Thursday, December 11, 2014

Kasih-sayang seorang bapa

Salah satu majlis pengantin yang dapat aku raikan bersama, bahkan turut sama turun tangan membantu majlis adalah majlis keluarga yang menyewa rumah kami. Menikahkan anak ketiganya. Pernikahan berlangsung pada hari Jumaat petang dan majlis resepsi pula pada keesokkan hari Sabtunya.

Mempelai - Moga berbahagia dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang berlandaskan hukum-hakam agama
Apa yang membanggakan persiapan ini dijalankan dengan sederhana tetapi meriah. Dari hal-ehwal masak-memasak, barang hantaran, cenderahati tetamu dan khemah untuk tetamu semuanya dibuat secara bergotong-royong jiran dan sanak-saudara. Lihat pada singgahsana pelamin dan bilik nampak cantik sekali. Tetapi tahukah kawan-kawan bahawa yang melengkapkan keseluruhan persiapan bilik pengantin adalah si ayah yang usianya sudah melebihi 50 tahun. Beliaulah yang menjahit, memanjat dan menyusun bunga-bunga yang ada. Lebih membanggakan pilihan warna tepat sangat dengan warna pelamin yang dipilih oleh si anak. Ketika aku masuk ke bilik sebelum majlis si anak bertanya pada aku. "Cantik tak?" Mestilah aku kata "Cantik!". "Semua ni abah yang buat tau." Terharunya aku kerana tidak aku sangka abang itu pandai menjahit kemas dan cantik sekali. 

Tidak rugi andai ada kelebihan begini. Sekiranya isteri tidak mahir tetapi si suami yang mahir inilah kelebihan yang perlu dihargai. Selain berjimat mereka mendapat satu kepuasan yang sukar diucap dengan kata-kata. Menurut si pengantin selepas majlis selesai, kain tirai itu akan diminta si bapa untuk dijahitkan menjadi langsir rumahnya. Beruntunglah anak.

~~ Menjalin wayar pandailah papa anak-anak ku. ~~

61 comments:

lieyalatif said...

bertuah si anak kak...sentuhan ayahnye di hari bahagia....heheheeh...

skrang musim org berkenduri kawin kan kak...cut sekolah lah kata kan...syok sgt dpt mkn nasi kenduri...dpt rewang pun best gak kan kak heheheheeh

Adila Khairy said...

kak, dulu masa majlis kawen adik saya yang no.2 (adik saya lelaki), Abah saya juga buatkan pelamin tau.

Dialah yang carikan karpet, cari stage, paku sana paku sini, panjat sana, panjat sini. design dan idea semua dia yg bagi.. yg tukang jahit sikit-sikit tu pulak pakcik saya (pakcik tau bukan makcik)..

Puas hati pelamin Abah buat, sebab luas dan besar, tak takut nak panjat ramai-ramai utk bergambar. Hahaha..

Seronok. Ohya, bilik pengantin pun dialah yang tlg settingkan.

Hasilnya takde la mcm lembut soft ke apa ke, tp ada la pelamin untuk diduduki.

Kalau tgk pada paras rupa Abah yang garang, kitorang pun tak sangka dia betul-betul serius bila dia bgtau dia nak buat pelamin sendiri.

Btw, selain daripada nak jimat kos, adik lelaki saya yang tu anak kesayangan dia. Haha

:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik hasil kerja ayahnda nya. Beruntung ayah sendiri yang buatkan.

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah, baiknya si ayah tu, bertuah sungguh si anak, kata org kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah berkrban apa saja.

Tapi, sedih sgt kejab tadi baca katblog waazin, kisah haruan makan anak, nauzubillah..

babYpose said...

teringat pula kat bapa saya, beliau masak ketam pada jemputan yang datang hantar tanda dan merisik, masak bila tetamu mula duduk,, hidang panas2, en hubby dan keluarga
rasa dilayan baik walaupun tak biasa macam tu. eh tercerita pjg pulak, best mereka masih bergotong royong ye kak zakie, bagus.
emak risau riuh rendah kat dapur :))

imm said...

ayah imm keje kebun hebat la..balik kg cakap je nak mkn sayur ape, boleh kata semua ade dlm kebun..

keje tukang2, kain2 gini mmg x tau lgsung kot hihih..

Dr Singa said...

kasih seorang ayah kan....?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

biras kakak saya (lelaki) dah berusia... bila saya datang ke rumahnya terpegun tengok langsir yang berlapis2 cantik designnya.. tambah melopong rupanya bila tahu dia yang jahit semua langsir2 tu...

beruntung pengantin...

amirah said...

ye ke kak??waaaa kagumnya rasa...demi kasih seorang bapa kan..

kakrose said...

Bukan saja sianak yg beruntung berbapakan seorang yg pandai menjahit..si isteri lebih lagi..tak perlu bersusah payah mengupah tukang jahit..

SalbiahM said...

mesti seronok ayah pengantin kan, dapat menantu, tu yang sanggup memanjat pasang pelamin dan siapkan bilik pengantin.bilalah ada peluang nak bagi ayah saya rasa happy camtu

Falsya said...

Alhamdulillah..bertuah anak sbb ayah punye tgn yg buat semua nie dihari bahagia die..beruntunf ssggttt..

Nina Mads said...

Beruntungnya ada ayah yg pandai menjahit.. walaupun bkn semua ayah ad bakat mcm ni

adarnadzmie said...

bertuah si anak semua persiapan di buat oleh ayah sendiri.... ada kenangan yang tersendiri....:)

Hudalatip said...

Untung anaknya, macam ayah saya dia terror gubah bunga dari mak saya dan saya..Tangan orang berseni memang lain sikit..:)

nohas said...

pandai si bapa menjahit..cantik dan kemas..kagum2..

Acik Erna said...

seronok baca kakzakie..acik pun lebih rapat ngan arwah ayah..

Ujie Othman said...

Ya Allah..terharunya saya. Si anak lagilah kan. Nampak beria ayah nak bahagiakan anak di hari bahagianya. Memori sepanjang hayat ni.

paridah said...

bertuah isteri n anak2 memilik suami bapa yg ada kemahirN BGITU...HIDUP NI SALING MELENGKAPKN...

Blog Santai said...

Tahniah untuk pengantin..bertuah dia

Unknown said...

Kadang2 tak mahir pun bila usaha jugak terus jadi kak..Adik ipar saya bukan tahu jahit menjahit ni tapi bila dia nak kawen semua dia buat sendiri je..

Shahrul Yusof said...

Jarang nak jumpa orang lelaki rajin menghias untuk majlis perkahwinan. Biasanya, orang lelaki kalau pasal persiapan majlis ni, asal ada je. Macam mana rupa, tak kisah, asalkan ada buat cukup syarat. Hehe

norhidana said...

mmg cantik lah kak, beruntung anak tuh, kt johor msh ramai lg yg bt majlis kawin ada yg rewang membantu ye kak... klu kt kl nih mana ada rewang2 sume katering... semangat kerjiranan tu dh tak seseronok mana dh... klau rewang kan seronok bt keje sama2...

Kayu Manis said...

jarang org lelaki buat kerja tgn org pomouan..

dh biasa bt kut..
kemas kerja diorg

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...bestkn semuanya dibuat sendiri oleh bapa pengantin...mmg berbangga kalau dpt ayah yg boleh melakukan semuanya...:)

NEKCIK said...

kak dari sekarang kenalah ajar cik abang menjahit bagai..nanti kaklong naik pelamin..semua dari sentuhan ayahnda tercinta..ha..ha

Zaitun said...

Tak ramai lelaki yang yang melakukan kerja2 sedemikian rupa beruntungnya sianak.

Najib Ariyan Ali Basha said...

respek respek respek... jarang ada barapk yg serajin tu masa ni... tapi saya suka dengar yg pengantin bernikah pada petang jumaat... hari yg mulia tu...

Aziela said...

Setiap insan pasti ada kelebihannya. Cuma kadang2 ditutup kerana tradisi dan pandangan masyarakat. Itulah yg kurang manisnya masyarakat Asia ni. Walhal kasih sayang itu boleh dilahirkan dalam berbagai cara

saniahibrahim said...

beruntunglah si anak yang mempunyai ayah yang berseni gitu,selain tu dapat juga jimat kan kos sewa2 bagai yang begitu mahal skg ni ...
ayah anak2 sya nak jahit butang baju yang tercabut pun terkial2 kakzakie..

saniahibrahim said...

beruntunglah si anak yang mempunyai ayah yang berseni gitu,selain tu dapat juga jimat kan kos sewa2 bagai yang begitu mahal skg ni ...
ayah anak2 sya nak jahit butang baju yang tercabut pun terkial2 kakzakie..

Unknown said...

Bukan mudah nak cari lelaki yang pandai macam tu kan kak... bertuah ahli keluarganya... :)

Cantik pengantin dan temanya... :)

BinMuhammad said...

Majlis kenduri secara gotong royong ni memang meriah. Tapi bakat di bapa sungguh terserlah! Menarik sekali hasilnya!

TukangKebun said...

Beruntungnya ada bapa sangat penyayang menyiapkan segala dengan hasil tangan sendiri.

nurbijen said...

wah, bagusnya... Memang puas hati kalau dapat buat sendiri...
Papa anak2 saya pun pandai menjahit...
Sekarang duk tgk dia survey mesin jahit....
Untunglah, tak perlu nak tempah langsir dah lepas ni :)

Shaiful Zaidi said...

Assalamualaikum akak..
pengorbanan seorang ayah sebagai rasa bertanggungjawab dan kasih sayang sebelum berpindah kepada orang lain. Tahniah!

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Hebatnya hasil tangan si bapa. Tentu ia menjadi kenangan-kenangan yang terindah kepada si anak. Semoga Allah memberkahi pasangan tersebut..

Mummydearie said...

Untungnya dapat ayah yang menyediakan persiapan perkahwinan. Kalau sayalah ni, terharu sangat dah. Tak terucap dengan kata-kata rasa terimakasih pada lelaki yang bergelar bapa ni.

nhhas said...

masya Allah.
barakallahulakuma

BinMuhammad said...

Istimewa untuk merealisasikan impian akak...

http://relakssminda.blogspot.com/2014/12/satu-hari-satu-hadis-widget-hadith-sahih.html

QasehnyaRania said...

betul tu kakak
selain dpt berjimat
tgk hasilnya blh dibuat langsit utk rumah pulak.
selamat pengantin baru smga berbahagia hndakNya aamiin

Jari Manis said...

subhanallah...bertuah beliau dapat ayah yg rajin seperti itu..terharu sgt..merai hari perkahwinan anak..semoga meeka bahagia hingga ke Jannah aminnn

Sura Mohd said...

sangat beruntungnya pengantin tu..terharu pulak rasanya..sangat menarik bila seorang lelaki berseni dalam jahitan..:)

zila norazila said...

menariknya..terasa beruntung jadi si anak dikurniakan bapa macamtu..kalau dh minat dicampur dgn seni yg ada apa2pun bole jadi kan kak..

Puan Kutu said...

bertuah pengantin ada bapa yang kreatif n berbakat..klu sy pun bangga kak zakie..tak semua org diberi kelebihan macam ni..lebih2 lagi lelaki

Sham said...

Selamat pengantin baru...abah dia tu mmg penjahit profesional kot...hee3...

Kak Vit said...

wahh..! best ya dapat sentuhan ayah untuk majlis perkahwian.. :))

kuchalana said...

memang istimewa nie..sebab air tangan seorang ayah tue yang hias bilik

nabilah_2908 said...

banyak dapat dijimatkan kalau buat sendiri.. :)

suka suka said...

Suka dan Sedih juga baca entri ni... anak-anak saya dah tiada abah yang masak rendang paling sedap untuk raya tahun depan..

Uncle said...

Kelas ayah ni....

Bunda_nora said...

Salam hujung minggu.....

beruntunglah bapa sendiri pun kreatif dan sumbang tenaga untuk perdiapan anak, sekurang2nya puas hati dengan hasil tangan sendiri dan jimat belanja....

Alhamdulillah...

Etuza said...

http://zakiepurvit.blogspot.com/ ayah mithali..jengok blog TN ya

Umialya said...

Bertuahnya anak..

aizamia3 said...

Terharu saya membaca entry ni.
tahniah dan moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

gadisBunga™ said...

Selagi saya belum kawin...semua kena buat sendiri. Hihihi.

Moga pengantin kekal bahagia hingga ke syurga. Amin...

Nieyla Nadia said...

Untung nyer...
bertuah si anak dapat seorang ayah yang pandai menjahit..mgubah kan...:)

Fifi Nadhrah said...

bertuah si anak.. kasih sungguh ayah die pada die.. subhanAllah..

Anonymous said...

beruntunglah, kalau hasil ayah sendiri pasti yang terbaik untuk anak2 kan !

OKje said...

Betul kanda...barulah saling melengkapikan....ada lelaki yg minat benda benda gini. Memang tak salah, kat sini dah jimat cost kan kanda

ellynadyra said...

eh sama
ayah saya pun pandai menjahit
dia jahit macam2
barut saya masa kecik2 dia jahitkan dan buat sendiri
skang saya ada anak, saya guna lagi barut yang mak ayah guna utk saya masa baby
dah hampir 40 tahun kak
elok lagi dalam simpanan saya
selain dari tu ayah saya rajin masak, kemas umah, dan sangat pengemas orgnya
mai umah saya pun dia buat semua tu
hehehehehehhe