Sekali datang dan tahu khasiatnya pasti kita akan teruja untuk datang kembali ke sini. Lokasi yang terasa ala-ala berada di kampung menambah rasa seronok untuk membawa kaki terus melangkah dari satu kawasan ke satu kawasan yang ada berbagai jenis tumbuhan ciptaan Allah. Apa lagi apabila diterangkan kegunaan disebalik pokok tersebut membuat kami tambah teruja. Namun keluasan tanah yang ada di rumah membantutkan niat mahu menanamnya.
|
Menarik - Tempat pembakaran daun-daun yang berguguran. Nun di sudut satu lagi kami lihat ada tasik. Cantik sekali. Pokok mahkota dewa yang masih kecil itu pun sudah mampu menghasilkan buah (lihat gambar ke dua sudut kanan). |
|
Pokok mangga - Pokok ini aku rasa sudah berpuluh tahun jika melihat dari pohonnya yang nun tinggi dengan akar-akar yang timbul sudah sebesar peha kita. Di bawah pokok inilah pondok didirikan buat Pak Ali berurusan. |
|
Herba - Inilah sebahagian deretan herba yang ada di pondok tersebut. |
|
Ilmu baru - Kalau aku baru tahu gambar di atas adalah pokok telinga kera anak dara aku pula baru tahu pokok di bawah ini adalah pokok jambu bol yang mereka makan bila balik kampung. Telinga kera dikatakan boleh dijadikan herba sebagai mencuci buah pinggang. Ambil 7 helai daunnya, cuci, blend dan minum. Itu yang dikatakan makcik (isteri Pak Ali). Sebelum ini aku sangkakan ini adalah pokok bunga. Anak dara aku pula boleh kata daun pokok jambu bol itu pokok daun jerawat. Mengekek-ngekek gelihati mereka dua beradik. |
|
Anak mama - Sebenarnya kami singgah di nursery ini selepas balik dari butik CalaQisya membeli apa yang dihajatkan oleh kakak Reen yang kini nun tinggal di Terengganu. |
Sementara cuti sekolah ini ambil peluang untuk memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai jenis pokok herba. Kelak tidaklah ianya menjadi seperti mama dan papa mereka banyak tidak tahu tentang pokok-pokok herba yang kebanyakannya sangat bermanfaat.
~~ Manusia dan tumbuhan perlu beriringan. Itulah perlunya menjaga kebersihan alam demi kepentingan bersama.~~
61 comments:
saya pun tak tahu sangat pasal pokok2 herba kak hihi
pokok mahkota dewa tu mmg mudah nk tanam sendiri lah kak, sbb kt kampung mak pun ada tnm n kecik2 lg mmg dh berbuah.... pastu yg ada jerawat tu mmg pokok jambu bol ke kak? mmg banyak khasiat nye ek
sura pun banyak tak tahu kak..bagus jugak memperkenalkan anak2 dari awal dgn pelbagai herba dan khasiatnya..dah besar nanti boleh buat byk pilihan,selain perubatan moden,boleh cuba alternatif lain..seperti tumbuhan herba ni..
KakZakie..nak jugak tengok yg dibeli tu..:)
tak banyak pokok herba yang kenal.. tapi pokok jambu bol tu saya kena sebab kat rumah arwah wan saya ada tanam.. tinggi dan rendang pokoknya..
byk lg yg tak tau tahu psl pokok2 herba ni..
Salam Kak Zakie, nak ngekek gak, tgk gambar daun yg ade biji2 tu.. unik kan.. tapi banyak khasiat nye yea Kak... akak jalan2 kat mane ni?tak prasan plak..kat Johor juga ke kak taman herba ni.. mcm2 de kat johor ek kak, kami ni tah bila la nak sampai, heee..mane tau leh jumpe kak zakie...
saya pun tau pokok jambu bol bila tengok jerawat kat daun tu kak
hehehehehehe
Tengok pun suasana kampung tu yg best kakzakie.. bila saya tengok daun jambu bol tu pun buat saya teringat rumah mak.. pun ada tanam.. tengah berbuah sekarang ni tapi tak sempat nak makan sebab si monyet dah dulu memetik kak..
Tambah ilmu pengetahuan kan kak.. saya pun banyak tak tahu dengan daun herba ni..
perlu ambil tahu tentang herba penawar anugerah alam ni bnyk menafaatnya...
Banyak khasiatnya pokok2 herba ini, kan? :)
a'ah kzakie, kalau saya pun kata pokok bunga, sbb daunnya macam pokok bunga, jambu bol tu plak camane yek, ish..teruk betul rasanya, banyak sangat tak taunya. Macamana nak sihat cam org dulu-dulu...
ditempat acik ni bukan nursery kakzakie..tapi pengusaha herba..macam2 juga dia tanam
wah!bagus nyer akk...:)
nieyl sendiri pun x berapa nak kenal sgt ngan pokok2 ni..
wahhh... bestnya... best kak zakie.. ada idea saya nak bawak anak-anak ke mana lak lepas ni., dah baik khatan ni boleh jalan-jalan.. hihi..
jom join GA UmmiIrfan
tu teringin juga tengok yg disopping tu :)) suka herba ni kak zakie, tapi cuma tahu yang kat dapur ja..:) aunty pun nak tersenyum juga daun berkerutu ke ? macam sirius pula pertanyaan haha..
kat area mana ni kak..dekat dgn pulai spring ke kak..
Herba memang banyak khasiatnya..
Ini minat hubby saya. Boleh geng dgn kakak. Saya pandai tengok jer..hihi
mmg tak tau ape2 bab2 herba ni ... yg saya tau pokon serai boleh la..
As salam kak zakie;
pokok telinga kera tu sangat2 mudah ditanam...blh hidup melata di mana-mana kak...tak perlu jaga beriya...dan elok di tanam sebagai pokok gantung...cantik dan bekhasiat
.baru tau pokok telinga kera tu sejenis herba juga...selama ni tanam ingatkan utk cantik digantung je.
kat rumah sya ni pun baru saja tanam 2 pokok mahkota dewa...dan mula mengeluarkan buah tapi masih muda lagi ..tapi dptlah kami lihat perkembangan nya sejak dari berbunga lagi.
Herba Pak Ali ni kat mana kak? Jb ke? Bukan main seronok kak reen kan dapat apa yang dihajati hehe
Seronok nyer kak...bawak anak-anak sekaligus berjalan sambil belajar kan :)
Falsya tau pasal herba nie semua dr blog kakak..ape khasiatnye mcm mana rupe bentuknye..kalau x, falsya hanya akan tau itu sebagai daun saje..hehehe..
Wahhh mesti happy anak2 kakak dpt shopping kat calaqisya..;)
rietta sendiri xkenal herba herba nie...bertuah anak anak kakak, ada mama yang kenal dan dapat mengenalkan dorg dengan herba herba nie...
Banyaknyeeeee yang Zura tak tahu n tak kenal pon pokok2 herba yg sgt bermanfaat nih.. lepas nih kena rajin membaca pasal tumbuhan herba pulak.
Mekasih kakak atas n3 yang bermanfaat ini.
ps.. kakak, nanti zura cuba carik buku yg kakak bgtau tu. mekasih yer kakak atas cadangan itu..:)
Tak ingat dah rupa daun jambu bol tu macam tu kanda. Dulu zaman dinda kecik depan rumah ada pokok jambu bol. Sedapnyaaa kanda makan jambu bol yg dah masak....banyak air dan lembut. Susah nak dapat jambu bol kan la ni....
Amboi anak dara sulung tu...dapatlah yek benda yg dia hajatkan tu...
As'salam hebat pak Ali ya dikurniakan kesungguhan luarbiasa..terbaik entry
banyak lagi kan pokok herba yang kita tak tahu
dulu saya suka kumpul info2 herba ni
sekarang blog saya dah lari tema jauh sangat mbakyu :)
Asalamualaikum baru jenguk ke sini ya..Pak Ali dikurniakan semangat yang kuat menjaga herba ni..terbaik admin blog dah promot besar hikmah ni
Asalamualaikum baru jenguk ke sini ya..Pak Ali dikurniakan semangat yang kuat menjaga herba ni..terbaik admin blog dah promot besar hikmah ni
Assalamualaikum wbk... Firstly terima kasih kak sebab tolong cari gambar pokok telinga kera tu... dan mengsahihkan khasiatnya... Ayah saya menghidap sakit buah pinggang yang belum sampai tahap dialisis dan kami tengah cari pokok telinga kera ni. Cuma baru-baru ni.. dia jumpa pokok tu yang daunnya warna merah dan batang dia kehijauan... nampak lain sikit dari dalam gambar. Mohon kalau kak berkesempatan mungkin boleh tanya Pak Ali apa beza pokok telinga kera daun merah dan daun hijau... dan yang mana satu yang boleh dibuat ubat... btw terima kasih kak..
anak2 memang mcm tu kak zakie..apa pun tak kenal..sama mcm anak2 saya..:)
bestkan... teringin nak ada tanah cenggitu dan tanam macam2 pokok dan herba... mudah2an dipermudahkan...
pokok telinga kera tu kat kg dulu ada tanam sbg pokok bunga . sbb dah menjara kat tanah , nampak semak , jadi , cabut dan buang . tak tahu lak ada khasiatnya ... pokok jambu bol tu sgt dikenali sbb saya membesar dgnnya .sygnya arwah abah tebang buat kayu api utk majlis kawin . masa tu pokok jambu bol tu dah sangat tinggi ...
bab pokok nor mgaku tk tahu kak
yg bwh tu daun jambu... ingat lgi
sama juga saya pun lebih banyak tak kenal nama dan khasiatnya sekali....
lawat blog kawan2 kenal la sepokok dua..
daun jambu bol tu pun saya pernah tengok masa kecil...rumah makcik dl pun ada pokok tu :)
seronoknya dapat bercucuk tanam kak.. saya lagi tak kenal herba.. hehe..pokok poyang dgn halia pun kalau tak dikorek tak kenal..
Herba-herba ni patut diperkembangkan penyelidikannya oleh universiti-universiti tempatan sebab banyak khasiat dan manfaatnya yang belum diketahui umum.
owhhhh pokok mahkota dewa tu ada buah yer... pokok nyer pon saya x kenal...
bestnye kak..herba Nye segar2
cetek sungguh ilmu saya mengenai pokok2 herba ni..
kalau ulam2 tu tau makan je
Byk khasiat herba ni...
Suasana kampung. Bestnya ! Rasa nak balik kampung..huhuu..rindu kampung..
Ky pun tak kenal pokok2 herba ni.hanya baru2 ni saja nak mengenal herba2 yg banyak manfaatnya pada kehidupan kita..
Bestnya, kat mana ye lokasinya,... kalau di sekolah, kami mmg sediakan taman herba siap label nama saintifik pokok herba tersebut, kalau singgah sini mungkin dapat tambah koleksi pokok herba di taman mini kami tu...
Kak zai yang dah berumur ni pun banyak tak kenal pokok herba.
salam kz ..
kebelakang ni diakhbar2 kerapa cerita psl rumput miang Mexic, salah satu ilum utk pengenal rumput2 herba ni ..
apapun satu perkongsian ilmu herba yg baik ..
tanah wong tuo mu okeh ..
mok ngawey tandoran pokok herba ke?
Kalau dikaji...rasanya semua pokok herba yang wujud ni ada khasiatnya yang tersendiri. Tapi hanya mereka yg pakar jer mengetahuinya.
Best sungguh suasana di nursery Pak Ali...Nyaman dan tenang!
bagus anak2 dikenalkan dengan pokok herba..kita mmg takde peluang nak kenal..klu ke nursery macam ni bertambah la sikit pengetahuan tentang herba
Di Langkawi bekas boss kak seorang doktor dah buat taman herba dirumahnya - Dr Ghani Herbal's Walk. Sekarang dah tukar jadi Balai Dukun. Ramai orang melawat termasuk Tun Mahathir..
suka tengok nurseri mcm ni, terasa mcm balik kpg..banyak khasiat herba..saya pun first time dgr pokok telinga kera ni..
Menariknya dapat ke nursery Pak Ali ni. Dapat tambah ilmu pasal perubatan herba. Pokok2 kat situ pun nampaknya memang mengagumkan, pasti Pak Ali dan isteri memang pandai menjaga pokok yang ada..Alhamdulillah..
Oh.. banyak tu hasil shopping di Qala Qisya. Sukalah anak akak ya.. memang lawa jubah dan tudung kat sini kan..
wah memborong di Qala Qisya yer..
banyak herba herba yang Ros tak tahu dan tak pernah dengar. ruginya kan..
jambu bol sedap.. saye panggil jambu batu.. kecik2 dulu.. saye suke kutil 'jerawat' tu..
calacisya tu mmg feveret sy tu heheh
Apa pun nama pokok semuanya macam first time je saya dengar. Eh, pelik betullah macamana saya boleh belajar subjek ni dulu-dulu yek!
Wah, banyaknya paperbag! Kalau saya tu, dah susah hati macam mana nak sembunyikan daripada pengetahuan HD *_*
betul tu kakak
saya pernah tgk pokok mahkota dewa tu masa pergi berurut dgn chu mah dulu.
yg lain x pernah.
Post a Comment