Friday, December 20, 2013

Hari Kraft Malaysia

Sebenarnya sejak tahun 2013 menuju penghujungnya aku dilanda sedikit kesibukan.Hari ini aku paparkan saja penunjuk anak-anak untuk mengaji yang aku beli baru-baru ini. Membeli di pameran Kraft Malaysia yang hingga kini masih berlangsung diperkarangan Plaza Angsana. Membawa anak-anak ke sini sekadar memenuhi kehendak mereka. Anak-anak membeli apa yang dihajatkan, tetapi mamanya tidak membeli apa-apa.

Tuding - Aku memanggil penunjuk mengaji ini tuding. Belilah untuk anak-anak yang mengaji memandangkan semua jualan mahal-mahal belaka. Dulang rotan yang aku beli di Melaka berharga RM10/- tetapi di pameran ini mencecah harga RM45/- manalah aku mahu membelinya.
Pilihlah anak-anak -  Inilah dia tuding tersebut. Daripada tidak ada apa yang dibeli jadilah aku membeli ini saja. 
 
~~ Ada kala harga pameran yang dijangka murah tetapi jauh lebih mahal sebenarnya.~~ 


43 comments:

aTieYusof Family said...

Salam Jumaat kak..
erm! kekadang harga kat pameran2 mmg mahal, ntah lah mgkin depa kena caj sewa kot..tu yg jual brg pn mahal..cantiklah tuding2 tu..msti semangat anak2 nak mengaji..:)

Nor Azimah said...

masa kecik-kecik dulu, tuding ni senang je nak dapat, orang buat dengan buluh, boleh minta tolong je dengan orang yang pandai membuatnya, sekarang semua kena beli

Aisy Nasiha said...

Wah.. boleh tahan harga jualan barang kat situ.. macam itulah selalunya pameran yg dibuat, harga mahal..macam peniaga ni saja nak mengaut untung berganda. Habisnya barang diorang juga tak berapa nak laku..

Cantik tuding yang dibeli. Semoga anak2 yg menggunakannya mendapat manfaat.. murah rezeki akak..

Mila@Rimbun said...

cantiklah penunjuk tuh.. dulu2 selalu guna lidi jer... kalau mak meraut(buang daun) daun nyior utk buat penyapu, sibuk nak buat penunjuk ngaji jugak

Bin Muhammad said...

Teringat dulu2, masa tu tuding guna duri landak tengah popular...bila dapat pinjam kawan punya macam syok jer mengaji...hehe

t.a.t.a said...

Betul. kadang² lebih mahal sebab depa nak bayar sewa semua.

Saya masih lagi guna tuding duri landak dengan lidi sate. Dah lama dah. Tapi masih ok. Tapi laa ni tak pakai tuding lagi dah, terus aje membaca.

Sura Mohd said...

penunjuk tu cantik la kakzakie..1st time sura tengok camni..kalau jumpa sura pun nak beli..:)

:: Mrs.Eady :: said...

unik!

memmetlenggeng said...

kami dulu pakai lidi kelapa, pastu kalau nak cantik, lilit-lilit dengan daun kelapa tu dan bakar jadi belang-belang, tp bukan bakar sampai hangus. Pastu, ada jugak yg guna duri landak sebagai penunjuk

izan mama mia said...

cantik petunjuk mengaji tuu..
tak pernah g pameran sebegitu

Aziela said...

Jauh sangat beza harga tu kak. Sewa tapak kat situ mahal agaknya. Saya jarang nak membeli kat tapak ekspo macam tu sebab biasanya diorang mark-up harga. Melainkan kalau ada ekspo yang betul2 harganya murah, baru saya borong.

Oh, kami sejak kecil hanya guna lidi kelapa. Sekarang dah up sikit, pakai lidi sate..hehehehe....

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

mahalnyer kak dulang rotan dari rm 10 jadik rm 45.baru 1st time tengok tuding tu.. memang cantik...teringin juga nak beli macam tu kat adik ngan abang

aizamia3 said...

cantik ukiran tuding tu..
saya kalau pergi pameran2 sekadar melihat dan jarang nak membeli.. tapi esok tak tahulah macam mana dengan festival kat PJ ni.. hehehe..

amirah said...

biasanya mcm tu kan kak..mahal sebab sewanya mahal..maklumla pameran kan ke biasanya sekejap je so sewa memang melambung2 dan harga barang pun terpaksala dilambung2 takut tak cover duit sewa..

Fiza Rahman said...

Banyak betul beza harga dulang yg akk beli tu. Cantik lah tuding tu ☺

Rapunzel Cikilolo said...

ni pun boleh buat cucuk sanggul kan?

Eye_nee said...

Selalunya mcm tu lah fikiran kita bila ada expo2 sebegini kita sangkakan harga lebih rendah...dulu2 pakai lidi jer masa mengaji...

paridah said...

assalam kak zakie pakabar, tuding tu guna utk ngaji quraan ya..org kampung sy kata penunjuk...

asyifa mustaffa said...

dah lama teringin nak cari yg cntik2 cmni buat mengaji...tp x pnah jumpa...asik duk tunding dgn pensil je kak...hihi...

intanfirdaus247 said...

salam kak...cantik penunjuk tu..tp mahal sangat..x termampu nak beli...kecik2 dulu arwah ayah ambil buluh dan rautkan cantik2..tahan lama...:)ada sesetengah guna lidi ja...

ummuaidan said...

cantiknya kakak penunjuk tuh...kalau jumpa yg cam tuh ummu pun sure beli jgk...

YUS said...

Cantik... Yus skang guna duri landak jer.. Ingat masa kecik-kecik dulu mengaji kat masjid.. ada 2 laluan.. jalan besar dn jalan kecik blkg masjid.. jln kecik tu bleh lalu utk gi ke kubur.. dkat2 situ ada pokok buluh...

kekadang lepas ngaji pergi sana sbb nk cari buluh yg kecik2 tu.. sambil cari smabil baca ayat2 quran sbb takot! Hahahaaaa...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semakin cantik penunjuk tu di zaman sekarang.. semasa kecil dulu selalu baca al-quran guna buluh yang diraut saja..

Rai Ourkizuna said...

dulu saya pakai lidi kelapa sawit je.. pernah ayah tangkap landak.. saya ambil durinya buat penunjuk.. tapi masa tu kawan2 kata.. jgn guna duri landak buat penunjuk.. nanti mak bapak bercerai.. alhamdulillah mak ayah saya bahagia sekarang..

ummiross said...

Cantik pula tuding tu Kakzakie,berseni, dulu2 ummi pakai lidi je, dari pokok kelapa,pahtu raut bagi licin, hehe..
Yelah kak Kakzakie,selalunya harga barang kat pameran lagi mahal kan.

Mia Kassim said...

Tak lah lenguh jari menuding kan kak...
Tapi kak mmg harga barang kat pameran kadang2 jauh lebih mahal drp yg biasa....

inazamri said...

cantikla kak tuding tu.dulu gi Melaka tak nampak la pulak.

nohas said...

cantik..bertambah semangat nak mengaji..koleksi rehal pulak..

acik idah said...

Salam Kak...

Barangan Kraf memang mahal kak... dia patut jual kat pelancong jerr..!

Queen Teratai said...

cantik tuding buat mengaji ni.. dulu guna lidi bunga telur je kak.. ;)

Sherwieyna Muzzawer said...

wah barangan antik dan unik ni bapa saya sangat sukaaaa!!!

Roha said...

salam jumaat kak zakie..

akak pi ye hari kraft Malaysia kat padang angsana tu..saya tu hari pon nak pi jugak,tengok punyalah ramai..terus tak jadi singgah :)
cantik penunjuk mengaji tu..bole tahan rege dia ea kak,terbuat dari kayu ke akak ?

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..

cantik dan unik penunjuk al quran tu..
oo..akak panggil tuding ye..? cma baru tau nama dia.. hehe.. :)


huhu..kdg2 ada pameran mcm ni, harga brg lagi mahal dari harga biasa..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantik penunjuk mengaji tu kakzakie, saya kalau mengajar anak mengaji gunapenunjuk plastic tu jer..

syuk shusuke said...

syuk mengaji pakai lidi sate je. canggih dah ade tuding dah skrg. huhu

Kesuma Angsana said...

cantik2 pulak buatannyer kak !

nurbijen said...

saya pula panggil penunjuk...
Makin bersemangat la nak mengaji dgn tuding baru tu :)

Kakzakie said...

Kepada mereka yang mahu berkunjung ke hari kraft ini masih lagi berlangsung di Plaza Angsana. Kalau kain batik sutera, peralatan hiasan sangatlah banyak dan sungguh menawan tetapi kena sediakan fulus lebih hihi...

Terima kasih kepada semua teman kakak yg sudi memberikan komen:-

aTieYusof Family, Nor Azimah, Aisy Nasiha, Mila@Rimbun (yelah Mila kakak dulu pun macam tu juga), Bin Muhammad, t.a.t.a, Sura Mohd, :: Mrs.Eady ::, memmetlenggeng, izan mama mia, Aziela, (Lizz) http://haslizalizz.com/, aizamia3, amirah, Fiza Rahman, Rapunzel Cikilolo, Eye_nee, paridah, asyifa mustaffa, intanfirdaus247, ummuaidan, YUS, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Rai Ourkizuna, ummiross, Mia Kassim, inazamri, nohas, acik idah, Queen Teratai, Sherwieyna Muzzawer, Roha, ♥ Cmª shIemª ♥, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)syuk shusuke, Kesuma Angsana, nurbijen.

Terima kasih sekali lagi.

QasehnyaRania said...

mahal sbb caj sewa tapak kot.
alhamdulillah

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie..betul tu semuanya mahal2 belaka...:)

Deqla Manjew said...

cantik penunjuk tu.. zaman dedulu guna lidi sate jer kan..heeee

elly nadyra said...

Baru tau namanya tuding. Sy panggil penunjuk.

hainom OKje said...

Eh...dinda pun panggil tuding jugak kanda....Cantik jugak tuding tu ......oklah gak tu dpd tak beli pape..
Kira harga cekik darahlah yek kanda....