Monday, September 29, 2014

Barokallah.. kelangsungan penyatuan yang indah

Alhamdulillah. Letih, penat, mengantuk semuanya ada sebaik majlis selesai. Walaupun menggunakan perkhidmatan catering tetapi banyak yang kami gunakan tenaga keluarga bagi menjayakan majlis tersebut. Di tambah pula rumah di Bangi manakala dewannya di UPM, Serdang. Semua kereta yang ada digunakan sebagai alat mengangkut barang diperlukan.

Persediaan terakhir - Malam sebelum majlis kami sudah berada di dewan untuk memperkemas mana yang patut. Kak Aisyah walaupun seorang guru yang sibuk kerana anak murid akan menduduki UPSR ulangan esok tetap masih mampu menyediakan kek carrot dari Terengganu di bawa ke Bangi. Sedap. Bakul gula-gula, goodie bag, empat bunga pahar dan segala kelengkapan untuk esoknya kami siapkan malam itu sehingga jam 10:00 malam baru balik ke Bangi.
Hidangan - Sebenarnya banyak lagi hidangan tetapi ini yang anak-anak ambil gambarnya. Mama sudah lupa blog kerana mama ditugaskan oleh empunya majlis beberapa tugasan sepanjang majlis. Menyusun pengantin di atas pelamin dan melayan pihak pengantin perempuan adalah dibawah tanggung-jawab aku. Manalah boleh melayan tetamu dengan kita pula sibuk megambil gambar. Ada juga perasaan malu.
Majlis berlangsung - Pagi jam 10:30 pagi masing-masing sudah lengkap dengan baju hijau muda sebagaimana tema diberikan. Papa juga kena berbaju melayu yang lama sudah lebih 10 tahun papa tidak berpakaian begini. Ramai yang panggil papa imam sebab semua org bersongkok hitam tapi papa manalah ada songkok hitam, tetap dgn kopiah putihnya. Malam rehearsal pula punyalah susah menyusun anak-anak buah yang kami jadikan flower-girls. Tetapi tanpa di duga sewaktu kompang dipalu anak-anak boleh pula mengikut langkah adik (anak dara aku), mengikut sehingga naik pentas. Sebaik aku susun pun boleh pula mereka tidak melompat-lompat seperti sewaktu rehearsal. Jampi aku menjadi hahaha...  Alhamdulillah sehingga majlis membaca doa dan restu diberikan anak-anak tidak membuat perangai. Suka!
Anak buah aku - Selamat pengantin baru Ahmad Danial dan Safwah. Buat Den anakanda kami moga mampu menggalas tanggungjawab dan amanah Allah dan buat Safwah semoga dapat menerima keluarga kami seadanya.
Akhir - Sekeping gambar menunjukkan bahawa kesemua bunga-bunga gubahan di dalam dewan samada di atas pelamin, di atas 55 buah meja tetamu, di setiap sudut meja hidangan adalah hasil tangan aku dibantu dengan anak buah Wani.  Ini adalah tiga vase dari berpuluh yang aku buat. Bunga dan aku tidak boleh dipisahkan. Kalau Kak Aisyah memotong kek aku pula menggunting tangkai-tangkai bunga. Tepek di sini sebagai kenangan.
~~ Majlis yang bukan saja sebagai sebuah penyatuan mempelai tetapi juga mengeratkan ukhuwah keluarga keseluruahanya. ~~


46 comments:

imm said...

cantiknye bunge kuning bulat tu..hahaha xtau name ape..

AtieYusof said...

Salam Kak..
Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai..moga bahagia hingga ke Jannah.. meriah majlisnya kak.. wah! cantik2 gubahan bunga dari tgn kakak.. banyak juga tu nak kena sediakan...:)

Falsya said...

Cantiknye kakak bunga kuning tuh..makanan pun byk sedap sedapppppp..nyum nyum..

Semoga berkekalan hendaknye hingga ke jannah..amin..;)

Nor Azimah Ali said...

Assalam kzakie, kalau saya tau majlisnya kat Serdang jer, saya serbu walaupun tak dijemput, dapat jumpa kzakie. ha ha ha
Apapun semoga pengantinnya kekal bahagia hingga ke jannah.

asyifamustaffa said...

Kenduri kendara camni la sebenarnya bole kumpul kaum keluarga kan kak...

Kayu Manis said...

wow mesti meriahkan...

rupanya k.zakie berseni dan berbakat orgnya..senanglah esok2 buat utk anak sendiri plk..masa tu jgn lupa jemput nor ye...

Unknown said...

Alhamdulillah...anak buah rupanya yang kawen...
tahniah akak...meriah tengok majlisnya..

Yana Shaiful said...

Tahniah Kak dapat ahli keluarga baru..teringat pulak majlis kawin kite dulu hehee..

selamat Pengantin baru buat kedua mempelai..smoga berbahagia hingga ke jannah..

Sura Mohd said...

alhamdulillah..semua berjalan seperti yg dirancang...meriah dengan persiapan yg teratur..cantik gubahan bunga tu..berseni rupanya kakakku ni..:)

Kamsiah yusoff said...

selamat menerima ahli kelurga baru...
kalau kenduri anak sendiri..pasti bertamabh2 kesibukan serta keletihan..:)

ini kisahnya said...

makanan nampak sedap.. pengantin pon comel.. songket lagi..

bunga kuning akak buat tu memang cantik.. gemuk2.. hehehe

Unknown said...

pandai juga kak zakie menggubah bunga yerr.... kalau idah tak berani kot... takut rosakkan majlis orang jer... huhuhu...

Tie HT said...

seronoknya,
meriah suasananya
bestnya menu makanan kak
selamat pengantin baru :)

Zaitun said...

Bunga hidup ya kakzakie. Cantik...kak zai suka guna bunga hidup kalau dalam majlis apa2 pun tapi harganya agak mahal sikit dan tak boleh simpan lama.

Selamat pengantin baru buat mempelai.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

alhamdulillah berjalan dengan selamat majlisnya. Bila ada kenduri dapat jumpa saudara mara merupakan rahmat yang besar juga kan Kakak.

lia said...

Alhmdlh... da settle smuanyer... tentu penat tp rasa puas hati bler ada sentuhan akak dlm majlis kan...

Eye_nee said...

Selamat Pangantin Baru buat kedua mempelai semoga berbahagia dan hidup rukun damai...Ada bakat membuat gubahan bunga rupanya kakzakie yer..

Nieyla Nadia said...

walaupun penat..tapi puas ati kan..:)

paridah said...

SELAMAT PENGANTIN BARU KPD PENGANTIN..GRAND SEKALI MAJLISNYA...XMENANG TANGAN KAKZAKIE MENGURUSNYA YA..

Hudalatip said...

Rajinnya akak menggubah bunga, saya memang tak reti nak gubah bunga, abah saya retilah nak gubah bunga ni semua..Untuk anak sedara akak, tahniah yea.

MOKCIK AZWA said...

Tahniah Kakzakie dapat menyumbang tenaga menjayakan majlis anak buah itu..semoga pengantin baru berkekalan hingga ke jannah..amin amin amin

Acik Erna said...

berseni kakzakie..pandai gubah bunga,,kalau acik memang tak pandai kakzakie

insan marhaen said...

Masa anak IM kahwin dulu, semua IM minta adik beradik buatkan.

IM cuma pantau je. Buat kat dewan.

buat kenduri simple saja dan tak jemput ramai oang sebab tak mahu bajet berlebihan dan kelam kabut.

Alhamdulillah, habis kenduri, balik rumah.... boleh tidur lena tanpa perlu kemas apa-apa...

Mummydearie said...

Kira orang kuatlah ya, kak :) Cantik bunga warna kuning bulat tu. Selalu nampak tapi tak tahu apa namanya. Penatkan kak lepas majlis walaupun main panggil orang je suruh buat itu ini.

sud@is said...

Gubahan bunga cantik , makanan nmapak sedap sekali, dan yang penting selamat pengantin baru pada mempelai...selamat mengharungi kehidupan yang baru.

amirah said...

meriahnya kak...selamat pengantin baru danial dn safwah

Mar Mansor said...

selamat pengantin baru buat pengantin..
zaman sekarang ni majlis perkahwinana memang meriah..

@na said...

selamat pengantin baru buat danial n safwah...sedap gandingan nama tu...
moga berpanjangan hingga ke jannah..

Blog Santai said...

Tahniah buat pengantin. Semoga bahagia ke akhir hayat...Nway meriah makanan tu KZ..

Unknown said...

Tahniah buat pasangan pengantin.
semoga kekal hingga ke syurga.. Amin~

Kakak.. memang penat kan kalo handle majlis nih.. tapi puas hati bila hasilnye baik. hehehe

JunAina said...

Akak datang Bangi? Kalau tahu boleh jumpa.

Kak masa kenduri kendara inilah nak beramai tolong menolong rapatkan lagi ikatan keluarga yang ada.

Moga pengantin bahagia dunia dan akhirat.

Normala Saad said...

Selamat pengantin baru buat anak buah Zakie...sedap tengok makanan yang disediakan..

Unknown said...

seronok bila majlis yang dirancang berjalan dengan lancar...

saniahibrahim said...

bertambah ahli keluarga kakzakie ya...penat tapi tentunya dapat kepuasan bila dapat membantu kan kakzakie.

Fifi Nadhrah said...

alhamdulillah.. selesai sudah majlis.. moge kedua2 mereka bahagia sampai ke syurga.. well done kak zaki.. btw.. cantik bunge tu..

ellynadyra said...

mesti lega dah selesai semua
tahniah pada pengantin baru

kak
byk betul tugasan akak
bleh tahan berat tu

Oh Lady said...

selamat pengantin baru bt si pengantin..tambah ahli keluarga baru...best ye

Ahlam Miera Shafie said...

tahniahhh.. moga pengantin kekal ke anak cucu..aminnn.. memg cantik bunga2 2...hehehe

Sue Bee said...

Syukur semua urusan dipermudahkan..Eehh kak zakie pandai ubah bunga rupanya..cantik!!

kakrose said...

tahniah Zakie..bertambah ramai ahli keluarga.
majlis kenduri kendara memang seronok..ada rewang, boleh merapatkan silaturohim.cantik tema baju warna hijau, tambah berseri di gandingkan hiasan bunga meja warna kuning..

nadia rashid said...

Alhamdulillah tahniah k.zakie dapat ahli keluarga baru...dan berjaya meriahkan majlis indah ni...suka tgk bunga tu..

LYAfrina said...

alhamdulillah..
semuanya bjln lncar.. urus majlis kahwin mmg penat sgt,
apa2 pon tahniah kpd anak sedara akak.. smoga mahligai y dibina bkekalan hingga ke akhirat... comel pkai songket

Bunda_nora said...

Alhamdulillah...selesai sudah majlis...seronok dapat bergotong royong sedara mara menjayakan majlis hingga selesai...

Untung ada keluarga yg besar yang sehati sejiwa menyumbang tenaga...

Fiza Rahman said...

Selamat pengantin baru buat mereka.

Bangi seksyen berapa kak? Saya pon duduk bangi ☺

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
alhamdulillah..
barakallah..semoga perkahwinan kekal hingga keakhir hayat..
cantk gubahan bunga tuu

Jari Manis said...

ohh..kenduri anak buat kak Zakie ke..Alahamdulillah dh selesai tapi penat usah citer lah kan