Friday, October 9, 2015

Kita merancang DIA juga merancang

Sekadar cerita buat anak-anak yang membaca entri ini.

Sebelum bercuti makcik sudah mengatur perancangan apa yang mahu dilakukan. Kerja-kerja yang mahu di tinggal juga sudah disusun-atur agar sepanjang percutian tidak adalah telefon berbunyi semata-mata mahu bertanya hal kerja yang ditinggal. Tetapi makcik sekadar mampu merancang, Allah menentukan. Hari pertama cuti saja semuanya berjalan lancar. Masuk hari kedua cuti makcik sudah tidak tentu-arah. Allah turunkan ujian buat makcik. Tiga dari lima jari kanan makcik tidak boleh membuat kerja dengan sempurna. Lihatlah siapa kita? Sekadar mampu merancang tetapi DIAlah perancang terbaik.

Bila bercuti seminggu lambakan kerja semua orang pasti sudah maklum. Duduk di kerusi bagaikan kematu punggung. Mahu qada' hajat pun ditangguh-tangguh. Ketika solat zuhor juga ditinggalkan yang sunnah. Tidak ada qobliah dan ba'diah. Balik rumah jadual memasak bertukar atas nasihat pakcik kami makan di luar. Solat Isyak juga konon sebab keletihan teramat sangat mahu ditinggal juga qobliah dan ba'diah. Oleh itu sebaik mengangkat takbiratul-ihram berniat untuk solat Isya' empat rokaat, tetapi masuk rokaat kedua selesai sujud terus baca tahiyyat akhir. Lupalah sebab sudah biasa selalu sebelum Isyak buat qobliah. Lihat siapa kita yang kerdil? Merancang yang tidak baik juga ditolong olehNya supaya segera lawan hasutan syaitan yang ada di kanan-kiri. Konon bila ditinggalkan solat sunat dapat segera mencari bantal untuk merebahkan badan, tetapi akhirnya terbantut. Selesaikan dulu qobliah, Isyak dan ba'diah dulu. DIA sudah memberi ingatan dengan melupakan makcik. Lalu makcik kenalah akur.. betapa lemahnya makcik ini.

Buat anak-anak jadikan iktibar. Semua pergerakan kita sebenarnya atas redhaNya. Walau cantik mana sekalipun perancangan kita belum tentu ia mendapat redha dari DIA. Kerana sesungguhnya DIAlah sebaik-baik perancang.

Bunga sulung - Walaupun sebelum ini semua daunnya musnah menjadi makanan ulat sebelum sempat berbunga lagi tetapi DIA masih mahu memberi peluang buat makcik menikmati juga hasilnya. Sungguh ini juga atas qudrohNya juga.

~~ Dunia semakin tua, makcik juga terus dipanjat usia. Kena mencari kekuatan demi bekalan di sana kelak.~~

45 comments:

Mizz Aiza said...

kita merancang.. Allah swt juga menentukan segalanya.. kenapa jari kanan kakak? semoga segala urusan kakak dipermudahkan oleh Allah swt..

Nieyla Nadia said...

Sebaik² kita merancang..hebat lagi perancangan Allah kan kak... :)

AtieYusof said...

Setuju dengan akak...
sebaik mana kita merancang namun Allah jua penentu nya...
tentunya di saaat seperti itu, kita akan lebih menghargai kesihatan, kekuatan sblm sesuatu menimpa... huhu

Fiza Rahman said...

True indeed kak. Kita hanya merancang. Tapi DIA adalah sebaik² perancang. Jari akk dah ok ker? Smoga urusan akk dipermudahkan olehNYA.

norhidana said...

btl tuh kak... Dia ingatkan sbb selalu kita buat sekali nk tinggal jd gitu lak yek...

moga kita sentiasa istiqamah yek kak...

tgk pokok keembong akak tuh, teeringat zmn2 sekolah rendah dulu daun dia tuh gosok2 bg kuar lendir pastu balut kt jari jd inai... hehhehe

Unknown said...

Deep sangat . Semoga cepat semoga kak .

Kak Wawa said...

ingatan yang sangt menyentuh jiwa.. terima kasih kak atas ingatan.. semoga cepat sembuh..dikurniakan kesihatan yang baik..")

Nieda Ramly said...

sesuatu dengan izinnya

Nieda Ramly said...

sesuatu dengan izinnya

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya baru balik dari mendengar ceramah bulanan di ofis mengenai Maal Hijrah..
Penceramah tu berkata.. Hijrah yg perlu kita laku kan sekarang ialah "Persediaan Untuk Ke Akhirat"
Sediakan sebaik dan sebanyak mungkin utk penghijrahan kita kesana..
Amalan yg terbaik utk persediaan kita ke sana adalah perbanyakan amalan sunat, sedekah dan wakaf.
Yang wajib lebih lagi jgn ditinggalkan..

Ye benar kak zakie..
Sebaik-baik perancangan adalah dari Allah

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin
Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud: "Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"

Lydia Miza said...

Moga cepat sembuh kak zakie.. Siannya dengar. Huhu


Kak..cantik warna keembong tu

Nor Azimah Ali said...

Peringatan utk semua sebenarnya

Unknown said...

akak tak sihat ke? lama tak bukak blog..
tak tau cerita pon..
semoga akak cepat sembuh..
allah sebaik-baik perancang..

paridah said...

salam jumaat..bersabarlah dgn ujian-Nya kakzakie..semoga sakit ditangan akan segera sembuh. Allah berikan gannjaran n hikmah yg amat banyak kalau kita sakit kan...

aizamia3 said...

Moga kakZakie cepat baik hendakNYA.
Kita hanya mampu merancang, DIA yang tentukan..
Moga hari-hari kita seterusnya berjalan dengan baik hendakNYA.
Suka dengan pokok bunga tu kak.. senang nau nak membiaknya..

saniahibrahim said...

Kakzakie ...makcik SI ni pun sama saje banyak sangt dah lupanya bila dah dimamah usia ni.

Malinda said...

n3 yg bagos kak....saya baca sebagai peringatan dan nasihat...dunia hanya pinjam pinjaman bila2 masa saja semua bole di di tarik balik...

Siti Munirah said...

mendalam sungguh tulisan ini. terima kasih utk peringatan.

PeRdU cINta said...

PC setuju kak...kita merancang Allah juga terlebih dulu sediakan perancangan untuk kita..malahan sedari kita dalam rahim ibu kita lagikan kak..kadang perancangan kita baik tetapi baiknya seketika..manakala perancangan Allah terbaik yang berpanjangan..justeru itu kenapa kita hamba hanya boleh usaha do dan tawakkal...kerana semuanya yang terbaik telah Allah rencanakan..

adarnadzmie said...

setiap yg terjadi ada hikmah nya Kak... kita merancang tuhan yg menentukan...setiap yg sihat pasti ada kesakitannya... kita kena redha atas apa ujianNya...

terima kasih atas peringatan ini...;)

Kayu Manis said...

Itulah berhubung kait n3 smlm...senipis kulit bwang...dh bgun tahajud,tapi mcm mls nak puasa ganti..ingat ada baki ganti lagi yg belum lunas
sempat jer klu nak bersahur pun...bisikkan syaitan bt nor kalah..syaitan tak dpt kcau mas tahajud,dia kacau masa kita nak berpuasa...tulah yg knor dok story dgn adibah dlm wspp..dia tya mama puasa tak?..nor kata tak"..n ckp dgn dia...ttg perasan tu..itulah keluarkan n3 smlm...

diary_ciknaa said...

betul tu kak.. tq utk peringatan bersama..

iryantyismail said...

Terima kasih perkongsian ni kak

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih kakak atas peringatan ini. Semoga cepat sembuh.

nohas said...

syukran..peringatan di hari Jumaat yg penuh barokah..

ujian itu tanda kasih-sayang Allah, bergembiralah mereka yg diuji..semoga akak cepat sembuh..

Puan Kutu said...

Setuju sangat tak semua perancangan terjadi indah walaupun yg bakal kita lakukan tu sebuah kebaikan..disinilah Allah nak uji kita..semoga kak Zakie cepat sembuh

Siti Munirah said...

datang menjawab soalan :)

Kakzakie kat JB kat mana ye? Saya leh cover area Pasir Gudang up to Mount Austin & Taman Daya. :)

nhhas said...

Hmmm tu lah... kita pun sama... huhuhu hadoiii

Aziela said...

Dan apabila perancangan kita tidak berjalan seperti yang kita harapkan, kita harus tetap tersenyum dan redha. Yakin dengan Allah, bersangka baik dengan Allah. Jangan sesekali berpaling dan kecewa.

Tq kakak...ini topic perbincangan yang memberi wake up call.

Mummy Sher said...

Terima kasih untuk perkongsian ini kak :)

Normala Saad said...

SEmoga cepat sembuh jarinya..ujian Allah.

lieyalatif said...

betul kak....walau baik macammane perancangan kita, tetap Allah yg menentukan segalanya jadi atau tidak.....

semoga semua urusan akak dipermudahkan...amin

selamat berhujung minggu dan take care kak...

lovely said...

terima kasih kak,sebab mengingatkan saya..
doa saya agar akak cepat sembuh Amin..

Rubiah Kadir said...

Allah is the best planner..trust it..

Terima ksh atas ingatan..kita mmg kerdil..nk di banding dgn Dia yg Maha Kuasa...

Semoga akak cpt sihat ya...take care

sitirohaida said...

dah lama tak tengok bunga ni kak...terima kasih atas perkongsian ni..

TukangKebun said...

Moga tangan Kak cepat sembuh ya.

gadisBunga™ said...

saya rindu kak zakie dan keluarga. semoga sembuh segera ya...

entri ni beri maksud mendalam untuk saya. tentang planning manusia dan ketetuanNya.

uncle gedek said...

Hmmmmm ... (tarik nafas panjang)

eelobor said...

kenapa saya suka baca kat sini sebab sentiasa mengingatkan saya kepada Nya. tq....

Anonymous said...

semoga kak zakie cpt sembuh dan dipermudahkan urusan.

Aisy Nasiha said...

Entry penuh maksud tersirat ni. Moga ramai yang mendapat manfaatnya ya.. insyaAllah dan terima kasih mengingatkan kami semua Kzakie.. inilah yang paling utama kan? Selagi kita berpegang pada kepercayaan macam ni, banyak masalah dapat dielakkan dan masalah mungkin boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Saya kurang faham jari siapa yang sakit ni..tapi moga jari yang sakit akan cepat baik dan kembali macam biasa dapat melakukan amalan sunat dan wajib dengan lebih baik nanti..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak kita sebagai manusia ni hanya boleh merancang tapi Allah jua yang menentukan segalanya...:)

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Allah menjadikan kita lemah kerana mahu memberi keringanan kepada kita. Perancangan kita hanyalah satu perancangan sedangkan perancangan Allah itulah hakikatnya. Allahu al-Musta`an...

Mummydearie said...

Betul tu, kak. Tak kiralah sesempurna mana pun perancangan kita, kalau Allah nak duga, memang terbalik jadinya. Buat peringatan bagi kita yang manusia ni memang jauh dari sempurna sebenarnya.

QasehnyaRania said...

nice sharing kakak
peringatan bersama