Friday, January 31, 2014

Detik 12 malam

Tengah malam tadi. Sebaik jam menunjukkan tepat pukul 12 malam serentak itu juga sekitar rumah kami bagaikan berada di medan peperangan. Berdentam-dentum bunyi mercun dan bunga api bersahut-sahutan. Kami mengambil kesempatan merakam sedikit kemeriahan jiran meraikan perayaan mereka.

Tidur dan mimpi kami malam tadi diusik sedikit gangguan dek kemeriahan mereka. Pagi ini kami bertolak balik kampung. Esok anak buah hubby menikah.

~~ Bayangkan 1-2 jam membakar mercun tidak berhenti. Beribu-ribu duit melayang.~~


40 comments:

adyna said...

Btl tu , kuat btl bunyi nye, sy terlena jugak sebab Mkn ubt batuk ;)

saniah ibrahim said...

wah,cantiknya bunga api...

t.a.t.a said...

Rumah saya pun macam tu. Bakar mercun, konsert nyanyi-nyanyian, pun dah tak kisah. Agaknya sebab dah biasa sangat kan?


Have a safe journey kak.

Subhanallazi sokgho lana...

redza said...

cantik bunga api

Roha said...

samalah kat tempat sy kak..pesta bungaapi sampai kul 1 setengah pagi..

yg pastinya ikut jugak menghayati kemerihan bungaapi sampai pagi hehe..

selamat balik kampung kak..hati2 dalam perjalanan :)

aby said...

salam kz,
Aby yg mmang brjiran dgn cina,
Kelam kabut kucing2 kt umah lari lintang pukang bila org sebelah tk berhenti bakar mercun tngh mlm td

Cik Puan said...

tu yang memercik kat atas tu duit lah tu kak zakie...hahahhaa...cantik sangat duit tu melayang.meriah sungguh..

UmmuAidan-Arissa said...

hmmm..dorang mmg tak pikir dah tuh psl bakar duit semata nak seronok sambut tahun baru..

ieda immi said...

bestnyee kak ..
rasa meriah bila tgk bunga api nie
di kg saya sunyi sikit
sbb x ramai kan

mlm tadi bawa anak2 jalan2 ke perumahan berdekatan kg , anak2 nak tgk kemeriahan tanglung yg warna warni .. maklumlah semua sek cina ekkee ;)

ummiross said...

Masa ummi duduk kat Sarawak dulu, memang gila-gila juga mereka mercun dan bunga api, masa ti duduk kawasan perumahan yang ramai chinese. Duduk Purajaya ni macam tak sedar pula sambutan tahun baru cina, sunyi je.
Happy holiday, selamat balik kampung dan semoga selamat semuanya.

❤Kamsiah❤ said...

kak..bkn semlam ja tido kita terganggu..sampai malam ke 15 ...halau hantu..:(

acik idah said...

Sama lah kat rumah idah kak oii.. tgh sedap tidur tetiba pkul 12 pung pang pung pang... terkojutt... :D

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah mcm menyambut tahun baru pulak meriahnya kakzakie... ;)

Tihara said...

saya suka mercun macam ni
lagi pun saya jenis tido lewat :)

Pok Li said...

Kemeriahan yang dipunyai oleh semua kaum. Semoga keharmonian itu milik kita bersama

nurbijen said...

byknya duit mereka beli bunga api...

rostina76 said...

mcmana dorg dpt stok mercun byk2 ye since kerajaan dah haramkan segala jenis mercun kan? klau kat brunei ni plak berlambak2 stok mercun smpkan ada kedai khas jual mercun2 ni tapi xde la meriah sgt menembak2 nye. heheh!!! mungkin xramai sgt geng nak tembak

nohas said...

main mercun tanda gembira..suka tengok mercun yg berangkai-rangkai warna merah..

semua kaum di M'sia ni main mercun pada perayaan masing2..tak kira CNY, Hari Raya & Deepavali..

Noraini @Nanie said...

Memang cina ada peruntukkan duit utk dibakarnya setelah berkerja keras sepanjang tahun 'buat duit'.

dhiera said...

memang terganggu sungguh tidur malam tadi ye.

Papa Mifz said...

taman perumahan PM duduk hampir 98% peratus bangsa Melayu , so aman damai tanpa bunyi mercun...hehe

Raudzah Z said...

Salam hujung minggu kakzakie...selamat bercuti ya!!!

syuk shusuke said...

whoa, rumah syuk kat tengah bandar pun bunga api dia besar. malam2 macam kat syria . huhu

syuk shusuke said...

whoa, rumah syuk kat tengah bandar pun bunga api dia besar. malam2 macam kat syria . huhu

Fazleyatul Aini said...

sama la kak dekat area rumah saya, sampai tak boleh tido kitorang huhu

Uncle said...

Canteyk sungguh gambaq bunga api tu....semeriah sambutan!

Qaseh Vee said...

saya lagi lah , kat sebelah pintu jer . bersembang riuhnya mcm kat pasar . pastu cucu2 nya dok berkejar2n kat depan umah . Jejak 2 pagi gak . Saya n anak buah layan jer runningman ... mata tak leh tido

Kak Yon said...

nasib baik skrng akk duduk kawasan melayu. masa duk kawasan 1 Msia dulu pun bingit juga telinga nie..

HeNRieTTa JoSe said...

Meriah ya....dekat tempat rietta sekejapan saja...itu pown masih awl lg...

nadia rashid said...

sama juga kejiranan disini..membakar mercun...seawal pukul 11 mcm tu..tapi sy after 12 mlm..anak2 semua dh tido..sy pun blackout jugak..tak dgr apa dah..kepenatan..

Tuan Juhaida said...

Wow sempat snap pic.cantik!yg x tahan dgr bunyinya.huhu.tidur kami pun terganggu juga

Bin Muhammad said...

Tinggal bersama berbilang bangsa, ada kalanya perlu toleransi. Budaya mereka dah begitu tapi kita pula yg sering terikut bila Hari Raya...hehe
Kat sini pun sama kak...terganggu seketika kesunyian malam :)

Fiza Rahman said...

Memang berdentum dentam bunyinya. Anak2 sukalah dpt tgk bunga api.

amirah said...

memang tak berhenti2 kak...banyaknyaaaa duit

Kesuma Angsana said...

mmg bakar duitlah diorang ni kan !

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..

huhu..samelah keadaanye kat umah cma..bunyi mercun sampai kol 2 pagi...

ANIM said...

dek kepenatan travel, saya tak dengar bunyi mercun berdentam detum di ipoh, hiii

hainom OKje said...

Kalau senyap jer macam tak syok jugakkan hari raya ni kanda ....

Mummydearie said...

Saya tidur lewat, menunggu juga bunyi dentam dentum bunga api tapi kali ni sayup-sayup aje bunyinya. Malas pulak nak bangun pergi tengok. Cuma takut si Adik tu tersedar dari tidur. Parah ler Mommynya nak kena berjaga, bermain bersama :)

Deqla Manjew said...

meriah kan.. x yah pegi jauh2 tgk bunga api.. dari rumah pun boleh.. =)