Hari Selasa lepas, sempena menyambut Maulidurrasul negeri Johor bercuti. Anak-anak ramai yang bermain basikal di waktu petang. Waktu itulah kelihatan api marak di belakang taman perumahan kami. Kawasan semak tersebut terbakar yang tidak diketahui apa puncanya. Pihak bomba dipanggil untuk mengawal kebakaran. Walaupun tidaklah seluas mana tetapi memandangkan ada penduduk yang parkir lori, bas sekolah dan van di tepi jalan tersebut bimbang mengakibatkan suatu yang tidak diingini terjadi.
Kesan kebakaran - Kelihatan kawasan yang sudah dipadamkan oleh pihak Bomba. Bertambah mudah bila pili bomba betul-betul terletak di depan kawasan kebakaran tersebut. |
Kereta Bomba - Sebuah saja dengan tujuh orang anggota berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. |
Apa yang membuat anak-anak gembira bila petugas bomba ini mengajak anak-anak menaiki kereta bomba tersebut bagi memberi peluang mereka menikmati berada di dalamnya. Membuat sekali pusingan di kawasan taman sudah membuat anak-anak gembira bukan kepalang. Adik bercerita tidak berhenti mengatakan yang 'pakcik bomba' itu sangat baik.
~~ Besar ganjaran mereka kerana terpaksa bertugas ketika orang lain sedang bercuti gara-gara terjadinya insiden yang tidak disangka.~~
74 comments:
assalamualaikum kakak...
nie mesti kes bakaq sampah dlm semak...pastu api merebak..seb bek xde berlaku kemalangan jiwa @ kerosakan keta kat tepi tu...
Teringat zaman sekolah rendah, ramai benar yg nak jadi ahli bomba.
Kakzakie punya rumah kat situ ke? nasib baik tak melarat kan..
nasib baik tak melarat..
wah excited nampaknya adik bercerita tu...
xcited leh jumpa bomba..
hah bukan senang tu
sambil bertugas siap layan peminat cilik lg. bagus bagus, semoga berjaya menarik minat anak anak utk menceburi pekerjaan ni suatu hari ni nti
'rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba..'
hai abang bomba
saya solo
hiks!
salam kak...
nasib baik bomba cepat datang membantu...kalo tak macamana la kan...bagus anggota bomba tu mesra dan pandai ambik hati anak2 dan sekaligus dapat beri pendedahan anak2 megenai tugas bomba ni kan kak...
wah dapat juga merasa naik lori bomba yew... cuaca panas sgt agaknya..kalau campak puntung rokok pon leh terbakar
Seronok lah budak2 dapat naik kereta bomba.
Seronok lah budak2 dapat naik kereta bomba.
waaahh..lama tak menjenguk ke sini..sportingnya abang2 bomba!!
syabas buat mereka kerana berkhidmata tak kira masa. tahniah pada anak2 kerana dapat merasa mengelilingi taman menaiki kereta bomba yang saya sendiri tak pernah rasa.
pakcik bomba, meh jemput saya sekali, teringin nak rasa kenikmatan bersama. hehehehe
Alhamdulilah..salam pagi kamis akak :)
apa punca kebakaran kat tanah kosong tu kak? kena pula sekarang angin tengah kuat..memang mudah je api melarat kemana-mana.. :)
hehe sonoklah depo semua naik kete bomba ye,siap meraund satu taman lagi hehe :D
Tak diketahui pula punca nya kan kAK.. nasib baik lah tak merebak..
seronok lah adik & kawan2 pusing naik kereta bomba...susah nk dpt peluang tu..:)
eh ye ke kak...abg2 bomba bagi budak2 nimerase naik kereta bomba...wahh bagus dieorg ni...mesra dgn rakyat .....untung budak2 ni...bukan senang nak dpt peluang tu....mesti jadi kenangan yg seronok pada dieorg....
api ni sekecil2 api pun bahaye kan kak...mujur tak melarat kebakaran tuh.....risau kalo ade harta benda terkorban ke ape....mujur awal2 dah buat laporan...
Saya ada sorang abang (bukan abang sebenar). Dia kerja bomba. Hobi dia adalah mengumpul kereta mainan bomba. Tak cukup dengan dapat naik kereta bomba tu setiap hari, dia kumpul pulak kereta bomba menan punya.
assalamualaikum kakzakie...seronok la budak2 tu dpt naik kereta bomba kalau tidak mmg tak boleh nak merasa menaikinya...:)
mungkin faktor cuaca panas sgt kot Kak yg boleh membuatkan kawasan tu terbakar.
Actually pekerjaan doc, bomba, polis mmg sgt mulia kan Kak.. diorang berkorban demi bangsa & negara.. cewahh hehe
Alhamdulillah tak ada kenderaan yang kena api. sempat sedar, jika waktu malam masa orang dah tidur bahaya juga ini.
Salam Kakzie .. lama tak bertandang di sini ...
Sporting betol abg bomba.. nak kasi adik2 lupakan tragedi itu ...
kak, bakar semak ni kat umah zee pon selalu ada tau..hari tu zee dah cuak pon sebab tengok asap tinggi dari jauh..makin dekat makin hampir plak ngan umah pengasuh..risau cuak la teringat kat anak2..biler sampai tengok betol2 hutan depan yang terbakar..nasib baik..ntah dorang ni sengaja bakar or tak tahu punca..
pernah jadi waktu tengah malam..mengagau pengasuh zee pekik soh tuan kete alih kete..
Abang2 bomba memangggg baik2 belaka kan... Namun dioranglah yang paling terpencil sekali kalau media highlightkan tentang wira negara...
tuntutan tugas, bekerja tak kira masa..
mesra alam ahli2 bomba tu ye, melayan budak2, hilangkan stress kerja..mungkin jg teringat anak2 di rumah..
best adik dpt naik kereta bomba.. ;)
tula mmg byk jasa mereka yg berkhidmat x kira masa ni kak..
Alhamdulillah xde kejadian yg lebih besar.. semuanya selamat & ok.
Syukur tindakan pantas dapat diambil..
Jangan kata anak2, mak budak pun teruja nak naik sama.. hehehe..
Syukur tindakan pantas dapat diambil..
Jangan kata anak2, mak budak pun teruja nak naik sama.. hehehe..
nasib baik semua ok..syabas pihak bomba kerana berjaya memadamkan kebakaran dgn pantas.
bestlah bebudak tu dpt naik kereta bomba ek.saya dulu kecik2 berangan jugak nak naik.hehhee
baiknya mereka..adik naik juga ke kak..?
ala..saya pun teringin nak naik jugak. nak tengok rupa dlm keta bomba tu. jeles!
biarpun kawasan tak besar kan kak...kalau dah namanya api kecil kwan besar lawan..kenalah kita berhati-hati kan...
nasib baik tak marak api...
nasib baik jugak takde sape yang cedera kan?
Nasib baik bomba cepat datang memadam kebakaran, takdalah merebak. Budak-budak kak memang seronok sesekali dapat pengalaman macam ni.
Alhamdulillah, bomba cepat bertindak, malang tidak berbau kan, kadang2 kebakaran ni cepat merebak kan Kakzakie.
Khidmat masyarakat, mesra pelanggan, tabik spring kat anggota bomba tu..
bertuah nye anak2 kat situ kakak~
Zura pon kalo diberi peluang nak jugak joint naik kete bomba tuh. hehehe.
muliakan tugas dorang, hari cuti pon kena bekerja.
alhamdulillah api berjaya dipadamkan!
teringat lagu 'Ahli Bomba' oleh gaya Zakry, hehehe
gara-gara rokok pun boleh meyebabkan kebakaran kan kak...
Lega...rupanya hanya semak yg terbakar.
Itulah tugas bomba...sentiasa membantu bila diperlukan. Mesti ada juga kanak2 tu yang bercita2 nak jadi Bomba nanti...Adik macam mana?
bekerja untuk masyarakat...banyak pahalanya...
Tak payah pergi ke kadzania kan..boleh jugak naik kereta bomba
seb baik x melarat api tu.. ingat masa sekolah rendah dulu, ramai kawan2 yg nak jd fireman ni bila besar hehehe
salam k.zakie..
alhamdulillah..tindakan cepat dan pantas berjaya bomba memadam kebakaran tu..
hihi..seri n faiz teringin nk naik lori bomba.. tp smpai ke la ni cma masih tak dpt nk tunaikan hajat diorg tuuu.. huhuhu
Alhamdulillah tidak ada perkara buruk yang berlaku.
Pernah panik bila sebuah rumah terbakar ditaman perumahan kak Zai.
Budak-budak memangah suka sangat kalau dpt naik keta bomba tuh kan..lps penat2 padam api menghiburkan plak kanak2 setempat..bagus mereka nie..:)
Assalammualaikum kak..api kecilnya kawan..menjadi lawat bila besar..dugaan bagi penduduk sekitar namun nikmat bagi anak-anak yang berpeluang menimba pengalaman menaiki kenderaan bomba ini..teringat cerita upin ipin pulak kak..mesti adik tidur pun senyum-senyum nih..
Bila kerja kerana Allah begitulah kakzakie... tak kiralah cuti kan... Dulu jiran sebelah rumah kami main suiz depan rumah terbakar... keluar juga asap... panggil bomba... nabil punyalah suka... sampai bergambar dengan abg bomba tu ehe :)
baiknya pakcik bomba..hehehe..
betul kak..baik cegah sebelum parah nanti dah merebak teruk baru nak panggil pun susah jugak penduduk setempat..dengan asap lagi..
saya puji sikap bomba tu bagi merasa budak2 ni naik kenderaan bomba..saya pun teringin nak naik hihi
wahhhhh syoknyer bebudak dapat merasa naik....
api kecik pun bahaya
Nasib baik tak melarat kan kak. Adik seronok sangatlah tu dapat naik keta bomba...:D
Nasib baik tak melarat kan kak. Adik seronok sangatlah tu dapat naik keta bomba...:D
Malang tidak berbau sungguhkan kanda.....ada hikmahnya tu....kalau tk de kebakaran tak merasalah adik naik lori bomba hehe
mujur tak berlaku sesuatu yang tak diingini..
nasib baik tak melarat ke rumah..Alhamdulillah....
best nye..abam2 bomba sume baik2 belake...
Mesti sbb puntung rokok org baling2 ni k zakie...nasib baik brjaya padam...kalau x, nauzubillah msti merebak...bahaya la skrg ni...
nasib baik tak melarat kan kebakran tu....wah seronok la bebudak boleh naik lori bomba tu...sya pon teringin gak la nak naik..he
alhamdulillah api tk mebebak dan dapat dikawal, terselamat dari kejadian2 yg tk di ingini ..
singgah pagi sabtu melawat kakak nun jauh di selatan. pe khabar hari ni:-)
nasib baik tak larat...mgkin musim panas kot kak..kalo tak pun ada org buang baki hisapan rokok...hehee sekadar andaian...
salam kak...sihat?
wah sonok adk kecik2 dah merasa naik kete bomba....
oh baik sungguh petugas bomba tuh siap offer mereka naik kereta bomba lagi yer...=)
Nasib baik tak melarat kan kak..
Mkin puntung rokok d buang sn..agaknya lah..
klo dibiarkan mmg blh melarat ..
waa..baiknya abg bomba iap bg budak2 naik kete bomba lg..jgn kta bdk..kt y bsr ni pom klo dberi pluang, sgt2 teruja tau
klo dibiarkan mmg blh melarat ..
waa..baiknya abg bomba iap bg budak2 naik kete bomba lg..jgn kta bdk..kt y bsr ni pom klo dberi pluang, sgt2 teruja tau
kebakaran camni klu dibiar takut juga ye melarat n membahayakan..suka la budak2 dpt round naik lori bomba..jarang dpt pengalaman pakcik bomba baik cmni kan adik
amboi seronoknya dpt naik keta bomba yang anak2... terbakar sebab panas sangat kot kak zakie
wah... is pun xpenah lagi naik keta bomba... satu pengalaman yang bes kan dapat naik (^___^)
singgah lewat petang ...ada kebakaran...
baiknya pakcik bomba. nasib baik saya takde di lokasi kejadian..kalau tak saya yang dah umur mak2 budak ni pun teringin nak merasa naik keta bomba...hehe
tahniah kepada bomba-bomba ini
Nsib baik xde blaku kemalangan jiwa...
marabahaya sungguh kan tugas mereka ni.. kalo lah mereka pun cuti public haru biru la dunia ni kak.. huhu..
Post a Comment