Monday, December 29, 2014

Big food di Nong Chik Height

Sasaran utama untuk keluar malam itu sebenarnya untuk mencari beg sekolah. Adik sudah lengkap segala keperluan tetapi Kak Meen yang asyik 'merayap' melihat banyak instagram akhirnya terpikat dengan bag disalah satu kedai online melalui instagram yang dilayarinya. Kedudukan kedai di Jalan Dhoby. Kalau dulu jalan inilah yang terkenal tempat lelaki berwatak perempuan, tetapi kini tidak lagi. Jalan sudah tidak suram lagi lantaran kedudukan yang agak sibuk apa lagi bila hujung minggu yang bertambah sesak dengan adanya Bazar Karat. Selesai membeli itulah kami beredar keluar untuk mencari makan yang agak jauh sikit dari bandar. Menyusur keluar menuju jalan Kolam Air kami akhirnya berhenti di Nong Chik Height gara-gara anak-anak terlihat banner butik Sincerely By Us yang akan dibuka di JB tidak lama lagi. Bergambar di bannernya kemudian hashtag kembali ke instagramnya membolehkan kita diberi hadiah shawl. Itu yang anak-anak suka. Kedudukan banner yang bersebelahan dengan Big Food yang agak dikenali itu membuat kami melabuhkan punggung di sini akhirnya.


Besar - Gelas dan pinggan yang digunakan besar-besar belaka. Sementara menanti hidangan dipesan adik dan Kak Meen membeli dua kek ini. Tetapi akhirnya boleh dia kata kek mama buat siang tadi lagi sedap. Aku senyum saja.
Menjadi pilihan juga - Atas lasagna pilihan Kak Meen tidak habis bungkus bawa balik sebab sudah berkongsi spagheti dengan adik sebelum lasagnanya tiba. Udang butter untuk semua. 
Pilihan adik dan papa - Adik makan spaghetti yang lazat tetapi tidak terhabis sebab portion yang banyak lalu dikongsi bersama Kak Meen. Papa punya mutton apa entah. Licin papa makan. Sebenarnya walau apa pun pilihan masing-masing kami biasanya akan merasa juga sesudu-dua apa pun hidangan yang dipesan.
Mama & Mak Zah - Kami sudah tahu hidangan disini banyak-banyak belaka oleh itu kedua-dua ini kami kongsi bersama. Nasi goreng tomyam dan ayam parmesan. Itu pun masih tidak terhabis sehingga dan boleh diagih sikit pada adik dan Kak Meen juga.
Satu yang perlu diingat makan di sini kena membayar menggunakan duit cash. Sedikit sukar sistem kredit kad tidak disediakan.  Seandainya mahu makan beramai-ramai sila pastikan duit cash disediakan.Tetapi yang pasti buat kami sekeluarga hidangannya boleh diterima kami. Kepada yang berkeinginan sila ke No. 2, Jalan Kolam Air, Nong Chik Height, JB.

~~ Benar-benar ujian Allah tidak terjangkau dek akal kita. Kalau kita diuji dengan musibah banjir yang hebat, Indonesia pula diuji dengan kehilangan pewasat Air-Asia QZ8501 semalam. Tunduk dan sedar betapa kerdilnya kita.~~


48 comments:

Inani Hazwani said...

sedapnyaa tengok makanan atas tu. heeee :D

Izwa Kamaruddin said...

allah kak..buat saya terliur je..heheh..dah la tak sarapan lagi ni ;)

lia said...

biasanyer begitu lah kak.... mmg akan ambil sesudu dua juga makanan family member yang lain... sama merasa katanyer...

dugaan Allah... sampai terduduk saya d buatnyer tgk gmbr & berita mangsa banjir...

aizamia3 said...

Komen yang sama dengan dak Idzwa.. tengok gambar makanan ketika belum bersarapan.. makin bergelombang dalam perut.

babYpose said...

sedap udang butter, anak-anak suka butik instagram ye, aunty dah agak remaja sekarang more to insta kan..memang terbaru barangan dari vendor insta ni. betul dugaan sangat, terpaksa start all over again.

babYpose said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sedapnyaa makanan2 tu semua kakzakie, terliur saya dibuatnya..

Saya merasa kerdil dengan ujian Allah ni kak..sama2 kita berubah dan jauhi maksiat serta perkara2 yang dilarang Allah. Bertaubat..insafff

Mia Kassim said...

Sedap2 semuanya menu pilihan tu ... kami pun sama lah kak, order hidangan yg berlainan, kemudian sama2 merasanya ... :)

nohas said...

mencuba tempat baru memang best..kalau sedap, harga berpatutan, boleh singgah lagi..

Sura Mohd said...

ala kak..sedapnya..belum breakfast lg ni..sura pun dah selesai beli persiapan sekolah anak2...:)

Kayu Manis said...

sedapppnya semua menu..

kak cuti di panjangkan tambah lgi seminggu berita tadi...
thun ni ada berganti ada tak..pakai yg lama pun boleh..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok...:)

Mar Mansor said...

menu yang sedap2 belaka

Lynn Huraiza said...

boleh la cuba nanti...tq for sharing kakzakie...

Fazleyatul Aini said...

wah lapar tengok nya

sama2 la kak kita doakan untk QZ8501
Semoga selamat hendaknya

Nieyla Nadia said...

Salam..singgah pagi...
aduhai...terliur saye kak...:)

adarnadzmie said...

menu2 di situ nampak sedap dan menarik.... pecah air liyo saya kak...hehee

Sham said...

Nyum3...terliur sungguh sy...samala kak kami suami isteri pn kalu makan,walau dh order makanan msg2 tp mst nak rasa gak makanan pasangan...itu antara rahsia kemesraan kot...;-)

Fiza Rahman said...

Sedapnya kak tgk makanan² tu. Kecur ailio ☺

paridah said...

sedapnya mkn2 seleluarga setelh pnt bershopping ya...

emarieys said...

tak lama lagi orang JB boleh serang SBU lah....

HeNRieTTa JoSe said...

menarik hidangan dia...semua pown nmpak sedap...

Aziela said...

Rasa air tangan mama tetap menang...yeayyy!

εïзmmyHazaεïз said...

Sedapnye.... Terus leleh ayolio kak.. hihihi Klu area umah haza ade restoran BIG PLATE. Serve guna oplate yg beso2..

ellynadyra said...

kalau portion beso
gitu la kak
share2 makan, cuit sana sini kenyang
penyudahnya tapau
hehehehehe

Umialya said...

Kt JB, jauhnya kak..

Masya said...

mmg banyak betul dugaan tahun ni ... harap sgt tabah hadapi dugaan .. tp hati sy x mampu tahan tgk makanan huhuhuhu ... sini hujan sejuk .. lapar hahahahaha

Dr K said...

Tak pernah pulak saya try makan area2 Nong Chik tu kak...Insya Allah kalau balik JB lagi, saya pi try...hihihih

Anonymous said...

mutton tu memang menarik perhatian. huhu.

Nor Azimah Ali said...

Kakzakie, kesian mangsa banjir di kuala krai, sampai ada yg 4, 5 hari tak makan.....semoga jgn lupa doakan mereka di saat kita enak menikmati hidangan tu...

norhidana said...

ngelek idhu aku kak ndelok ke...

dana klu kuar mkn ngn adik2 or ngn kwn2 pun masing2 kongsi merasa2... baru seronok pastu amik menu lain2 baru dpt tau rasa mana yg best pas2ni

Ann Ishak said...

makanan2 tu semuanya nampak sedap2 kak, apakan daya la saya dekat kl...kalau dekat jb, dah terjah punya tempat makan ni.

piss...novel tu saya tak berapa nak hadam sangat, tu yang cam tergantung je sinopsis jadinya :)

Cho Zila said...

wow sedapnyer.. nak sikit tapi jauh ngat ler pulak.. cam kena gak ngan selerani.. kot dekat dah terjah...

Shahrul Yusof said...

Nong Chik Height ni ada kena mengena dengan Raja Nong Chik Menteri Wilayah dulu tu ker? Hehe

Kak Vit said...

SBU tu kedai sepupu saya kak! hihi... memang meriah..!

Zaitun said...

Makanan disitu nampak semua sedap. Nanti kalau pergi JB bolehlah mencuba.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Wah, sangat menyelerakan juadahnya, mengecurkan air liur terutama yang ada udang tu. Tapi nampak macam kolesterol je, hehe. Kalau nak difikirkan kolesterol apa pun tak boleh dimakan.
Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan sampai ke sana nanti. Tunggulah lepas-lepas musim banjir..

Blog Santai said...

Salam KZ..wah bestnya gambar-gambar makanan kat atas tu ..lapaarrrrr..he..he

Julia Johari said...

Suka kan makan ramai2 mcm ni kan kak...rasa seronok plak sekali sekala makan di luar...waaa

BinMuhammad said...

Ha! Lama tak dengar perkataan Jalan Dobi tu! haha! Baguslah...sejarah hitam jalan tu sudah berlalu!
Sungai segget tu ada lagi ke? atau dah kena timbus! Dulu2...tak sanggup nak lalu dan menoleh ke sungai tu!

:: CIKVIVA :: said...

sedap lak aihh...

Unknown said...

Di petang hari yang mendung ni, terasa lapar lah pulak 😊

TukangKebun said...

Barulah terkenang kisah Jalan Dhoby di Johor dulu.

Jari Manis said...

ishh...semua mknan nampak menyelerakan lah kak Zai..adakah kerana JM baca ketika lapar

Falsya said...

Terliur tgk semua makanan..sodap2 belaka..;)

OKje said...

Tak pernah dengar tempat ni, apatah lagi pergi kanda. Tengoj mcm sedap jer tu, ala ala Restoren Resepi Rahsia jer

Suria Amanda said...

Sedapnya semua mknn tu...terliur tgok udang butter...betul tu kak...ujian allah x terjangkau dek akal kita...

Mummydearie said...

Udang butter tu menggugat perut betullah, kak! Saya tak dapat turun ke selatan year end hari tu. Makanya saya simpan semua itinerary dan tempat makan sedap-sedap kat Johor ni. Nanti bila nak terjah, panjanglah list saya!