Friday, December 27, 2013

Retoran Saujana yang nyaman

Sedikit dilanda kesibukan. Aku paparkan detik kami sekeluarga menikmati hidangan makan tengahari di sebuah restoran yang sungguh nyaman. Anak-anak sukakan pantai dan lautan. Kedudukan restoran ini diatas lautan berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah. Makan sambil dipuput bayu lautan sungguh mengasyikkan.

Restoran Saujana - Melalui titian jeti yang diperbuat dari papan. Saujana mata memandang di kejauhan kelihatan kapal menuju pelabuhan.
Hidangan - Kami makan ikan siakap asam pedas, sotong goreng tepung, udang butter, tomyam campur, sayur campur, kerapu sweet sour dan ketam berlada.
Ketam pujaanku - Biasa kami membeli ketam yang kulit keras. Bila sesekali mencuba yang ini sedap pula. Senang adik makan tidak perlu menggunakan gunting pemecah seperti selalu.
Sampan - Terletak di bawah jeti laluan kami menuju ke restoran tersebut

Pokok mengkudu - Kami juga jumpa banyak pokok ini ditanam di sekiter tempat parkir kereta. Buahnya terbiar bergolek begitu saja.
Kepada kawan-kawan yang pergi ke Legoland atau Hello Kitty Town boleh saja terus menuju ke restoran ini untuk menjamu selera. Tetapi hari ini (Jumaat) restoran di tutup. Harga sangat berpatutan jika dibandingkan dengan makan di restoran yang terletak di bandar JB. 

~~Tetap warga Singapura juga yang memenuhi restoran ini.~~

66 comments:

t.a.t.a said...

Kak makan ketam tu ada disediakan tukul kecil tak? Utk pecahkan shell nya.

Petak Bunga said...

skrg ayik kerja je..
x de masa nak keluar2.. kesian kan..hu.

Daddy Ziyyad said...

Boleh la saya try kedai ni kak zakie kalau balik ke JB...Legoland tu mmg saya tak pernah sampai...hahaha

:: Mrs.Eady :: said...

ok kak..take note..nanti kalo ade rezeki nak ke legoland boleh singgah sini :)

QasehnyaRania said...

tak pernah sampai. msa dok jb byk tak jelajah kawsan. huhuu. ntah bila lg nk sampai sana. lagipon teda sedara mara di sana. kawan pon ramai dah posting

aTieYusof Family said...

wah! sedap2 makanan nya Kak..
duk tepi pantai & laut lagi lah nyaman nak makan...:)

Zee Suhaini said...

tu soft crab ye kak??
ketam memang peberet zee anak beranak tuh..tang nak mengopek kulit jer malas..
sesekali keluar makan memang makan besar la kan??yang tak miss mesti nak ada seafood..

NM03 said...

enaknye lauk pauk...

Fazleyatul Aini said...

wah sedap2 tengok menunya ye kak
mesti kenyang tu

paridah said...

agaknya bilalh dpt sampai ke sana ya...teringin nk mkn laukpauk yg sedap2 tu...

izan mama mia said...

sedapnya menu... ish siapa tuu sebalik munge merah...

amirah said...

meriahnya kak lauk pauk tu...ni kalau ami pegi legoland dekat betul ke dgn restoran ni kak?..teringin nak mkn soft shell crab..sure sedap ni

Roha said...

wahh akak makan kat beso nampak :D
Bestkan makan kat saujana tu..lagi2 kalau pi malam dapat tengok pemandangan lampu2 kat singapor..macam dekat je hehe :D
seafood dia memang sedap..

Rai Ourkizuna said...

menarik nampak rupa ketam kulit lembut tu kak..ada orang jual kat fb.. boleh tahan jugak..asyik sold out je katanya..

faraherda.razalan said...

Agak2, mhl tak makan situ kak? Ade mcm mkn kat senibong? Kalau mcm kat senibong, telan gak air liur ni...

Nmpk mcm sedap je mkn situ.

asyifa mustaffa said...

X de hajat lgi pgi legoland...anak kcik lg...x best...!!
Tp kedai mkn ni nnti bole cuba bila trun jb...:-)

Kak Yon said...

belum pernah lagi ke legoland.takde keperluannya lagi.bab makan2 ni harus mencuba..org johor selera johor.masakan johor sedap2 semuanya..

Kakcik said...

Tengok gambar pun terasa kenyamananannya. :)

Ann Ishak said...

Legoland pun tak terjejak lagi ni huhuhu

ummuaidan said...

Cantik gambar2 yg kakak amek..nampak nya dah terer yer guna camera tuh..
tengok menu pun kemain lagi..tambah2 siketam besar tuh..:)

Fiza Rahman said...

Sedapnya tgk lauk pauk tu. Saya dpt bergambar depan legoland jer. Masuk nya belum lagi.

Kat umah mak ada pokok mengkudu. MEmang bersepah2 buahnya.

Sharifah Nadzarah said...

Alamak mcm best jer..nak try lah nnti...

Eye_nee said...

butter prawn...sotong tepung...enakkkkknyaaa...mkan pula dipuput bayu lembut....bertambah selera lah yer...

nohas said...

makan ditemani angin dan ombak laut..perghh..asyik dan mengasyikkan..tambahan pula lauk-pauk yg sedap...

Cho Zila said...

besttu... ni dekat legolandker tempatnyer... memang persekitaran tempat makan memainkan peranan untuk menambahkan nikmat makan...

mysha said...

Menitik2 air liur sha kak nengok ketam tu..huhuhuhu

hajar said...

ketam yg nmpk menyelerakan....

Mummydearie said...

Aduh, kak! Tak sanggup saya tengok ketam, buttered prawns dan siakap masak asam pedas. Nak nangis saya kat KL ni, kak. Maklumlah jauh sangat nak balik ke JB. Takpa, saya cuti lima hari ni. Mana tau tetiba teringat nak makan boleh tetiba dah sampai JB!

Nafira usof said...

waahhh.. makin berseleralah makan sambil ditiup angin laut kan kakak~
menu2 pon semuanye feberet jugak tuh.

Kalo ke JB boleh lah singgah sini nanti..:)

aizamia3 said...

ntah bila agaknya nak ke sana.. :(

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Yang paling tergoda dan terliur tengok ketam tu... rasa nak pergi cari sekarang ketam tu :)

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..wah meriah kak..sementara anak-anak cuti sekolah panjang ni kak..dimanfaatkan makan bersama..tak kisah air tangan sendiri atau makan di restoran atau mana-mana medan selera..asalkan dapat bersembang sama-sama..meriah..

acik idah said...

Tergoda Idah tengok ketam akak tu... ermm.. terliur.. baik tak menitik air liur nie.. hehehehe...

Sarah Talib said...

nampak semua sedap2 belaka...lapar nasi la pulak..mkn roti ja ni.

Rapunzel Cikilolo said...

huhuhu...

sedapnye ketam sambal...

alhamdulillah rezeki...

Cik Puan said...

wahh...pebret cik nih....seafood..best..best...

#salam jumaat kakzakie

Knor said...

Enak2 belaka...ketam tu tak thn tgok...

Haryati Faizal said...

salam kak, lama tak singgah sini...
wah sedapnya menu dia... lapa pulak tgk

memmetlenggeng said...

makan dengan keluarga lagi menambahkan selera..Sotong tu nampak sedap kak

che mid said...

Namapun saujana kak..memang saujana mata memandang he he. Paling jeles tengok siakap asam pedas!! kemelecerrr!

Mar Mansor said...

semua menu pun sedap..

Sura Mohd said...

Salam Jumaat kakzakie..Wahh makan besar!!menu semuanya mengiurkan..sedapnya..:)

Deqla Manjew said...

amboii sdpnye ketam tu kak.. mmg syok dan nyaman la mkn di tepian pantai.. :

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Menarik ini. Sampai Legoland nanti boleh singgah kat sini juga.

Bin Muhammad said...

Meleleh ayor lior saya melihat ketam tu...Kejam sungguh akak ni! hehe
Mcm mane lah rupa Pekan Gelang patah tu sekarang. Terakhir saya pergi, tahun 1994.. sebuah pekan kecil, orang asli pun ramai. Port dan highway pula dalam proses permulaan pembinaan.

Kniedaz said...

sedapnya...

Sherwieyna Muzzawer said...

mak aii terliur tengok ketam!!!

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...sedap n seronoknya menjamu selera bersama keluarga...:)

Puan Kutu said...

sedapnya..dh lama tak ke jb..dh mula rindu org2 kt sana kak zakie..:)

m.u.l.a.n said...

hhmmmm sedap semua tu kak zakie..!!!

Nur-nba said...

Pernah juga makan di sini.. Dapat menikmati pemandangan dan merasa tiupan angin laut. Menu tu semua membuka selera..

syuk shusuke said...

ini mengugat keamanan dalam perut ni kak zakie. tak adil ! hehe

Juhariah Johari said...

Salam.
Rasanya kak tak mampu nak ke Lego tu.Suka tgk gambar makan2!

❤Kamsiah❤ said...

anak bongsu dok ajak ke Legoland..mak dan ayahnya kata mahal...:)

LadyBird said...

kenapa akak x kutip buah mengkudu tu.. bgs tuk dimakan.. kalau daunnye boleh dibuat sayur.. leh atasi masalah sembelit..

Kasih Salina said...

sedapnya ketam tu akak..terliur tengok..cantik juga pemandangan kat situ..

aby said...

tengok mcm sedap2 ..
makan bertambah sedap pastinya ..
anak ku sheila baru kiyer pun mareng hello kitty psl ngawey event neng kono .. saiki sheila agek praktikal karo syrikat event management ..

Nor Azimah said...

salam kzakie..jauh berjalan makan angin yea

Tihara said...

sedapnya makanan yang terhidang..
mengkudu tu pucuknya sedap dibuat ulam :)

hainom OKje said...

Tak ajak pun dinda tau makan kat sini huhu.....
Ketam kulit lembut? ada yeh kanda...apa nama dia?

ummiross said...

ketam tu bestnya Kakzakie..
Thank you kongsi info tempat makan sedap-sedap, insyaAllah kalau ke Johor lagi, boleh lah singgah restoran ni.

ros_reeza said...

sedap-sedapnya lauk dia tu kak. paling tergoda udang tu :)
nanti boleh la try ke sana.. selalu gi samapi nusajaya je. tak pernah lajak ke gelang patah tu.. (gi mydin nusajaya...) hihihi

YUS said...

Paling banyak menu kat atas, ketam tu menjadi pujaan hatiku! Slurpp.. sedapnya kak!!!

intanfirdaus247 said...

kak zakie..makanan yg terhidang kat situ sangat sangat mengiurkan dan buat intan terliur...sedap..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.tiha..

syioknya makan2 bersama keluarga di tepian mcm ni.. ketam tu menarik hati! hihi..

insyaAllah..datang johor,cma mai singgah sini,, :)

zila norazila said...

Slalu jgk kesini kak..sblm dtg sy call dulu..bila sampi mknan dh siap..