Friday, April 29, 2016

Jumaat bagaikan Hari Raya

Jarum jam sudah menunjukkan hampir untuk masuk waktu solat. Selepas hubby menukar baju dan keluar kereta terus saja masuk ke perut bangunan masjid meninggalkan aku sendirian di dalam kereta. Sementara menanti hubby bersolat itulah aku memerhatikan berbagai gelagat umat Islam lelaki yang mahu menunaikan ibadah solat jumaat.

Ada yang baru datang ketika khutbah sedang dibaca. Ada yang sudah keluar masjid ketika khutbah belum habis pun dibaca (bermakna dia tidak jadi bersolat jumaat). Ada juga yang sekadar bersantai duduk di pondok bersebelahan dengan bangunan masjid. Ada juga yang baru sibuk membetulkan kain pelikat sambil berlari (kes terlewatlah) ketika imam sudahpun membaca fatihah untuk rokaat pertama.

Nasib baik aku tidak ada anak lelaki. Kelihatan remeh tetapi perlu diambil tahu syarat sah solat jumaat. Janganlah bila sudah menjadi bapa membawa anak ke masjid untuk tujuan solat jumaat tetapi syarat sah tidak tahu akibatnya si anak pun menyangka apa yang si ayahnya buat itu betul. Mari lihat di sini. Terutama bab khutbah jumaat usah diambil sambil-lewa.

Kenderaan yang berjasa - Ada kereta, bas sekolah, motosikal dan basikal. Berlapis-lapis kedudukan parking kenderaan sehingga aku pun tidak boleh keluar kereta dek di sebelah kanan kereta kami pun ada kereta. Sebelah kiri tempat aku duduk pula sengaja aku mahu hubby rapatkan ke pokok  bunga rendang jadi terlindung dari panas, tetapi pintu kereta tidak boleh dibuka. Bagaimanapun aku maklum dan tidak ada sekelumit pun rasa marah sebab aku tahu waktu keluar nanti akan sama-sama keluar di waktu itu. 
Selesai solat - Masing-masing menuju mencari kenderaan untuk pulang. Panas berdenting waktu ini. Selama hubby di dalam masjid dua kali aku cuba matikan enjin dan buka tingkap tetapi tidak mampu dek bahang panas mencucuk-cucuk. Terpaks aku on balik enjin untuk menikmati aircond.
Jemaah - Aku rasa di masjid ini juga menjadi tumpuan pelajar lelaki MRSM sekolah adik, sekolah agama, sekolah sains dan ILP yang berdekatan. Sebab bila aku lihat ramai anak-anak yang berpakaian sedondon warna baju dan kain samping yg dipakai. Menarik pula mata aku melihat. Bagaikan Hari Raya.
Bukan mudah untuk aku mendapat peluang melihat situasi begini. Kalau tidak kerana mahu menjenguk adik aku tidak berada di perkarangan masjid ini. Tetapi kerana menunggu hubby bersolat itulah aku berada di sini. Selepas selesai baru kami menuju ke sekolah adik.

~~ Beruntung kaum lelaki berpeluang berhimpun bagaikan Hari Raya sekurang-kurangnya sekali setiap Jumaat kalaulah tidak mampu ke masjid setiap waktu solat.~~


30 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Itulah waktu berkumpul bagi lelaki kan..
Bila tiba solat Jumaat..
Khutubah tu rukun , kenapa mereka tidak mempedulikan..
Kesian kalau mereka tidak berilmu dalam solat Jumaat ni...

Di Masjid Negeri Selangor, yakni di Shah Alam dah boleh wanita turut menunaikan solat Jumaat..
Teringin juga hendak menunaikannya..
Teringat pula semasa mengerjakan umrah di Mekah..
Kita solat Jumaat kan kakzakie..

PetakBunga said...

solat macam rehat jugak... kita sibuk2.. Allah bagi kita rehat, releks, jumpa dia, mengadu kat dia...

Khairul Bariah said...

mmg sesetengah org ambil mudah ttg solat Jumaat..
peringatan pada saya juga yg ramai anak lelaki ni..
terima kasih kak zakie..bagi link JAIP tu sbg rujukan

Qhaifa Nur said...

Beruntung lelaki kan kak..
ank2 nur ramai hero2..kena ambil berat bab
Mcm2 ragam ada klau kita perhati bila singgah sini..sementara tunggu hubby solat

babYpose said...

Hari Jumaat meriah, bila ramai rasa syukur, risau kalau berkurangan.. dulu kakak saya menghantar anak2nya yang kecil pergi solat jumaat dan menunggu di masjid, tak tahula saya boleh buat ke tak begitu.

adianiez AIDA said...

yes kak. umah aida dekat dgn masjid.
time jumaat meriah suasana.
berbaju melayu ramai-ramai ke masjid.
balik...

Malinda said...

memang nampak meriah bila dah ramai2 terpusu2 camtu kan kak...lebih manis kalau sume berbaju melayu pelbagai kaler...memang nampak meriah cam hari raya...tapi saya peratikan masih ramai anak muda masih ambil enteng bab berpakaian...kadang2 memang nampak tak sesuai sangat... :(

Nieyla Nadia said...

Salam jumaat ♥
betul tu kak...
sangat beruntung kaum lelaki ini...
itupun masih liat nak pegi solat jumaat...
kdg² khutbah x abis lagi dah berebut² nak keluar..hmmm...

Anonymous said...

Salam Jumaat, mmg betul kak zakie ramai yg amik mudah, terutama tang kena dgr kutbah2 tu

paridah said...

Assalam...meriah sekali suasana yg dilihat pada hari jumaat pabila lelaki berduyun-duyun ke mesjid xkira bangsa terutama di kwsn bandar ni kan...kalau kat kampung tu kita boleh kenal mrk yg rajin ke masjid bersolat jumaat....panas juga kakzakie berkurung dlm keta menunggu huby selesai solat ya...tapi xlama sangat kan

aby said...

Salam kz ..
Moga dgn solat jumaat mereka negara kita akan Di lindungan dr kemurkaan Dan tidak ditimpakan musibah musibah besar dariNya

aby said...

Salam kz ..
Moga dgn solat jumaat mereka negara kita akan Di lindungan dr kemurkaan Dan tidak ditimpakan musibah musibah besar dariNya

Nor Azimah Ali said...

Salam jumaat, saya ada 3 org ank lelaki, bila kzakie ckp pasal ttgjwb membetulkan solat jumaat mereka, terasa berat pula perasaan ni...

Puan Kutu said...

Memang ramai yg ambil mudah tentang solat jumaat..sedangkan hari jumaat ni la hari nk kumpul paling byk pahala dengan mudah

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam kerenah manusia dengan solat jumaat. Itu baru sekali seminggu. Jika Allah perintahkan hari-hari macam mana kan akak.
solat 5 waktu bagus bersolat di masjid.

Bagi solat jumaat, saya pernah belajar. Kita dapat solat jumaat jika tertinggal satu rakaat dari imam. tapi jika dah tertinggal dua rakaat. Kita kena solat zohor. tak boleh solat jumaat. Maknanya kena tambah 4 rakaat, bukan dua rakaat.

Aryan azra said...

peringatan untuk saya yang punya anak lelaki nih, perlu didik dengan betul.

betul kak seronok tengok suasana tu, macam hari raya je

Mummydearie said...

Kalau hari Jumaat pergi KLCC pun best juga. Dalam pada ramai lelaki yang bersiap-sedia nak ke masjid, ada juga yang rileks aje nak makan. Kadang tu tengok jam dah nak masuk sangat waktu Zohor tapi mereka rileks aje macam takda apa nak dikejar. Entahlah pergi solat ke tidak pun tak tahulah!

Kayu Manis said...

Termasuklh bgsa2 asing..kn kakk.
Yg tk pergi tu jwb
H dpn Allah nti..moga diberi hidayah

PeRdU cINta said...

banyak kali juga kak PC tunggu dalam kereta bila suami solat Jumaat..terutama bila balik kampung hari Jumaat...macam macam ragam ada...yang macam merempit pun ada kain macam nak tanggal pun ada...mungkin terlewat la kot..senyum sendiri...Adik sihat kak??...ni cuti sampai isnin kan..adik balik rumah ke kak..

Izwa Kamaruddin said...

saya suka pandangan ni kak..saya biase ikut ed solat kat masjid wilayah kl tunggu je dalam kete turunkan sikit tingkap sebab kete semua rapat dan memang kiter pun tak boleh keluar..

aizamia3 said...

Saya suka tengok suasana macam tu.. ;)

nohas said...

Salam Jumaat, kak...best kan cuti hari Jumaat, boleh bersiap sedia dari rumah ke masjid...

arzmoha said...

Betul macam hari raya. Lain macam bila hari Jumaat. Kena mandi dan pakai wangi wangi ala2 pagi raya juga

Normala Saad said...

Bercakap bab Jumaat ni saya masih teringat kata2 kawan sekerja saya ( senior ) yang berbangsa Cina. Satu yang dia suka pasal orang Melayu ialah bila melihat mereka berkumpul ramai-ramai untuk sembahyang di masjid terutamanya pada hari Jumaat. Gaduh macamana pun tapi akan pergi ketempat yang sama untuk sembahyang...

mrhanafi said...

lelaki yang tak solat Jumaat amat rugi..

adik puan masuk MRSM ke..

Anak sulung saya juga masuk MRSM tahun ini..

sekarang berada di tingkatan satu

Hsna Rahman said...

Assalamualaikum
betul tu...suka tgk ramai2 kumpul lps smyg salam ramai2 ada yg hulur singgit dua kat knk2..knk2 happy je..kita tgk je tp suka suasana tu..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..seronok kn tengok mereka seperti solat di pg hari raya...siap bersamping...biasanya kalau sekolah berasrama mmg begitulah rutin baju yg dioaki setiap hari jumaatkan...:)

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Benar n3 akak. Boleh dikatakan mana-mana masjid terjadi situasi yang sama. yang berborak di luar sambil merokok ketika khutbah jumaat. Ada pula sesetengah masjid dengan khutbah yang kurang menyegarkan dan tidak sesuai dengan suasana setempat. Hmm...macam-macam. Apa pun jangan sampai tak solat jumaat dah la...

Lydia Miza said...

Suka tgl deretan ummah keluar dari masjid kan kak?

Dulu masa g umrah kali pertama org tny tak g solat jumaat ke? Baru tau org perempuan g solat jumaat klu kat sana

hasliynda umairah beauty said...

kebesaran Allah Swt