Suroh Al-Humazah - Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), - Yang naik menjulang ke hati; Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. |
Sekadar menitip tazkirah keluarga pagi ini oleh hubby dengan hurian dari ayat Al-Humazah.
Seandainya bercakap tentang keburukan orang lain walau pun benar itu adalah mengumpat. Manakala kalau bercerita pula tentang perkara yang kita kurang pasti itu adalah fitnah. Kedua-dua itu tergolong dosa besar. Oleh itu sebelum memulakan bicara kena beringat adakah ianya boleh menyebabkan dosa dicatat atau sebaliknya. Ingatlah malaikat Allah tidak pernah lalai dalam menjalankan tugasannya. Akur dengan huraian hubby. Terasa takut pula kerana lidah bila berbicara mengikut kehendak hati. Aqal bertindak lambat untuk sedar. Elok juga pagi ini sebelum keluar rumah memulakan tugasan diri perlu diingatkan dahulu.
Seandainya bercakap tentang keburukan orang lain walau pun benar itu adalah mengumpat. Manakala kalau bercerita pula tentang perkara yang kita kurang pasti itu adalah fitnah. Kedua-dua itu tergolong dosa besar. Oleh itu sebelum memulakan bicara kena beringat adakah ianya boleh menyebabkan dosa dicatat atau sebaliknya. Ingatlah malaikat Allah tidak pernah lalai dalam menjalankan tugasannya. Akur dengan huraian hubby. Terasa takut pula kerana lidah bila berbicara mengikut kehendak hati. Aqal bertindak lambat untuk sedar. Elok juga pagi ini sebelum keluar rumah memulakan tugasan diri perlu diingatkan dahulu.
~~ Sesungguhnya balasan Allah itu benar.~~
59 comments:
Bagus ingatan ni kak.. saya pun sehari dua ni ingatkan diri macam ni. Sebab dah yerkena dek mulut meluahkan tanpa pikir panjang..walaupun benda tu bukan mengata atau mengumpat pun, tapi pengajarannya akan saya ingat.... insaf
Alhamdulilah kak....peringatan bersama..tu yang malas nak sembang dengan kekawan ne ada aje gosip..baik buka blog ada gak ilmu yang boleh dimanafaatkan....
terima kasih kak atas ingatan..sama2 jaga lidah,,lidah ni lg tajam dari pisau..
MasyaAllah... terima kasih kakzakie dengan peringatan ini... semoga kata-kata kita adalah perkara yg baik-baik sahaja hendaknya :)
Salam kakzakie, tazkirah yang bagus. mesti berhati-hati dan berniat untuk berbicara apa sekali pun. Terima kasih
peringatan yg sangat bermakna.. thanks kak
Bila kt baca surah, kemudian kt paham maksud kt akan jd muhasabah diri.. Berbanding kt x tau maksud surah itu dan sekadar membaca
Agaknya kita takkan mengumpat atau berfitnah bila kita dok sensorang jer kan..kalau dok beramai2 tuh mesti ade gak yg nak terkeluar..kuat benor hasutan syetan..
peringatan untuk diri sendiri.. terima kasih Kakzakie kerana share..
terima kasih kakak atas perkongsian tazkirah ini
mengumpat ...
dalam fesbok pun boleh mengumpat
Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak. Terlajak perahu bleh di undur, terlajak kata2 memang buruk padahnya.
ingatan yg baik utk saya yg sentiasa tergelincir lidah...
tksh mengingatkan...kdg kita terlalai r terlupa kerana tekanan emosi...
Banyak benar kesilapan dan keterlajuran kata2 saya kak..Terimakasih atas perkongsian...manusia lemah dan kekurangan seperti saya kerap sgt melakukan perkara2 sedemikian...
Thanks for sharing kak....
terima kasih kak... penting kita baca quran tahu maksudnya mg kita dapat faham...
terima kasih mengingati kami semua...sayang akak..ehe
TQ atas ingatan ini kak. kdg2 kita sbgai manusia biasa ni terlupa kan !
Terima kasih atas ingatan...manusia mudah lupa..kena selalu dingatkan...
maka , berckp la hanya bnda2 y berfaedah .. Jika tidak , pilih la untuk diam..=) ..Peringatan y baik utk kita sama2 amalkan..^_^
nice sharing kak zakie. ni salah satu petunjuk ALLAH :D
sekarang ni mengumpat dh terlampau byk.. fitnah pun jgn ckpla.. sana sini bersepah.. cubalah kita perhatikan kat facebook atau kat laman2 blog.. byk yg terjadi beginikan... jgn lupa ckp psl siapa pun dosanya sama jer.. tak kira artis ke, PM ke, menteri ke, sultan ke, org biasa ke kan.. byk betul hebahan kisah2 benar lps tu cer baca komen2 yg ada.. semua duk mengumpat.. mengata.. ada yg lebih best sesuka hati jatuhkan hukum kata org ni ahli neraka.. org ni ahli.. kita xtau punkan.. hanya Allah yg layak menghukum.. kita sesama manusia ni tak de hak nak judge org lain.. waallahualam..
btw terima kasih atas ingatan & perkongsian ini... diam itu lebih baikkan...
kadang kala tanpa sedar itu semua pernah terjadi... Allah, byk sungguh dosa ku
Salam K.Zakie..
alhamdulillah..
terima kasih atas peringatan n perkongsian..cma ni diam2 pun kdg2 blh tahan jgk mulutnya bila dok beramai..gosip sana sini.. :(
Terima kasih kak untuk peringatan ini...kadang kala kita sebagai manusia biasa tanpa sedar telah melakukannya.....
Alhamdulillah...peringatan buat diri saya kak...tq...
tepat sekali apa yang diperkatakan kak...
saya akan cuba elakkan seboleh2nyer insyaallah...
Tepat sekali teguran Allah SWT, kita ni manusia selalu lalai dan alpa, bila ada tazkirah macam ni,dapat mengingatkan diri, kecut rasa hati.
Terima kasih perkongsian yang sangat bagus ni.
macih share kak... untuk ingatan bersama... selamat bercuti kak
Banyak cakap lagi banyak salahnya... Banyak menulis pun begitu juga. Akak tegur2lah saya kalau ada yang tergelincir...kadang kala terover excited, tak sedar terlajak batasan.
nauzubillah.. janganlah kami tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam ayat tu..
moga kita dijauhkan dari sifat2 buruk..
Alhamdulillah, suami sebagai ketua keluarga memberi tazkirah setiap pagi..permulaan yg baik utk memulakan hari..
syukran krna berkongsi..setiap kita ada dua malaikat di kiri & kanan..even lintasan hati pun kena control jg..
Thanks akk for the share....kdg kala kita terlupa dan alpa dalam mengejar hdup di dunia...rietta sndiri kdg kdh xcukup di ofis, siap bawak balik kerja ke rumah...
Salam Kak..
ingatan yg bagus...sebab kekdang kita terlupa dan tanpa kita sedari..moga dijauhkan..
Kalau baca surah2 atau hadis2, eloklah difahami isinya dan maksudnya. Ianya peringatan dan panduan kepada umat manusia.
Assalammualaikum kak..setuju..kadangkala kelalaian kita itu menghantar kita ke lembah kehinaan..dalam mengejar redha Ilahi terkadang kita juga semakin mendekati bara neraka..moga Allah sedarkan kita dari setiap kesilapan..
Terima kasih berkongsi tazkirah ini Kak Zakie.
terima kasih...sangat-sangat dapat 'mengingatkan' kita...
semoga mendapat kebaikan
salam kak, terima kasih atas peringatan yang baik ini.. :)
terima kasih atas peringatan ini kak
terimakasih kerana berkongsi tazkirah ini,moga jadi pedoman dan renungan kami sekeluarga.
renungan buat semua...terima kasih yer kak...
Terima kasih perkongsian tazkirah dari kakzakie.
Bagus juga bila saling mengingati. Saya ni pun selalu terlanjur kata. Bercakap tanpa berfikir dulu. Inilah padahnya lepas tu baru nak berfikir balik betul ke apa yang diluah.
salam petang kamis kak..:)
ingatan untuk diri sendiri..agar sentiasa menjaga lidah dari berkata - kata yg boleh membuat orang lain terasa, insyaallah..terimakasih kak atas peringatan ni..:)
insyaallah...trm kasih kak share sesuatu yg bmanfaat..
peringatak buat diri cik jugak ne....terima kasih kak zakie..
Terima kasih kak atas ingatan ini..
moga mulut kita sentiasa terjaga.. moga kita terhindar dari dosa2 besar ni yer kak. AAMIIN.
Nice sharing. Mmg kena sentiasa beringat
Dah memang jenis CM ni banyak cakap kan..tak sedar rancak berbual jadi termengumpat... moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita ya kak..
terima kasih kak kerana mengingatkan semua..
alhamdulillah :)
Terima kasih atas ingatan.. moga melekat disamubari
salam kz ..
kata2@firman yg datang dari Allah swt, diturunkan kpd nabisaw dengan perantaraan malaikat jibrail ..
semoga ianya dapat dijadikan panduan dalam meniti kehidupan dunia ni
Terima kasih di atas peringatan sebegini.. insyallah akan jadikan ia sebagai rujukan dalam kehidupan..
Sampai sekarang saya masih pegang pada kata-kata 'jika kita tutup rahsia Muslim yang lain semasa di dunia, Dia akan tutup rahsia kita masa di akhirat kelak'.
Dan sebab itu juga saya jadi macam anti-sosial. Tak suka sangat berjumpa dengan orang ramai. Bila kita diam mereka akan kata kita sombong.
Assalamualaikum
Singgah siini. Nice sharing.
Terima kasih perkongsian ini kanda.... moga menjadi ingatan buat kita semua
Post a Comment