Monday, December 30, 2013

Puteri Habour & Hello Kitty Town

Menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah yang sedikit kami menjengah Puteri Habour dan Hello Kitty Town.
Kami - Berada di perkarangan menuju ke Hello Kitty. Masih tidak ada perubahan lagi. Apa yang berubah kerana dekorasi sempena perayaan Krismas yang baru lalu masih ada lagi.
Puteri Habour - Sebenarnya kedudukannya di belakang Hello Kitty saja.  Kepada mereka yang menginap di Hotel Trades pasti suka untuk bersantai di tepian Puteri Habour ini. Perkhidmatan feri untuk menuju ke Pulau Batam juga ada di sini.
Playdoh - Hello Kitty adik sudah banyak ditambah pula dengan harganya yang mahal kami tidak membeli mainan di Hello Kitty. Tetapi keluar pintu Hello Kitty di depan mata terpampang signboard ToysRUs apa lagi adik memang tidak melepas peluang.
Kek dan biskut - Kalah mama punya kek dan biskut. Adik punya sangat menarik dan memuaskan hatinya.
Cup-cakes - Pandang saja tapi tidak boleh dimakan. Namun kepuasannya tidak terkata.. Murah saja playdoh adik yang kali ini baru RM49.90/-.
Semalam Kak Yasmien sudah kami hantar balik ke asramanya. Hari ini adik selesai semua pembayaran peralatan tambahan di sekolah. Esok giliran Kak Nurienne pula akan pulang ke asrama juga. Pelajar yang sekolah bukan aliran agama biasa sementara menunggu keputusan SPM boleh santai-santai tetapi Kak Nurienne sudah memulakan untuk ke tingkatan 6 dan memulakan sessi alam persekolahan semula pada 1hb Januari, 2014 ini.

~~Mohon maaf sebenarnya aku masih dalam bercuti sejak hari Khamis lalu. Segala komen akan aku jejaki sebaik aku naik cuti. Terima kasih semua.~~

Friday, December 27, 2013

Retoran Saujana yang nyaman

Sedikit dilanda kesibukan. Aku paparkan detik kami sekeluarga menikmati hidangan makan tengahari di sebuah restoran yang sungguh nyaman. Anak-anak sukakan pantai dan lautan. Kedudukan restoran ini diatas lautan berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah. Makan sambil dipuput bayu lautan sungguh mengasyikkan.

Restoran Saujana - Melalui titian jeti yang diperbuat dari papan. Saujana mata memandang di kejauhan kelihatan kapal menuju pelabuhan.
Hidangan - Kami makan ikan siakap asam pedas, sotong goreng tepung, udang butter, tomyam campur, sayur campur, kerapu sweet sour dan ketam berlada.
Ketam pujaanku - Biasa kami membeli ketam yang kulit keras. Bila sesekali mencuba yang ini sedap pula. Senang adik makan tidak perlu menggunakan gunting pemecah seperti selalu.
Sampan - Terletak di bawah jeti laluan kami menuju ke restoran tersebut

Pokok mengkudu - Kami juga jumpa banyak pokok ini ditanam di sekiter tempat parkir kereta. Buahnya terbiar bergolek begitu saja.
Kepada kawan-kawan yang pergi ke Legoland atau Hello Kitty Town boleh saja terus menuju ke restoran ini untuk menjamu selera. Tetapi hari ini (Jumaat) restoran di tutup. Harga sangat berpatutan jika dibandingkan dengan makan di restoran yang terletak di bandar JB. 

~~Tetap warga Singapura juga yang memenuhi restoran ini.~~

Thursday, December 26, 2013

Keperluan dapur untuk keperluan perut

Sana-sini kedengaran suara membantah dan memprotes atas kenaikan harga pada banyak barang keperluan seharian. Namun suara-suara itu sekadar mampu didengar kerana akhirnya ditelan masa yang berlalu. Mana yang berkemampuan tidaklah merasa kesannya tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan perit dihati atas tanggungan yang terpaksa juga digalas. Sebelum melelapkan mata pun kotak fikir masih mencari jalan untuk mencari jalan terbaik bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Keperluan dapur - Bawang-bawang, kentang, cili kering, asam & garam barang yang tidak mungkin dapat dielak dari membelinya. Bukan macam belacan yang boleh ditinggalkan sebagai barang keperluan.
Bahan dapur lagi - Katanya kalau tidak mampu membeli daging dan ayam beli saja ikan masin macam ini. Kalau kena penyakit darah tinggi tanggunglah sendiri. Perubatan sudah pasti kian mahal.
Ikan - Kalau daging mahal beli saja ikan. Tetapi nampaknya ikan pun lebih mahal dari daging dan ayam.
Sotong - Tidak payahlah membeli sotong kerana kandungan kolesterol tinggi. Bahaya. Harga pun berganda-ganda dari harga ikan. Lihat saja untuk menjamu mata.
Udang - Sama juga dengan udang. Sebelum kolesterol singgah di badan lebih baik elakkan. Harga pun mahal bukan main. Mana ada udang yang harga kurang dari RM20/-. Kalau ada mungkin yang sudah tanggal kepala.
Sebenarnya aku dan hubby berbelanja untuk keperluan dapur. Anak-anak pula gemarnya kepada sotong dan udang. Ikan siakap yang kami beli seekor berharga RM28/-, Ikan merah RM32/-, sotong pula 24/-  dan udang pula 32/- sekilo. Oleh itu jangan salahkan penjual restoran seandainya mereka meletak harga tinggi kepada masakan mereka. Bayangkan kalau seorang suami yang punya isteri tidak bekerja dengan pendapatan RM4K dengan anak yang bersekolah, memakai diapers lagi bagaimana mahu mengagih semua keperluan asas walaupun beliau layak untuk mendapat BRIM yang sekali dalam setahun. Bukan tidak bersyukur dengan keamanan negara namun tekanan keperluan kian hebat aku lihat sekarang ini.

~~Biar tinggi mana pun harga diletakkan andai ianya menjadi keperluan hidup tetap dibeli juga.~~

Wednesday, December 25, 2013

Tuesday, December 24, 2013

Bbq depan rumah

Mahu berBBQ di luar mama/papa sibuk dengan tugasan. Cuti tahunan masih banyak berbaki tetapi tugasan akhir tahun tidak dapat dielakkan.Tanggungjawab dunia kena juga galas dengan telus. Untuk memberi kepuasan anak-anak malam minggu yang baru lepas kami berBBQ di depan pagar rumah saja. 

Bara tersedia - Papa balik dari solat maghrib tolong menghidupkan dulu bara sebelum dia ke surau semula untuk solat Isyak.
Panggang - Siap semua sedia mulalah kami memanggang daging, sotong, udang dan sosej. Ayam anak-anak tidak mahu sebab baru makan KFC dan Pizza Hut.
Siap - Set pertama yang sudah diBBQ. Udang cepat sikit. Sotong juga tapi daging agak lambat.
Santapan - Sekadar nasi tomato dan coleslaw saja yang jadi pelengkapnya.
Air lamnet - Tidak ada air coke kami minum air lamnet dan fresh orange.
Papa - Baru balik dari surau terus duduk sama dengan kami. Adik tidak sah kalau tidak posing.
Mama punya - Inilah yang mama makan. Nasi tomato, coleslaw, daging secucuk dan sotong secucuk tanpa sosnya.
Terakhir - Sudah mahu mengemas masih tidak puas berBBQ satu lagi sosej dipanggang Kak Nurienne.
Kemas - Mama sudah sedikan semua bahan untuk BBQ, giliran anak-anak mengemas semua. Papa kemas alat BBQ. Mama cuci tikar. Lain-lain anak-anak kena buat.
~~ Cuti sekolah hampir ke penghujungnya. Makan-makan sekeluarga begini akan boleh dibuat lagi bila mereka balik. Sayu hati pula.~~

Monday, December 23, 2013

Kacang pool pun naik harga

Sementara menuju ke destinasi yang dituju kami singgah sebentar di tempat ini untuk mengisi perut. Dua-tiga kali pusing mencari tempat parkir akhirnya baru berjumpa bila ada yang mahu meninggalkan tempat itu. Sebaik melabuhkan punggung, dalam kesibukan itu ada juga yang sangat bermurah hati menghulur di setiap meja dengan beberpa biji buah dukong. Manis dan sangat segar dan aku pasti mesti baru dipetik dari dusun. Mula kami teringat ketika di Mekah dan Madinah. Setiap hari pasti ada saja hamba Allah yang bersedekah dengan memberi kepada kita seperti kurma, buah tin, roti dan sebagainya. 

Kacang pool Haji - Inilah warung destinasi kami
Hidangan - Sebiji telur mata lembu, sebelah limau kasturi, kuah dan sekeping roti berharga RM4/-
Lapar - Oleh kerana lapar hubby menambah sekeping lagi roti ditambah pula kuah masih banyak lagi.
Perhatian - Bermula 01-01-2014 harga kacang pook haji akan dinaikkan ke RM5/-
Aku dan hubby boleh tersenyum dan menjenakakan hal ini. Siapa mahu marah tuan punya restoran? Harga gula naik, petrol naik, tambang bas sekolah anak naik, bill elektrik akan naik, toll juga akan naik apa kemampuan kita? Berbahaslah juga sesama pasangan tetapi apabila kacang pool haji akan naik aku dan hubby senyum sinis. Siapa kisah sebab walau RM5/- kacang pool haji ini tetap mempunyai pengunjungnya yang tidak berhenti. Kesimpulannya akibat dari banyak yang naik harga itulah kacang pool haji pun naik harga sama.

~~Betullah hujan saja yang selalu turun di Malaysia; selainnya semuanya naik-naik belaka.~~


Saturday, December 21, 2013

Kena pintar kalau mahu jadi penggunanya

Seminggu sudah aku tidak boleh membuat panggilan melalui telefon pintar aku. Sungguh sebagai pengguna telefon pintar seharusnya aku juga perlu pintar. Namun kerana aku kurang pintar tanpa aku duga bill telefon mencecah RM300/- lalu semua panggilan, sms, chat dan seangkatannya tidak berfungsi (blocked). Kejadian terjadi pada telefon anak bongsu aku juga (adik). Tetapi bill adik baru RM88/- sudah diblocked. Mencari ruang di sebalik kesibukan tugasan semalam aku ke Celcom ditemani siapa lagi kalau bukan hubby juga sebab kami sekeluarga menggunakan family plan. Aku dan anak-anak hanya sebagai talian subsidiaries saja. Biasa sebulan kegunaan telefon setiap satu nombor tidak melebihi RM60/- tidak termasuk hubby punya.

Kaunter - Hubby sedang berurusan. Kami pergi sebaik hubby pulang dari solat Jumaat. Aku semalam kerja separuh hari dek urusan ini. Terpaksa juga membayar semua bill yang melebihi sebulan bill elektrik dan air rumah kami.
Lapar - Balik dari Celcom kami disambut dengan curahan hujan yang lebat. Perut pula mohon diisi. Berhenti makan berdua jarang kami lakukan. Terasa kekok pula bila biasa makan di tempat begini kerana biasanya mengikut kehendak anak tapi semalam kami makan kerana tiada lagi pilihan. Restoran yang menjual nasi semua lauk sudah tinggal sisa.

Sekarang aku langgan internet termurah RM28/- sebagai langkah andai ada cross line sewaktu menggunakan internet. Walau di rumah kami ada wifi tapi aku rasa ini sebagai langkah berjaga sekiranaya aku terlalai terbuka butang mobile data yang lupa ditutup. Pengajaran jangan lupa tutup mobile data di telefon pintar yang digunakan sewenang-wenangnya.

~~ Mungkin duit bill ini adalah kifarah kerana aku kurang memberi kepada yang memerlukan. Kena sedarlah wahai Kakzakie.~~
 

Friday, December 20, 2013

Hari Kraft Malaysia

Sebenarnya sejak tahun 2013 menuju penghujungnya aku dilanda sedikit kesibukan.Hari ini aku paparkan saja penunjuk anak-anak untuk mengaji yang aku beli baru-baru ini. Membeli di pameran Kraft Malaysia yang hingga kini masih berlangsung diperkarangan Plaza Angsana. Membawa anak-anak ke sini sekadar memenuhi kehendak mereka. Anak-anak membeli apa yang dihajatkan, tetapi mamanya tidak membeli apa-apa.

Tuding - Aku memanggil penunjuk mengaji ini tuding. Belilah untuk anak-anak yang mengaji memandangkan semua jualan mahal-mahal belaka. Dulang rotan yang aku beli di Melaka berharga RM10/- tetapi di pameran ini mencecah harga RM45/- manalah aku mahu membelinya.
Pilihlah anak-anak -  Inilah dia tuding tersebut. Daripada tidak ada apa yang dibeli jadilah aku membeli ini saja. 
 
~~ Ada kala harga pameran yang dijangka murah tetapi jauh lebih mahal sebenarnya.~~ 


Thursday, December 19, 2013

Belajar bahasa Inggeris

Walau belum pernah bersua muka. Namun jalinan ukhuwah melalui blog erat terasa. Bertambah lagi apabila mendapat email mahukan alamat aku bagi membolehkannya mengirimkan buku yang sangat baik sebagai panduan dan pembelajaran anak-anak yang sedang meniti ilmu. Siapa lagi teman atau sahabat itu kalau bukan Mila. Teman blogger yang membuat jualan buku ini.

Sampul kiriman - Tidak terucap dengan sekadar terima kasih buat Mila. Sungguh adik sangat gembira apa lagi mood mahu naik sekolah sudah ada sekarang.
Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris - Inilah bukunya. Kini adik bukan saja ada beg sekolah, kasut dan baju baru tetapi juga ada buku baru yang tidak diduga dapatnya.Terima kasih adik buat auntie Mila.
Buku 1 - Grammar (tatabahasa) & Latihan Pengukuhan. Sangat berguna buat anak-anak dari usia 6-12 tahun kalau mengikut pandangan aku. Namun kepada mereka yg agak lemah yang usia bawah 15 pun boleh saja.
Kandungan buku 1 - Lihat kandungannya. Kepada ibu-bapa boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan asas ketika sama-sama duduk mengajar anak mengulangkaji pelajaran.
Buku 2 - Vocabulary (Perbendaharaan Kata). Aku rasa anak yang berada di tadika pun boleh menggunakannya. Banyak perbendaharaan yang boleh diberikan tunjuk ajar buat anak-anak yang baru bertatih. Kepada anak yang sudah berada di sekolah rendah pula boleh dijadikan pengukuhan pembelajaran.
Kandungan buku 2 - Lihatlah sendiri kandungan yg tercatat untuk kandungan buku 2. Sebagai penjaga seperti guru-guru tadika atau taska buku ini pada aku sangat baik dijadikan panduan. Tidak kurang yang berada di sekolah rendah boleh dijadikan rujukan. Buat ibu-bapa yang selalu duduk mengajar anak ketika mengulangkaji buku ini juga boleh membantu.
2 dalam 1 - Sebenarnya buku ini dibuat dalam satu buku. Bukan syampu rambut saja ada 2 dalam 1. Buku ini juga dibuat begitu teliti. Beli satu dapat dua pembelajaran yang sangat baik.
Bertemu muka entah bila
tetapi buku sudah diperolehi
Jzakallahu Khairan buat Mila
dari kami satu famili

Kepada sahabat semua samada mahu berkenalan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku ini silalah ke blog Mila  atau boleh email my.milakamila@gmail.com. Moga tahun baru buku ini dapat membantu anak kita lebih cemerlang. Buat Mila sekali lagi terima kasih dari kakak.

~~ Buku yang baik sampai bila-bila pun boleh dimanfaatkan sebagai rujukan.~~


Wednesday, December 18, 2013

Bakal calon mertua adik ke ini?



~~Ingin berkenalan calon adik klik di SINI (maaf kakcik bergurau ye) hihi....~~

Tuesday, December 17, 2013

Pengantin di rumah kami

Hari Ahad baru ini rumah aku bagaikan ada majlis kahwin. Tetapi yang ada hanya pengantin lelaki sebab pihak pengantin lelaki menjadikan rumah kami sebagai tempat mereka berehat sebelum majlis bersanding. Semua keluarga pengantin lelaki berkumpul di rumah kami sebelum ke rumah pengantin perempuan. Pasukan kompang juga berkumpul di rumah kami.

Pasukan kompang - Kumpulan Al-Ikhwan diundang untuk meraikan sama majlis. Waktu ini mereka sudah bersiap tetapi masih menanti keluarga pengantin lelaki semuanya sedia bergerak.
Sedia - Pengantin lelaki sudah bersedia untuk diarak mahu keluar dari rumah kami.
Berarak - Sedang bergerak dan dikompang menuju ke rumah pengantin perempuan.
Makan beradap - Gambar di atas pelamin aku tidak dapat peluang sebab terlalu sesak di depan pelamin. Hanya ini yang aku ada.
Aksi hebat - Hahaha.... semua teman surau gelak tidak terkata bila pak haji ini bersilat. Hubby tidak mahu memalukan majlis sebab pengantin duduk lama menanti untuk orang bersilat tetapi tidak ada, lalu hubby yang beraksi. Gelihati kami semua tidak terkata. Hinggakan ada teman surau berkata boleh jadi guru silat pengantin hahaha...

Begitulah kisah kesibukan aku sepanjang dua hari, di hari minggu yang baru lalu. Hinggakan bila malam mahu tidur baru sedar banyak panggilan telefon tidak berjawab. Mahu memanggil semula sudah larut malam. Sungguh meletihkan tetapi keseronokannya terpahat di hati.

~~ Jiran kita adalah saudara terdekat kita. Oleh itu tidak salah memberikan waktu kita buat mereka ketika mereka memerlukannya.~~