Friday, January 24, 2014

Daun pisang pun mahal juga

Jarang kami berbelanja pada waktu malam jika hari bekerja dan bersekolah. Tetapi bila cuti tidak selaras, KL bekerja tetapi Johor bercuti terpaksa juga keluar menemankan hubby berbelanja untuk kegunaan syarikatnya. Jamuan mahu diadakan pada hari ini walau sebenarnya sekarang semua mereka bercuti pada hari Jumaat. Tetapi kakitangan di KL yang bekerja mahu majlis dibuat pada hari ini lantaran Sabtu/Ahad mereka bercuti. Majlis pula diadakan di JB. Kenalah hubby memikul tanggungjawab yang sepatutnya.

Berbelanja - Kacang panjang, terung, carrot, cili, halia, serai, tomato, daun pudina, daun sup/bawang dan banyak lagi dibeli semuanya di kedai ini. Lengkap bahan-bahan basah dibeli di sini untuk dipadankan dengan masakan nasi beryani.
Pilihan - Kami memilih kedai yang biasa kami membeli jadi dapatlah sedikit diskaun walau sebenarnya peruntukan diberi pihak syarikat sebanyak RM10K. Bahan kering seperti beras, kentang, bawang-bawang, rempah-ratus dsb telah dibeli sebelum ini. Lembu, kambing dan ayam juga sudah ditempah. Lembu disembelih selepas solat Asar semalam. Ayam beli yang bersih dan minta orang pasar tolong potongkan. Malam tadi hubby berkampung di tempat kerjanya. Aku tidur sendirian tau huhu...
Adik - Kerana tidak ada siapa akan mengambilnya balik dari tempat tuisyen kenalah ponteng. Bila ponteng tuisyen terus tidak belajarlah malam semalam mengikut kami berbelanja. Boring sebab tidak ada apa mahu dibuat sanggup duduk dalam trolley berangan mahu jadi baby lagi.
Tersepit - Balik adik terpaksa duduk dengan longgokan pinggan/mangkuk polisterin. Bila aku kata pinggan/mangkuk polisterin pun mahal, baik makan guna daun pisang. Tapi hubby kata daun pisang lagi mahal sebab susah dapat.
Sebenarnya majlis ini bersempena kejayaan projek premix jalanraya syarikat yang telah selesai mengikut jadual. Sebagai menghargai semua kakitangan lalu dibuat majlis makan-makan ini. Sayangnya aku pula bekerja hari ini. Kalau tidak boleh juga mengendeng sama.  

~~ Sana-sini sekarang meriah dengan nasi beryani di Johor tapi majoriti kerana majlis Maulidurrasul.~~ 


65 comments:

ct shah said...

daun pisang pun mahal ek kak?dulu masa kat umah arwah mak saya banyak pokok pisang.senang2 jer mak saya tebang daun pisang buat bungkus nasi lemak yg dia jual pagi2.:-)

Fiza Rahman said...

Semuanya mahal kak skang ni. Smalam gi pasar malam. Otak² yang dulu 6 keping dpt RM4.00 skang ni dah jadi 5 = RM4.00

:: Mrs.Eady :: said...

semua dah mahal kak....kat sini mmg dah tak pakai daun pisang, org kedai tu pun ckp mahal so dia buat nasi lemak lapik plastik air tu je..itu pun potong 2

Zee Suhaini said...

bagusnya kak company camni..memang hargai pekerja..
tapi betulla kak..barang sekarang sumer pon mahal..daun pisang kalo kat kampung senang la..dok bandar memang mahal dah harga..nak guna banyak baik pinggan polistren ajer kak..lagi senang..

Rizziela said...

Oh..Malaysia sekrang x ada yg murah lagi..kecuali kangkung ajer yg turun harga

Ummi Iman said...

Ingatkan beli daun pisang :) mujur masih senang nk dpt daun pisang free

redza said...

sempat lagi adik duduk dalam troli tu hehe

Cik Puan said...

daun pisan pon mahal...lagi2 susah nak dapat..tp klu kat kg cik free je..dekat umah famly cik kt kampung banyak pokok pisang...

Eye_nee said...

berkeluh kesah kita bila memikirkan harga barangan la ni...ingatkan daun pisang lagi murah..rupanya lagi mahal...gud idea jugak ni..kat rumah saya byk daun pisang mak tanam..makan guna daun pisang tak payah basuh pinggan...bleh JIMAT air..hehe..

aTieYusof Family said...

Salam Jumaat Kak...
wah!banyak juga barang2 yg dibeli tu kak.. mesti sedap ni makan2 nya..lucu plak tgk adik duk dlm troli brg tu...hehe.. klu pae dah tak mau duk dlm troli...hihi

makchaq said...

Macam nak kenduri kahwin tu... lembu ayam bagai... masak sendiri ke semuanya?

Comel je adik duduk dalam troli.. muat pulak tu...

Roha said...

salam jumaat akak..
patutlah akak berbelanja sakan barang2 basah..ada jamuan untuk pekerja rupanya..sarat kete dibuatnya hehe..

siap beli orang lagi ye..terus penuh troli :D

NM03 said...

alhamdulillah, rezeki masyukkkk

ala... tak jemput saya mengendeng sama ke... kikikiki

homeinya adik dok dalam troli... eh teringin jugakkk

hahahaha

imm said...

comelnye adik berangan jd baby hihih..
smalam beli ikan selar,,rm 5..balik nk siang tgk ade 5 ekor je..ish ishhh seringgit sekor tuh..

ummiross said...

Kakzakie..sekali-sekala tidur sorang-sorang, katil tu kita yang punya, hehe..

Nasi briyani Johor, memang terbaik!

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..

hihi..lucu akak ni..ala..sekali sekala tido sengsorang, baru la timbul rasa rindu tuu.. :)

alhamdulillah..bila tugasan dpt diselesaikan mengikut tarikj yg ditetapkan,tak salah menjamu kakitangan sbgai tanda terima kasih kan..

hehe..nmpk gaya lepas kangkung, daun pisang pulak kena turunkan harga ni :p

Muja.. said...

daun pisang dibandar memang mahal kak..tapi org kg yg supply daun ini x juga kaya2..

Lps ni hg nasik lemak yg berbungkus daun psg pun akan naik hg.. heee

Rai Ourkizuna said...

wahh..bagus betul syarikat suami akak.. banyak peruntukan dia bagi.. semoga majlis berjalan lancar ya kak..

ye lah kak..daun pisang makin mahal.. polistrin murah.. tapi susah hati kita sbb mencemarkan alam..

norhidana miswan said...

bersih je nengok tempat akak beli brg2 basah tuh... kt area mana tuh kak? bgs betul yek syarikat suami akak... selalu bt mkn2 kire mcm penghargaan utk anak buah yg dh pnt lelah bt keje...

sedapnyer ns beriyani johor...

Falsya said...

Skang nie semua dh mahal dh kakak..nak masuk toilet pun kene bayo 30-50sen..adehhhh..

Mesti meriah event tuh kan..;)))

Amanda Suria said...

Assalam kak...nak buat macam mana kan..sekarang semua serba serbi mahal..abah SA kalau nak mak buatkan kuih koci..sanggup rayau tepi2 jalan amik daun pisang karuk tu....kadang2 siap dapat jantung pisang sekali...

Deqla Manjew said...

hihi.. comel jer adik dok lam trolley.. alahaii daun pisang pun mahai.. tanam pokok pisang sendiri jer la kak kalo gitu.. huhu...

eMMe said...

Salam Jumaat Kak Zakie, hurm.. harga daun pisang pun naik juga yea.. dulu kangkung, hehehe.. sampai org wat lagu.. hehehe.. kalo gitu pas ni kite tanam pokok pisang la kak Zakie.. hehehe...

paridah said...

salam jumaat...bukan senang nk masak banyak2 ni ya....

are_lin@yu said...

alahai cmel ja adik dk dlm troli..hehe

Ann Ishak said...

tak sangka daun pisang lebih mahal dari bekas polisterin tu ek, dah la tak boleh kitar semula

Abil Fikri Ahmad said...

Rasanya di JB lebih mahal harga barangan sana.

aizamia3 said...

kesukaran nak dapatkan daun pisang tu yang buat ianya jadi mahal..

psstt: comel dak Adik duduk dalam tu.. membayangkan dak Nuha menemani dak Adik kat dalam troli tu.. hehehe..

❤Kamsiah❤ said...

kat tempat saya,sekilo rm2 daun pisang..

Mummydearie said...

Daun pisang pun mahal ya sekarang? Kalau saya tahu, saya biarkan pokok-pokok pisang kat belakang rumah mak saya di kampung tu jangan ditebang...

Susah juga ya kak kalau cuti tak seragam ni. Katanya kakitangan kerajaan aje bercuti Jum/Sab dan bank-bank/swasta cuti Sab/Ahad ya?

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg byk membeli tu kak..hihi

p/s: jenama kithcen king pisau tu.. kedai luar ada juga jual tapi satu2 hrga dlm RM 10. Yang ini terus set.

Kalau berminat bgth yui ya utk cnfirm stok warna apa berkenan =)

Knor said...

Lawak la anak kcil akak tu..bya iman..

mungkin dia nk mnja2 lg tu..

iman malu bkn main duduk dlm troli tu..

t.a.t.a said...

Daun pisang mahal. kalau tak, tak kan la pokok pisang mak saya asyik kena tarah aje daun nya.

Kasih Salina said...

memang betol tu kak..daun pisang mahal sebab susah nak dapat tapi kalo kat kampung tak dok rega pun..mai kat pekan jer eksen nya lebih..

Ujie said...

best la keja situ, majikan tau hargai pekerja.

*beli sendiri tu, kena masak sendiri lah ya? rewang?

Tihara said...

laa adik duk dalam troli,comel je
alhamdulillah murah rezeki belanja staf2 :)

syuk shusuke said...

semua barang dah naik harga kak zakie >.<"

maszmadi said...

macam anak saya jerk, berangan jadi baby.. tapi ni versi baby besar ni... hihi

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

betul tu kakak.. daun pisang pun mahal juga.. nak tak nak terpaksa juga membeli polisterin itu..

Rapunzel Cikilolo said...

akak ke yang masak nasik beriyani tu?

suri solehah said...

semua pun dah ber'harga'skrgkan kak..samalah kt langkawi ni sungguhpun pekan kecil..tp daun pisangpun mahal..hihi adik cumil je ye duk dalam troley..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bila macam ni, untung orang tinggal di kampung, ambil ajer di belakang rumah, tu sebab bila balik rumah mak selalu ambil sayur kampung dan daun pisang ni kakzakie... :)

- said...

btol tu kak...daun pisangnya lagi mahal sbb payah nak dapat....

amboi..muat plak si adik duduk dalam troli yerkk

lieyalatif said...

ape ajek yg tak mahal kak..semua dah naik harga sekarang nie...kos hidup mmg meningkat mendadak2 skrang nieh....kene laa kite berbelanja care berhemah....

kak, sporting adik...ikut join berbelanje barang sekali heheheehe....

alhamdulillah bagus company abg akak...tak lupe pada staff bawahan bile dpt kejayaan....

elly nadyra said...

kalau kat kampung bersepah daun pisang...terbiar aje cam tu
alamak adik dah besar duk dlm trolley
vandalisme nih!

Nafira usof said...

Nasi beryani nye siapa yang masak kakak? ke masak bergotong royong?

mesti best kalo dpt joint majlis skali kan kakak~ :)

daun pisang kalo kat kawasan bandar memang mahal sebab susah nak dpt. tapi kalo kt kampung.. free jer.. hehehe

Umi Qi said...

Suka tgk gaya adik temani ibu ayah dia pi pasar cr barang...wpun xd sapa nak amik tuisyen xper lah bukan selalu kan ponteng hehehhe...adikkk bila nk jupe Umi Qi...hehhehe

Acik Erna said...

betul kakzakie..daun pisang pun susah nak dapat..lagi pun sekarang ni musim angin..habis daun pisang pecah2 lama dah acik tak buat lepat

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Daun pisang pun naik harga juga. Nanti silap-silap daun pandan pun naik harga juga. Kangkung sahaja yang turun harga sekarang ni.

rostina76 said...

banyak borong tu kak. btw betul la kak, daun pisang lagi mahal dr polisterine. dgn tupperware lutsinar tu pun rasanya lg murah. huhu

Kesuma Angsana said...

aduhai tangan KA masih melekat dgn bau nasi beriani johro yg sedap sgt tu kak... kalau dapat yg beralas dun pisang lagi best kan hehehe

Sylarius Yusof said...

Lupa pulak yang Johor dah start cuti Jumaat tahun ni. Pernah hari tu kawan cerita yang secara tak sengaja datang bekerja hari Jumaat masa minggu 1st Jumaat hari tu. Hehe

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..amboi adik comil bersila dalam troli ye..hehe..ermm dalam keadaan sekarang kita kena smart menguruskan kewangan..kalau di kampung kait saja daun pusang belakang rumah., di KL atau Johor..kait duit dalam poket..terlebih kait rabak..esok lusa mula sebak pulak hati ikat perut..hehe..ibaratnya begitu..moga kita sentiasa bersyukur dan memuhasabah diri..amin..teguran dan rezeki Allah boleh hadir dengan pelbagai cara..moga kita cepat sedar..

Linda said...

Kt pasar larkin ke ni? Rindunya nak balik jb...saya follow sini ;)

Aishah Jahirah said...

seronoknya bila majikan appreciate pekerja...kalau saya msti semangat nk kerja sungguh2 lg.
ye la kak daun pisang pn susah nak dapat kot skang ni...jenuh mencari..

Tuan Juhaida said...

Sedapnya nasi beriyani.tahniah atas kejayaan projek syarikat tu.wah...byk tu masak tu.!bajet rm10k!nasib baikmuat lg adik dok dlm troli tu hihi

Raudzah Z said...

kita suka makan nasi beryani gum muor..sedap...dan tahniah untuk projek yang dah siap on time tu...

Nor Azimah said...

dalam sibuk barang serba mahal kenduri kahwin tetap gah juga..

seksa juga nak bajet mana patut beli, rasa macam semua patut, yelah..antara sabun basuh baju atau susu anak..dua-dua pun memang nak kena beli...

hainom OKje said...

Sapa yg masak tu kanda...sampai berbelanja sakan...nape tak kateringkan aje...
Bukan apa....dinda kesian dgn kanda sebab tak de teman...hehe dahlah cuaca sejuk sekarang ni....Abg tu company apa kanda...manalah tau pernah dengar sebab dulukan dinda biasa ngan kontraktor jalanni

Kakzakie said...

Sykt tempat hubby bekerja itu majoriti adalah pekerja lelaki oleh itu adalah mudah untuk mereka bergotong-royong memasak. Sembelih lembu memang tugas biasa hubby. Oleh sebab itulah masak buat mereka tak jadi masalah. Hanya rempah untuk mereka makan soto kakak yg buatkan. Kakak siap tumis semua rencah utk abang bawa ke tempat kerja dia.

Projek premix adalah di sekitar CIQ komplex kastam sultan Ismail di Gelang Patah dan itulah juga tempat abg kerja. Alhamdulillah semua sudah selesai.

Apa pun terima kasih kepada semua yg sudi memberikan komen di sini:-

ct shah (sekarang ni mana nak jumpa lagi kan), Fiza Rahman, :: Mrs.Eady :: (betul Izwa rata-rata dah guna plastik), Zee Suhaini(mereka memang bila siap sesuatu projek besar mesti ada makan-makan), Rizziela (hihi... Zie kakak rasa tak lama kangkung jadi mahal sebab dah femes sekarang ni), Ummi Iman (tempat kakak susah dapat daun pisang Rose), redza, Cik Puan (yelah kalau kg memanglah ada Cik), Eye_nee (kalau sesaja rasanya tak ada siapa nak buat gitu Eye_nee), aTieYusof Family, makchaq (mereka gotong-royong makchaq), Roha (bila barang nak masuk 'org' kena keluar Roha hahaha..), NM03 (mereka sesama mereka ajelah. kakak pun tak pergi tau), imm (semua mahal kan imm), ummiross (susah lena ummiross hihi...), ♥ Cmª shIemª ♥ (ala kakak sesaja aje Cma, kita kan dah biasa berdua bila sendiri susah kan nak tidur), Muja.., Rai Ourkizuna (sykt holding Rai, banyak subsidiaries dan consesi dibawahnya. bukan macam sykt kakak), norhidana miswan (kakak beli di Kipmart Tampoi ni Dana), Falsya (dahsyat kan Sya), Amanda Suria (itupun kalau boleh jumpa kalau tak kena beli juga kan), Deqla Manjew (macam rumah kakak ni nak tanam dlm pasu tak boleh Deqla hihi...), eMMe, paridah (mereka gotong-royong), are_lin@yu, Ann Ishak, Abil Fikri Ahmad (sebab ramai S'prean dtg itu yg jadi mahal - currency sekarang lagilah buat mereka suka ke sini untuk berbelanja), aizamia3 (kalau ada Nuha mahu bergomol - adik suka budak tau macam mama dia juga), ❤Kamsiah❤ (sini kakak tak tahu biasa abang yg beli), Mummydearie (betul sebab itu urusan bank mudah buat abang sekarang sebab dia cuti bank buka), nuyui a.k.a miss YUI (kalau kakak minat kakak pm Yui ye), Knor (dia dah letih sebenarnya Nor), t.a.t.a, Kasih Salina, Ujie (staf JB mereka gotong-royong Ujie), Tihara, syuk shusuke, maszmadi, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Rapunzel Cikilolo (eh taklah Mas - bukan sykt kakak kerja pun), suri solehah, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), CikMoon Adnan, lieyalatif (dia kan pantang mama/papa keluar mesti nak ikut), elly nadyra (dah letih dia tu Elly), Nafira usof (mereka gotong-royong Zura), Umi Qi (Umi Qi turunlah JB boleh jumpa hihi...), Acik Erna, Pokok Manggis Depan Rumah, rostina76 (betul Ros), Kesuma Angsana (dah rindu Johor tu KA, dtglah lagi), Sylarius Yusof (masih kekok sebenarnya), PeRdU cINta (begitulah kehidupan PC, setiap apa yg jadi ada hikmahnya), Linda (tak Linda, kakak belanja di Kipmart Tampoi - kakak dah follow Linda juga), Aishah Jahirah (kena sama-sama saling menghargai sebenarnya Sha), Tuan Juhaida (wlau 10K lembu seekor pun dah RM3.7K, beras basmati dah dekat RM1K, kira ajelah, sewa alat masak masjid lagi), Raudzah Z, Nor Azimah (ini bukan kenduri kawin Azi, mereka macam buat doa selamat projek mereka siap as per schedule), hainom OKje (semua staff branch JB gotong-royong tapi yg makan seluruh branch dtg dinda. Kanda tolong tumis bahan soto aje, abang bawa ke sana tinggal masuk dlm air rebusan daging utk makan malam mereka yg rewang).

Begitulah kiasan betapa barang yg dulu kelihatan tak bernilai tetapi kini harganya jauh lebih mahal dari barang yg konon lebih praktikal utk digunakan. (polistrin dan daun pisang inilah contohnya).

Terima kasih sekali lagi buat semua.

UmmuAidan-Arissa said...

hehe..lawak adik duduk dlm troli muat lg yer...
guna plastiklah plak kalau daun pisang mahal...huhu

aby said...

salam kz ..
terlewat aby buat reply..
yup daun pisang memang mahal sbb susah nak dapat ..
klu diambil sume daunnya ..
kesannya pd pisang ..
mahal plak harga pisang nanti

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah berkongsi rezeki bersama2 pekerja semoga semakin berkat segala hasil yg diperolehi amin..:)

CikPuanHaLia said...

Betul la kak..skng ni semuanya mahal...

wanariahamiza said...

Dulu kat rumah saya ada pokok pisang. Tapi sekarang semua dah mati. Tiada lagi.