Thursday, January 2, 2014

Makan malam di hujung tahun 2013

Sebenarnya aku dilanda kesibukan tidak terkata. Cuba mencari ruang untuk menjejaki teman pun tidak berkesempatan. Seminggu meninggalkan pejabat akibatnya lambakan kerja menanti untuk diselesaikan. Kena pula di hujung bulan dan juga hujung tahun. Selain laporan bulanan, tuntutan untuk membuat laporan tahunan kena dilakukan sebelum dihantar untuk audit di akhir bulan ini. Sekadar menitip kisah makan malam kami di pantai Senibong dengan pekerja hubby di akhir-akhir cuti sekolah baru-baru ini.

Anjung Senibong Seafood - Pilihan restoran hubby. Pemandangan yang indah dan santai. Sepoi-sepoi angin malam menambah kedinginan.
Beraneka - Pilihan makanan malam itu sangatlah banyak. Ketam (black-pepper & sweet sour) , udang (butter & goreng tepung), ikan (tiga rasa dan stim), otak-otak, sayur (kailan ikan masin & sayur campur), sotong goreng tepung dan sate. 
Malam itu kami balik agak lewat malam. Pergi belum bersolat isyak lagi dan bila balik jam 11:30 malam baru kami bersolat. Lihatlah betapa makanan diutamakan. Terlalai yang disedari sebenarnya. Adik sebaik solat terus masuk bilik lena sehingga pagi. Baki makanan yang tidak habis malam itu kami bungkus dan agihkan kepada semua. Beribu-ribu kos makan malam tersebut tetapi bukan hubby yang membayar, kos ditanggung oleh syarikat hubby.

~~ Petang ini harapnya dapatlah aku menitipkan komen di blog teman-teman.~~


67 comments:

Rizziela said...

seronoknyer makan seafood yg segar2

inazamri said...

byknye hidangan seafood.Semlm ina mkn siakap stim je.tengok pic ni terus lapar.slmt thn baru kak.

asyifa mustaffa said...

Makan seafood...mna la x sedapnya kak...mmg bole habis beratus...smpi beribu klau bnyk kepala yg joinnya...

KakNi Sihat Cantik said...

Kak Zakie ingat tak kat kita org bila makan sedap-sedap tu? Heheheh... gurau jer....

t.a.t.a said...

Tahniah kak dapat makan best². Boleh tapau lagi.

aTieYusof Family said...

Biasalah kak..hujung tahun & awal thn mmg sedikit sibuk..
sedap makan seafood tu..:)

Mar Mansor said...

penuh meja..bestnye..

Knor said...

Seronok mkn pd yg kaki mkn kn kak...tekak kt rumh ni..semua tong kecik2...rasanya boleh pgsan tgok mknan byk tu...hehe...

Meriah meja tu.

dhiera said...

wah... makan besar ni!

❤Kamsiah❤ said...

makan free mcm tu mmg best...hehe nasib baik waktu isyak panjang....

Bin Muhammad said...

Akak tetap saya jejaki. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Salam manis dr Relaks Minda kerana akak berada di bloglist. :)

lieyalatif said...

fuh kak...mmg makan besar betul nieh...penoh meja hah....walupun sipi2 n jauh2 tapi tetap mate lieya ni teliur tgk kak....

lieya pun penah makan kat situ...not bad kan kak rase nye...tang harga tu mmg pejam mate laa sesekali makan mahal heheeheheheheh

Aziela said...

Kadang2 bila makan seafood, kita takut nak ambil sikit sebab takut tak cukup. Tapi bila ambil lebih, jadi berlebih2 pula. Mungkin kerana dah kenyang kerana gembira berkumpul. Sekali sekala syarikat keluarkan bajet lebih untuk menghargai pekerja, mungkin akan membawa untung lebih kan.

Kak Yon said...

mewahnya makan2.untung bekerja dgn syarikat besar yang menghargai pekerjanya dan family..

Abil Fikri Ahmad said...

Makan ramai2 gitu yg seronoknya..

Juhariah Johari said...

Salam,
Moga bahagia di tahun baru ni!

Juhariah Johari said...

Salam,
Moga bahagia di tahun baru ni!

UmmuAidan-Arissa said...

nampak meriah tuh makan beramai2 gitu...

Cho Zila said...

tempat makan yang gini buatkan kita lebih berselera untuk makankan.. makan ramai2 menambahkan keseronokan... gituler yerk habis ribu riban kan harap staf menghargainya...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok makan-makan dengan keluarga macam ni. Semoga bertambah erat hubungan kekeluargaan kita semua.

yan's cottage said...

Selamat tahun baru Kak Zakie....


meriah dengan lauk pauknya...ye..!!!

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Selamat tahun baru kak Zakie bestnyer makan reremai cam ni..tetambah dapat makan menu yang best2
pemandangannyer pun cantik... seronokkan kak

mala said...

seronoknya makan seafood ramai2. last sekali buat mcm ni di kuala perlis. dah beberapa tahun yg lepas.

harumankasehvee said...

sungguh mkn besar . insha Allah keuntungan sykt akan berlipatganda nanti ... aaamin .

Kisah Si Dairy said...

penuh meja dengan makanan kak...sedap nampaknya....

NM03 said...

mkn busat woooo

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..meriah bila rezeki dikongsi bersama..alhamdulillah..kita berusaha untuk tidak berlaku lalai..namun kadangkala tewas juga..saya pun acapkali melalui situasi begitu..moga Allah terima amalan kita kak..

Angah said...

selamat tahun baru kak...

Fazleyatul Aini said...

syoknya makan ramai2
sesekali makan ramai2, memang beribu la kene. nak2 seafood, mahal jugak kan

norhidana miswan said...

alhamdulillah.. rezeki akhir thn... mkn ramai2 seronok... sambil kongsi2 mkn sedap

MOKCIK AZWA said...

Wow sedapnya kakzakie..syukur dengan rezeki Allah berikan kan..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Sedapnya makanan tu kak...Senibong ni kat jb ye kak..Tak pernah sampai lagi ..

amirah said...

kat johor tmpat mkn seafood best2 ye kak...teringinnnn sgt dah ni...bilala nak pergi mkn seafood tepi laut ni..ditemani pulak angin laut sepoi2 bahasa...uiii...selera..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya bersama2 keluarga dan pekerja menjamu selera...semoga bertambah rezeki lg utk tahun ni...:)

Queen Teratai said...

Bestnya makan kat senibong ni... InsyaAllah tahun ni ada plan nak ke JB.. boleh dtg sini makan.. ;)

ummiross said...

Alhamdulillah..murah rezeki semuanya, dapat menjamu selera beramai-ramai tentu meriah,dapat makan seafood lagilah meriah.
Dalam sibuk2 tu jaga kesihatan juga ye Kakzakie..take care.

Kniedaz said...

makan ramai-ramai ni memang seronok..makan seafood pulak tu...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

seronoknya dapat keluar satu keluarga makan di luar macam tu kakak.. dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di samping menukar angin..

adyna said...

Wah byk tu sedap nye seafood dpt Mkn ramai -ramai

Zee Suhaini said...

tu ketam nipah ye kak??
bestnya lama bercuti..jeles plak zee..hahahahaa..pepon selamat tahun baru dan selamat bekerja kembali ;p

Roha said...

salam kak zakie..
makan kat senibung memang terkenal dengan seafoodnya :)
kitaorang klu pi senibung slalu stay kt nasi lemak berlauk je hehe :)

Daddy Ziyyad said...

makan kat senibong ni mmg agak mahal kan kak zakie..saya pernah ke sana sekali aja

ANIM said...

saya belum pandai ronda tempat makan kat jb.. harus tanya nanti kalau ke jb

Haryati Faizal said...

seronok klu dapat makan sama2 camtu...

Cik Puan said...

Wowwww...penuh mejah..mesti lenguh mulut mengunyah neee...hihihih

BUNDA a.k.a KN said...

Alhamdulillah...rezki jangan di tolak..

Adik tidur kekenyangan lah tu...

SELAMAT TAHUN BARU 2014..

Zaitun said...

Kak Zai pernah makan kat sini atas air...sedap dan nyaman.

Zaitun said...

Kak Zai pernah makan kat sini atas air...sedap dan nyaman.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya mkn malam yg santai tu ye kakzakie... rindu pula saya nak mkn di tepi pantai ;)

Aju Mohit said...

mmm sedapnya makanan tu. seronok makan beramai2 kan kak, salam tahun 2014 buat akak sekeluarga

Puan Kutu said...

bagus company hubby kak zakie,hujung tahun ada makan besar macam ni..seronok makan ramai2..tak membazir siap tapau bawak balik rumah lagi

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..

alhamdulillah..sekali sekala company menghargai pekerjannya dgn jamuan mcm ni kan.. :)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. tak membazir kan. siap tapau..

NEKCIK said...

waa meriah nya acara makan makan kakzakie..kalau dekat buat muka tak malu nekcik nak tumpang makan..

Tuan Juhaida said...

Wah meriahnya mkn2!sedap2 semua!selamat tahun br 2014 ye

paridah said...

nikmati rezeki yg penuh semeja...kenyang perut suka hati...syukur.

syuk shusuke said...

berbeza dari syuk . hehe
semalam dibantainya sekeluarga western food >.<

aby said...

salam kz ..
puas makan tu ..
sedap2 plak, tk terlepas isyak kira ok la tu ..

Kakzakie said...

Kejayaan sesuatu syarikat tidak boleh bergantung hanya pada satu-satu pihak. Oleh sebab itu sebagai menghargai inilah mungkin cara sykt hubby menghargainya. Kakak dan anak-anak menumpang sama:)

Terima kasih kepada semua teman yg sudi memberikan komen:-

Rizziela, inazamri, asyifa mustaffa, KakNi Sihat Cantik (ingat juga tau sebab itulah ambik gambar buat N3 ini hihi...), t.a.t.a, aTieYusof Family, Mar Mansor, Knor, dhiera, ❤Kamsiah❤, Bin Muhammad (terima kasih BM, moga ukhuwah berpanjangan), lieyalatif, Aziela (harapnya begitulah Ziela), Kak Yon, Abil Fikri Ahmad, Juhariah Johari, UmmuAidan-Arissa, Cho Zila (begitulah harapannya), Pokok Manggis Depan Rumah, yan's cottage, (Lizz) http://haslizalizz.com/, mala (tunggu balik M'sia lagi Mala), harumankasehvee, Kisah Si Dairy, NM03, PeRdU cINta, Angah, Fazleyatul Aini, norhidana miswan, MOKCIK AZWA, Nurulhuda Abdul Latip, amirah, Mas Zull, Queen Teratai, ummiross (cuti sekolah ni kakak memang kerja makan tak sudah ummiross), Kniedaz, Mizz Aiza (Dunia Kecil), adyna, Zee Suhaini (sebenarnya ada lala juga Zee lupa kakak tapi tak ada nipah), Roha, Daddy Ziyyad, ANIM (bilalah tu Anim), Haryati Faizal, Cik Puan, BUNDA a.k.a KN (kenyang campur letih juga KN), Zaitun (btullah tu Kak Zai atas air), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Aju Mohit, Puan Kutu, ♥ Cmª shIemª ♥, QasehnyaRania, NEKCIK, Tuan Juhaida, paridah, syuk shusuke, aby.

Mula naik sekolah kenalah makan hasil masakan di dapur sendiri pula.

Terima kasih buat semua.

Mia Kassim said...

Pelbagai jenis makanan dihidangkan.....memang kenyang perutlah tu sampai adik terus terlena...

Selamat Tahun baru kak....semoga tahun ini lebih bermakna untuk kita. :D

Nafira usof said...

Makan beramai2 InsyaAllah ade keberkatannye~

zura dah lama x pekena seafood rasanye.. hehehe

hainom OKje said...

Ohhhh inilah tempat yg kawan okje cakap tu....Senibong...tp kat mana yeh kanda? Tak pernah dengar pun...

Amanda Suria said...

kat mana ni kak...macam menarik jer...

Amanina Mads said...

cantiknya pemandangan laut malam kt sana.. ditambah makanan pun sedap2. slmt tahun baru akak

Mummydearie said...

Kakak saya yang duduk di Johor tu selalu aje bercerita pasal restoran Senibong ni. Saya aje yang selalu tertinggal keretapi bila keluarga makan-makan di sana. Nampak macam semua pun enjoyed makan malam bersama.

elly nadyra said...

pernah ke sini skali kak, dekat aje ngan umah mak mertua saya, tapi punyalah mahal harganya, sekali tu ajelah saya ke sana, sampai skang tak jejak lagi ke sana!

Deqla Manjew said...

selalu jugak yer akak sefamily mkn kat luar.. syok la mkn ramai2.. bertambah selera tu..