Hari Ahad baru ini rumah aku bagaikan ada majlis kahwin. Tetapi yang ada hanya pengantin lelaki sebab pihak pengantin lelaki menjadikan rumah kami sebagai tempat mereka berehat sebelum majlis bersanding. Semua keluarga pengantin lelaki berkumpul di rumah kami sebelum ke rumah pengantin perempuan. Pasukan kompang juga berkumpul di rumah kami.
|
Pasukan kompang - Kumpulan Al-Ikhwan diundang untuk meraikan sama majlis. Waktu ini mereka sudah bersiap tetapi masih menanti keluarga pengantin lelaki semuanya sedia bergerak. |
|
Sedia - Pengantin lelaki sudah bersedia untuk diarak mahu keluar dari rumah kami. |
|
Berarak - Sedang bergerak dan dikompang menuju ke rumah pengantin perempuan. |
|
Makan beradap - Gambar di atas pelamin aku tidak dapat peluang sebab terlalu sesak di depan pelamin. Hanya ini yang aku ada. |
|
Aksi hebat - Hahaha.... semua teman surau gelak tidak terkata bila pak haji ini bersilat. Hubby tidak mahu memalukan majlis sebab pengantin duduk lama menanti untuk orang bersilat tetapi tidak ada, lalu hubby yang beraksi. Gelihati kami semua tidak terkata. Hinggakan ada teman surau berkata boleh jadi guru silat pengantin hahaha... |
Begitulah kisah kesibukan aku sepanjang dua hari, di hari minggu yang baru lalu. Hinggakan bila malam mahu tidur baru sedar banyak panggilan telefon tidak berjawab. Mahu memanggil semula sudah larut malam. Sungguh meletihkan tetapi keseronokannya terpahat di hati.
~~ Jiran kita adalah saudara terdekat kita. Oleh itu tidak salah memberikan waktu kita buat mereka ketika mereka memerlukannya.~~
66 comments:
Meriahnye
salam. selamat pagi kakzakie sayang..hehe. wah nampak meriah sangatlah!..
bertuah dierang dapat berehat rumah akak tau...
suka tema kaler purple cantik..selamat pengantin baru untuk mereka...
betul tu kak Jiran saudara terdekat kita..tolong la selagi mampu esok2 mana tau kita pulak yang minta bantuan merekakan kak..
Meraiah.. pengantin pun cantik..
kalau ada video lg best tengok bersilat tu hehe
masa nie memang meriah kan kak...saya mmmg suka tengok pengantin..
KAK ZAKIE...lieya sukeeee...sbb purpleeeee...cantik sgt pengantin.... moga2 mempelai kekal bahagia till jannah dan dikurniakan zuriat yg bijak dan soleh-solehah....
jiran akak ke ni??
untung dorang berjiran ngan orang baik2..
amboi, hubby pandai bersilat tu..lepas ni abis la kak..ramai yang nak menempah ni..
Selamat pengantin baru buat mereka.
betul..saya pun busy minggu lepassebab jiran dpn rumah kenduri kawin guna pourch umh kami
nice clr.. cantik :)
selamat pengantin baru :)
Serba boleh suami akak... Bakat terpendam tu..
meriahnya kak, bestkan dapat tolong menolong sesama jiran
hahaha.. husband akak ya yang bersilat.. sepatutnya diorang plan awal awal siapa yang bakal bersilat supaya tak jadi kes memalukan pengantin sbb tak ada volunteer kan.. hehe..
betul..betul..betul..kalau tak meraikan jiran siapa lagi kan Kakzakie, susah senang, jiran terdekat dulu yang sampai sebelum ahli keluarga.
Hehehe..hebat juga suami Kakzakie bersilat.
bila tgk org silat tu tingat dulu2 masa kahwin hehhe.meriah betul ye kak
meriah majlisnye....suka rietta tgk pasukan kompang, sekarang di tempat rietta, susah nak jumpa...
Meriahnya terasa di rumah kakzakie majlis pengantin ni...
Pandai pak haji silat pengantin ye :)
nasib baik ada suami akak, bertambah meriah majlis tu
terasa kemeriahannya...tolong-menolong sesama jiran..
dah lama tak tengok org bersilat pulut depan pengantin..mahal ni..limited edition..
Untung kakak dpt jiran yg okayh..meriah majlis..kalau dpt tgk husband akak bersilat mesti best..hehe
selamat pengantin baru buat mereka.
Meriahnya ye Kak..
siap abg haji yang bersilat tu..hahaha...suka tgk tema ungu ni kak... Tahniah pd pengantin...:)
meriah juga majlisnya kakak.. :D
Nasibla ada asben akak...klau x..kesian pngantin dok mnunggu ajer.....
musim diri masjid sana sini sekarang ni..cantik juga tema color purple tu..
hamboi..hebat juga hubby akak tu atur silat..ehe...
Ooo.. pandai pak haji bersilat yerr... bakat terendam tu kak.. hehehe... :D
memang jiran itu kadang2 lebih dari sedara... sebab dia paling hampirkan... tahniah untuk pengantin baru.. pak haji berbakat rupanya...
Tengok gambar saja pun dah meriah. Memang betul, jiran adalah bagaikan saudara juga.
wah abang pandai bersilat yer kakak..heheh..untungnya..
meriah jugak kan kenduri depa nie ngan kompang bagai..sib baik jiran2 rajin tolong menolong,.
Slm singgah membaca, saya suka warna purple tu cantik !
rumah akak jadi tempat bersanggah ya..camtulah tolong menolong sesame jiran kan.
paling suka tengok org silat pengantin, mmg boleh ketawa besar. :D
Betul kak kalau di kampung kita berjiran dengan saudara-mara sendiri tapi sekarang ni jiran2 kita semua org asing tapi itulah yg jadi saudara kita sebab sekiranya ada apa yg berlaku jiranlah yg kita cari dulu berbanding adik beradik yg duduk jauh.
nasib baik ada tukang silat terjun ye kak...hehe...
Betul sgt.. jiran nilah pengganti saudara terdekat....seronok dpt jiran2 yg baik2 begini...tak berkira bila rumah dijadikan tmpt merewang atau tmpt persinggahan utk pihak lelaki...
Rasa dah lama tak g kenduri kawen camni..macam best pulak..hehe
Meriahnya kak.....nasib baik ada hubby akak jadi tukang silat klu tak sian pengantin duduk lama menunggu...hehe
fuyoo..mmg tersangat la sibuk kalau ada majlis kawin2, ni kan kak.tapi penat belakang kira..
Meriahnya kenduri kt sana..macam dh jdi tuan rumah..wakil pengantin lelaki.
hehehe ingat akak terima menantu dah ! neway nampak meriahlah kak!
wahhh meriah..
hehe... bakat terpendam tu kak....
hihihi..nasib jugak ada hubby kakzakie pandai bersilat..tabik spring ngan suami kakzakie..:)
hebatla suami akak kalau boleh jadi pesilat bidan terjun mcm tu..hihi..lain kali boleh jd pesilat jemputan terus..meriah dgn kompangnya semua sekali..
Apa kabar?
Wah dah ada hak cipta terpelihara!
MERIAH ..YE KE KAK..ADA BAKAT SUAMI AKAK BERSILAT..
LPS NI BYK UDANAGAN SUAMI AKAK UTK ACARA SILAT..HEHE
kena praktis lagi silat ni...
manalah tau boleh jadi acara rasmi taman...
kannn...?
salam akak..
wah tera gupanya hubby akak bersilat..:)
betul tu kak zakie..jiran orang petama yang di tolong dan menolong :)
baik hatinya... normally sekarang kalau ada kenduri kahwin ke apa ke mesti org sewa homestay kan...
mesti meriah dan riuh rendah rumah KZ hari tu kannn...
betul kak, jiran terdekatlah yg akan tolong klu kita ada apa2 masalah, jadi memang wajib kunjung mengunjungi sesama kita, yg best dpt makan nasi minyak hehe
kira mcm umah bertanggak la akak ek.. hehehhe.. nmpk suasana meriah tu..
Kak bukan men lagi langkah silat tu kak.. jaga2...
kat jb masih ada rewang wpun kat rumah taman . klu kat sini mmg dah tak hado ... hohohooo . pelik jer baca perkataan bertanggak sbb dah biasa guna sanggah .
Ingatkan kisah pengantin datang rumah rupanya jadi rumah bertanggak. Seronok tu...macam jadi pihak sblh lelaki pula...
asslamualaikum kakzakie...meriah juga majlisnya selamat pengantin baru buat pasangan...;)
kesimpulannya rumah kak zakie besar ! hehe. selamat pengantin baru kepada ahli keluarga kak :D
hehe..comel..hubby kak zakie tunjuk bakat ek..:)
meriahnya majlis perkahwinan, moga kekal hingga ke syurga, aminn
seronoknya kalau saya yang berjiran dengan kzakie nih..
Dijohor pun ada silat depan pengantin ye kakzakie
assalamualaikum kak... dah tentu meriah jadinya kan... cantik warna baju pengantin.. maklumlah purple kan :)
Sebenarnya tradisi menumpang di rumah jiran dulu-dulu ada dipraktikkan di kampung-kampung. Tetapi sekarang sudah jarang kelihatan disebabkan banyak homestay di mana-mana. Taman kakak juga ada homestay dua buah tetapi kakak yg membuat majlis mahu menumpang di rumah kakak, rasanya tidak salah buat kami. Lagipun kami tidak ada program lain.
Terima kasih buat semua yg memberikan komen:-
Mimi Azirah, Sherwieyna Muzzawer, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Rinna, redza, Kisah Si Dairy, lieyalatif, Zee Suhaini (Ye, jiran kakaklah ni Zee), Fiza Rahman, :: Mrs.Eady ::, ::NureeN::, Nur-nba, Mila@Rimbun, Rai Ourkizuna (biasanya budak yg main kompang tapi tak tahu kenapa hari tu mungkin budak tu tak ada agaknya), ummiross, inazamri, HeNRieTTa JoSe, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), umi alya, nohas (itulah yg semua kawan do gelak hihi...), Falsya, NM03, aTieYusof Family, Mizz Aiza (Dunia Kecil), asyifa mustaffa (bidan terjun ni Syifa), Kasih Salina, izan mama mia, acik idah, Cho Zila, Aziela, ummuaidan (mengingat nostalgia masa mudalah tu ummu hihi...), PearlVelvet SueQys, Ujie (yelah Ujie tempat bersanggah aje), JunAina (jiran kakak alhamdulillah semuanya baik-baik), aanie, Eye_nee, Cheq Kaq, Mia Kassim, Sue Bee, Sarah Talib, Kesuma Angsana (belajar ni KA hahaha...), CikMoon Adnan, Sura Mohd (menyelamatlah ni konon sura), amirah (dulu abang memang belajar silat masa belajar), Juhariah Johari (eh... dari dulu memang adalah kak ju tapi dulu kecik sekarang besar gedabak - guna hp), Knor (tak adalah Nor, abang tak mahu pun ini sekadar nak cover kesian dah lama tunggu), Rapunzel Cikilolo, Roha, wantie (homestay taman kakak ada dua tapi dua-dua dah kena sewa itu yg dia tumpang rumah kakak tu Tie), BUNDA a.k.a KN, Aju Mohit, mysha, harumankasehvee (kalau kakak pun panggil bersanggah bukan bertanggak), Bin Muhammad, Mas Zull, syuk shusuke (rumah kakak tak besar tapi tak banyak perabut itu yg agak luas utk org ramai Syuk), mama_ka0ri (kelakar kan...), Nor Azimah (sesekali Azi), Acik Erna (ada Acik bahkan ada tu siap berzapin lagi).
Buat semua teman kakak ucapkan terima kasih sekali lagi:)
meriah yer.. tema purple sama mcm tema kawen deqla dulu.. heee
Seronok tengok majlis kahwin yang meriah macam ni. Siap ada silat pengantin lagi tu. :-)
mmg meriah... kalau jiran tetangga buat kenduri kawain mmg kiter akan rasa tempiasnya kan..
salam k.zakie..
alhamdulillah ada jiran & dikelilingi jiran2 yg baik hati kan?
hehe.. en hubby akak ke yg bersilat tu? silat pulut ke silat gayung? :p
Ohhh...pandai brsilat rupanya hubby kanda yeh....seronok gak tengokkan org bersilat ni .....kalau yg suka bergurau tu siap main mainkan pengantin hehe....
Post a Comment