Friday, December 26, 2014

Hanya seminit

Begitu cepat masa berlalu. Detik 26-12-2004 sudah 10 tahun kita tinggalkan yang mana waktu itu Tsunami meratah beratus-ratus ribu nyawa dalam sekelip mata. Hari ini 26-12-2014 kita melihat situasi saudara dan sahabat kita yang sedang diuji Allah dengan keadaan banjir begitu dahsyat sekali. Bersyukur kerana tidak lagi merasai situasi berada di tempat-tempat pemindahan banjir. Tidak pernah merasa betapa sedihnya melihat rumah yang ranap akibat rempuhan banjir yang melanda, kehilangan keluarga yang terkorban, peritnya menanti bekalan makanan dan bantuan ketika di tempat pemindahan. 

Sambil menadah tangan bersama berdoa peruntukkan sedikit masa yang kita ada ini moga Allah mendengar doa-doa kita dalam menghadapi ujian dan dugaan dariNya.

Dari WhatsApp keluarga - Detk-detik berlalu yang ditinggalkan pasti lebih bermanfaat andai inilah yang dijadikan amalan

~~ Izrael yang menjenguk kita 70 kali sehari juga tidak pernah menangguh walau seminit andai perintah Allah tiba untuk membawa kita ke alam yang satu lagi. ~~ 

 

32 comments:

SalbiahM said...

Salam jumaat kakzakie. .thanks for sharing. Sedar tak sedar dah 10 tahun kan tragedi tsunami tu.doa untuk mangsa bannjir agar mereka terus tabah

zmarl (ibu) said...

hati tengah risau jugak ni kak..tak tau ape nasib ahli keluarga..dah 3,4 hari terputus hubungan..yer la bekalan letrik pon dipotong..yang pasti umah dah tenggelam..
ya allah, besarnya dugaanMU..

mama eija said...

salam jumaat kak zakie... sgt tersentuh baca n3 ni... thanks for sharing semoga bermanfaat kpd sy dan juga pembaca yg lain T_T

Kayu Manis said...

dh tak tau nk kata apa2 lgi..tak sggup rasanya..lihat dr kejauhan sambil doa..airmata jatuh bercucuran..

babYpose said...

salam Jumaat kak zakie, dah 10 tahun peristiwa, tapi baru ni tengok movienya. moga dipermudahkan urusan mereka. kalau ada adik brradik sana, call enforcement untuk tolong mereka. inshaAllah.

aizamia3 said...

Moga semua mangsa banjir selamat dan bantuan dipermudahkanNYA..

Irfa said...

dalam kes banjir di pantai timur ni macam2 benda tersebar, tak kurang jugak yang mengambil kesempatan

andaikata tak mampu menolong, jangan lah ditambah lg penderitaan mrk dengan menyebar berita palsu

#sy masih belum dapat ctc mak di kampung, sy cuma tawakkal moga family berada di tempat selamat

saniahibrahim said...

salam Jumaat kakzakie,10 tahun dah berlalu namun terasa baru lagi kejadian tsunami tu kan...kini negara kita diuji lagi dengan banjir besar pula .

saniahibrahim said...

salam Jumaat kakzakie,10 tahun dah berlalu namun terasa baru lagi kejadian tsunami tu kan...kini negara kita diuji lagi dengan banjir besar pula .

Siti Sharini said...

Ya Allah..semoga semua dpermudahkan..amin...

Mar Mansor said...

in sha Allah kak..
peringatan yang baik..
semoga saudara kita terus tabah menghadapi musibah...dan doakan banjir cepat surut

eMMe said...

Bersyukur kita kepada Allah kerana tidak alami banjir... tapi berdoalah kite kpd Nya agar sentiasa melindungi mereka yg kurang bernasib baik kerana mengalami bencana alam ini...

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian roda tu kakzakie...

sangat berilmu.

kakrose said...

bersyukur pada Allah yang memelihara kita dari di timpa bencana.
semuga mangsa banjir dapat di bantu dengan segera..dah selamat dari bencana banjir...

Mummydearie said...

Salam Jumaat, kak! Terima kasih berkongsi ilmu. Yalah, hari ni dah genap sedekad peristiwa tsunami tu berlaku. Walaupun dah lama berlaku, harus sentiasa ingat ikhtibar dari peristiwa tersebut.

εïзmmyHazaεïз said...

Terima kasih sharing info yg sangat2 berguna ni kak.. Kadang2 mmg alpa ttg hal2 mcm ni...

Kamsiah yusoff said...

izrael mendatangi kita 70 klai sehari...YA ALLAH...mudah2an kita memperolehi pengakhiran yg baik..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga mereka yg diuji dengan banjir diberikan kesabaran dan ketabahan kan kakzakie..
Terima kasih atas peringatan itu..

Bunda_nora said...

Masih segar lagi dalam kenangan pada tanggal 25/12/2004...kami sekeluarga bercuti berkelah dipantai PD...

Besoknyer tu 26/12/2004...tsunami melanda...andaikata 25hb tu tsunami meragut kami maka tak berjumpalah kita di alam maya ini..dan Teratak Bunda pun tak ujud... Alhamdulillah..

Puan Kutu said...

betul kakak zakie,bila ingatkan balik pasal tsunami tu ngeri rasa..skang ni pun tarikh yg sama ramai antara rakyat malaysia sedang bertarung dengan banjir..semoga segalanya dipermudahkan.ameen

ewanthology said...

terima kasih atas peringatan ini.

Yana Yani said...

salam jumaat kak
terima kasih kerana berikan peringatan tu

paridah said...

moga ujian Allah ke atas kita hamba2nya yg berdosa ini segera berakhir
ampunilah hamba2mu yg xberdaya ini n kasehanilah kami...

Qaseh Vee said...

bagi saya , sama ada tsunami dan banjir , ianya lumrah kehidupan dan mereka yg berada di situ terpilih untuk melalui ujian Nya . solat hajat , tadah tangan dan berdoalah sentiasa ... kita yg tidak melaluinya , akan ada ujian juga tapi dlm bentuk yg lain ... sebagai muslim yg bersaudara , doa utk mrk tetap dititipkan ... semoga mereka tabah dah dipermudahkan segalanya ... aaamin .

Normala Saad said...

Harap mangsa2 banjir dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Kak Vit said...

betul kakzakie.. saya pun tak oenah rasa jadi magsa banjir.. apapun yang berlaku pasti ada hikmahNya.. kta perlu sentiasa bersyukur,, :))

Najib Ariyan Ali Basha said...

bencana yg datang adalah ujian dari Allah untuk manusia semakin mendekat kan diri kepada Nya... mudah2an kita mengambil peringatan

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...peringatan yang baik ni...:)

Nor Azimah Ali said...

hanya seminit..tapi tak mampu dimanfaatkan, maka tak pelik kita selalu berada dalam kerugian.

TukangKebun said...

Cuma seminit untuk mengucapkannya.
Walhal kalau dikira dalam sehari banyak juga kita membuang masa.

Jari Manis said...

musibah dari Allah datang bertimpa-timpa tetapi masih ramai lagi rakyat msia yg belum sedar huhuh

Falsya said...

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..sedih falsya bile tgk rumah2 dieorg ranap hanyut hancur..ade yg smp xjmp umah kat mana..ade yg hanya tinggal tangga jer..Allahuakbar!..