Mohon maaf kepada yang telah terbaca sedikit intro tentang entri ini pada petang Sabtu lepas. Empat bulan sudah menggunakan Samsung S4 zoom namun masih teraba-raba. Balik dari majils rewang jiran kononnya mahu upload gambar dan update entri. Tetapi gambar belum diupload dan catatan belum sempurna tetapi telah terpublish. Kemudian melihat jam sudah lewat petang. Tinggalkan saja terus masuk ke bilik air. Pagi ini baru aku mengolah semula.
Majlis rewang di rumah jiran perumahan kami. Ada majlis kenduri kahwin anak kedua mereka. Kami bergotong-royong membuat persiapan dari pagi Sabtu itu. Menikahnya pula pada petang Sabtu dan majlis resepsinya semalam. Kami yang menjadi 'orang dapur' tidak berpeluang pun melihat pengantinnya menikah. Gambar majlis resepsi esok aku sambung entrinya.
Majlis rewang di rumah jiran perumahan kami. Ada majlis kenduri kahwin anak kedua mereka. Kami bergotong-royong membuat persiapan dari pagi Sabtu itu. Menikahnya pula pada petang Sabtu dan majlis resepsinya semalam. Kami yang menjadi 'orang dapur' tidak berpeluang pun melihat pengantinnya menikah. Gambar majlis resepsi esok aku sambung entrinya.
Kak Midah - Majlis dirumah sebelah tetapi kami rewang di rumah kakak ini. Meriah dengan airmata bila mengupas kulit bawang merah. |
Cili kering - Menggunting cili. Sebelah kanan itulah Kak Midah rumah yang dijadikan tempat untuk kami rewang beramai-ramai. |
Mencuci - Ada juga yang menjadi tukang mencuci |
Lagi sekumpulan - Tukang mengupas kulit bawang putih, carrot, kentang dan juga memotong kacang panjang dan terung di sini.Aku berada di kelompok ini. |
Harap kali pertama menggunakan Samsung ini akan membuatkan aku terbiasa di masa akan datang. Tetapi untuk resize gambar itu yang menjadi masalah. Belum terjumpa bagaimana mahu resize gambar menggunakan Samsung ini. Watermark pun besar tidak terkata.
~~ Moga persepakatan perjiranan kami membawa keberkatan yang berpanjangan.~~
66 comments:
Owh ptt td dia ckp blog not exist , tak pe kak Lama2 expert ;)
Wah Kak Zakie dah guna S4.. Nur lebih suka edit gambar guna laptop.. Kalau guna hp rasa macam tak puas.
Meriahnya. Kat bandar dah jarang nak jumpa rewang.
seronok bergotong royong,kan..meriah,mengeratkan silaturrahim...
rewang memang best..cheqna yang dah guna 8 bulan ni pun masih terkial2..janji dapat kol..dapat wasap..dapat mesej sudah..hihihi
tak per lelama mesti expertkan...zas2 siap..
bestnyer rewang gini...time ni boleh beraamah mesra ngan jiran2...memang bila potong bawang paling sedih kesemuanyer meleleh air mata semuanyer...hehe
seronok rewang ni..
teringat pulak time raya masa kecik-kecik dulu kat rumah nenek..
last rewang masa bulan 3 awal thn hrtu.mmg rewang2 ni sgt meriah kan kakak.Time rewang tu la mcm2 cerita leh kita dengar hehehhe
sehari dua lagi angah pun akan merewang jugak untuk kenduri Dik Ja
kak zakie...
yan ni dah lama pakai note pun tak reti2 lagik nak publish entry...ahahahah...akak ni kire hebat laa....dah lama tak rewang kak...merewang jenjalan tu banyak laa....kikiki
seronok rewang ni...
kakak, sy jarang sgt update blog pakai fon sb leceh nak resize gmbr...lebih mudah pakai pc...
meriah sesekali buat rewang begini.. lama-lama nanti mesti kakak akan biasa guna samsung tu..
sy pun terkial² kat guna hp/tab nak publish entry kikikiki ...
sy suka rewang ni .. mengeratkan silaturahim..
kalau bercuti, saya update blog guna hp tapi gambar memang tunggang langgang la hehehe
Seronok dapat jiran tetangga yang mahu rumahnya dijadikan tempat rewang..ada juga jiran yang kedekut kan kak..jiran buat kenduri, dia kunci pintu...
b4 ni x tau apa maksud rewang, bila baca n3 ni baru tau.. hehe..
org utara x panggil rewang, yg nureen tau juz panggil tolong jerr hehe
Teringat masa zaman mak ummi sihat dulu, kawin kami adik beradik masak memasak bergotong royong macam nilah dengan jiran2, memang best dan meriah, ukhwah jiran tetangga pun bertambah rapat, tapi bila tiba generasi anak-anak, semua dah pakai catering, pergi makan je lah.
Waa Kakzakie dah S4 ye, takpe lama2 expertlah tu.
gotong-royong yg mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga
sesekali dapat merewang..best jugak kan..
seronoknya bila kenduri bergotong royong gitu..erat silaturrahim n dpt ringankan bbn rumah yg berkenduri..
kalau ummu guna program photoscape tuk resize ngan watermark.tak pernah resize direct dlm camera..
Memang seronok ikut berewang ni...bolih mengeratkan silahturrahim sesama jiran dan yang paling seronok waktu kerja dan lepas tu makan bersama2...meriah ..
wahh..dah letak watermark..
rindu suasana rewang.. rindu nak makan nasi ambeng..eh! hahaha..
takpe kak pelan2 belajar... practice make perfect katanyer kan...
lama dana tak rasa rewang2 gini kak... kalu blik kg pun tak sempat nk rasa rewang2 gini... syok kan...kumpul2 borak2 sambil bt keje
dah lama x tgk org merewang.meriah kan kak?:-)
Meriahnya ye Kak..
bagusnya bila jiran2 sepakat nak menolong...kerja pun semuanya jadi ringan..
erm! lama2 nanti akak terer lah tu guna Samsung..practice make perfect kak :)
Masih ada jiran yang berbesar hati pinjamkan rumah untuk kelancaran majlis. Seronok tentunya duduk di situkan kak...
kakzakie..acik pun sibuk rewang kenduri anak sedara..tapi tak sempat ambik gambar..ada gambar anak ambik tu yang acik guna
Seronok kan merewang? mengakrabkan lagi silaturahim. Saiz watermark tu ok jer Kak Zakie.
perasan jugak semalam tapi takde entry ni.. takpe kak.. slow2.. nanti mahirlah tu..
psstt: ke Selatan hanya disempadan N9 dan Melaka. Rindu nak menjenguk saudara-mara.
bestnye rewang. kerja yang berat akan jadi mudah!
kat kl ni tak ada jumpa lgi rewang2 kak..kat kmpung adalah..tapi tak join..sbb byk dah makcik2 rewang..heheh
takde pengalaman rewang masak2 ni... rewang basuh pinggan pernah. hehe
wah bagusnyer ada aktiviti2 rewang sebegini kak !
seronok buat kerja ramai2...baru boleh berjumpa ramai kawan..skrg ni kalau kenduri org buat katering saja..semua sibuk2 belaka.
selalu mak mertua je pegi rewang.
saya tak pernah ikot lagi...
hehe.
smlm saya buka entry kakzakie tapi kosong, hee:-))
lamanya tak rewang. zaman anak dara, mak selalu suruh p rewang..huhu
memang bagus buat kerja rewang cam nih kan kakak~ kerja cepat jer siap pastu boleh lah merapatkan silatul rahim sesama jiran. bukan selalu boleh berkumpul cam nih kan~
seronok rewang mcm ni...dapat kumpul sesama jiran kan kak...saya lebih suka kupas bawang putih.
Rewang bersama cam ni memang seronok kak tapi sekarang ni banyak yang pakai katering saja
Salam kak zakie..
Ya Allah...rindu nye cik saat macam ne...kalau kat kampung mesti berkumpul macam ne bile ade majlis kawen..
takpe kak..pelan2 belajar..
musim kenduri lagi ni..dah start cuti sekolah nanti mesti rindu..kalo ada pon jarang2 dah..
kat kampung semangat rewang ni kuat lagi kak..syok kan sambil buat keje tu macam2 cerita yang keluar..
meriahnya rewang camni. dh jrg jumpa dh pun kak..semua org busy je.. : (
aktiviti terakhir tu best :D makan3 :D hehe
pengalaman berewang nih , penat badan tak cukup sehari u . patutlah buka blog x de apa2 . tipah tertipu udah ... heheheee
Seronok merewang ni kakzakie... sambil borak2 gelak2 kihkih... semua cerita ado... sodap tengok makan tengahari tu :)
Patutlaa...
Saya pernah sekali menghadiri rewang kenduri kawin anak sedare saya di JB. Nampak meriah. Yang lelaki (muda-muda kebanyakannya) datang selepas maghrib/isyak - sama-sama rewang memotong bawang, kentang, halia, kupas ikan bilis dan sebagainya....kami dari Kg Gajah ni...tengok jer....
salam sayang buat kakzakie. lama sungguh tak singgah sini. rinduuu pula suasana macam ni. selalu kat kampung je boleh berkumpul macam ni..
Waah meriah sungguh.. beramai2 berewang gini.. :)
Kalau adik beradik, tinggal satu jer lagi kenduri kahwin, itu pun aebelah orang rumah. Tak pernah lagi kenduri guna katering...Saat paling seronok sudah pastinya masa rewang! Kalau kenduri, kat belakang ajer krn itu lagi best dari melayan tetamu.
Salam kanda.....datang je dinda kat sini dah nak kena rewang....balik semulalah hehe....
Seronok yeh kanda....masih kuat lagi yeh persepakatan taman kanda tu....
Hp ni yg kamera sekali tukan kanda ....present bezday hari tukan....seronok lew tu hehe. ..lelama biasa le nanti
Meriah bila masak ramai-ramai macam ini.
salam bakyuku
Yo rewang memang gayah..ojo sampek kesel lempoh sikil ley mengko..
asalnya saya ingat kzakie dah delete post, rupanya gitu ceritanya
seronok rewang..dah lama tak dengar perkataan ni, dulu duduk dengan makcik katt Batu pahat, selalu gi rewang
Buat masa ini masih ada penduduk taman perumahan kakak yg masih suka menggunakan sistem rewang ini tetapi sudah jarang sebab itu bila sesekali ada seronoknya tidak terkata.
Terima kasih semua yg memberikan komen:-
adyna, Nur-nba, Fiza Rahman, ❤Kamsiah❤, cheqna, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Mimie_Zatun, inazamri, Angah, azian, aanie, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Masya, Kniedaz, che mid, ::NureeN::, ummiross (kalau di kampung biasa ummiross tapi bandar ni jarang itu yg seronok), redza, Kisah Si Dairy, ummuaidan (kakak biasa macam ummu juga tapi anak kakak kata dah ada Samsung S4 tu meraka kata rugi tak gunakan), BUNDA a.k.a KN, Rai Ourkizuna (biasa kakak pun memang ada tapi taklah besar gedabak macam ini), norhidana miswan, ct shah, aTieYusof Family, JunAina, Acik Erna, KakNi Sihat Cantik, aizamia3 (teruslah ke JB Ai), Uni Aqilah, Knor, Rizal Slaughterheart, Kesuma Angsana, Sarah Talib, Rapunzel Cikilolo, ANIM, Nafira usof, Ema Johari, Nurulhuda Abdul Latip, Cik Puan, Zee Suhaini, amirah, syuk shusuke, harumankasehvee, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), ahmad humairi, Sherwieyna Muzzawer, Rinna, Bin Muhammad (lagi seronok sebenarnya guna sistem rewang ni BM), hainom OKje (betullah present birthday tapi kanda tak pandai sangat guna banyak application di dlmnya), Pokok Manggis Depan Rumah, TiranaAduka, Nor Azimah (terpublish tapi belum ready hihi...).
Buat semua terima kasih sekali lagi.
bestnye merewang..
Memg bestkan kak rewang sbb dpt kmpul ramai2 n buat keje same2
Sini rewangnya..sy dah tngk plk kendurinya kat entri tadi....
Slow2 kak...lama2 ok la gunanya nnti..
Saya suka rewang nie kak.. seronok.. selain dapat merapatkan silaturrahim... tapi sekarang nie susah nak cari rewang camnie.. semua katering jerr... :(
Saya lebih suka update guna laptop atau pc kak....guna hp agak terhad sedikit kan.
Meriah kan masak beramai2 dan makan sama2....:D
salam kak zakie..
patut arr klik tak kuar pon entry rewang ni just tajuk je hehe..
bestnya akak rewang sakan tu..:)
assalamualaikum kakzakie...seronoknya kalau ada acara merewang mcm ni..skg ni susah nak jumpa rewang mcm ni...:)
merewang.. sekarang ni kalau kat bandar memang tak adalah merewang ni kan. sebabnya ramai yang dah guna khidmat catering....
meriah merewang gini.. tambah ikatan persaudaraan tu.. masa kenduri deqla dulu pun merewang gini la.. x pakai pun catering.. =)
salam k.zakie..
aktiviti merewang ni mmg meriah!
kat kaw. uimah cma, hari ahad ni ada kenduri.. maka dah sibuk2 jiran tetangga buat persiapan.. :)
Post a Comment