Aku bekerja tidak sampai setengah hari semalam. Duduk di pejabat pun hati tidak tenang memikirkan Kak Meen. Telefon sudah dibawa mohon dia memanggil balik tetapi bagaikan menanti buah yang tidak gugur dia tidak memanggil. Mahu menelefonnya bimbang cikgu tahu dia membawa telefon bimbit ke sekolah. Akhirnya aku mengalah keluar pejabat sebaik selesai memberi sepatah dua kata kepada staff di pejabat. Tiba di rumah fahamlah aku mengapa dia kurang gembira walau dalam hatiku sudah lebih dari besyukur. Membandingkan keputusan dengan Kak Reen pastilah tidak boleh sebab PMR dan PT3 adalah dua sistem yang jauh berbeza. Aku tahu kalau boleh dia mahu A semuanya tetapi kini ada 4B tercatat. Tambah mendukacitakan teman rapatnya mungkin tidak akan dapat duduk di kelas aliran science sepertinya. Apa pun Kak Meen masih tersenarai pelajar terbaik di sekolah walau tahun ini peratus di sekolahnya menurun. Aku tetap bersyukur walau apa pun juga keputusan yang diperolehi. Sujud syukurku padamu Ya Allah!
Pilihan Kak Meen - Mama sduah letih oleh itu tiba saja rumah terus telefon Pizza Hut untuk menghantar. Beli yang saiz besar sebab semuanya sudah kelaparan. Tetapi sebenarnya tidak habis. |
Pilihan adik - Sama size keduanya juga besar. Nasib baik bila malam ada anak-anak yang datang mengaji untuk dikongsi bersama. Anak-anak mengaji aku makan dengan nasi tenghari yang Mak Zah masak dijadikan nasi goreng. |
Deli Wing Chickens - Makan sama-sama. Sebenarnya ada juga mushroom soup sebab semalam tengahari bandar JB disirami hujan yang sangat lebat. Menikmati soup dulu sehingga habis baru teringat untuk ambil gambar. |
Kasihan dengan anak remaja yang meredah hujan lebat untuk menghantar hidangan di atas. Aku membayangkan kalaulah dia anak aku. Aku suruh dia masuk terus ke verandah rumah dan membuka baju hujannya lalu mempersilakannya duduk. Mula-mula dia enggan tetapi aku berkata "Jangan takut, makcik dengan anak makcik aje. Tunggulah bagi hujan reda sikit." Sementara remaja itu duduk aku ke dapur menyediakan air nescafe panas. Bekas biskut yang biasa anak-anak mengaji makan aku suakan juga. Memandangkan tidak ada yang lain anak-anak berkata "Bagi ajelah abang tu pizza ini mama". Satu potong pizza dan chicken juga kami beri padanya. "Abang pizza makan pizza hihi...." Boleh pula adik gelihati. Bila hujan agak reda baru remaja itu keluar dengan sopan. Moga dia selamat sampai.
~~ Penetapan senarai harga ubat-ubatan yang mahal akan dikeluarkan selaras dengan pelaksanaan GST. Sebagai rakyat marhaen kita sekadar mampu melihat, menggangguk dan menunggu keberkesanannya.~~
53 comments:
Tahniah buat Kak Meen...
pizza kalau makan panas2 memang sedap..
Pizza hut boleh kata menu wajib tiap bulan...mesti nak pekena..:)
pepon tahniah buat kak meen..alhamdulillah..
hahahaa abg pizza dijamu pizza..sedap la kak dalam keadaan sejuk dapat jamah pizza panas..walaupon dier dah biasa makan tapi lain tau bila dapat dalam keadaan macam tu..
semoga kakzakie dan family dimurahkan rezeki..gigih betul adik rider pizza tu kan,demi mencari rezeki halal.tak apalah kak Meen, usaha lebih lagi untuk SPM.
Tahniah Kak Meen..terus berusaha lg ye..
Best pulak layan piza hujan2 gini.. ^_^
bgs lah akak tak bt kak meen sedih, yelah selalu adik msti nk sama pencapaian atau lebih dr akak nyer,
dh dia pun dh bt yg terbaik kan, nnti spm usaha lbh lg
bgsnyer akak, jarang2 org nk bt camtu kt bdk penghantar pizza, yelah walaupun itu mmg keje mereka tp mereka manusia jgk kan, msti dia rasa terharu ada yg lyn mereka mcm akak bt
sampaikan salam lynn pada dia yer kak...sabar yer kak meen...moga ada hikmah di sebalik keputusan yang kak meen perolehi tu...masih ada masa untuk kak meen cuba yang terbaik utk SPM nanti...
Alhamdulillah... Anak buah saya pula hanya dapat 2A jer. Memang mengejutkan keputusan PT3 ni...tapi bagus utk jangkamasa panjang apabila kualiti menjadi fokus. Lagi pun yg lebih penting adalah SPM nanti.
Tahniah Kak reen :) harap selepas ini ada perkara yg lebih menggembirakan Kak reen.
Alhamdulillah...tahniah kak meen...moga lebih berjaya di masa hadapan...In Shaa Allah.
tahniah kak meen.. semoga lebih success..
Congrats kak meen..hehe..sayu pulak hati falsya bile kakak jemput abg piza tuh berteduh..kan kakak, kadang tuh falsya pun jd kesian tgk redah2 ujan bagai..penah gak pelawa berteduh tp die xnk..hehe
Alhamdulillah....Tahniah Kak Meen. Memang tahun ni PT3 agak caca marba. Tiada persediaan dan ketetapan rasmi dari pihak kementerian. Kasihan guru2 dan anak2. Walau apa pun, kak Meen tetap pelajar terbaik sekolah.
Semoga semakin murah rezeki kakak...menghulur sedikit kelegaan pada abang pizza tu.
Tahniah Kak Meen...jgn risau, perjalanan masih jauh....Kita bersyukur, Insya Allah akan dikurniakan lagi dgn yg lebih baik..
Rezeki budak penghantar pizza tu hantar pizza ke rumah org yg baik budi macam akak...:)
Tahniah buat kak meen..dan saya bangga dengan kakzakie..
Tahniah Kak Meen...jauh lagi perjalanan yang harus Kak Meen tempuh. Semoga langkah seterusnya akan lebih cemerlang. InsyaAllah... :)
tahniah kak min.. comel aje adik... ya allah harga ubatn pn naikk.. mmg kesian le rakyat marhaen ni.. nak pg sepital atau klinik kerajaan, lambat..... kena apply 1/2 day @ cuti... sbb itu pegi swasta.. maklum le kita bekerja swasta, no kompromi ngan waktu kerja... sekarang pn rate gi klinik pn rm40 keatas...
tahniah buat kak meen...
allahumma ya allah...
mulianya hati kakak...
alhamdulillah tahniah buat anakanda meen.
kesian anak-anak la jadi bhn ujikaji..apa pun kita bersyukur kak..
naik muak plk dgn sistem kementerian pel ni..suka2 hati diorg jer...
80 org jer dlm mlsysia ni yg dpt 11 A..SEKOLAH LAMA AZ..3 ORG DPT 11A..alhamdulillah
sedapnyaaa pizza. lama tak makan :)
saya mula tu tak tahu apalah PT3 ni... rupanya yang menggantikan PMR...apapun tahniah untuk kak meen.
Tahniah Kak Meen...tahniah kanda Ok sangat dah tu. Si Angry Bird kurang memuaskanlah...Matematik Sains dia teruk sangat so kena pergi aliran Sastera kot... Apa pun dinda tetap bersyukur kalau dibandingkan dgn anak anak yg lebih teruk.... Tak per moga ini jadi turning point Angry Bird untuk lebih kuat berusaha
Ohhh inilah yg katanya abang pizza makan pizza haha...pandai adik!
tahniah yer anak dara kak zakie.. lebih kurang mcm cerita angah jugalah, mengimpikan semua A's alih2 ada juga terselit2 yg non A's, nampak sgt kecewanyer dier, apalgi kita sebagai ibu bapa, walau ttp dapat ke aliran sains kelas pertama, ttp terus mendorong anak2 kan kak zakie ! Kesian sgt bila anak2 dijadikan bhn ujikaji kan
assalamualaikum kakzakie...bersyukur dgn rezeki dr Allah kn...berkongsi sedikit rezeki itu bersama2...:)
Tahniah Kak Meen. terus berjuang untuk SPM pulak k~
Senyum jer Zura baca n3 kakak part citer penghantar Pizza tuh. besar Ganjaran bg yg membantu orang dlm kesulitan. :)
apapun tahniah unt kak meen...
alhamdulillah
bersyukur untuk semuanya kan kakzakie
As-salam kak zakie..
Alhamdulillah.. tahniah untuk kak meen dan kak zakie sekeluarga.. bagi kita keputusan macam tu dah bagus dah.. tapi mungkin anak2 ada target mereka sendiri kan kak.. ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik.. Syukur Ya ALLAH..
MasyaALLAH.. mulianya hati akak.. ianya jadi contoh yang baik buat saya.. TQ kak.. semoga akak dan keluarga akan setiasa mendapat keberkatan hidup hendaknya.. insyaALLAH
tahniah kak meen...kebaikan elok dilakukan jika ada kesempatannya insyaAllah...
hari ini dlm sejarah lah..abg piza makan piza yg dia deliver.. hehee..
tahniah utk k.meen. no wori. perjalanan masih jauh... teruskan berusaha..
wahhh tahniah buat kak meen....
Tahniah buat Meen.. Alhamdulillah.. boleh usaha lagi untuk SPM ye Meen agar dapat A semuanya..
Memang sedap lah pizza dimakan masa panas tambahan hujan pula .. lagi lapar perut kan kakzakie :)
tahniah kak meen..xpe dik perjalanan masih jauh lg..abg pizza dpt minum necafe panas ngan mkn pizza juga..heheh
Assalamualaikum dan salam perkenalan kak zakie.
Alhamdulillah tahniah buat kak meen. Format bertukar, moga redha. Masih panjang masa kan. Teruskan usaha.
Baca tajuk abang pizza makan pizza, mula2 ingatkan anak kak zakie ade lelaki rupanya abang pizza tu ye. Hehe semoga murahkan rezeki kak zakie sekeluarga.
TAHNIAH Kak Meen....insyaallah masih jauh lagi perjalanan untuk mendapatkan kejayaan yang lebih cemerlang..insyaallah
Nekcik pun slalu kesian kat budak budak delivery ni..mmg snntiasa siapkan duit lebihan untuk mereka..suka depa!!!
2 anak saudara saya juga ambil p3 kakzakie. tahniah kak meen.
tulah, tak boleh bandingkan pmr dan p3. 60-69% pun sudah C. depa perintis SPM 2016 yg mewajibkan lulus BI,BM dan Sejarah. mudah2an...kak meen akan terus berjaya..
p/s si baik adik tak tanya, abang pizza jemu tak makan pizza, iyalah, bau pun hari2 dihidu..hehe
apapun tahniah untuk kak meen... ramai yang tak dapat straight A kan.. sistem tak sama tapi tentulah masih terbaik... ikut peratusan masih baikkan... syukur...
pizza memang sedap makan ramai2... syiok budak pizzatu dilayan sebegitukan...
tahniah utk kak meen..sama dengan result sepupu sy..tp mungkin emosi budak lelaki kan...dah hoorey sakan..:D
nampak chicken wing tu mengoda betul!
salam kz ..
anak ku jee, result pun kurang apik ..
angin jugak aku egek ndelok kepetusannay .. tp lps mboco psl prestasi tahun kiyer seng orak apik ..
angin nay dhadhi kurang sitik
Tahniah utk anak kak zakie! Tu dah kira elok, sbb PT3 ni mmg ramai yg result teruk. Termasuk la anak2 sedara saya.
tersentuh pulak baca pasal adik penghantar pizza tu. dia kerja dgn baik, Insya Allah murah rezeki dia. Untung pulak bertemu dgn kak zakie yg baik hati. :)
Tahniah, Kak Meen..
Memang nikmat makan mushroom sup panas di hari hujan..ada pulak pizza..
Ada petition dari satu medical society yg nak gesa kerajaan kecualikan GST utk ubat-ubatan..semoga mereka berjaya..
apa 2 pun thaniah buat Kak Meen.. sharing is caring ye kak..
Naluri kita sebagai seorang ibu, mudah sensitif..
Tahniah Kak Meen..
Tahniah utk kak meen...abg pizza makan pizza ye adik hehhe...sian abg pizza hujan pun redah semata nk htr dan lunas tggugjwbnya...semoga rezeki kak zakie bertambah luas...amin
p/s kak zakie, chicken wings satu boleh hehehhehe
Tahniah buat kak Meen...
semoga terus cemerlang di masa hadapan....
Alahai, ubat pun kena GST... huhuhu, betul tu kak, lihat saja yg kita mampu :(
tahniah kak meen, semoga terus maju jaya
Tahniah kak Meen...
Kesian kan dengan penghantar pizza, kebasahan untuk tuntutan kerja..
Mesti dia terharu dengan layanan akak :)
tu la kan
kalau time ujan2 ni tak sampai hati lak nak order delivery
kesian tgk derang kena antar
mesti budak tu malu2 bila akak suakan air kan
tak sangka juga barangkali customer sebaik ini
hehehehehehehhe
tahniah kak meen
moga terus cemerlang
berkat doa ibu, tambah2 berkat lagi
WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH xleh tahan tgk ini menuuu .. aduyaiii .. dh le ujan2 ni , perut lapoooo je
Tahniah kak meen. Perjalanan masij jauh lagi. Boleh cuba utk SPM nanti.
Lawak plak dialog adik tu ☺
tahniah kak meen...dah terbaik dah tu,...nnt spm boleh cuba lagi..
Apa-apa pun tahniah buat Kak Meen. Saya ni lagilah tak teringat pun salah seorang anak saudara saya pun ambil PT3. Alhamdulillah dia dapat 10A. Tumpang bangga sebelah ibunya @ kakak saya *_*
Abang pizza makan pizza memang jarang dilihat. Maklumlah mereka ni lepas buat penghantaran kalau boleh nak cepat balik. Untung dapat tuan rumah yang baik hati macam Kakzakie ni.
tahniah kak meen, siap dapat pelajar terbaik lagi tu
teruskan usaha ye
wah abang pizza makan pizza, memang rare
kesian dia demi mencari rezeki halal
baik dan mulia hati kak Zakie..semoga murah rezeki akak
Post a Comment