Monday, December 22, 2014

Mengisi ruang waktu

Hari Sabtu dan Ahad sejak cuti sekolah peneman aku beriadah selepas subuh bertambah lagi seorang. Tetapi selepas beriadah kena terus singgah di pasar pagi bagi membolehkannya untuk mencuci mata. Semalam tidak ada pula hajat yang dikehendaki olehnya. Adik teringin membeli nasi lemak Pakcik Rani tetapi mungkin sebab musim orang kenduri kahwin, Pakcik itu pun tidak ada berjual. Mama saja yang sempat membeli serai dan nenas. Semalam mama masak nasi serai selepas mengidam melihat resepi yang dipaparkan oleh auntie Yana Shaifu.

Sabtu dan Ahad - Semalam adik hanya menukar seluar saja tetapi baju masih berbaju tidurnya lagi. Sementara menanti mama berlari-anak, adik bermain di sini. Mama berkawan dengan nyonya-nyonya dan amoi-amoi yang ada. Sebab yang sama bangsa dengan mama sangat kurang kelihatan.
Balik beriadah - Seperti biasa balik rumah tidak terus masuk. Adik membantu mama bawa masuk serai dan nenas yang mama beli. Sementera itu mama lalai di luar rumah mencari apa yang patut untuk di tuai. Pucuk bebuas dan ulam raja menjadi sasaran kali ini.

~~ Sungguh benar dunia Islam sentiasa diduga. Moga ulama' Yusof Qardawi terus mendapat perlindungan dari Allah dan kuat menggalas fitnah Yahudi yang kini sedang melanda. Bersama kita mendoakan keselamatan beliau.~~


36 comments:

Kakcik Seroja said...

Kita diduga kerana Allah sayang kita, kan? Sejauh mana kita sanggup menggalas ujian Allah itu...

Bagus betul Zakie memanfaatkan ruang yang ada untuk bercucuk tanam. :)

Bunda_nora said...

Salam isnin, tengok jer ulam raja tu terbayangkan sambal belacan dan sambal tempoyak, makan ngn ikan goreng garing pastu nasi panas2...tetiba rasa lapar pulak pagi2 ni..

zmarl (ibu) said...

as-salam kak..rajinya berjoging..elok jugak tu untuk kesihatan..

makin hari makin kita diduga..moga umat islam teguh imannya dan bersatu hati menetang musuh bukan islam..

LYAfrina said...

Bagusnya kak zakie beriadah pagi2. Patutlah kak zakie masih sihat n kuat skarang ni. Jauh beza dgn lya y muda ni.. x cergas..

Kak Vit said...

kakzakie.. bestnya joging.. lia dah lama tak jogging.. hihi..

apapun sama-sama kita berdoa untuk keteguhan iman kita sebagai umat Islam.. moga dugaan dan ujian ini sama-sama kita tabah menghadapinya..

Hudalatip said...

Rajin betul akak menanam kan... Biasanya yang jogging pagi2 memang bangsa lain, bangsa kita biasanya kat katil lagi kak huhu - itu la yang abah saya selalu bagitau sebab dulu dia rajin jogging dan kawan dia biasanya bangsa lain, susah nak jumpa bangsa kita kak..

Mar Mansor said...

tengoklah kak zakie, rajin beriadah..makan ulam-ulaman lagi..hehe

Mia Kassim said...

Salam kak. Ulam raja tu selain mkn begitu saja, boleh juga ditumis kering campur udang kering. Sedap. :)

Nor Azimah Ali said...

kzakie, jemput tengok segmen saya, taknak join pun takpe, bagi ulasan je, mgkn berkat kzakie tolong tu, ramai plak yg tergerak hati nak join, he he

imm said...

wahh ulam raja..nampaknya dah kna mula tanam ulam2 sendiri.haritu tengok kat pasar, ulam raja seringgit seikat kecik..huuu

saniahibrahim said...

canteknya pucuk bebuas kakzakie...betul2 pucuk2 muda.
terimakasih atas nasihat kakzakie pd blog sya ...sayu hati membacanya.

norhidana said...

bestnyer kak, sesekali beriadah gitu... lagi2 pastu riadah cari ulam2an.... gitu klu balik kg seronok sbb ada seribu satu jenis ulam2 kt kampung yg blh cari n mkn sekitar rumah je

Dr K said...

saya mmg rasa sedih bercampur marah...Moga Syeikh Yusuf Al Qardhawi di lindungi Allah..dipermudahkan urusannya...kita umat Islam sedunia kena bangkit bersatu

Aziela said...

doa ialah senjata utama kita, maka marilah kita sama2 menggunakannya.

Kak, ulam tu pucuk bebuas namanya yer...hahahaha. Saya pernah makan sekali di kedai nasi ulam, tapi tak tau nama. Rangup2 jer rasanya kan.

Falsya said...

InsyaAllah kakak..semoga Allah permudahkan segala urusan beliau..sedih bile skang nie byk ulama difitnah..

Ulam raja tuh kalau dpt makan ngan nasi panas, ikan goreng panas garing2, cicah pulak dgn sambal belacan..haishhhh, mmg complete rasenye..kan kakak..hehe

Ibu Lala said...

Kak sy pun dah kena start jogging ni. Berat dah naik 5 kg. Nak nangis rasanya. Dah la berat yang ada pun x turun. Ni naik lagi pulak.

kakrose said...

KY pun dah mula berjogging..tetiba berat badan naik mendadak..huhu

@na said...

As salam kakzakie,
lepas exercise makan pulak ulam-ulaman...mmg gandingan mantap la kak...

Time Traveller said...

Seronok nyer ada tanaman yg boleh di tuai.. kita duduk rumah flat dapat tanam satu pokok cili dlm pasu pun dah bersyukur.. huhuhuu.. :D

Fyda Adim said...

rajin akak zakie beriadah..sy petang selalu beriadah di hutan rekreasi.

tengok ulam2 akak tu sedap kalau dimakan dengan sambal belacan...menyelerakan...

Ujie Othman said...

bebuas..kat kg kalau buat ikan pais guna bebuas..terkenang memori lalu.

risau dan sedih dgn perkembangan semasa. Jalan pejuangan mmg penuh onak duri, moga Allah lindungi para ulama.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya ulam raja tu kakzakie.. cecah pulak dengan sambal belacan... perghhhh menambah nasi di pinggan tu.. :)

Rozie said...

Best ada tanaman... petik je boleh masak terus... segar dari ladang kakak.. heheh

mayangbakingmadness said...

SEDAPNYA ULAMAN TU KALAU KAT KG LEPAS MASAK MESTI GI BELAKANG UMAH CARI ULAM2AN

ANIM said...

kakzakie, nanti saya qadha entry kakzakie yang lain...

nohas said...

amoi-amoi dan nyonya-nyonya suka buat tai-chi..best ni..

Golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dgn Islam, dulu, kini dan selamanya..

Shahrul Yusof said...

Bagus makanan makanan yang banyak ulam ni. Banyak khasiat yang kita peroleh.

eMMe said...

rajin kakak saya ni... heehee.. bile la dpt tgk secara live ni...

Normala Saad said...

Pucuk bebuas sedap dibuat masak lemak cili padi dengan ikan bilis.

TukangKebun said...

Teringin pula nak rasa nasi serai tu.

Fiza Rahman said...

Sedap plak tgk ulam ulaman tu kak. Rajin akak jogging.

Smoga ulama' Yusof Qardawi sentiasa di bawah lindunganNYA.

Etuza said...

kadangkala kita kena bersama anak2 dan rancang masa bersaam agar lebih bermakna..

OKje said...

Agalnya macamana kalau kita berlari lari emak ye kanda haha....

Musim cuti sekolah ni dapatlah berteman adik ye kanda, kalau depa dah sekolah, dengan nyonya nyonya ajelah hihi

ellynadyra said...

segar nampak ulam2 tu kak
cuma
saya tak reti makan
hehehehehhe
tapi bau ulam raja tu best kan

Mummydearie said...

Rajin akak pergi beriadah pagi-pagi. Kita yang macam ni pun lagi rajin tarik selimut. Aduhai perangai!

Serai tu saya kenallah sebab saya memang suka bau serai ni tapi nasi serai tak pernah pulak tahu.

Jari Manis said...

ulam raja!!! my feveret tu :-)