Tuesday, May 24, 2016

Sekadar menjadi wakil

Pada hari Sabtu lepas aku dengan hubby sengaja melewat-lewatkan untuk hadir ke majlis anugerah cemerlang di Sekolah Agama adik. Sekadar menjadi wakil memandangkan pada hari khamis ini sudah hari akhir persekolahan di Johor jadi tidaklah perlu mengambil adik balik untuk majlis ini. Kali ini adik mendapat anugerah cemerlang untuk keputusan peperiksaan akhir tahun 2015 di kelas dan SDEA (Sijil Darjah Enam Agama - di bawah Kementerian Pendidikan Agama Johor) tahun 2015.

Hadirin - Rata-rata ibu-bapa yang hadir adalah untuk sama-sama merakam detik indah anak-anak mengambil hadiah masing-masing. Apa yang menakjubkan ramai kalangan mereka yang cemerlang lahir dari ibu-bapa bukan warga Malaysia. Nasib baik adik tidak tewas dengan mereka semua.
Papa - Mahu tak mahu kena juga papa naik pentas menjadi wakil adik untuk kali pertama. Pemberi hadiah wakil kepada ADUN kawasan.  Aku guna kamera telefon zoom dari tempat duduk. Malu.
Kawan - Lagi lucu untuk kedua kali naik pentas yg memberi hadiah adalah kawan sendiri yang merupakan pengerusi badan kebajikan sekolah agama adik. Sebenarnya sebelum ini sudah cuba meminta kebenaran pihak sekolah untuk mengambil saja di belakang pentas tanpa di umumkan tapi cikgu mohon kerjasama kami untuk naik ke pentas juga.
Hadiah adik - Inilah hadiah terakhir adik untuk pembelajaran tahun 2015. Satu untuk hadiah keputusan dalam kelas dan satu lagi SDEA (Sijil Darjah Enam Agama). Sjilnya ada di dalam kereta hubby lagi lupa mahu keluarkan. 
Tahun ini adik akan menduduki peperiksaan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama) pula. Sambung belajar untuk sekolah agamanya di MRSM belajar sekarang. Jabatan Pendidikan Agama Johor memberi kebenaran dan kelonggaran dalam hal ini - belajar di tempat terdekat dengan sekolah kebangsaan tetapi peperiksaan di ambil di tempat terdekat dengan rumah sebab peperiksaan dijalankan ketika cuti sekolah hujung tahun. Tetapi untuk peperiksaan hafazan dan bertulis tetap di JB di sekolah yang sama di sini. Hafazan tahun ini suroh Yasin dan Suroh Ar-Rohman; senang sedikit. Itu yang memudahkan untuk semua murid-murid termasuklah adik. 

~~ Jangan sesekali menganak-tirikan pembelajaraan sekolah agama anak-anak. Dunia dinikmati akhirat dijunjung tinggi.~~ 



40 comments:

Kakcik Seroja said...

Tahniah Adik. Teruskan kecemerlangan di langkah yang seterusnya...

Kakcik Seroja said...

Tahniah Adik. Teruskan kecemerlangan di langkah yang seterusnya...

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah tahniah adik ;) adik boleh dijadikan idola pada Syahmi.

lieyalatif said...

alhamdulillah...tahniah adik.... mesti bersusun dah piala adik kat rumah...

ye ke kak...ade yg parents bukan warganegara yeak...ye la kak mereka pun sedar kepentingan pelajaran dan mungkin menitikberatkan anak2 mereka supaya bersaing dgn kawan2 dlm kelas...moga2 anak jati2 negara kite sendiri tidak leka...

saniahibrahim said...

Oh ya ke kakzakie,ramai anak bukan warganegara yang cemerlang?.Tapi adek memang terbaik dapat atasi mereka...tahniah.Kena tekun lagi belajar untuk SDKA pulak kan.Semoga adek terus cemerlang.

Dkna Abza said...

tahniah adik.. semoga terus berjaya dunia akhirat yea. belajar rajin-rajin, nanti besar, boleh bantu mak ayah pulak.

Yaya Azura said...

tahniah adik.
tahniah untuk mamanya juga..
anak hebat kerana punya mama yang hebat.tahniah kak.

Qhaifa Nur said...

Tahniah adik...moga terus cemerlang lg
peluang berada ditmpt org n susahnya hidup...jadikn mereka begitu kn kak...moga anak bangsa sendiri lebih cemerlang lg

Fazleyatul Aini said...

tahniah adik =)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah..
Semoga adik terus cemerlang..
Ramai pulak yg terima hadiah dari kalangan warga asing ye kak..

Betul tu kak..
Jangan di anak tiri kan pelajaran agama..
Itulah tunggakan kehidupan..
Kekadang ada ibubapa bila anak darjah enam..
Fokus pada UPSR dan tidak ambil PSRA (sekolah agama di Selangor)..
Semoga kita dapat seimbangkan pendidikan akhirat dan dunia juga..

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...tahniah adik..

AtieYusof said...

Alhamdulillah..bijak adik.. tahniah kak kerana berjaya mendidik adik & anak2 lain.. menjadi inspirasi buat sy...:)

adarnadzmie said...

tahniah adik.....

wahhh.. papa mcm malu2 naik pentas menerima piala mewakili adik...hehe

kenapa mama x naik sama...


Puan Kutu said...

Tahniah adik.Alhamdulillah cemerlang dunia dan akhirat.Piala macam ni mesti dh byk kan..Adik kan aktif.Mana tak tumpahnya kuah klu tak kenasi..Semoga terus cemerlang disekolah baru dan peperiksaan yg akan datang

paridah said...

TAHNIAH KECAPAIAAN ADIK YG SGT MEMBANGGAKAN...SISTEM PENDIDIKAN AGAMA DI JOHOR NAMPAKNYA BEGITU TERKEHADAPAN N NEGERI2 LAIN JUGA SDG MENGIKUTI LANGKAHNYA.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak...alhamdulillah syukur..tahniah untum mama dan papa...tahniah untuk adik...untuk peperiksaan darjah khas moga adik dipermudhkan juga ya..amin...

OKje said...

Tahniah adik, tahniah jugak utk mama adik hihi... Mesti penuh almari kat rumah tu dgn anugerah anak anak ye kanda... Ada hafazan ye kanda, rasanya zaman kita dulu tak de ek!

OKje said...

Tahniah adik, tahniah jugak utk mama adik hihi... Mesti penuh almari kat rumah tu dgn anugerah anak anak ye kanda... Ada hafazan ye kanda, rasanya zaman kita dulu tak de ek!

Angah said...

Tahniah adik, tahniah juga kpd Mama dan Papanya...

Acik Erna said...

Tahniah adik..tahniah juga buat kakzakie dan suami

Acik Erna said...

Tahniah adik..tahniah juga buat kakzakie dan suami

Kayu Manis said...

Alhamdulillah adik mmg bijak...yasin dgn ar Rahman muhammad juga sudah hafaz..
Tahniah utk ibubapanya ..semua hebat.

Sejuk perut

Mummydearie said...

Tahniah sekali lagi buat Adik. Memang nampak kecemerlangannya, semoga mengikuti jejak langkah dua orang kakaknya.

Fiza Rahman said...

Tahniah adik. Smoga terus cemerlang.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah adik dpat hadiah. Tahniah juga buat akak dan abang. ;-)

Bunda_nora said...

Tahniah untuk adek...semoga lebih sukses ditahun2 setetusnya...

norhidana said...

taniah adik... takpe, seronok n bangga abahnya naik ke pentas wakil kan adik

Hudalatip said...

Tahniah untuk adik..Dia belajar di MRSM mana kakak? Sejuk perut kakak dapat anak2 yang bijak2 belaka..Kenapa kakak takmo naik pentas? Malu yea, kalau saya pun malu jugak kakak hehe

Nor Azimah Ali said...

Assalsm kak, singgah baca je, nk komen bnyk, tk larat nk memikio, perut senak penuh angin tk taulah nape.
Betul tu, jgn sesekali perkecilkan pendidikan agama, ilmu yg nk kita bw hingga dewasa, hingga ke syurga

Mar Mansor said...

tahniah Adik,bangga papa naikpentas

babYpose said...

Alhamdulillah tahniah adik, dapat membahagiakan mama dengan kejayaan, moga hidup cemerlang dunia juga akhirat.. oh adik dah nak cuti khamis ni ye, selamat bercuti :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...tahniah buat adik...semoga berjaya dunia dan akhirat...:)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik...
Tahniah adik, tahniah akak sekeluarga atas kejayaan manis ini. Cemburu pula rasanya hehehe..."insya-Allah cemburu yang dibenarkan." Harap-harap akak dapat kongsikan/tuliskan tips-tips didikan kepada anak-anak, dapat juga saya ambil pengajarannya...insya-Allah

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

aby said...

salam kz ..
tahniah atas kecemerlangan anak ..
mesti puas dan bangga bila tengok papanya terima hadiah tu ..
Dunia ku gendong, ugama ku junjung ..

Unknown said...

tahniah adik ya semoga terus cemerlang dan gemilang
tahniah utk kakzakie jugak diatas kecermelangan ini
kerana jika tiada sokongan ibubapa siapa lah anak2 kita kan kakzakie

btw alamat please!!!
whatsapp kaknoor
+673 8739160

SIQAHIQA said...

Tahniah adik. Semoga terus berjaya hendaknya..

Aryan azra said...

Alhamdulillah..semua anak2 akak berjaya, hasil didikan dari akak dan suami pastinya..tahniah buat akak juga buat adik

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
tahniah buat adik, mama dan papa
semoga dipermudahkan buat adik..

seronok dan bangga tgk tahfiz muda baru baru ni.. kagum dgn didikan mak ayah dorang.. kakak kongsi lah tips, sejak umur berapa mula didik adik kakak belajar baca & menghafaz Al- Quran.
nak praktikkan pada rania juga.

setakat ni sy byk guna flash card huruf hijaiyah, selain poster tampal di dinding. dngarkan bacaan surah2 di radio dan tv, nak tarik minat. skrg ni bila kita baca al quran, Rania suka lah duduk dan dgr, tapi style anak anak lah.semoga Rania juga jadikan Al-Quran sebagai "sahabat"..

doakan kami ye kak semoga dipermudahkan urusan mendidik rania menjadi tahfiz muda dan anak solehah juga nanti.