Thursday, August 22, 2013

Merehatkan badan di Danga Bay/Iskandar

Sejenak melarikan diri dari kesibukan di rumah sendiri yang tidak putus dikunjungi tetamu. Tidak larat untuk memasak lagi kami keluar mencari destinasi untuk merehatkan badan. 

Danga Bay - Niat asal mahu ke sini tetapi alangkah sesaknya malam itu. Masuk sebentar tetapi keluar semula tanpa merehatkan kereta. Keadaan sesak ditambah adanya fun-fair.

Seafood restaurant - Keluar dari Danga Bay kami ke Iskandar. Tujuan adalah untuk merehatkan badan. Badan sudah terlalu letih untuk memasak tanpa henti sebab tetamu yang datang tidak putus-putus.

Rehat - Anak-anak posing sana-sini, mama dan papa duduk di bangku dating di sini:) Menikmati tiupan angin malam Pantai Lido yang nyaman. Gelihati bila anak-anak mengusik  "ini tempat mama dating dgn papa dulu ye?" 18 tahun dulu lokasi ini tidak secantik  ini. Kami pun bukan seperti anak-anak muda sekarang. Dulu sudah menikah baru boleh dating.

Kapal layar - Banyak berlabuh kerana bercuti Hari Raya pastinya.
~ Sesekali merehatkan badan di luar rumah dengan anak-anak sementara cuti sekolah waktu itu.~


67 comments:

Unknown said...

teringin gak kak nak jejak kaki ke danga bay tapi tak tahu la bila baru sampai JB..
pandai adik posing..haha

Dr Singa said...

saya rasa lagi cantik Teluk Danga dulu-dulu dari sekarang..

kalau teruskan di tambak.. boleh sampai Singapura tu!

Unknown said...

Zana pun suka juga ke Danga Bay waktu malam kalau balik JB. Siang tak pernah berkesempatan.

Ramai sgt tetamu kakzakie ye? Rezeki tu..

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye rhat dgn keluarga di pntai...rietta tdk suka pntai pada waktu siang....rietta lebih suka pada waktu malam....dingin dan damai...

Masya said...

tak pernah jejak danga bay, kalau balik johor pun plg jauh batu pahat huhuhuhu dan selalunya pg bkt kepong jer...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy baru pergi petang semalam.. lalu jer tengok suasana baru di Danga Bay...

MOKCIK AZWA said...

Salam..sesekali merehatkan diri bersama keluarga memang menyeronokkan...

Aziela said...

Seronoknya dating berdua dengan kehadiran anak2.

lieyalatif said...

ini la kebanggan org johor kan kak...tempat yg cantik dan santai....katenye makin cantik skrang dgn taman2 tema yg best2...

lieya ari tu balik kampung ingat nak singgah danga bay lepas pi hellokitty town tu, tapi tak sempat plak...name je org johor kak tapi lieya tak sampai lagi danga bay nieh....

Qhaifa Nur said...

nur pernah sampai sini kakzakie..lama dulu..sekarang makin cantik kot tempat ni...
time raya ramai tetamu berkujung..masak sudah semestinya...tapi kita tetap meraikannya...sesekali badan pun perlu rehat juga kan kak...

Fazleyatul Aini said...

syok nya amik angin malam kan. sejuk je

Fiza Rahman said...

Seronoklah anak2 dapat berjalan. Tak pernah lagi masuk danga bay ni. Cuma lalu jer.

Zaza Abdul Latif said...

best sesekali keluar ambil angin laut time malam2 ye Kak Zakie..
konsep riadah bersama keluarga ;)

Sura Mohd said...

kakkk..sy belum pernah sampai sana..teringin nak pegi..

SuzieLAWAti said...

lama saya tak datang sini... ;) ..

aanie said...

dah makin cantik danga bay skrg ni...

kakak, dating lepas nikah la best...x takut kena tangkap...:)

Unknown said...

lama tak jenguk udang besar dekat sana kak zakie >.<

kurus said...

wahh bestnyaaa
cantik tmpt nie ;)

ummiross said...

Kakzakie..Danga Bay cantik!, ummi dah pernah pergi, masih teringat2 tauhu bakar yang sedap kat situ.

Mama4hero said...

salam kakzakie,m3h pun pernah ke danga bay..best..

sitirohaida said...

dah lama tak pergi ke sini kak...teringin pulak nak makan steambot kat dataran tu.

lia said...

lamaaaa sgt da x jejak kaki kat danga bay ;)

Unknown said...

saya baru sekali sampai danga bay ni kak.. hahaha

Kayu Manis said...

sesekali hirup udara mlm..best juga ye kak..

aizamia3 said...

profile picture ai tu diambil di Danga Bay.. ;)

psstt: periuk kera ni memang hidangan tetap tetiap tahun kat rumah saya kak.. even hari raya haji pun.. ;)

asyifamustaffa said...

lama dah x ke danga bay...huhuhu..
santai malam2...best kan..udara sejukkkk jer...

JunAina said...

Aina kalau dah malam tak sempat lagi nak ke mana-mana kak, nampak bantal ja...hehehee...

are_lin@yu said...

cntik tmpt ni.ayu xpnh smpai lg.hehe

Mizz Aiza said...

tentu rasa tenang sesekali dapat keluar bersama keluarga bersantai di luar rumah.. :D

OKje said...

Hehe...betul tu Kanda...bukan tak suka tapi kalau tetamu tu asyik datang pantang bila tengok pintu terbukak...pening jugakkan hehe.....
Nasib kat tempat OKje ni tak delah pulak....kalau kat kg zaman arwah abah masa ada dulu, ye....
Pergh tak sempat nak duduk asyik kerja buat air je ... Nasib trend kat kg tak de masak bagai!

wahida said...

saya pernah beberapa kali dtg sini kak...masa dulu dan masa sekarang...

saya suka danga bay yg dulu kak...

AtieYusof said...

seronok jg sesekali melarikan diri dr kesibukan rumah kan Kak...cantik juga tempat ni, tak pernah pergi lg...:)

Unknown said...

sekali sekala amik angin luar tak salah kak zakie..:)

Anonymous said...

tetamu saya dtg hujung mggu jer . selamat lah sikit . saya lbh suka suasana zaman pantai lido . sesekali bila jenguk akak kat majidee , turun gak ke danga bay , tapi feeling tu dah lain lah ...

musang said...

best..hilang segala keletihan

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

huhu...tgk pic akak,, baru teringat, dah lama kami tak melepak mcm ni.. bestnye.. :)

Jahirah said...

bestnya kak...tenang n damai je lagi2 dengan family...

Qashmere said...

Berjalan sakan je kak zakie ni! hehehehe danga bay memalam memang cantik!

kakrose said...

eloklah zakie..rehat sebentar dari aktiviti masak memasak untuk tetamu yg berkunjung. dalam pada tu boleh cari idea nak masak apa pulak untuk tetamu akan datang..:)

Ujie Othman said...

waktu malamnya mmg cantik kan..sbb ada lampu2.

Unknown said...

dlm erti kata lain akak lari la ni yer.. hehehe yela kdg2 tetamu dtg x berhenti boleh pitam gak jdnya. mcm mak queen pd raya pertama aritu dr pg smp ke mlm org silih berganti.. sudahnya lps isyak terus tutup lampu bergelap dlm rumah sbb dah terlalu penat. mak nak tdo.. ;)

amirah said...

sekali sekala ambik angin ye kak..berehat sekejap..danga bay mcm sentiasa sesak je kak..ada apa sbnrnya kt sana? amie pun baru sekali je kut gi sana tp dgr gak cerita kwn2..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Jeles kita kakzakie... bila lak nak pergi merehatkan badan ni pulak :D

BinMuhammad said...

Danga Bay! Dah lebih 7 tahun tidak menjejakkan kaki ke JB, rindu pula nak melihat keadaan dan perubahan di sepanjang pantai Lido dan Danga Bay ni...
Teringat lagi sebelum kawasan ini di majukan...apa pun xde, sunyi jer...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
tenang je nampak gambar kapal2 kat panking tu.. gambar tu leh wat background screen tu.. tenang.. :D

aby said...

rasanya, bln january thn ni aby sampai kesana juga .. wktu lps gi LegoLand .. memang best tempat dia .
kapan gambaray kak arek mentu neng blog ..
hu..hu..

aizu's life said...

lari sebentar dari kunjungan.. dpt rehatkn bdn.. cantik :)

Unknown said...

syoknye tmpt ni.. deqla x penah pegi lagi...huhuhuhu...

lelamaisara said...

wah dah lama benar tak p sini...

Umm AA said...

sALAM kakak
tak boleh komen banyak2 nie..singgah kejap jer bc citer ari nie sambil pegang arissa releks2..arissa demam kena cucuk pg td..takleh letak asyik nangis..

Lydia Miza said...

Salam kak
Lama dah x g sana. Mesti best kan mlm2 kat situ

Rinna said...

Tak pernah lagi sampai ke Danga Bay.. Nampak menarik jer.. :)

KakNi said...

amboi... bersantai bersama keluarga, best kan?
sy x prnh smpai lg tmpt tu.. dulu2 masa bljr kat skudai x de lg pun

Rozie said...

pernah pi sekali jer...

Anonymous said...

lama x jejak kaki ke sini kak!

Tie HT said...

best jugak danga bay ni ye kakak..
one day saya nak gi sini.insha Allah

mama maman aka yana said...

kalu zsilap.. pernah gi sana dlm 10thn lepas kot.. hahaha.. lama dah.. :)

makchaq said...

Selamat hari raya maaf zahir batin kakZakie..

Kalau cuti sekolah memang kebanyakkan tempat menarik sesak kan.. raya pertama pun sesak dengan non muslim dan warga asing yang tak balik...

Yasmien nampak kecik pulak sekarang..Adik makin pandai bergaya tapi tetap comel...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie..seronoknya merehatkn badan kat tepi laut camni.Asyik memsk jer kat dapo...mmg penat kak...

emarieys said...

dah lama tk pergi johor bahru

Aine Ainun said...

Macam dah lain ja danga tu..ada perubahan ke kak..masa bulan 6 p aritu.sama ja

QasehnyaRania said...

as-salam
bestnya

akak, itu memang kisah saya yg lama.saja n3 utk share prosedurnya bg mereka2 yang ingin mengetahuinya :)

tak ada apa yg perlu diperbetulkan mengenai tarikhnya ":)

thanks tau sbb take care

mazmad said...

Saya selalu pergi....tak de apa sangat..biasa jer..!

Unknown said...

Ermm xpenah sampai sana teringin gak nk pi :)

wawa syaida said...

Belum pernah sampai lagi ke danga bay...sesekali dapat berehat dengan keluarga ni...memang sesuatu yang boleh membuatkan hati menjadi tenang...bestnye akak...insyaAllah 1 hari nanti akan ke sini jugak

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya tiada yg istimewa pun di Danga Bay ini. Berbanding dulu tiada pagar penghalang kakak rasa lebih santai. Pembangunan membuat ianya berubah. Tapi sebab kakak mahu merehatkan badan itulah sebabnya kakak ke sini. Tak ada buat apa pun. Selepas kami makan di dataran MBJB tu kami ke sini.

Terima kasih semua yg memberikan komen:-

Zee Suhaini, Dr Singa (kakak pun rasa macam tu dulu tak ada dinding penghalang, sekarang dikepuns sana-sini), zana fahmi, HeNRieTTa JoSe, Masya, Seri Kandi Tanah Jauhar, MOKCIK AZWA, Aziela, lieyalatif, Qhaifa Nur, Fazleyatul Aini, Fiza Rahman (budak-budak suka Fiza tapi macam kakak dgn abang ni sekadar merehatkan badan), ZazaMyMoon, Sura Mohd, CiKPuaNLawA, aanie, syuk shusuke, ieda immi, ummiross, fairus mohamad noor, Kisah Si Dairy, lia, Rai Ourkizuna, Knor, aizamia3 (sekarang dah tak secantik dulu Ai),Asyifa Mustaffa, JunAina, are_lin@yu, Mizz Aiza (Dunia Kecil), hainom OKje (dah keletihan dinda, betul-betul letih termasuk anak-anak dara kanda pun itu yg melarikan diri sekejap), wahida (dulu lebih original tak adalah pembinaan palsu macam sekarang ni wahida), aTieYusof Family, mama_ka0ri, harumankasehvee (kalau macam tu banyak boleh rehat), redza, ♥ Cmª shIemª ♥ (sesekali bila dah tak ada cara Cma), Aishah Jahirah, Qashmere, Kak Yon (anak-anak pun dah surrender Kak Yon itu yg kami semua keluar), Ujie, QueeN TerataI (kira macam larilah juga Miza hihi... anak-anak kakak pun dah tak tahan penat), amirah (kakak pergi Iskandar tak sesak sangat tapi still di Danga Bay juga Amie), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Bin Muhammad said (tak ada istimewanya BM, kalau budak-budak sukalah), JaSSNaNi, aby (tapi kalau pergi siang panaslah aby), aizu's life (dah penat sangatlah aizu hihi...), Deqla Manjew, lelamaisara, ummuaidan (harap arissa tak demam panjang ummu), Lydia Miza (malam ok dik sejuk tapi kalau siang panas), Rinna, KakNi (dah tak sama dulu dah cikni, dulu sebenarnya lagi santai sebab original pantainya), Sayangku Zie, Kesuma Angsan, Tihara, mama maman aka yana, makchaq (itulah sebabnya kakak berehat di Iskandar yg tak sesak. Yasmien dah duduk asrama jadi kecik), ♥♥azatiesayang ♥♥, Ema Johari, Aine Ainun (ditambak sana-sini AA tu yg dah tak original), QasehnyaRania (oh.. kakak ingat kejadian sekarang), mazmad (kalau untuk merehatkan badan bolehlah kan), Delima Zamrud dan wawa syaida (bila dah berdua tak lama lagi bolehlah dtg sini wawa, jumpa kakak sekali hihi..)

Buat semua terima kasih sekali lagi:D

haryati said...

teringin nak tgk muka kak zakie...sekali sekala buh la gamba akak sekali...