Tuesday, August 27, 2013

Marhaban ya Nurul-'aini - Marhaban Jaddal-husaini...

Malam sebelum kejadian kemalangan menimpa hubby beginilah meriahnya keadaan di rumah kami. Majlis marhaban jemaah surau taman perumahan tempat aku tinggal. Bayangkan begitu ramai yang datang bermarhaban begitulah juga ramainya yang datang silih berganti 2-3 hari bila hubby tidak ke surau. Masing-masing datang berziarah.

Atok dan pakcik-pakcik - Mereka yang veteran pun sudi menghadirkan diri untuk bermarhaban pada malam tersebut.

Golongan muda dan anak-anak - Tidak ketinggalan pemuda dan anak-anak yang boleh dikatakan semuanya begitu erat dengan kami. Ada diantaranya adalah anak-anak yang mengaji dengan aku.
Jamuan - Selesai bermarhaban bila duduk penuh ruang rumah dalam dan luar. Semuanya makan bersila. Malam itu mereka dihidangkan dengan chicken curry, udang madu, sambal sotong, beehoon, roti gulung, nugget chicken, potato wedges, kuih lapis, kuih buah melaka, puding koktail. Air minuman kordial sarsi dan air teh. Makan di rumah aku memang kenalah bersila. Kerusi disediakan untuk mereka yang ada masalah untuk duduk bersila saja.

Bahagian luar - Aku sudah menjangka jemaah yang akan hadir sebab itu tempat makan aku buat empat tempat bagi memudahkan mereka mengambil makanan. Bahagian dalam dua tempat dan di luar dua tempat. Syukur walaupun penuh sesak tetapi semuanya dapat menjamu selera.

Jiranku - Beberapa jiran wanita yang aku jemput sebaik semua kaum lelaki pulang.
~~ Siapa sangka waktu malamnya kami meraikan sahabat-handai, siangnya pula teman yang sama datang kembali dengan tujuan yang berbeza iaitu untuk menziarahi teman mereka yang diuji oleh Yang Esa.~~

52 comments:

asyifamustaffa said...

Ramainya kak...meriah..!

kurus said...

nie paling seronok ..

amalan org2 johor nak2 bahagian muar , batupahat dan mersing .. rasanya banyak negeri dah tiru ! ;)

Kayu Manis said...

sgt meriah..rumah akak besar dan cantik...dan dpt jamu tetamu..alhmadulillah.

alhamdulillah suami akak tak ada apa2 kecederaan yg parah...cpt sembuh nanti amin

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

Alhamdulillah..ramai yg dtg..
meriah majlis... :)

Fazleyatul Aini said...

meriahnya kak. kat belah saya ni orang masjid datang takbir malam raya je. takde orang perempuan datang, semua lelaki sahaja

Nini D.. said...

meriahnya kak..seronok btol kalo dpt merasa suasana mcm ni

Izwa Kamaruddin said...

Meriah nyer..alhamdulillah..

Rosmawani♥ said...

kerap buat tahlil..best kan rasa.. ros suka klu ramai2 berkumpul kat rumah :)

eMMe said...

Assalam Kak Zakie, moga keluarga akak sentiasa dibwh lindungan dan peliharaNya...

OKje said...

Kanda...kanda masak sendiri ke semua tu? Kalau dinda memang dah kelam kabut tu hehe....

OKje said...

Kanda...kanda masak sendiri ke semua tu? Kalau dinda memang dah kelam kabut tu hehe....

Umm AA said...

Mesti seronok kan bila buat marhaban dan makan2 gini..tambah2 masih dm bln raya..kejiranan kakak nie mmg bagus betul..

Acik Erna said...

Alhamdulillah..rumahkakzakie pun besar..dapat la semuanya menjamu selera dalam rumah..

BERT said...

ramainye orang datang... lapar pulak tengok orang tu makan...

hubby akak eksiden ke? baru saya tau ni... moga hby akak cepat sembuh dan pulih ye.. amin...

KakNi said...

Assalamualaikum. Semoga suami Kak Zakie segera sembuh dan sihat. Semoga akak sabar menghadapi ujian ini.

Mia Kassim said...

Memang meriah dan selera bila makan ramai camtu kak....

Semoga suami akak cepat sembuh ye...

inazamri said...

teringin pula nak buat marhaban kat rumah.syok tengok mkn2 kat umah akak nieratkan silaturrahim

JunAina said...

Meriahny akak, seronokkan kalau dapat ber Marhaban macam ni. Tempat Aina tak adalah semua ni...

ahmad humairi said...

Mogo hubby segera sembuh....

lia said...

owhhh akak ngajar ngaji yer... kot dekat, bole hntr anak belajar ngaji...

haryati said...

alhamdulillah, banyak menu ye kak...

Mizz Aiza said...

semoga hubby kakak cepat sembuh.. meriah betul apabila saudara-mara dan sahabat handai datang ke rumah.. semoga murah rezeki kakak..

Sura Mohd said...

sukanya tengok..meriah..memang best camni..sura memang puji orang2 Johor kalau bab2 camni..:)

Unknown said...

mak saya pun sibuk bermarhaban musim raya ni kak.. tapi kami anak2 memang tak berapa mengikut..

Unknown said...

as salam....saya suka sangat aktiviti marhaban macam ini...almaklumla saya ni pun ahli kumpulan marhaban,hihi

PeRdU cINta said...

tak apalah kak..mungkin Allah nak uji kesabaran kita..Allahj uga nak tunjuk pada kita siapa sahabat dan saudara sejati..ternyata semua jiran tetangga dan saudara mara akak superb..lillahitaala..gembira bersama..bersedih pun sentiasa bersama..Alhamdulillah..

NoEn said...

meriahnya kak...

AtieYusof said...

meriah je tgk Kak...
kt sini dah jarang diamalkan..sedih;(
moga hubby akak cepat sembuh..amin! :)

Qhaifa Nur said...

ramai yang datang malam tuh kak...
alhamdulillah...
moga marhaban ni teruskan sampai bila-bila...

lieyalatif said...

meriahnye kak...meriah menu tu kak...lieya bace sambil gulp2 telan air liur kak hehehe...in sha Allah arini last lalieya puase 6...dpt pun puase 6...byk dugaan kak berpuase dibulan bukan puase ni, time ni laa geng2 opis bawak kuih raye laaa menu2 raye laa heheheeeh

kat kg lieya masih ade lagi marhaban ni kak...dulu mase bujang mmg rajin join...sonok sgt...

Cho Zila said...

meriah.. meriah... bestnyer teringin nak merasa ... kat kampung saya atau suami takder budaya cam gini...

musang said...

ramai yg datang..meriah...semoga suami kakak cepat sembuh. amin

Unknown said...

meriahnye.. sonok kalo tengok majlis2 cam nih.. boleh eratkan silaturahim antara jiran2..:)

aanie said...

ramai betul ye...

malang tak berbau kan kakak....semoga hubby kakak cepat sembuh...

BinMuhammad said...

Akak dan suami yg ramah dan rajin bersosial sesama jiran dan menjadi jemaah surau tg setia pasti mempunyai ikatan yg cukup mesra. Majlis akak pasti menjadi serbuan mereka...seronok sungguh melihatnya!
Semoga suami akak akan segera sembuh dan semoga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian dariNya.

sekadar satu coretan said...

semoga suami kak zakie cepat sembuh dan dpt menjalankan aktiviti seperti biasa...

seronokkan dpt jiran yg prihatin mcm ni...

Wiyah said...

assalam akak..
selamat hr raya aidilfitri..meriahnya bermarhaban mcm ni, seronok tgk! apa pun kejadian yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, sentiasa bersangka baik pd ujiannya, semoga suami akak cepat sembuh in sha allah

Anonymous said...

seronoknyer kak, meriah sungguh majlis ni !

sitirohaida said...

Marhaban kat taman sya dah lepas dah...skrg byk open house pulak kak..

Unknown said...

ramai sungguh tetamu yer kak...pasti meriah betul tuh...

ANIM said...

part marhaban (bara'an) ni yg saya selalu termiss kakzakie..bila kami dah balik kedah, barulah marhaban bermula..huhu..

p.s kehadiran ramai tetamu yang menziarahi, tanda keluarga kakzakie dirahmati..

wawa syaida said...

akak....didoakan semoga suami akak cepat sembuh ye...alhamdulillah dapat jiran yang baik dan saling ziarah menziarahi

Unknown said...

seronok marhaban dapat mendekatkan siraturahim :)

gadisBunga™ said...

kalau saya ada kat umah akak time tu mesti dah merah merah muka menahan malu...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

memang meriah kak..
ramai yang datang..
ramai juga yan ziarah suami akak...mesti dia cepat sembuh berkat sokongan sahabat dan keluara yang tercinta..

Kakzakie Purvit said...

Taman perumahan kakak setiap tahun mengadakan majlis marhaban. Biasanya kami tidak memberatkan kepada penduduk. Hanya yang mahu rumahnya diadakan saja kami masuk tetapi yg tidak mahu pun mereka digalakkan utk turut sama bermarhaban. DIsamping mengeratkan hubungan silaturrahim juga dapat memohon kemaafan atas segala salah dan silap sebagai jiran sesama taman.

Terima kasih semua yg memberikan komen di N3 kakak ini:-

Asyifa Mustaffa, ieda immi, Knor (sebab rumah kakak keciklah Nor jadi sesak), ♥ Cmª shIemª ♥, Fazleyatul Aini (yg perempuan itu kakak jemput selepas semua lelaki balik Lya, tak marhaban sekadar makan aje), Nini D.., :: Mrs.Eady ::, ♥ ROS ♥ (masa inilah dpt jumpa kawan taman Ros), eMMe, hainom OKje (Kanda ada mak zah dan abang membantulah dinda. Lagipun masak yg senang semuanya), ummuaidan (alhamdulillah jemaah surau kakak memang agak membahagiakan Ummu), Acik Erna (rumah kakak kecik sebenarnya Acik sebab itulah sesak), BERT (sedang beransur sembuh Bert), KakNi (terima kasih CikNi), Mia Kassim, inazamri (buatlah Ina, mesti best), JunAina (Aina boleh mulakan jgn ramai-ramai, mulakan family sendiri dulu),ahmad humairi, lia (anak-anak taman ajelah lia), Haryati Faizal, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Sura Mohd, Rai Ourkizuna, nor laila, PeRdU cINta (buat masa ini alhamdulillah semuanya ok), NoEn, aTieYusof Family, Qhaifa Nur, lieyalatif (next yar start puasa hari kedua ok Lieya sebab mood makan masih kurang sebab baru lepas puasa kan), Cho Zila (Zila boleh mulakan dgn keluarga sendiri dulu, bila tetamu dtg ajak marhaban), redza, Nafira usof, aanie, Bin Muhammad (harapan kakak moga terus erat hingga kakak tiada di dunia ini BM), Ain Noraini, Wiyah, Kesuma Angsana, Kisah Si Dairy, Papa Mifz, ANIM (biasa marhaban meamng mula sebaik anak-anak naik sekolah sebab semua dah balik dari kg Anim), wawa syaida, syuk shusuke dan gadisBunga™ (sebab itu kan kakak kata dtg minggu ini sebab masa tu semuanya lelaki, kalau tak memang GB kena duduk bilik atau dapur ajelah).

Terima kasih sekali lagi buat semua.

Murni Alfathunnisa said...

meriahnya majlis marhaban kat rumah kakzakie..ramai datang. seronok kalau buat majlis penuh rumah macam ni.

husband akak kemalangan? saya harap semuanya baik2 saja dan mudah2an cepat sembuh...terkejut sebenarnya.

Anonymous said...

memang nampak meriah. alhamdulillah

:)

Mama4hero said...

ramainye..Alhamdulillah..itu tandanya semua jiran2&kwn2 syg pada kakzakie sekeluarga..

aizamia3 said...

psstt: saya teringin nak ke sana dan psstt.. boleh tak kami bercuti dan tidur di sana.. hehehe..

munna said...

alhamdulillah.... meriahnya .....

Unknown said...

meriah... mengeratkan lagi silaturahim sesama islam.. alhamdulillah..