MH370 menghilang tanpa diduga
ujian besar melanda!
pelupuk mata digenangi air
longlai tubuh yang sedia kerdil
tersedar dari lena yang panjang
menadah tangan, sujud, tafakkur
lama berperang antara percaya dan tidak
cerita-cerita rekaan berawangan tanpa sekatan
Dalam kekaburan MH370 kian menyepi
MH17 menyusul membawa cerita luka
irama yang hampir serupa
sisa luka yang belum sembuh bertambah parah
hancur berderai, putus berkecai
apa masalah terselindung di sebaliknya
tiada jawapan pasti
Jasad terkumpul kembali ke tanahair
sanak-saudara berkabung menangisi nasib
QZ8501 menyusul membawa cerita sama
apakah ada tangan yang mahu menunjuk kuasa
menanti tindakan kita yang nyata lemah
sengaja mencari dimana ada kekuatan
terleka siapa pun tidak punya kuasa
Kunfayakun DIA siapa mampu menepis
Hidupnya insan ada peraturan
biar tinggi mana mahu mendabik dada
bila tentera Allah datang menerjah
lumpuh segalanya bagai lautan samudera
usaha apa lagi perlu dilakukan
ayuh kembalikan iman yang luntur
amar makruf nahi mungkar
wamakaru wamakarallah
rancang sebaik mana pun
sesungguhnya perancang terbaik itu Allah
Kalendar tirai 2014 penuh warna-warni
membuka tirai 2015 dengan harapan
taqwa dan iman bertambah kental
sesungguhnya kami sedar bumi kian uzur
kami tidak punya apa tanpa kasihMu
mohon kami padaMu Ya Robb
ampuni kami yang sering terlalai
kasih dan sayangMu kami pohon selalu
Amin....
~~ Dalam meniti perjalanan ke depan (2015) renung ke belakang (2014) untuk bermuhasabah. Warna-warni suka-duka terlalu banyak untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bersama.~~
* gambar diperolehi dari google
45 comments:
Dari catatan akak, jelas sekali 2014 penuh dengan cerita duka. Semoga 2015 akan membawa sinar ceria buat kita semua... Namun yg pasti kehidupan akan lebih mencabar.
Semoga kita semua dilindungi dan beroleh keberkatan dariNya.
Assalam kzakie..sebagai hamba mmg kita amat mengharapkan 2015 yg bakal tiba membawa sinar yg lebih ceria, perlunya kita bersangka baik selalu dgn Allah yg Maha Baik, dan kita berusaha pula menambah iman di dada, supaya bila terleka kita cepat sedar semula, pergandakan taubat, perkukuhkan taqwa, mudah-mudahan 2015 membawa khabar gembira utk seluruh ummat islam dengan tibanya seorang penyelamat.
2014 membawa banyak berita duka..semoga kita muhasabah..mengingati peringatan yang Dia berikan..
ps:dengar kat radio sinar pagi tadi DMFK
Semoga tahun baru ini memberi harapan baru untuk kita semua .. sama2 muhasabah diri dan mengambil iktibar atas apa yang terjadi ..
Selamat tahun baru kak
selamat tinggal 2014
Innalillahhiwainnnailaihirojiun...
2014..banyak cerita duka..mengingatkan kita agar sentiasa muhasabah.kuasa Allah tak siapa dapat menghalang.
Mudah2an 2015 membawa sinar kebahagiaan
Tirai kehidupan yg dilalui sepanjang tahun 2014 penuh kisah suka dan duka..takkan kite lupakan... Selamat Tahun Baru 2015, moga tahun 2015 lebih indah warnanya... InshaAllah...
2014 memang banyak kisah duka untuk diri lynn dan keluarga kak...namun kami redha...semoga 2015 memberi sinar kebahagiaan buat kita semua...
semoga yang baik baik menanti kita ditahun depan
sama2 kita berdoa semoga mh370 ditemui..insyaAllah
selamat tahun baru 2015 kakak
selamat tinggal 2014...semoga 2015 menjanjikan yg lbh baik utk kita semua..
How time flies. Kejap jer 2014 akan melabuhkan tirainya. Tahun 2014 yang banyak dugaan. Smoga tahun yg akan datang ni membawa sinar buat kita.
Selamat tahun baru kak.
Assalam, singgah jap nak ucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2015...
saya setuju dengan komen BM... cerita duka lebih banyak berbanding cerita suka di tahun 2014... Malaysia seharusnya mengenang tahun ni sebagai tahun duka... tangisan demi tangisan... dan sedihnya kita tak mampu melakukan sesuatu apa pun...
SELAMAT TAHUN BARU 2015...
semoga tahun depan lebih baik dari tahun ni insha allah..aminn
Tahun 2014 banyak kenangannya dan pengajaran.. Moga tahun 2015 akan datang lebih baik..
Goodbye 2014, welcome 2015..
semoga 2015 membawa sinar yg lebih baik utk M'sia dan kita semua..semoga keimanan meningkat selaras dgn peningkatan umur..
Selamat menyambut tahun baru. Jom kita muhasabah diri. Moga diri ni dan semua jadi org baik2 yg diredhai Allah, Amin.
2014 yg penuh dugaan buat rakyat malaysia..semoga ada sinar baru 2015..
Muhasabah buat semua..Kurangkan hiburan..konsert..segala yg mendorong kpd kemaksiatan..
Sampaikan salam Sura buat semua yg terlibat dlm bantuan malam ni..semoga mereka semua selamat pergi dan kembali..Hati-hati dijalan raya..Bila dah masuk kelantan tu jaga2..dikhabarkan banyak jln yg rosak..tak elok..menangis terharu sura baca komen kakzakie kat n3 sura..
penuh suka duka untuk tahun ni :) moga 2015 lebih baik :D
berita yg menimpa pesawat sgt memberi kesan terhadap JM yg suka travel ni..dapat berita berkenaan pesawat QZ8501 semasa berada di Airport Surat Thani dan ALhamdulillah ya Allah JM selamat mendarat pada 29/12 yg lalu
Pelbagau ujian,dugaan menimpa kita sepanjang 2014 ni kan kak zakie...Harapnya kita semua dari segenap pelusuk pangkat & rakyat, buka mata hati...melihat dengan mata hati...
Rasanya tahun 2014 boleh dikatakan tahun kedukaan. Terlalu banyak airmata disebabkan tragedi. Semoga tahun 2015 akan memberikan sinar yang lebih baik.
moga cerita duka 2014 tak kan berulang kembali di tahun mendatang ...insya Allah.
Begitu lah kitaran kehidupan kan kakzakie.. ada suka dan duka.. semoga tahun hadapan membuat kita lebih cemerlang dunia dan akhirat..
Selamat tahun baru 2015 kakzakie :)
tahun 2014 tahun dugaan..semoga ada sinar pada tahun baru ini...
selamat tahun baru kak zakie..
p/s : puisi akak sangat menyentuh hati...
assalamualaikum kakzakie....tahun yg penuh dgn kenangan yg x dpt dilupakan oleh semua rakyat Malaysia khasnya...:)
yelh kak kembalikan yg luntur itu..
mkin tua dunia ni.. makin hmpir dgn kiamat
Allah hu akbar.. dunia makin uzur.. betul kata akak.. moga bertambah iman kita di tahun baru kak..
WAH PEMUISI YG HEBAT NI...RANGKUMAN RENTETAN PERISTIWA DUKA SPNJG TAHUN INI
TERLAKAR SEMUA...TAHNIAH.
pelbagai ujian untuk diambil iktibar~
selamat tahun baru kak~
;)
pelbagai peristiwa untuk kita muhaabah, mohon dijauhkan dari bala Alllah yang lebih besar....
Banyak betul dugaan 2014 ni. Entah apa la yang boleh diharapkan pada 2015 nanti. Dengan GST nya lagi. Harap-harap harga barang tidak naik mendadak pada tahun hadapan.
selamat tahun baru kak...semoga hanya yang baik2 sahaja di tahun depan..
2014 mmg tahun yg mencabar buat negara kite..bertimpa2 kan kakak..ini semua dugaan dari DIA..;(
sekejab jea masa berlalu . dah nak masuk tahun baru.moga tahun baru lebih baim tuk kita semua
Assalamualaikum kak,
Selamat tahun baru 2015. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam..
selamat tahun baru 2015 akak...semoga tahun baru ini memberi kita sinar bahagia
Selamat Tahun Baru 2015 kanda.....
Dinda tak ada entri menjelang pun...huhu.....Tak de moodlah kanda entah kenapa......
Yelahkan.......yg lepas jadikan iktibar dan teladan...
Salam dan selamat tahun baru 2015 semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya insyaallah...
Salam dan selamat tahun baru 2015 semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya insyaallah...
Selamat tinggal 2014 yg penuh dugaan. ..semoga 2015 hadir memberi segunung sinaran...amin...
Semoga tahun 2015 yang hadir akan membawa lebih banyak sinar kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup kita semua. Selamat tinggal 2014 tapi memori yang ada haruslah sentiasa diingati selalu. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Post a Comment