Thursday, December 25, 2014

Mohon doa buat YAM Tunku Jalil

Kasih sayang seorang bapa tidak ada batasnya. Melihat gambar ini buat hati aku sayu dan terharu. Begitulah kasih seorang bapa. Biarpun tinggi mana darjatnya baginda Sultan Johor tetap tidak mahu ketinggalan untuk menziarahi anakanda baginda yang sedang diuji. Tidak dapat aku bayangkan bagaimanalah perasaan sedihnya Permaisuri Zarith Sofia, sedangkan aku yang sekadar rakyat biasa pun boleh mengalir airmata apalagi bonda yang melahirkannya.

Sayu - Luruh airmata aku hanya kerana melihat gambar ini. Ini sekembalinya YAM Tunku dari China.
Kami seluruh rakyat Johor menadah tangan berdoa moga Allah memberikan kesembuhan buat YAM Tunku Jalil. Kami juga berdoa moga Tunku Panglima Johor ini diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian Allah ini. Melalui blog ini aku memohon doa dari semua yang membaca entri ini. Terima kasih.

~~ Kasih seorang bapa akan dilihat dari tindakannya walau tidak ada suara yang terluah. Sedih.~~
 

19 comments:

Nina Mads said...

Sayu bila tengok gambar ni.. kasih ayah tiada tandingan. Semoga YAM cepat sembuh. Aminnn

Unknown said...

Sedihnya kak...Sama2 la kita berdoa supaya tunku jalil kembali sembuh...

paridah said...

kasih syg ibubpa itu tiada batasnya moga YAM putera yg dikasih cpt sembuh...

Qaseh Vee said...

kasih sayang ibu bapa yg terbaik dlm enguatkan semangat pesakit ... semoga tengku jalil cepat sembuh ... aaamin .

nohas said...

kasih sayang ibubapa sepanjang hayat..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sayu tengok gambar ni kak...kita sebagai rakyat johor mmg turut mendoakan agar TJ akan segera sembuh dr sakitnya itu...:(

Kamsiah yusoff said...

semoga cepat sembuh...sesungguhnya kasih sayang ibubapa terhadap anak2 tiada tandingannya...

Nor Azimah Ali said...

sesekali diuji..moga baginda tabah dalam menghadapi dugaan Allah..moga cepat sembuhnya, aminn

Zaitun said...

Semoga Tunku Jalil cepat sembuh.Kasih seorang ayah tiada tandingannya.

Normala Saad said...

Ya, semoga beliau cepat sembuh dan kembali sihat.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga Tuanku cepat sembuh.

Falsya said...

Semoga TJ cepat sembuh..mmg sayu pun kakak tgk gambar nie..falsya mmg follow IG TJ..

adyna AB said...

Kasih seorang bapa , semoga Tuanku cpt sembuh , amin

eMMe said...

Ujian Allah sape kite menghalangnya... sama2 doakan... Al Fatihah...

Mummydearie said...

Kasih seorang bapa....

Walau segarang mana pun dilihat, dalam hati tetap ada perasaan kasih terhadap anak-anak.

Moga YAM Tunku Jalil cepat sembuh!

Yana Yani said...

moga baginda cepat sembuh
kaish sayang tak memandang darjat dan kedudukan
kalau dah nama bapa, tetap seorang bapa

ellynadyra said...

kasihnya ayah
semoga YAM Tuanku diberikan kesihatan yang berpanjangan

Jari Manis said...

semoga YAM Tuanku cepat sembuh seperti biasa aminn

Najib Ariyan Ali Basha said...

sakit apa yer sebenarnya?