Friday, May 13, 2016

Peluang diperolehi tidak sama

Setiap kita mempunyai kehendak dan kemampuan tersendiri. Perasaan mahu memberi, bersedekah, membuat kebajikan tidak banyak sedikit pasti terselit di sanubari. Namun tidak semua orang ada peluang tersebut. Seperti laluan kehidupan harian aku bukan mudah untuk memberi / bersedekah. Peluang untuk bertemu orang ramai ketika ke masjid hanya di hujung minggu. Sepanjang laluan pergi dan balik kerja, peluang bertemu mereka yang memerlukan bantuan sukar sekali. Bila ada peluang di depan mata pula ada kalanya bagaikan terlepas pandang itulah akibatnya jika ia bukan amalan yang istiqomah.

Sehinggakan tempohari selesai menumpang bersolat di masjid ketika dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan, tabung masjid pun aku tidak temui. Terasa betapa kerdilnya diri ini sehingga Allah tutup mata aku dari menemui tabung masjid. Menurut hubby tabungnya terletak di bahagian depan mimbar depan yang mana jauh dari ruang solat wanita. Aku serahkan pada hubby untuk membantu aku menghulur. Tidak tahu pula mengapa di ruang solat wanita tidak disediakan seperti masjid lain. Apa perasaan anda jika begitu? Sedih kerana pasti ada yang tidak kena pada diri aku hingga ini pun boleh terjadi.

Aku juga terkenang semula awal bulan ini duit di dalam sampul yang aku berikan kepada Kak Meen untuk dihulurkan kepada kawannya yang baru pulang dari hospital juga belum kesampaian. Bukan banyak mana pun, hanya RM30/- saja. Jangkaan awal Kak Meen dan rakan-rakannya akan berkunjung ke rumahnya tetapi petang itu ada pula kegiatan di sekolah. Bila malam hendak pergi ada pula tuisyen. Esoknya juga tuisyen-tuisyen dan kegiatan sekolah. Selepas itu masing-masing sudah sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Menurut Kak Meen hujung minggu ini baru mereka pergi. Bayangkan hampir 2 minggu belum lagi sampai sasarannya.

Oleh sebab itulah mengapa aku semampu boleh mahu memberi apa juga yang boleh menggembirakan anak-anak yang mengaji di rumahku biarpun sekadar makan keropok lekor, kerana peluang aku banyak di situ. Jariah lain terlalu sukar untuk aku perolehi. Apa pun sumbangan/sedekah melalui online yang kita berikan kita sekadar mampu berdoa semoga ianya sampai kepada sasaran yang memerlukan. Beruntung mereka yang bekerja di kelompok orang ramai. Seperti tahun-tahun sebelum ini peluang terbuka luas untuk menghulur sebab setiap hari aku menghantar adik pergi atau balik sekolah. Ramai budak boleh ditemui dan boleh dihulurkan. Walau sekadar menumpangkan mereka naik kereta pun sudah cukup membahagiakan diriku.

"Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan kebaikan sehingga engkau infakkan apa yang engkau cintai" (Suroh Ali-'Imran: 92)


~~ Bukan yang menerima saja gembira tetapi jika kita dapat memberi kita akan lebih gembira sebenarnya.~~


43 comments:

Dkna Abza said...

salam singgah kak di pagi jumaat penuh berkat

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi jumaat..
Insya'Allah kak...walaupun sekecil zarah...
nikmat dan hikmahnya kita dapat rasainya :)

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah kak..entry akak ni beri kesedaran pada izwa bahawa ..

ok takpe izwa simpan niat izwa tu sendiri..malu nak bagitau tapi biar ALLAH SWT sahaja yg tahu.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu kakak. Dengan memberi kita akan lebih bahagia. Allah juga akan menjauhkan 'musibah' asbab kita memberi tersebut. Kita bagi Allah bagi lagi banyak. Tidak terhitung nikmat Allah kepada kita. Walhal itu semua pinjaman yang sementara aje untuk kita menempuh ujian di dunia ini.

Bunda_nora said...

Rasanya yang memberi ni lagi teruja dan gembira kerana terlaksana sudah apa yang patut dibuat dengan niat atas nama Allah...

Puan Kutu said...

Betul kakak..sbb tu tangan yg memberi lebih baik drbyg menerima.bahagianyab5u sukar diungkap.semoga kita lebih berpeluang berbuat kebaikan.niat yg ikhlas sedikit ke banyak Alhamdulillah..

Liza said...

salam jumaat kak zakie...btl tu kak, lagi bnyk kita memberi lagi bnyk yg Allah berikan pd kita...insyaallah

Irfa said...

niat dah ada pun dah cukup baik kan kak
sekarang mudah dah kalau nak bersedeqah, online je
tp kena cari badan yang betul2 boleh di harap kan

SYANI said...

Betul tu kak... kekadang time kita nak memberi tu macam2 kekangan.
Kadang2 bersedekah bukan hanya dengan wang ringgit. Macam2 cara kita boleh bersedekah.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak...salam Jumaat..bila kita nak buat baik pasti ada dugaan..sebab Allah nak duga keikhlasan kita...kadang kita nak bagi dan tolong A...tapi macam susah sangat...rupanya Allah nak kita tolong B mungkin kerana B lebih memerlukan bantuan kita..itulah yang PC hadapi...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie..
Bila ada peluang kita gunakan sebaiknya..
Biar sedikit tapi istiqomah tu yg penting..

babYpose said...

Betul kak zakie, bertegur sapa lebih mudah itu juga merapatkan silaturahim tetapi tak dapat pula contoh meninggal komen di blog Blogger Kak PI. Susah hati jugak.. Sedekah semyuman paling senang pun belum tentu buat.. balas senyum pun sama pandang tetapi kadang fikiran ke lain hehe...tak tersenyum pula aii berbanyak berdoa lebih peka semua ni.inshaAllah moga sampai pemberian kak zakie nanti. Moga dipermudahkan oleh Nya...

Khairul Bariah said...

betul kak, kdg2 saya selalu macam tu, dah niat nak bagi tapi macam2 fikir langsung tak jadi, kenapa ek?

Nor Azimah Ali said...

Kadang pemberian sebiji gula2 pun sudah cukup mengembirakan anak2 saya yg ramai ni sehingga menuntut2 janji bila ticer nk bagi, kadang dah janji tu terlupa pula. Janji dgn anakanda umar zikri nk hadiahkan tabung utk hari lahir dia pun blm tertunai juga, betul..peluang tu byk, cuma kita tak berapa peka.

Nor Azimah Ali said...

Kadang pemberian sebiji gula2 pun sudah cukup mengembirakan anak2 saya yg ramai ni sehingga menuntut2 janji bila ticer nk bagi, kadang dah janji tu terlupa pula. Janji dgn anakanda umar zikri nk hadiahkan tabung utk hari lahir dia pun blm tertunai juga, betul..peluang tu byk, cuma kita tak berapa peka.

norhidana said...

betul tuh kan kak...
sbb tu dana suke msk2 pastu bwk pi opis mkn ramai2... bila kwn2 mkn kite rasa seronok...
kadang time gaji beli ns lemak banjer kwn opis mkn... kadang tak banyak pun seketul ns lemak baru rm1 lebih... tp rasa hepi bila kwn kata terima kasih n mereka mkn bersama2...

kita tak mampu nk derma ribu riban tp ckup apa yg termampu kan kak...

Unknown said...

Salam kakak..
terkesan pulak baca n3 kakak hari ini.
lepas nih Zura pon akan cuba carik peluang untuk memberi seperti kaka. moga dipermudahkan niat zura ini. :)

Inani Hazwani said...

Salam Jumaat kak. Betul tu kak, bila ada pelaung untuk melakukan jariah kena buat :)

adarnadzmie said...

semoga peluang unutk kita beramal jariah terbuka luas kak... walaupun sekecil hama sedekah kita... hati kita terasa lapang...

insyaAllah niat kita termakbul...Aamiin


Mohd Khairul Mohd said...

Galakan memberi dalma semua keadaan, di waktu susah atau pun senang. Sedikit atau banyak. Hebatnya kuasa memberi ini tidak tertakluk kepada siapa dan keadaannya.

Hsna Rahman said...

masyaallah kak..sama2 kita cuba kak..klu xmampu memberi secara fizikal, hantarlah doa untuk selruh saudara kita...insyaallah itu pun dikira memberi...niat sedekah bacaan/pahala utk semua..=)..thanks for this entry kak...kasi sentap neh!

paridah said...

NIAT BAIKNYA UTK BERBUAT KEBAJIKAN TLH DICATAT PAHALANYA KAN KAKZAKIE..INSYAALLAH TU...KITA BERNIAT YG BAIK2 SAJA ALLAH YG MELAKSANAKANNYA.

saniahibrahim said...

Yalah kakzakie,dengan memberi jadikan hati kita tenang ,apatah lagi bagi mereka2 yang memerlukan.

Ahlam Miera Shafie said...

inshaAllah kak.. niat baik akan akn diprmudahkan.. amin

Rozita Ceritaita said...

salam jumaat kak... biar Allah je yang menilai... tapi jasa mengajar anak mengaji tu tak terbalas dengan apa2 kak... bagusnya...

Mummydearie said...

Bila kita mampu memberi tu terasa puas dalam hati. Macam dah buat sesuatu yang besar walaupun nilainya tak sebesar mana. Saya pun cuba-cuba juga nak istiqomah dalam hal ni. Semoga Allah bukakan jalan yang lebih luas lagi!

che mid said...

Tepat sekali tu kak Zakie. Bila dah tau pemberian kita sampai kepada yang berhak, ada perasaan lapang dan lega dalam hati. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan itu. Doakan saya sentiasa istiqomah ya kak. 28/5 ni akan ke Sik Kedah untuk sampaikan sumbangan pusingan ke 7 ni. sebagai buah tangan menyambut Ramadhan nanti.

aiezza.sue said...

Alhamdulillah kak zakie, moga kita semua sentiasa dibuka jalan untuk peluang-peluang indah sebegitu, amin.

NEKCIK said...

Masa nekcik kerja dulu..nekcik suka bawak atau bli kuih muih letak kat pantry..dapat gaji beli biskut satu tin letak kat pantry...sekarang masak lebih bagi jiran keliling...

NEKCIK said...

Masa nekcik kerja dulu..nekcik suka bawak atau bli kuih muih letak kat pantry..dapat gaji beli biskut satu tin letak kat pantry...sekarang masak lebih bagi jiran keliling...

TukangKebun said...

Hari ini kisah nak cuci tangan Abby semasa kami berdua singgah sarapan lepas selesai.
Kelam kabut kendong Abby setelah selesai cuci tangan, terjatuh kunci dalam longkang dalam.
Nasib baik pekerja kedai dan pemuda yang juga singgah sarapan bantu tolong kaitkan keluar.
Sebagai tanda terima kasih ingat nak bayarkan sekali pemuda tersebut sarapannya tapi cashier kata dia dah siap bayar.

Kekadang hajat tak kesampaian.

makchaq said...

Memang seronok kalau dapat bersedekah/ membantu
Orang datang minta derma pun rezeki jugak untuk kita..

arzmoha said...

banayk kelebihan bersedekah

kakrose said...

Kerap terjadi pada ky zakie..bila kita bersedia untuk memberi..tidak nampak pula tabung masjid. Bila pergi tak membawa dompet/hendbag mata terus terpandang tabung. Dugaan juga ne..

Unknown said...

selamat malam kakzakie
tersangat betul tu tangan yg memberi lebih baik daripada tangan yg menerima
memberi tidak semesti dengan wang ringgit ye dak
memberi nasihat, memberi khidmat percuma jugak memberi nama nya kan
wallahuaklam

mrhanafi said...

bersedekah adalah amalan yang paling cepat untuk mendapat balasan..

tips bersedekah yang baik ialah beri dan lupakann

in shaa Allah boleh ikhlas jadinya

Malinda said...

kak jangan la sedih sebab takde ape pon yg tak kene dgn akak...kagum dgn sifat pemurah akak...walau hajat belom kesampaian tapi Allah dah tahu niat baik dalam hati akak...inshaa Allah semuanya Allah tahu kak...senyum ye takmo sedih2 :)

nohas said...

kita rasa ralat sbb ingin menyumbang tapi tak kesempaian...semua itu perancangan Allah swt, sudah ada niat..Alhamdulillah..

zila norazila said...

salam singgah sini kak zaki ..moga akk sihat ..tangan yang memberi itu sentiasa mulia kan kak..kata org biar sedekah itu sedikit tapi berterusan..

Nina Mads said...

tangan yg memberi lebih mulia walaupu sedikit janji ikhlas.. kalau tak mampu nak beri banyak kita boleh beri yg termampu.. sama juga akak, kalau ada niat tu akan dipermudahkan urusan :)

Kayu Manis said...

Duit kita klu byk tu maknanya bukan kita punya semua..elok bgi mereka yg sentiasa ingat dlm perkara bersedekah...kannn kkakak

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
betul tu kakak
rasanya tabung masjid diletakkan dkt mimbar disebabkan kes mencuri tabung masjid skrg kot. makin mnjadi jadi kan..

mudah mudahan segala niat dan urusan kita dipermudahkan Allah. aamiin

amirah said...

mudah mudahan niat akak nak bersdekah dn mmbantu dipermudahkan kak dan dibalas dengan kebaikan dunia akhirat..insyaAllah..