Thursday, June 30, 2016

Makan, tidur dan bercakap

Tiga perkara yang tidak digalakkan untuk berlebihan dalam kehidupan seharian kita iaitu makan, tidur dan bercakap. Bila berlebihan usah dipertikaikan andai ianya mengundang keburukan.

Makan bila perlu atau sebelum lapar atau bila tiba masanya diperlukan. Contohnya telah tiba waktu untuk berbuka puasa maka makanlah walau sekadar dengan seulas kurma. Tetapi berhentilah sebelum kekenyangan sebab bila kekenyangan pasti buruklah padahnya. Saiz perut kita bukanlah besar mana pun. Cuba lihat saiz perut berbanding dengan makanan yang kita makan untuk ditampung perut kita. Lagi parah bila sedang bersolat tiba-tiba sendawa terasa apa yang dimakan tadi. Apa jadinya? 

Begitu juga dengan tidur. Maha kaya Allah dijadikan kita siang dan malam. Siang untuk menjalankan tanggungjawab seperti bekerja, belajar, membantu dan sebagainya. Tiba waktu malam berehatlah. Tetapi janganlah tidur yang berlebihan sehingga matahari tegak di atas kepala pun mata masih belum dibuka lagi. Jika ini yang terjadi jangan menyesal andai ada keburukan menanti. Mereka yang ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab di malam hari pula jangan jadikan alasan waktu siangnya terus-terusan tidur hingga lupa zuhor dan asar dengan alasan bekerja di malam hari. Tidak salah bekerja di malam hari dan tidak salah tidur di siang hari tetapi berpadalah.

Bercakap pula jika dirasakan tidak ada perkataan yang baik adalah lebih baik mendiamkan diri. Bercakap bila perlu dan bercakaplah yang baik-baik. Kunci mulut itu lebih baik daripada menimbulkan kekecohan. Tetapi  bila ada ketikanya kita diperlukan untuk bercakap kenalah bercakap. Contohnya sebagai guru jika tidak bercakap bagaimana anak murid mahu menimba ilmu. Memberi usrah/tazkirah/tabligh jika tidak bercakap pasti misi tidak tercapai. Namun setiap butir percakapan biarlah menepati yang dikehendaki syarak. Mengumpat adalah racun dari syaitan yang paling dahsyat perlu segera kita jauhi.
Bukan bunga orkidku - Pokok orkid memang kurang sesuai dengan tanganku ini. Sewaktu mula membeli saja meriah berbunga. Sebaik bunga pertama luruh untuk menanti keluar bunga seterusnya sungguh menagih kesabaran. 
~~ Setiap yang dijadikan Allah untuk kita pasti ada hikmah tersendiri. ~~

23 comments:

norhidana said...

stuju kak... dana bln puasa nih mmg nk kurangkan ckp... alhamdulillah berjaya
almaklum dana duk blik sornag2... bila satu hari ddk blik je tak pi mana2 kecuali potostat, toilet n surau... jd jarang berckp2 berborak2 heheheh....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semua itu kena lakukan secara sederahana kan kakzakie..
Bila terover buruk padahnya..
Banyak pula penyakit yg menantikan..

Bunga orkid tahan lama..
tapi kalau nak berbunga seterusnya..
memang lama nak menantinya..
Cantik buat hiasan dihari raya kan kak :)

Qhaifa Nur said...

Mmg betul kak, patut dielakkan perkara yg tdk sepatutnya..

Bunga orkid mmg cantik tp perlu kesabaran melihat berbunga kan kak..

AtieYusof said...

Betul tu kak..setiap kejadian pasti ada fungsi dan manfaat nya.. spt siang & malam.. maha suci Allah yg menjadikan..
tengah melatih diri utk lebih byk diam.. takut banyak mengundang dosa :(

Mar Mansor said...

peringatan bersama..tapi itulah yang sering kita lakukan

Warisan Petani said...

Setuju sangat.
Apa yang kita lakukan perlu berpada2.

Yaya Azura said...

terima kasih atas peringatan kak..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..yup setuju..makan,tidur dan bercakap tiada salahnya dengan syarat biar ada sempadannya.. :)

jie susanos said...

perkara yang susah untuk berhenti tu kak..

babYpose said...

Betulla kak zakie, bercakap tu tak dapat elak, cuma tanya balik tak balik dah ada cerita lain pulak.. terima kasih atas peringatan dear :)

Malinda said...

sume tu betol belaka kak...kene praktik selalu...bukan dlm bulan pose ni je kan...saya ni bab bercakap susah sikit...walau duk rumah je tapi dah kalau si izara 24 jam asyik la mengomel tak benti last2 dgn saya2 sekali pon membebel gak...pening ar :p

nOe suhaimi said...

assalamualaikum kak zakie...mmg betul tu kak zakie...tambah bulan Ramadhan ni..elakkan bercakap benda yang bukan2...mengumpat apa tah lagi..

paridah said...

Patut kita bersuara kpd perkara penting n perlu saja...agar terlebih bicara xmenimbulkan fitnah...

nohas said...

banyak makan, liat utk mengerjakan ibadah...byk mkn waktu berbuka, mmg liat nk gi terawih...melengkor je atas katil..

byk tidur rugi masa..

Khairul Bariah said...

bercakap tu yang paling dirisaukan. Bila mata memandang, hati tak puas hati mulalah mulut nak berkata-kata.

tambah2 dibulan puasa ni, harap-harap dapat dielakkan.

adarnadzmie said...

semoga kita semua tidak berlebihan dalam 3 perkara tersebut... insyaAllah...

Kak Wawa said...

terima kasih kak.. betul tu, terlebih tidur, tak de nikmat puasa. terlebih makan, lupa sebenarnya kita puasa untuk rasai macam org tiada. terlebih cakap mengubndang dosa pula..")

LYAfrina said...

setuju kak..
tqsm atas perkongsian akak.. atleast dpt mgingatkan kt ttg perkara ni

Nina Mads said...

yaa akak tgk kt ofis org bercakap tak henti mcm bukan di bulan puasa.
cakap bila perlu je

irdagarmin said...

Betul tu kak..banyak cakap memang buruk padahnya,kadang-kadang terlepas cakap ada orang yang akan terasa,bak kata pepatah,terlajak perahu boleh undur,terlajak kata buruk padahnya...bab makan pula,rasullulalh pun dah pesan berhenti sebelum kenyang.

Bab tido kalau weekend tertido lama..Ya ALLAH lemaunya badan rasanya...

Cantik orkid akak :)

Angah said...

allahuakbar...melihat keliling, tiga perkara ini makin mneyerlah dilakukan orang...

OKje said...

Islam itu mmg indah ye kanda... Garis panduan yg diberikan supaya sentiasa bersederhana dalam apa jua perlakuan kita...
Dinda lagilah kanda ....orkid pun tak de haha

arzmoha said...

terima kasih atas perkongsian ini kak

muhasabah diri