Friday, June 20, 2014

"Operate" perut dan minda sebelum Ramadhan tiba

Berkata Saidina Ali r.a "Biarlah aku kecik dimataku tetapi besar di mata orang lain". Lihatlah bagaimana istiqomahnya khalifah ar-Rasyidin yang ke empat ini. Umat akhir zaman pula sering merasa diri besar hingga sanggup berlumba-lumba mahu menunjukkan kebolehan diri semata-mata mahu disanjung setinggi-tingginya. Bila rasa diri lebih berkuasa terasa bangga. Dapat berbuat apa saja kerana ada kuasa. Takut dengan situasi begini bukan? Bimbang kerana syaitan sentiasa menggoda di keliling kita tanpa kita sedari. Na'uzubillah...

Begitulah bila akal/minda yang kita sangkakan lebih berupaya menilai baik-buruk sebenarnya tidak mampu menanggung semua andai tidak kuat isitqomahnya. Perut yang kelihatan anggota biasa ada waktunya lebih pandai dari otak kita. Mencerna mana yang baik akan di simpan dan yang tidak baik akan dibuang. Apa lagi kalau membahayakan diri segera mahu dibuang tidak kira dari dubur mahu pun termuntah. Sanggup sakit perut semata-mata tidak mahu yang tidak baik di simpan di dalamnya. Sebaliknya akal dan minda kita yang dididik dari lahir selalu suka menyimpan. Tidak mengira samada baik mahupun yang buruk. Kalau yang baik untunglah tapi andai sebaliknya alangkah malangnya diri. Lebih malang bila yang baik mudah dilupakan. Hari ini mendengar ceramah semarak ramadhan bersemangat bukan main pasang niat mahu istiqomah. Tetapi sebaik keluar melangkah meninggalkan masjid semua jadi lupa. Tetapi yang kurang baik sanggup dikatakan "sampai mati pun aku tak akan lupa, tunggulah ada masa pasti aku balas".

~~ Sedangkan orang yang tidak menggunakan akalnya maka kedudukannya paling rendah dan paling buruk diantara ciptaan Allah - Suroh Al-Anfal:22)~~

50 comments:

asyifa mustaffa said...

Bak kata ustaz...sebelom ramadhan..bersihkan apa yg patut dlu..klau tdk..raadhan yg ditempuh...sia2 belaka...wallahualam....

Mimi Azirah said...

sblm ramadhan kne bersihkn ati n jiwa

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

kita kena sentiasa perlu bersihkan hati dan jiwa kita.. lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yg penuh barakah itu kan Kakzakie.. :)

Cik Puan said...

Bersihkan hati dan bersihkan minda..in shaa Allah...x sabar menanti ramadhan.bulan yang penuh keberkatan

Mia Kassim said...

In sha Allah ... terima kasih untuk peringatan ni kak :)

hajar said...

InshaAllah.... selalu berusaha membina ion2 positif dlm diri & membuang sebyk mungkin ion2 negatif...

lieyalatif said...

thanks kak zakie atas peringatan nieh....

moga kite menjadi insan yg baik dan diberkati Allah taala....

in sha Allah...

idzwa kamaruddin said...

bersih kan jiwa rohani jasmani..tapi biarlah berterusan walaupun selepas bulan ramadhan kan kak..

terima kasih atas entry ini kak

Bin Muhammad said...

Benar sekali... Kalau benda baik tu mudah sahaja kita terlupa dan terlalai walaupun baru sesaat diingatkan. Tetapi perkara tidak baik pasti akan tersemat diingatan. Semoga Ramadan ini akan merubah diri ini menjadi sebaliknya dan terus kekal selamanya...InsyaAllah

Kisah Si Dairy said...

insyallah..terapi minda sebelum ramadhan nie...

Ema Johari said...

terima kasih atas peringatan ini kak..semoga ibadah puasa yang akan tiba tak lama lagi..dapat dilaksanakan dengan sesempurna.

ANIM said...

niat dah ada..kena tanam keazaman dan kesungguhan nak melawan nafsu.
memang susah kakzakie nak istiqamah menjaga hati..

Mar Mansor said...

in sha Allah...sebelum ramadhan datang perbetulkan diri dan bersihkan hati..moga kita dirahmatiNya

ummiross said...

Terkesima dengan entry Kakzakie ni, sungguh mendalam dan sangat bagus untuk direnung-renungkan..insyaAllah bermanafaat.

Zee Suhaini said...

insya'allah..peringatan sesama kita..
mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..

babYpose said...

inshaAllah moga kita menjadi orang yang bertaqwa baru buat yang disuruh tinggal yang di larang kan., percaya, solat, puasa...

Ibu Lala said...

Tinggal seminggu lebih je lagi nak pose ni. Moga ramadan kali ini membawa beribu ribu rahmat utk kita semua.

Rai Ourkizuna said...

sangat bermakna kak..

Aziela said...

Terima kasih kakak...

saniah ibrahim said...

sungguh mendalam maksud yang tersirat...insyaAllah akan sya jadi kan pedoman hidup...

UmmuAidan-Arissa said...

kalau nak btul2 beribadah bln posa mmg kena mentally set up dan prepare kan kakak..biar ade plan apa yg kita nak buat & kesederhanaan yg harus diutamakan..

amirah said...

peringatan sesama kita kan kak...menjelang ramadhan kareem...

mama ka0ri said...

Tak lama dh nk berpuasa...bersihkan segalanya...tak saba!!

mysha said...

Terima kasih kak atas peringatan ni :)

Jari Manis said...

bulan puasalah masanya utk biarkan perut berehat daripada bekerja 24 jam kan kak

PiNkYCaT said...

tq kakzakie atas peringatan ni...muhasabah utk diri ini:)

tgh title entry tadi terkejut dah operate perut dan minda...hehe

Knor said...

yelah k.zakie..
jgn bulan ramadhan aje..

kakyon said...

bulan saaban bulan persiapan untuk menyambut kedatangan ramadhan dengan membersihkan hati dan perut..

Sura Mohd said...

pastikan sebelum dan selepas Ramadhan kita ada perubahan..tak sabar pulak rasanya..rindu pada Ramadhan..:)nice sharing kak..sama2 kita semua muhasabah diri..:D

Mummydearie said...

Insya Allah, semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati. Kena bersihkan hati dan minda sebelum Ramadhan menjelma. Usia pun bukan semakin muda ...

paridah said...

cuci perut n ati bersih2 agar senang mengisinya dgn santapan rohani ramadan ini...

Angah said...

semoga kita mendapat ramadan yang lebih baik tahun ini...

NEKCIK said...

terima kasih saling berpesan pesan..semuga Ramadhan kali ini lebih menjadikan kita hamba yang bertaqwa..amiin

shalimar yusof said...

Terima kasih Kakak...atas peringatan ini....semoga kita bersedia mneymbut Ramadhan ini dgn berkat dan berpanjangn lah menjaga diri dr dan mendekatiNya.

Fifi Nadhrah said...

akak.. nak buat sesuatu tu senang.. tapi nak istiqamah tu payah.. sangat payah.. selalu kecundang..

Uncle said...

lepas setahun.....setahun...cepat betul masa berlalu!

eelobor said...

terima kasih akak atas peringatan yang sangat baik ini....

@na said...

salam kakzakie;
terasa benar kelemahan diri...moga kita semua direzekikan dgn iman yang tulus dan mendapat redhaNYA...

Tihara said...

alhamdulillah
bagus tazkirah ni kak
terima kasih sharing

Nor Salmi said...

alhamdulillah. Entri yang bagus untuk kita renung-renungkan bersama.

BUNDA a.k.a KN said...

Kena bersihkan segalanya...kosong...kosong...

RDZ Z said...

Thanks KZ..Tazkirah menyambut ramadhan...

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...
This comment has been removed by the author.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Bila iman x cukup mulalah nafsu menguasai akal. Dan yg dirisaukan ialah iman ni ada pasang-surutnya.

Jie Susanos said...

makin berkuasa org tu makin berat tanggungjawab dia..tapi byk yg lupa.. selalu banggakan dari dan suka megarah org..cabaran dunia..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..
terima kasih atas perkongsian..
operate segalanya..

QasehnyaRania said...

in shaa Allah..

hainom OKje said...

Mungkinkah hanya bibir yang berkata kata kononya tak sabar nak menunggu tetamu yg bakal tiba sedangkan hati tidak sepenuh jiwa... ...
Moga Allah bukakan seluas luas keikhlasan dan kekuatan diri ini untuk menyambut ramadhan yang mubarak...

hainom OKje said...

Mungkinkah hanya bibir yang berkata kata kononya tak sabar nak menunggu tetamu yg bakal tiba sedangkan hati tidak sepenuh jiwa... ...
Moga Allah bukakan seluas luas keikhlasan dan kekuatan diri ini untuk menyambut ramadhan yang mubarak...

hainom OKje said...

Mungkinkah hanya bibir yang berkata kata kononya tak sabar nak menunggu tetamu yg bakal tiba sedangkan hati tidak sepenuh jiwa... ...
Moga Allah bukakan seluas luas keikhlasan dan kekuatan diri ini untuk menyambut ramadhan yang mubarak...