Thursday, December 19, 2013

Belajar bahasa Inggeris

Walau belum pernah bersua muka. Namun jalinan ukhuwah melalui blog erat terasa. Bertambah lagi apabila mendapat email mahukan alamat aku bagi membolehkannya mengirimkan buku yang sangat baik sebagai panduan dan pembelajaran anak-anak yang sedang meniti ilmu. Siapa lagi teman atau sahabat itu kalau bukan Mila. Teman blogger yang membuat jualan buku ini.

Sampul kiriman - Tidak terucap dengan sekadar terima kasih buat Mila. Sungguh adik sangat gembira apa lagi mood mahu naik sekolah sudah ada sekarang.
Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris - Inilah bukunya. Kini adik bukan saja ada beg sekolah, kasut dan baju baru tetapi juga ada buku baru yang tidak diduga dapatnya.Terima kasih adik buat auntie Mila.
Buku 1 - Grammar (tatabahasa) & Latihan Pengukuhan. Sangat berguna buat anak-anak dari usia 6-12 tahun kalau mengikut pandangan aku. Namun kepada mereka yg agak lemah yang usia bawah 15 pun boleh saja.
Kandungan buku 1 - Lihat kandungannya. Kepada ibu-bapa boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan asas ketika sama-sama duduk mengajar anak mengulangkaji pelajaran.
Buku 2 - Vocabulary (Perbendaharaan Kata). Aku rasa anak yang berada di tadika pun boleh menggunakannya. Banyak perbendaharaan yang boleh diberikan tunjuk ajar buat anak-anak yang baru bertatih. Kepada anak yang sudah berada di sekolah rendah pula boleh dijadikan pengukuhan pembelajaran.
Kandungan buku 2 - Lihatlah sendiri kandungan yg tercatat untuk kandungan buku 2. Sebagai penjaga seperti guru-guru tadika atau taska buku ini pada aku sangat baik dijadikan panduan. Tidak kurang yang berada di sekolah rendah boleh dijadikan rujukan. Buat ibu-bapa yang selalu duduk mengajar anak ketika mengulangkaji buku ini juga boleh membantu.
2 dalam 1 - Sebenarnya buku ini dibuat dalam satu buku. Bukan syampu rambut saja ada 2 dalam 1. Buku ini juga dibuat begitu teliti. Beli satu dapat dua pembelajaran yang sangat baik.
Bertemu muka entah bila
tetapi buku sudah diperolehi
Jzakallahu Khairan buat Mila
dari kami satu famili

Kepada sahabat semua samada mahu berkenalan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku ini silalah ke blog Mila  atau boleh email my.milakamila@gmail.com. Moga tahun baru buku ini dapat membantu anak kita lebih cemerlang. Buat Mila sekali lagi terima kasih dari kakak.

~~ Buku yang baik sampai bila-bila pun boleh dimanfaatkan sebagai rujukan.~~


62 comments:

Unknown said...

oh my engglish...bagus laa buku nih

cahayahidupku.blogspot.my said...

Baguslah buku ni kakzakie... terima kasih kakzakie kongsikan disini, saya rasa nak beli jugak Mila ni... anak2 saya lemah jugak bahasa inggeris tambahan Nabilah darjah 6 tahun depan nak ambil UPSR kan.. Macamana nak hubungi mila ni kakzakie. Thanks again :)

Sura Mohd said...

seharusnya setiap rumah ada buku cam ni..sangat bagus..rasanya sura pun kena beli jugak sebab buku2 lama dah teruk..zaman along n angah kecik2 dulu..yg ni keluaran syarikat apa ya?..
*untung kakzakie selalu dpt pemberian dari sahabat2 blog..:)

AtieYusof said...

Salam kak..
Mesti bagus buku ni utk anak2 belajar BI..
nanti nak terjah jg blog Mila lah..:)

Umialya said...

alhamdulillah reeki adik

t.a.t.a said...

Salam kak. Best tau belajar vocab dengan grammar ni. Memang bagus buku ni.

intanfirdaus247 said...

Salam kak zakie...akak apa khabar? hari ni bekpes apa? wah best buku ni..ilmu yg bermanfaat...

Fiza Rahman said...

Mcm menarik jer buku ni. Murah rezeki ☺☺

BinMuhammad said...

Dapat lagi...memang murah rezeki akak. Jeles pula...haha.
Gurau jer...semoga ikatan ukhwah sesama blogger bertambah erat, orang berbudi kita berbahasa.

musang said...

rezeki adik! alhamdulillah

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

saya dah beli buku dari mila ni...abang uwais suka..

Izwa Kamaruddin said...

ohh bagus nie..alhamdulillah!

Anonymous said...

huhuhu.

semoga adik cepat pandai.

:)

YUS said...

Wahhh... untungnya adik! ALhamdulillah.. berkat berkawan kerana ALLAH kan kak! <3

Unknown said...

nampak bagus bukunya.. menarik tu..

ummiross said...

Bertuah adik, dapat buku yang bagus tu, semangat berkobar ye adik..semua serba baru, tentu tak sabar nak kembali ke sekolah.

zmarl (ibu) said...

banyak tu sekali dapat..untung adik..sentiasa murah rezeki..

emarieys said...

murah rezeki untuk adik

Aziela said...

Menarik la buku nie. Adam tak berapa suka membaca, so dia tak dapat mahirkan bahasa nya. Buku ni bagus untuk kanak2 macam Adam rasanya.

AJ said...

oh my english...

Muja.. said...

kak, buku2 mcm ni bkn saja baik buat anak2.

Mak pak pun leh guna gak.. Belajar sama ngan anak2 mesti lagi best kan.. Nak beli jugak

lieyalatif said...

alhamdulillah murah rezeki adik ....seronoknye dpt bahan ilmiah gini kak...byk manfaatnyer...jgn kate adik tapi satu rumah boleh menggunakannye.....

mudah-mudahan adik mendapat manfaat dari buku2 ini....

Suria Amanda said...

bestnya adik dapat banyak buku...semoga ukhwah di dunia maya ni berkekalan yer kak..

amirah said...

waa....bestnya adik. murah rezeki adik. semua dpt baru nak masuk sekolah. mesti semangat berkobar2

Mizz Aiza said...

alhamdulillah rezeki adik.. :D

faraherda.razalan said...

Rezeki Kakzakie dan adik lagi...best! Sy pun smpi la ni tak bape mahir dlm grammar. Huhuhuhu!

Umi Nazrah said...

salam singgah. bagusnya perkongsian kakzakie. boleh buat hadiah jugak ni untuk adik atau anak-anak. adik ku sudah ke matriks pun boleh ku kasi jugak ni. hehehhehee

Mummy Sher said...

wah wah wah..nampak best je buku ni. untung anak kakzakie dpt free..

Ann Ishak said...

bagus buku ni kak, kak mila jual ke buku tu

Unknown said...

Kak.. knape tak tunjuk contoh isinya.. nak juga tengok.. :(

JunAina said...

Rasanya bukan anak je boleh guna ni kak kalau Aina beli dgn mak sekali guna.

Unknown said...

salam kak.. sihat? lama x jenguk ke sini.. wah.. best la adik dpt buku ni..

Unknown said...

Tahniah Kakak~
rezeki kan~ kawan2 blog semua baik2.

Boleh intai2 jugak buku nih untuk Anis.. :)

PCL said...

minat untuk meguasai bahasa lain terutamanya BI, ..bagus suatu usaha yg perlu dijadikan contoh buat anak2.., anak sy pon suka dgn subjek BI...selalu cari bahan beli kat kedai buku je..kalau ada online mcm ni laaagi bagus. t.kasih berkongsi info kak.

nohas said...

bagus buku ni..siap ada latihan lagi, betullah 2 in 1..

Zaitun said...

Alhamdulillah rezeki di awal persekolahan.Petua kak Zai banyak membaca buku2 inggeris dan selalu bercakap bahasa inggeris.

Umm AA said...

Alhamdulillah dpt sst yg berfaedah tuk pembelajaran adik..semga dpt manfaat sepenuhnya..
rezki kakak mmg sentiasa tidak putus kan..:)

azieazah said...

Budi yang baik, pasti dikenang juaa...

Unknown said...

salam kak zakie
wah bestnya adik dapat buku mudahnya belajar bahasa inggeris dari auntie mila ea..ni kena usaha sampai berjaya speak inggeris,buktikan kat auntie mila..tanda timekasih adik kat dia hehe..gudluck :)

Unknown said...

mesti lepas nih semakin fasih adik berbahasa inggeris...=)

Tie HT said...

bagus buku ni, kalau ada anak or anak sedara bleh beli kat mila :)

Unknown said...

tambah lagi koleksi nampaknya.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....bertuah adik ada yg sudi bagi buku2 yg baik ni...:)

Unknown said...

alhamdulillah rezeki adik.. nmpk menariklah buku2 tu..

mysha said...

akak, sha pun nak beli la buku nih.. utk sha... ehehhehee mak terjah la sat g blog nih.. tq akak share..

Unknown said...

bertuahnya adik..semua dapat..semalam dapat mak mertua..arini dapat buku...hihi..gurau je

nurbijen said...

Kalau kat M'sia, mesti saya pun order buku tu.. duk jer negara omputih, tapi grammar masih tunggang langgang.... hihihi

Kayu Manis said...

boleh juga nor belajar ni...

adyna AB said...

Tgk dlm fb pun Ada org gtau buku ni
Bagus , belum beli lg, blh la perbaiki speaking ;)

Cho Zila said...

barang yang elok mestiler disokongkan.. tapi tuler kalua membacani tak berapa nak jadi kena masuk kelas gak baru mudah...

asyifamustaffa said...

Alhamdulillah...rezeki dari kenalan ye kak...adik pun tumpang seronok...:)

zila norazila said...

Lps nie adik leh spiking la kn..ilmu harus dicari hingga ke akhir hayat kn kak

Nor Azimah Ali said...

nampaknya saya pun kena cari satu set untuk ajar anak2 tadika saya, thnks kzakie sharing.

Kakzakie Purvit said...

Mila bukan saja seorg blogger tetapi juga seorg ibu dan isteri, pekerja dan yang paling mengagumkan soal jahit-menjahit beliau sangatlah professional. Mintalah jahit apa pasti menjadi dah hasilnya sangat memuaskan. Itulah sebabnya kakak suka ke blog beliau.

Kepada yang mahu membeli buku yang kakak perkatakan ini atau menempah telekung atau apa juga jenis jahitan seperti sarung bantal, cadar dan sebagainya silalah ke link yang kakak berikan di atas.

Apa pun terima kasih semua yg sudi memberikan komen N3 kakak ini:-

izan mama mia, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(Yati klik link yang kakak bagi itu ye), Sura Mohd (apa susah Sura beli aje dari Mila - kakak dah bagi linknya), aTieYusof Family, umi alya, t.a.t.a, intanfirdaus247, Fiza Rahman, Bin Muhammad, redza, (Lizz) http://haslizalizz.com/, :: Mrs.Eady ::, Rapunzel Cikilolo, YUS, Rai Ourkizuna, ummiross, Zee Suhaini, Ema Johari, Aziela, Eyriqazz, Muja.., lieyalatif, Amanda Suria, amirah, Mizz Aiza (Dunia Kecil), faraherda.razalan, Umi Nazrah, Sherwieyna Muzzawer, Ann Ishak, acik idah (Idah silalah ke blog Mila ada tunjuk), JunAina (betul Aina kita pun boleh guna jadikan rujukan), Queen Teratai, Nafira usof, PakcikLie PCL, nohas, Zaitun, ummuaidan, azieazah, Roha, Papa Mifz, Tihara, Juhariah Johari, Mas Zull, Deqla Manjew, mysha (silalah Sha... buku ini kita pun boleh guna Sha), Cheq Kaq (hahaha....), nurbijen (bukan bahasa ibunda kita Nur), Knor, adyna, Cho Zila, asyifa mustaffa, zila norazila, Nor Azimah (betullah Azi, buku ini baik utk kita mengajar anak-anak).

Buat semua terima kasih sekali lagi dari kakak. Jgn lupa klik ke link yg kakak berikan kepada yg berhajat:)

Mila@Rimbun said...

Terharu dengan komen akak.. terima kasih kerana review buku tuh, moga bermanfaat buat adik dan akak sekeluarga

memmetlenggeng said...

Alhamdulillah...sahabat yang baik selamanya

aizamia3 said...

rezeki untuk dak Adik..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

alhamdulillah.. adik ada buku baru..
cma sendiri ni pn grammar tunggang terbalik lagi.. eheh..:p
tahniah akak :)

Anonymous said...

wah bagusnyer dapat buku2 ilmu macam ni kak! seronoklah adik !

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. rezeki anak anak

Mummydearie said...

Rezeki buat Adik untuk menyambut tahun persekolahan yang baru. Bolehlah belajar BI dengan lebih tekun lagi.

OKje said...

Ya Allah kanda TLBD langsung tak baca buku cuti sekolah ni....relax sokmolah dia tu...mula mula cuti dulu mcm mcm nak buatnya...sampai sudah apa pun takde!