Monday, September 15, 2014

Hubungan suci yang terjalin erat

Biasanya cuti sekolah dan majlis meraikan pengantin sangat sinonim. Sana-sini kad jemputan kahwin diterima. Majlis yang sempat kita kunjungi kita raikan bersama, mana yang tidak sempat kita doakan moga semuanya mendapat keberkatan. 

Jiran setaman - Baru berusia 20 tahun. Jodoh pertemuan ketentuan Allah. Usia bukan sebagai penentu. Apa yang utama tahu apa itu berrumahtangga dan sudah mampu menggalas tanggungjawab.
Ole-ole - Selain set nasi sebungkus dapat bunga telur ini. Di Johor ini bagaikan satu tradisi sejak dulu hingga kini setiap tetamu akan diberikan bunga telur selain goodie bag yang di dalamnya terisi berbagai barang seperti makanan ringan.
Anak teman - Di Dewan Alumni UTM. Merupakan anak kepada teman ketika menunaikan haji pada tahun 2008 dulu. Ini anak keduanya.
Pilihan - Nasi beryani, ayam masak merah, daging kurma, dalca dan pencuk merupakan makanan utama. Ada juga kuih-muih dan desert yang banyak.
Teman - Terkenang sewaktu di tanah suci. Kemesraan masih terjalin mesra.
Ibu-bapa pengantin kedua ini masih menyimpan alamat rumah kami. Ini merupakan anak kedua beliau. Anak pertama mereka juga kami pergi meraikan. Hubungan kami erat kerana sewaktu pergi menunaikan ibadah haji dulu kami satu flight, satu bilik ketika di Mekah, Madinah, Arafah, Mina dan balik lagi ke Mekah sehinggalah balik semula ke Malaysia. Bertambah lagi erat kami sama-sama dari JB. Waktu itu aku dan hubby merupakan pasangan termuda. Semuanya menganggap kami sebagai adik. Hubby pula dijadikan AJK oleh pihak Tabung Haji bagi memudahkan sesiapa yang ada masalah menjadikan hubby sebagai perantara. Aku pula bila berada di bilik bagaikan tukang urut apabila kakak-kakak tersebut sebaik balik dari masjid meminta tolong aku jadi tukang urut. Membantu mereka membaca Al-Quran. Seronok sebab kami makan pun bersama, sangat mesra. Maklumlah aku yang paling muda kenalah membantu mereka yang semuanya sudah berusia lebih 45 tahun. Indah kenangan ketika di sana dan tidak mungkin dapat aku lupakan. Kenangan indah ketika menunaikan ibdah Haji tidak sama dengan ibadah umrah. 

~~ Status kehidupan sudah berubah; moga masing-masing dapat menjalankan tanggung-jawab sebagai suami dan isteri yang terbaik. ~~


58 comments:

babYpose said...

sahabat sebilik di mekah, masih berhubung sangat dihargaikan, syukur kak zakie pergi ke mekah bukan umrah tapi ibadah haji pada umur masih muda. Alhamdulillah. comel pasangan pengantin:)

PetakBunga said...

kenduri kita dulu pun bersungguh rebus telur..
rasa x lengkap kalau x bg tetamu telur.

paridah said...

perkenalan, persahabatan, pertemuannya adalah takdir Allah n kita mesti menjaga sebaiknya silaturahimm yg terjalen...cantik pengantinnya.

SalbiahM said...

Mak dan Ayah saya pun sama, still keep in touch dengan rakan-rakan sewaktu mengerjakan haji.ukhuwah terjalin di tanah suci Inshaallah berkekalaan :)

Nor Azimah Ali said...

Makcik saya dua orang berangkat malam tadi. Tapi saya tak dapat balik, telefon je tanda ingatan.

seronok kan bila jalinan ukhwah dapat dikekalkan.

Acik Erna said...

acik kalau pi kenduri di Johor dapat telur pindang paling suka kakzakie..selalunya masuk je kete..tak tunggu dah terus makan

Ahlam Miera Shafie said...

alhamdulillah selamat yer semuanya... hehehe terliur dgn nasi briayani 2... hehehe

sud@is said...

Saya nampak kat sini dah makin berkurang saguhati bunga telur, yang ada beg diisi kuih ada juga makanan ringan dan macm trend baru ada buku yasin @ pun buku maathurat....

apa pun terimakasih pada tuan kenduri...

Akak Kembang said...

hehehehe...masih ingat mengingati anatra satu sama lain...itulah sahabat

Mar Mansor said...

saya suka kalau dapat telur pindang..tp jarang orang buat dah..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...wah rupa2nya akak pi ke majlis perkahwinaan anak cik yaakob yer kat UTM...kalau tahu boleh jumpa...cik yaakob adalah jiran berdekatan dgn rumah mas di Pulai Perdana...

Ujie Othman said...

wah..Alhamdulillah akak menunaikan haji diusia muda ya. Bestnya kak zakie!

Mila@Rimbun said...

Kalau dulu kenduri masa cuti sekolah kan, sekarang belum cuti sekolah lagi dah banyak undangan

Myra Jay said...

Selamat pengantin baru buat mempelai..
Semoga hubungan berkekalan :D

AMIIZAA@Mieja said...

salams hari isnin kak zakie, saya dtg :):)

Fiza Rahman said...

Selamat pengantin baru buat mereka.

Normala Saad said...

Seronoknya jika dapat menjalin persahabatan sahabat begini.

Izwa Kamaruddin said...

keindahan bersahabt dunia akhirat ;)

Kayu Manis said...

syukur k.zakie..

pentingnya memahami agama itu sendiri..

Unknown said...

musim cuti memang musim orang kawin kak..kenyang perot kalo dok kampung..kadang takyah masak pon sebab dibekalkan lagi..hehehee..dok merantau ni takde la..

utuh persahabatan akak sekeluarga..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak.. :) sorri sangat2.. dah 3 entry nani post.. baru dapat berjalan sini.. :) terima kasih kerna berkunjung ke rumah.. :)

nasi minyak, nasi beriyani.. nasi hujan panas.. nasi berbagai jenis lagi.. memang sinonim menjamu para tetamu untuk memeriahkan majlis kan.. memang seronok makan nasi kawah ni.. :) selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. :) aminnn

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak.. :) sorri sangat2.. dah 3 entry nani post.. baru dapat berjalan sini.. :) terima kasih kerna berkunjung ke rumah.. :)

nasi minyak, nasi beriyani.. nasi hujan panas.. nasi berbagai jenis lagi.. memang sinonim menjamu para tetamu untuk memeriahkan majlis kan.. memang seronok makan nasi kawah ni.. :) selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. :) aminnn

Nizam.Ariff said...

Pencuk???
Macam pernah dengar tapi aku tak kenal...

Mia Kassim said...

Musim cuti sekolah sinonim dengan musim kahwin kan kak....:D
Dah sampai jodoh mereka, walaupun masih muda. Selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

saniahibrahim said...

moga persahabatan kakzakie dgn mereka terus brkekalan....
skg ni bukan saja bagi telur pindang tapi bnyk juga bagi telur masin ...

Hudalatip said...

Anak saya semua suka telur pindang kak..Seronok kan bila hubungan dari mengerjakan haji kekal erat sampai sekarang kan..

syiela said...

musim cuti sekolah mmg ramai yang mengambil kesempatan utk mengadakan kenduri.... time ni la masa nak gantung kuali :)

moga ukhwah yg terjalin berpanjangan

cahayahidupku.blogspot.my said...

Suka makan telur pindang.. Memang selalu dpt Di belah johor .. kenduri kahwin anak kakak pd sabtu tu pun jenuh merebus telur.. tapi telur rebus saja kakzakie..
Saya dulu pun masa pergi haji pun yg termuda.. masa tu umur 38 tahun, jadi saya lah tukang bawa makcik2 ke masjid Dan jln2 pergi beli barang.. ada juga pergi kenduri kahwin anak2 makcik kawan sebilik ni.. terasa ukhuwah semakin rapat kam kakzakie..

Unknown said...

Sedapnya nasi kenduri.. Hahaha.. Kata kata orang dalam pantang..

Semoga hubungan yang terjalin bertambah erat.. Bestnya dah dpt ke mekah kan kak..

@na said...

salam kakzakie;
lama sungguh tk mkn telur pindang...yg cuma ada masa kenduri kawin org johor kan kak?

Falsya said...

nasib baik smbl ngadap blog kakak smbl mkn..kalau x mesti terliur tgk beriyani...;)

LYAfrina said...

musim org kawen..
alhamdulillah buat semua pgantin y selamat mgikat ikatan halal..moga kekal hingga syurga..amin

Unknown said...

Salam Kakak..
kat taman umah zura pon berderet2 org kawen.. cuba memenuhi setiap undangan walaupon tak bape kenal sgt.. maklumlah, Zura ngan suami keje.. majlis2 camnih lah br dpt kenal jiran tetangga.. hehehe.

sonok baca citer kakak di tanah suci tuh.. untung lah kakak2 yang sebilik dengan kakak.. ade orang tolong urut.. hehehe

Mummydearie said...

Yalah kak ya, kat Johor mestilah nak bagi bunga telur. Apa satu lagi nama telur tu yang tak semua orang boleh nak telan tapi saya suka sangat :)

Untung akak, persahabatan yang dijalin dijaga rapi. Tentu akak dan suami ni bagus orangnya sampai tak lupa langsung mereka pada akak berdua walaupun 2008 tu dah lama berlalu. Sekarang of course mereka jauh lagi berusiakan ...

Fifi Nadhrah said...

lame sangat tak singgah sini.. kak.. bergenang air mate bace akak pergi haji.. macam terbayang2 akak kat bilik mengurut teman sebilik.. subhanallah.. moga ade peluang saye nak ke sana..

Unknown said...

Windu lama xjenguk ke teratak maya kak zakie 😊😊😊

musang said...

selamat pengantin baru buat mereka..

Bunda_nora said...

Walaupun zaman bertambah moden.....rasanya pemberian bunga telur kepada tetamu di majlis perkahwinan sangat lah menjadi kemestian...

Persahabatan yang baik adalah yang berpanjangan...

Unknown said...

kat penang dan kedah pun sama macam tu..kenduri kawen je macam2 menu ada..laksa.cendol.kuih muih..dapat makanan ringan lagi..besar bajet kenduri kawen gini..hahaha

Aziela said...

Betul tu kak. Mak ayah saya pun masih berhubungan rapat dengan rakan2 haji mereka. Akrabnya kadang2 lebih dari kawan sekolah sendiri. Saya masih belum terima jemputan perkahwinan lagi tahun ni. Saya sebenarnya suka pergi....macam2 situasi yang dapat kita lihat.

XpandingLoVe said...

KakZ ..
apa khabar ..

Sch@ datang ziarah kawan lama disini ... hihihi

Salam kenalan Kak Z ...
*nak jadi kawan kak Z jugak ...

Amie said...

Harum wangi je nampak nasi beriyani dengan segala lauk pauk & pencuknya tu... mmmm, memang hujung minggu selalu gantung periuk, pi majlis kawen he hehehe

Dr Singa said...

mari kita kekalkan tradisi Johor itu!!

Unknown said...

johor sinonim dgn telur pindang dan berkat ... tapi sbb kosyg meningkat , dah x ramai yg beri berkat .

Zaitun said...

Johor memang terkenal dengan telor pindang tapi sekarang ada juga negeri lain yang buat.

Kak zai pun masih berhubung dengan kawan2 yang sama pergi umrah.

Wa said...

Alhamdulillah , moga hubungan berkekalan selamanya

Puan Kutu said...

sana sini kenduri kawen.sedapnya tgok nasi kenduri tu..:)

seronoknya klu ikatan masih tetap utuh walaupun hanya berkenalan sewaktu menunaikan haji..

memmetlenggeng said...

tahniah pada pengantin tu ye..saya pun dapat beberapa undangan...Alhamdulillah..pergi jugak, walaupun jauh

Afasz said...

tgh musim kenduri ni. bln 10 nnti abg sy kawin.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat pasangan pengantin Kakak. Meriah dan sama padan pasangannya.

BinMuhammad said...

Cuti sekolah ni memang hujung minggu gantung kuali...krn memenuhi jemputan kenduri kahwin tapi xbest sebab jalan raya agak sesak le...

Masya said...

UNIKNYA PERKENALAN.. SAMPAI HUBUNGAN DAH LAMA MASIH UTUH ...

TAHNIAH BUAT PENGANTIN... MUDA TUA BKN UKURAN USIA .. YG PENTING TANGGUNGJAWAB SOKONG SANGAT²....

FarahFerraDotCom said...

Cuti sekolah mmg musim orang kawin la kan.. =D

Ibu Lala said...

Seronok kak kalau dapat pegi kenduri kawin. Dapat makan sedap sedap.

OKje said...

Selalu sangat dengar kawan haji jadi kawan selepas balik tanahairkan kanda.... Yelah bila dah lama bersama sama kat sana...hubungan tu jadi rapatkan kanda...

Kanda....dinda paling tak suka mengurut huhu

Julia Johari said...

Best kan sis...anak2 zaman sekarang kahwin umur muda...rezeki kan

munna said...

Kalau cuti sekolah banyaklah jemputan kenduri.., anak munna suka Sgt kalau GI kenduri lagi2 kalau dpt goodies bag ....

Jari Manis said...

alhamdulillah rezeki kak zakie dpt pegi haji d usia muda