esoknya dapat pula surat tawaran ke sekolah kluster siap dengan senarai barangan keperluan termasuk kasut sekolah berwarna hitam. Malam itu kami keluar semula ke kedai kasut yang sama di Plaza Angsana menukar kepada kasut hitam. Namun sayangnya buku-buku yang kosnya lebih-kurang RM200/- terpaksa habis begitu saja. Mujur juga sewaktu membeli baju sukan ada sebahagian keperluan belum ada lagi. Bersekolah di sini membeli lagi keperluan seperti yang disenaraikan tapi juga hanya bertahan dua bulan baru tawaran ke sekolah idaman adik kini perolehi. Mujur buku sekloah kluster boleh digunakan di sekolah yang baru ini. Hanya syarat diberikan untuk kasut hitam kulit atau pvc. Jenis canvas yang baru dibeli dan dipakai tidak sampai dua bulan tidak menepati syarat.

Pengajaran buat anak-anak tahun 6 yang menduduki UPSR tahun ini sebaiknya untuk masuk tingkatan satu tahun depan pakailah dulu kasut lama atau jika membeli yang baru belilah yang harga murah bawah RM50/- saja. Sebab panggilan untuk ke sekolah berasrama hanya di buat pada pertengahan bulan Februari. Membazir jika kasut yang kita beli tidak boleh digunakan. Anak makcik bernasib baik sebab adik ada kakak yang merupakan pengawas sekolah memakai kasut canvas juga berwarna hitam. Anak-anak makcik mempunyai saiz kaki yang sama. Jadi kasut hitam canvas adik boleh dipakai oleh Kak Meen. Kesemua sahabat baik adik yang sama-sama di sekolah kluster juga sejak bulan Februari satu pun tidak ada di situ lagi. Masing-masing sudah terpisah sekolah.
Jumaat lepas ke sekolah adik kerana adik tidak sihat dengan suara sekali hilang. Kalau musabaqah mesti kecundang! Kasihan juga. Mama datang tanpa sebarang air sejuk. Bimbang bertambah teruk dengan demamnya lagi. Ke klinik mengambil ubat dapat cuti dua hari tetapi biasalah tetap ke sekolah juga sebab ubat sudah ada. Sabtu pula sedang mama berehat sambil melipat baju terdengar tangisan di hujung talian telefon. "Kasut sekolah adik terkopak. Macamana ni mama?". Terus saja mama dan papa bertolak lagi ke sekolah adik selepas berhenti sekejap di shopping mall membeli sepasang kasut dan sedikit makanan buatnya. Dua hari berturut-turut mama-papa 'mengukur jalan' dari JB ke sekolah adik. Memang letih.

Tapak - Habis terkopak tapaknya. Lihatlah bunga bawah kasut pun masih elok lagi tetapi sudah terkopak. Mungkin sebab rak kasut di corridor adik mendapat pancaran matahari panas lama-lama terkopak. |
~~Selagi adik masih belum betul-betul pandai berdikari mama/papa sentiasa mendekatkan diri dengan telefon bimbang ada panggilan darinya.~~
42 comments:
sama la kita kakzakie..masa hero bongsu acik diasrama..telefon sentiasa disini..sebelum suboh setiap hari telefon dah berbunyi,
tapi adik kuat..anak acik dulu sebulan je bertahan.dah hari2 telefon menangis..acik pun tak tahan juga..bawak balik..sekolah je dekat rumah
Noted kak. Boleh pesan kat kakak siqah juga tak payah beli barang keperluan sekolah awal. Tahun depan anak saudara siqah masuk form 1.
Semoga adik baik2 saja di sekolah dan belajar berdikari. Naluri seorang ibu dan ayah sentiasa risaukan anak. Sayangggg :)
macam2 ragam cerita pasal anak bersekolah ni kan kak...
kalau k.long kat rumah ni... sekali tuh cikgu suruh pakai seluar track kat dalam kain, pastu bleh plak pakai tight, pastu tokleh plak tight, mesti pakai kain dalam.. adoiiii....
adik anak bongsu lambat sikit la dapat berdikari kak berbanding ngan kakak kakaknya..sayang, lebur duit buku begitu jer..nasib kasut kak meen boleh muat.. takde la membazir..
Betul jugak asrama panggil dalam bulan dua macam tu, elok pakai yang lama dulu. Mujur saiz kak meen sama dengan adik boleh la share share kata Fadya hehe. Bila terkopak aunty rasa nak marah kilang ja sebab masih baru hehe, tapi lebih baik ada 2 pasang untuk spare.
sian adik baru2 gitu la kak...tak lama lagi giliran saya pulak...tapi umur kak long jauh beza nye dengan adik...moga2 dia dah pandai berdikari sikit...sebelom ni kak long memang tolak semua tawaran duduk asrama...kali ni dah tak bole nak elak dah...malahan dia yg beria2 mungkin dah beso kot jadi keyakinan dan keberanian tu lebih sikit...
owh begitu yer kak...memang membazir la juga ya bila tak boleh nak digunakan di sekolah baru...tq kak for sharing info tentang kemasukan ke sekolah berasrama tu...
kalau kita tak pasti baik pakai yg lama dulu...klau x membazir saja...tak semua sekolah pakai kasut hitam...
Ooohh...x boleh ek?
membazir la pulak kalau x leh pakai..
Alahai adik.semoga diberi kesmebuhan dengan segera.
semoga cepat sembuh adik. anak saya yg 8 tahun tu tahun ni dah 6 pasang kasut kak. dulu kata minat kasut bertali, saya belikan online. silap size pulak. pastu bila tengok kawan dia pakai jenis lain. dia minta kasut lain. belilah lagi 2 pasang. skrg dia stay pakai yg bertali. wiken baru ni belikan lagi sepasang sebab ada yang dah tak muat
YELAH KAKZAKIE XPERLU TERBURU-BURU BELI KASUT MAHAL UTK MASUK TINGKATAN SATU NANTI MEMBAZIR JIKA ADA PERUBAHAN KEPERLUANNYA...BERJIMAT DLM SEMUA PERKARA.
dengan anak-anak ni, mama papa sanggup buat apa sajakan kakzakie, selagi kita terdayalah kan, hai dengar anak menangis kata kasut terkopak boleh buat kita tak senang duduk kan kak
ema tahun ni baru mula kasut hitam utk si kakak azwa bila dilantik menjadi pengawas...nasib baik belum beli kasut putih lagi..
In sha Allah kakak...nanti dah tingkatan 2 dan seterusnya adik dah boleh berdikari..ini tahun pertama...masih sedang belajar mencari rentak dan irama...tapi PC tidak nafi...sebagai anak...biar sudah berumahtangga sekalipun bila sedih pasti mencari mak ayah...cukup sekadar untuk mengadu...dan mak ayah kita sendiri pun boleh rasa bila anaknya tidak ok..
kecian tgk ank2 pakai kasut yg dah koyak...
zaman kita dulu2 tak kisah pun,pakai sampai sethn,
nak minta kat emak takut,time tu duit tak cukup...
sekrg ni mewah ank2 kita kan,minta apa semua dapat...
moga adik cepat sembuh..take care elok2 lg cuaca yg sgt panas ni plus bykkan minum air jgk dik...=)
Cepat terkopak kasut tu ye kakzakie..
Kemungkinan juga sebab kena pancaran matahari..
Yang anak saya Nabilah pula cepat sempit..
Panjang sungguh pula kakinya..
Noted kakzakie..
Kalau ada rezeki Najeeha nanti sekolah asrama kena beli mana yg perlu jer..
Takut membazirkan kak..
Semoga adik cepat sembuh ye :)
salam kakak~
betol lah kan~ selagi Adik belom betol2 boleh berdikari memang kena bagi perhatian lebih skit. selalunye awal2 tahun jer. lepas tuh nanti mesti ok. sebab dah mula ade kawan baik dan ade kawan untuk kongi masalah. InsyaAllah lepas tuh adik boleh berdikari.
Mana tahankan kak bila dengar suara anak menangis di telefon. Kalau boleh dan-dan tu juga nak terjah tengok anak, nak selesaikan masalah yang timbul. Macam nilah agaknya ibubapa saya rasa bila saya mula berjauhan tinggal di asrama. Kata emak, sebaik aje tiba hari Sabtu, bukan main awal arwah abah dah bersiap kerana nak menjenguk anak perempuannya di asrama, siap dengan bekalan cukup sebulan tapi tiap-tiap minggu dihantar! Kalau rindu meruap-ruap, hari Ahad pun minta izin warden nak jumpa anak! Terharu pulak saya rasa!
Nanti, InsyaAllah, bila tiba turn saya pulak, entah macamanalah gayanya. Lebih teruk daripada abah saya rasanya saya nanti bila dah rindu pada anak!
betul tu.. sbb biasalah pgilan ke asrama or sek kluster lwt sikit kan.. jd awl2 tu beli y mrh2 dlu..blia dh cnfirm sek bru beli baru.
comey kasut adik y latest tu
Mersing dengan JB berapa jam ye kanda?
Layan ajelah kanda. Best jugak mengukur jalan tak payah masak hihi... Yelah adik baru 13 tahun mmg masih kecik lagi tu. Mmg banyak lagi kebergantungan kpd kita mak ayahnya....
Tapi suka dengan semangat adik yg kuat tu...
tengok kasut adik ni teringat kenangan masa di sekolah asrama kak..amie dulu pun mcm adik jugak kak..sempat la jugak ke sekolah biasa sblum ke asrama penuh...
tapi dulu arwah mak abah orang susah..nk ke asrama amie pun mmng jauh sgt..amik masa lebih 3 jam..alhamdulillah ada abg kakak..sume menolong adik dorang sorang ni yg manja ni...ngeeee
Anak saya dudok diasrama. Sebelum balik semula ke asrama saya selalu berpesan suroh dia check betoi-betoi. Takut kunci locker tinggai, lencana sekolah tinggai, buku tinggai, boot bola tinggai....tapi setelah 10 minit, dia kata semuanya dah siap. In fact dari semalam lagi! Wow...kali ni dia hebat! Saya pon pi antaq dia balik sekolah. Pukoi 10.30 malam elok saya nak masuk bilik, saya dapat satu message. bunyinya seperti berikot....
"Papa...
...tulong....
...urgent ni....
...takdak yang ni tak buleh nak pi sekolah..."
Saya balas dan tanya apa dia? Anak menjawab...
"Spenda tinggai..."
Iman soffea nk duk asrama lps upsr nti klu result baguihhhh lh..
Tapi kmi ckp belum masanya...
alahaiiii sian adik...kasut pun ade syarat2 kan kakak..ingat kalau hitam tuh hitam je xkisah ape jenisnye..hehe..
Peraturan kat sekolah. Nak tak nak kena ikut juga. Bila anak berjauhan mesti akak rindu kat anak-anak kan.
2 org anak saya yg masih bersekolah pengawas jugak..yg pakai kasut hitam..dek kerana kasutnya hitam..maka dlm setahun..2 kali ja basuh haha..
TAhniah adik.. dpt masuk skolah kluster... =D bukan senang tu... belajar rajin2 ye.. =D tapi sekarang ni dah banyak sekolah amalkan kasut hitam.. mungkin tak sakit mata tengok kasut putih yang kotor...
Setuju ngn semut hitam, rasanya diorg nk mudahkan bebudak ni jaga kasut kan;)
Setuju dgn kzakie, kasut yg twrkopak tapaknya masih cantik dan elok, bwk jumpa doktor kasut, still boleh gunakan lps tu kan;)

sekarang dah macam-macam pelaturan..dulu saya pakai selipar ke sekolah kerana jalan yang kami lalui tanah becak...belum ada jalan tar
Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Tahniah adik dapat masuk sekolah kluster. Anak saya yang ketiga, acik adawiyah pun sama masuk sekolah kluster aliran KAA. Dah beli pun kasut canvas putih, sebaliknya kena pakai kasut hitam kulit@pvc. Akhirnya terpaksa beli yang lain. Kasut canvas putih tu, guna untuk jogging je kut...hehe
Tahniah adek dapat ke sekolah asrama...
Memang macam tu lah kalau anak2 kita ni ke asrama... mak ayah sentiasa jer tak jauh dengan telefon.
Tapi anak lelaki KN yg ke3 dulu tu... kental sikit kot... jarang nak telefon... jarang nak mengadu apa hal... sebaliknya kalu mak nya ni pergi melawat sekali2 banyak bende bertanya kat dia... dia selambe jer...
macam tu pulak..ingatkan boleh je pakai
informative entry ni. happy mother day kak zakie
assalamualaikum kakzakie...kesian adik...nasib baik tidak terlalu jauh sangat rumah ke sekolah adik kalau tidak susah jugakan...;)
nanti bila dah ada dua pasang, senang nk tukar2...
saya dulu lepas SPM, dah bayar yuran Form 6, baru dpt tawaran ke U...seminggu je pergi kelas..redho je lah..sib baik baju sekolah yg lama masih ok lg..
Hero sulung makin lasak, kasut tahun ini macam 2 bulan sahaja bertahan. Dah 2 pasang kasut sudah dibeli. Ini nampak gayanya kena beli baru lagi sepasang.
comeiii kasut adik last pic tu, kasut gitu lagi senang jaga dari kasut kanvas.. teringat plak saya dulu masa mula dok asrama hilang itu ini, jenuh jugalah mak ayah ulang alik tambah apa yang patut.. hihi
diusia adik, mmg masih memerlukan mamapapanya.
mcm mcm jns kasut juga ye walaupom hitam. hitam bukan sbrg hitam lah ye.
cntik kasut yg terakhir tu..
Post a Comment