Inilah bannernya |
Bersama-sama kita meriahkan GA ini mana tahu ada rezeki.
~~ Semalam rancangan untuk berkunjung majlis pengantin teman tergendala kerana ada tetamu. Hari ini agak sepi bila tidak ada tetamu. Petang hantar anak balik asrama.~~
Inilah bannernya |
Menanti - Dalam beg adik sudah stand-bay novel dan MP5 dia. Sementara doktor belum turun dari wad adik biasalah dengan novel dia. |
Ubat - Inilah yang dibekalkan untuk menjadi penawar selain berdoa moga alternative kali ini dapat membatu. |
Pintu pagar - Pergi juga untuk rakaman. Tiba di perkarangan pintu masuk RTM. |
Bertiga - Adik bersama temannya Nurnusroh dan Mohd Hafiz menuju ke bangunan untuk naik ke atas tempat di mana rakaman diadakan. Mereka sudah biasa. |
Jabatan Pelajaran Johor - Sementara adik di bilik rakaman kami menuju ke sini. Ada sedikit tugasan yang mahu diselesaikan. Berjanji bila ada kelapangan baru hubby akan kembali ke sini lagi. |
Naga panjang - Ramai yang menjadi panji-panji pemegang bagi membuat naga itu bergerak. |
Wow!! seksi - Siap ada penari yang digayakan oleh amoi-amoi ini. Boleh pula mereka menari di atas jalan mengikut rentak muzik sama gaya sambil berjalan. Pasti lama latihan dibuat. |
Berhenti - Ada membawa patung dan masuk ke dalam rumah jiran depan rumah aku diikuti pembakarn mercun. |
Tersohor sepanjang tahun - Selamat sudah semuanya menjadi habuan kami sekeluarga. Membeli tidaklah banyak mana tapi ada hadiah dititipkan buat aku yang membuat hati terharu. Hari ini aku sudah mula menggunakannya. Harum dan wangi:) Terima kasih tidak terhingga buat Azie. |
Biskut istimewa - Forwarder biskut tart turut memberi ini buat kami sekeluarga. Kalau beginilah memang aku buka luas-luas selalu pintu rumah untuk dia selalu datang berkunjung. Terima kasih GadisBunga. |
Murah rezeki - Sungguh malam itu terlalu istimewa buat kami sekeluarga. Ayu - Citarasa Rinduan pula membawa puding lazat ini. Tidak menyempat untuk disnap, cepat saja sudu sudah menyua untuk menyenduk masuk ke dalam mangkuk untuk menikmatinya. Terima kasih buat Ayu, En. Zalie, Mak dan Humairah. Esoknya ada tetamu turut menikmati semua yang kami perolehi ini. |
Tetamu - Inilah dia tetamu kami malam itu. Syuhada (kena jadi camerawomen GB) teman satu pejabat GadisBunga, GadisBunga, Ayu - Citarasa Rinduan bersama MIL, hubby tersayang En. Zalie dan anak dara comelnya Humaira. Lihatlah seronoknya kami malam itu. Lebihkurang jam 11:00 malam baru kami berpisah dengan harapan berjumpa lagi di masa terdekat ini. Terima kasih buat Syu, GB dan Ayu sebab tolong cuci pinggan selepas makan. |
Game 20 - Maksudnya kalau sudah ada yang menang sampai 20 kena berhenti main. Atuk tidak boleh duduk lama lagi. |
Adik main - Sebenarnya adik tidak mahir lagi, baru belajar cara bermain dari kawannya. |
Giliran atuk - Selalu atuk cepat saja untuk sampai game 20 sebab dia hendak rehat cepat. |
Buah tangan - Apam warna-warni pemberian Sharifah Nadzarah (SN) buat kami sekeluarga. Bapak suka sebab lembut dan gebus sesuai betul untuk bapak makan waktu sekarang. Terima kasih SN. Di rumah aku pula mereka sekadar dijamu dengan ketupat segera bersama daging masak kicap, rendang dan ayam curry. Lain kali mama zakie masak sedap-sedap ye sayang (Alia, Amirah dan Aidil). Yogurt mama zakie lupa nak bekalkan - sibuk sangat sampai tertinggal. |
) |
Aidil - Gambar Alia dan Amirah semuanya ada muka aku terselit jadinya kurang serilah kalau ada wajah tua terselit di celah-celah anak-anak yg comel ini. Nasib baik ada gambar Aidil bermain sendirian. |
Buah hati SN - Inilah dia buah hati Sharifah Nadzarah itu. Gambar ini aku copy dari Blog Sweet Memori dia dan sewaktu ini Aidil dan Alia sedang diserang chicken pox. |
Syukur alhamdulillah - Seperti tahun-tahun lepas di atas pentas yang sama. Bezanya sewaktu tingkatan satu, dua dan tiga tidak memakai jubah, kali ini kerana PMR dikenakan memakai jubah. |
Susunan kenderaaan - Lihatlah sebelah kiri dari Batu Pahat menghala ke JB yang kelihatan sangat santai. Tetapi di sebelah kanan dari JB menghala ke utara yang sesak dengan kenderaan. |
Malam - Yasmien dan Adik khusyuk mendengar cerita Atuk sebaik tetamu balik. (Waktu ini bapak masih sihat walafiat dan tidak sangka 5 hari selepas inilah bapak ditimpa kemalangan jalanraya). |
Marhaban - Kampung bapak sudah mula marhaban. Hubby mengagih duit raya pada anak-anak yang belum bekerja. |
Kak Nurienne- Entah apa yang diucapkan pada papa. |
Kak Yasmien - Sama juga mula-mula senyum tapi lama-lama lain jadinya. |
Adik - Kalau boleh satu badan papa mahu dipeluknya. |
Sekeluarga - Sedondon tapi papa belum tukar baju lagi sebab baru balik dari masjid. |
Perjalanan pertama - Kami berkonvoi 4 buah kereta ke Melaka untuk menziarahi Mak saudara hubby yang baru kehilangan anak bujangnya kerana kemalangan jalanraya. |
Lancar - Perjalanan dari Batu Pahat hingga ke Taman Pulau Gadong Jaya di Melaka tidak sampai 3 jam. |