Walaupun tarikh mula persekolahan telah ditangguh tapi tarikh pembelian buku semuanya sudah berakhir untuk sekolah adik. Ahad lepas adalah tarikh membeli buku-buku untuk sekolah agama adik. Sekolah kebangsaan minggu lepas adik pergi dengan Mak Zah sebab papa outstation dan mama pula kerja yang tidak boleh dielakkan. Pagi Ahad lepas mama dan adik menjadi orang terawal tiba di sekolah tetapi ustazah yang menjaga kaunter untuk darjah 6 belum tiba seperti yang dijanjikan.
Sewaktu menunggu itulah satu kejadian yang tidak diduga terjadi. Seorang ibu anak darjah satu atau dua sebab kedudukan hujung dari tempat aku menunggu, yang juga mahu membeli kitab dan buku anaknya telah terduduk di atas simen ketika mahu melabuhkan punggung di kerusi. Memandangkan keadaan wanita tersebut yang obesiti beliau tidak dapat bangun sendiri. Tiga orang yang berdekatan segera memberi bantuan dan dibawa untuk didudukkan di batu tiang bendera yang berhampiran. Kasihan sebab sakit dan malu yang tidak terkata.
Menunggu giliran - Kerusi plastik ini tidak dapat menampung berat wanita tersebut. Kasihan. Mungkin kalau berdiri lagi selamat. Tetapi siapa sangka mahu terjadi begitu. |
Buku dan kitab adik - Sebelum disampul dengan plastik. Malam itu kesemuanya sudah pun selesai ditulis nama dan disampul dengan sempurna. |
Tahun 2015 ini adik akan diperkenalkan pelajaran baru, Jenayat. Sewaktu darjah 4 dan 5 diperkenalkan perkara Mu'amalat dan Munakahat, masuk darjah 6 perkara Jenayat bula diperkenalkan. Pada pandangan aku kalaulah undang-undang dijalankan mengikut syariat Islam akan indah dan lebih sistematik. Namun bila syariah terpaksa diselaraskan dengan civil agak bercelaru jadinya. Apa lagi bila timbul kes yang boleh melibatkan kedua-dua jalan syariah dan civil. Itulah yang kini Kak Reen kena menghadam perkara seperti Malaysia Law, Islamic Law, Law of Conract dalam pembelajarannya. Doa kami moga dipermudahkan buat Kak Reen yang sedang menghadapi peperiksaan dalam minggu ini dan minggu hadapan.
Minnie - Balik dari membeli buku mengikut papa ke projeknya dan singgah di Air Hitam membeli Minnie yang kepalanya jauh lebih besar dari kepala adik. |
Atas katil - Minnie sudah duduk di atas katil. Papa kata patung adik cacat sebab lengan, peha dan betis kecil tapi kaki dan tapak tangannya besar. Adik ketawa mengekek. |
Anak-anak yang tidak terkena banjir pasti tidak sabar untuk ke sekolah tetapi anak-anak yang tinggal di tempat pemindahan banjir tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing. Bersama kita berdoa semoga banjir segera surut dan tidak ada gelombang ketiga yang lebih buruk terjadi.
~~ Luahan hati seorang lelaki di tempat pemindahan banjir yang terpaksa memakai baju wanita kerana bekalan baju diberi kebanyakannya adalah baju wanita. Berharap moga lebih banyak baju lelaki juga disedekahkan. Sedihnya...~~
46 comments:
Itulah kan kak, dikala kita sibuk membuat persiapan terakhir utk anak2 kembali ke sekolah .. teringat mereka yg terlibat dgn musibah banjir ... semoga segala urusan mereka dipermudahkan ...
Akak kalau la saya yang jadi mangsa banjir tu tak taulah saya ni kuat ke tidak? Tak taulah tabah ke tidak? Moga segala urusan mereka dipermudahkan..Ni g beli patung kat air hitam yea..kalau g situ zara pun seronok nak membeli dah banyak tapi tak tau nak letak mana..
sek agama Iman hari Khamis dan Jumaat ni Kakzakie.Sek keb dh pun selesai.
Kesiannya wanita tu kakzakie...kdng bangku plastik ni ada yg kurang kualitinya dan mudah patah ...
Ialah kakzakie ..Iman ni pun dh tak sabar2 nk sek ..nk pakai beg baru dia sgt2...dia tak tau cmna budak2 yg trlibat banjir nk mmulakan sek.
Semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini walaupun kita tahu bukan mudah...
yelah kak dh siap semuanya...azhan juga dh siap nak berangkat dh..tup di beri cuti..gembira bkn main lagi...
"Allah yuftah alaikum."utk k.reen
sama juga dgn adibah bz dgn final exam..
Assalamualaikum kak...lamanya tak menjenguk sini...hampir ke hujung tahun dah ni...:)
Anak2 sy dah eksaited nak skolah...tp tunda pula seminggu....x pe la kan...segala yg berlaku...insyallah ada hikmahnya...Allah lebih tau apa yg diberi pada umatnya kan..
kalau suami atau anak acik nak duduk kerusi plastik tu..mesti dia lapiskan kan lagi satu kakzakie..tak berani nak duduk jika satu kerusi je.
semoga kak reen berjaya cemerlang..hero bongsu pun sedang berjuang jugak ni kakzakie..peperiksaan tamat pada 15 Januari nanti
yelah, sebab memang yang banyak baju ni biasanya orang perempuan kan?terus berdoa dan membantu mangsa banjir.
selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak akak
selamat kembali ke sekolah adik...
semoga mangsa2 banjir tabah mhadapi ujian ini..
utk sekolah agama anak lynn pada hari khamis dan jumaat...lynn prefer pergi hari jumaat jer kak...time cuti...tapi kena dtg awal la...hihihi...
sekarang ni musim ibu bapa buat persiapan untuk anak anak :) apa pun kita doakan mangsa bbanjir tabah melalui semua ni .
sekarang ni musim ibu bapa buat persiapan untuk anak anak :) apa pun kita doakan mangsa bbanjir tabah melalui semua ni .
Seronok tgk persiapan adik banyak dah settle...alahaiii sedih byk baju perempuan, kena bykkan baju lelaki kesian rasa.
saya rasa rugi kak.. tak habis belajar sekolah agama.. mualamat dan munakahat separuh je.. jenayat langsung tak belajar.. ingat nak cari semula kita mutaalbadrin dulu.. belajar sikit2..
Hubby saya selalu gegarkan kerusi untuk test ketahanan dulu...hehehehehe.
saya belum siapkan apa2 langsung untuk Adam, kak. Runsing dan bingung saya.
Kerusi memang mudah terkangkang kakinya... mesti test dulu sebelum duduk..
Rutin biasa anak2 dan ibu bapa dihujung tahun...menyiapkan kelengkapan utk anank2 sekolah. Bagaimanalah nasib anak2 yg menjadi mangsa banjir. Semoga mereka dapat menjalani persekolahan dgn sempurna hendaknya nanti.
Semoga berjaya buat anak2 akak dalam mencapai cita2!
Kiranya minggu ini minggu akhir untuk persiapan terakhir untuk anak2 kita yang masih bersekolah...tapi apa kan daya bagi mereka mangsa banjir...mampu kah mereka?...
Hanya doa agar mereka cepat keluar dari belenggu musibah...
Rabbi yassir walaa tu'assir.. Moga Allah lindungi semua...
saya ni kak selalu terfikir, macam mane mereka2 (mangsa banjir yang rumah pun da hanyut) untuk hidup selepas keadaan kembali pulih. sangat kasihan kan.
masih mengumpul barang2 makanan dan air mineral untuk di hantar ke kelantan thu NGO2 yang berdaftar.
anak akak ambik Law ya, bidang impian saya dulu.
kesian lelaki tu, tapi logiknya mmg org perempuan yg byk baju lebih. Tu yg byk boleh bg org lain.
HARAP SGT MANGSA BANJIR TABAH ...
Sek. Keb. anak saya selesai sudah.
Cuma tinggal SRA je lagi.. hari Khamis ni.
Moga dipermudahkan urusan buat kita semua dan terutamanya buat mereka yang sedang berhadapan dengan banjir.
eh.. sempat lagi beli Minnie yer.. hehehehe.
Anis punye buku belom beli lagi.
ingat esok lusa nak settlekan hal dia. tinggal bahagian buku jer lagi.
saya pun sudah selesai pembelian buku sekolah...cuma ada jugak buku yang belom ada stok... selain tu misi membeli alat tulis masih diteruskan...belom lengkap lagi... alhamdulillah sesi persekolahan di lanjut kan lg seminggu... dapat la membuat persiapan lagi...
disampaing membuat persiapan sekolah kita jugak berdoa agar mangsa banjir dapat memulakan sesi persekolahan nanti....
adik tentu dh xsbr nk bersekolah ya...anak2 mngsa bnjir juga bgtu pengalmn mrk mnghdapi kesusahn mematngkn jiwa mrk...moga tiada lg gelombng bnjir k3.
Tahun ni saya rilek lagi dengan persiapan persekolahan anak-anak. Nanti lagi 2 tahun, serabut la sikit time-time ni nak persiapkan anak-anak nak masuk sekolah. Hehe
In shaa Allah kak reen boleh dgn berkat doa mama dan papa.
Sape yg tak seronok cuti tambah srminggu lagi, pakatbersorak yey..
Bila baca tentang musibah banjir di kuala krai, habis rosak segala persiapan persekolahan, macamanelah anak2 nk meneruskn sesi persekolahan-.
aSSALAM.
Alhamdulillah. Moga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah. Anak2 mama tak de yg sibuk2 nak beli buku dah. ..
Dah baca tulisan Ustaz Fakrul tebaru dlm blog dia? Terharu sumguh. kisah dakwah dr hati.
Selamat menyambut tahun baru.
yela kan mesti malu..malang tidak berbau..
seronok la dapat minnie..besar lah tu boleh buat kawan
bila siapkan keperluan anak...terdetik dalam pemikiran bagaimana persiapan anak-anak mangsa banjir yer... ema pun baru tadi ke sekolah agama selesaikan pembayaran yuran dan buku teks.
bagus adik dah mula belajar semua tu...cute minnie mouse :) kesian kat wanita tu, harap tak da cedera.
Salam Kak Zakie, lega dah kan.. adik dah beli buku skolah... yg pasti semua kelengkapan sekolah dah cukup yea... minie mouse tu cacat begitu takpe kak, org ckp, kalo perfect tak leh simpan dlm umah kan... malaikat tak masuk ...
salam kak..
teringat saya masa belajar mutaal badrin dulu. heee.. seronok sangat..
Sangat simpati dengan mangsa2 banjir. Sepatutnya sekarang mereka sudah pun menyediakan persiapan sekolah.
Lain sekolah lain proses bukunya ya.
Sekolah kebangsaan dan agama untuk anak yang bakal masuk darjah 2, minggu terakhir sekolah lepas sudah diberikan siap-siap.
Lain sekolah lain proses bukunya ya.
Sekolah kebangsaan dan agama untuk anak yang bakal masuk darjah 2, minggu terakhir sekolah lepas sudah diberikan siap-siap.
anak2 tahun satu mesti teruja nak kesekolah tak beberapa hari lagi. bila ditangguhkan tarikh mula sekolah..emak pulak yg pening kepala kerana telah mohon cuti nak hantar anak kesekolah..terpaksa tukar tarikh lain pulak..
kat opis JM pun sama..kebanyakan Wanita yg offer nk sedekahkan baju
assalamualaikum kakzakie...sekejap jer sesi persekolahan dah nak bermula kembali kn kak...:)
Allah hu akbar.. dugaan buat ibu tu akak..
Ya Allah kesiannye dgn si ibu tuh..suke adik dpt minnie..;)
Kakak, setiap kali falsya baca or dgr or tgk anything pasal mangsa2 banjir nie kan, otomatik air mata falsya akan mengalir..lagi2 bile melibatkan baby2 n anak2 kecil..;(((
nik tgk gambar lekali perbaju kurung tu. tengok kelakar , sedih pun ada.pakai apa jea yang ada.
tak dapat nak bayang kesusahan mereka.moga Allah permudahkan urusan mereka semua
Teringat pulak kitab Mutaal badrin zanan kita kanda. Dinda tak suka bab Jenayat.....bab Munakahat best hihi....
Ada jenis kerusi tu mmg lembik......alahai kesiannya org tu.
Eh adik dapat upah Minnie sebab ikut papa yek....Suka ler tu kan....
Kesiannya mereka yg terkena banjir, dpt bayangkan dinda macamana duk kat pusat pemindahan....
Alahai kesiannya..ye tak ye jugak kan...baju lekaki pun penting...nanti SA cuba war2kan kat team sukarelawan opis...
Bila dengar sesi persekolahan ditangguh, saya pun teruslah menangguhkan hantar ke kedai jahit lencana dan name tag pada baju sekolah baru si Abang. Ya, kak! Saya hantar kedai untuk jahit lencana & nametag. Kalau saya jahit sendiri, lebih malu daripada ibu yang jatuh terduduk di simen yang akak ceritakan tu:D
Post a Comment