Monday, October 26, 2015

Mereka anak-anak dan guru-guru yang hebat

Sekolah adik mengadakan karnival Ko-korikulum sekolah dan adik mengambil bahagian untuk pertandingan memasak. Adik bersama tiga lagi temannya mewakili Ko-ko Tunas Puteri.
Persiapan 1 - Apron putih, pinggan hidang (bungkus tuala oren), teko (bungkus tuala pink), cawan dan bekas sos pencecah (bungkus tisu), sudu, pisau semua ada di sini 
Persiapan 2 - Tepung, alas meja dan kuali

Persiapan 3 - Timun, tomato, ikan bilis sudah bertumbuk campur dengan bawang siap bergaram masuk dalam bekas, daun salad semua masuk dalam bekas siap-siap.  Timun juga sudah siap-siap aku potong. Pagi baru masukkan semua ini bersama dengan chopping-board dan tissu dapur. Bawa segulung terus:)

Persiapan 4 - Bunga orkid mama jadi mangsa. Orkid mama yang lain memang lama sudah merajuk.  Jenis ini saja yang selalu meriah. Ambil setangkai saja pun dan potong dua. 

Siap - Pagi Sabtu papa yang menghantar adik. Mama busy pula hari Sabtu itu ke pejabat. Meronta-ronta mahu juga melihat adik menjadi chef menggoreng jemput-jemput ikan bilis saja pun hahaha.... sayangnya bila mama tiba di sekolah jemput-jemput adik sudah masuk ke dalam bilik VIP tidak dapatlah mama mengambil gambarnya.
Menghias kek - Semua ini hasil tangan anak-anak yang terlibat. Kiri atas tempat ke2, Kanan atas tempat ke 3. Kiri bawah tempat ke 4 dan kanan bawah tempat ke 5.
Tempat pertama - Tunas Puteri mendapat tempat pertama dalam pertandingan menghias kek ini. Kawan adik ini memang punya ibu yang sentiasa mendapat tempahan kek sebab itu tidak mustahil ilmunya turun pada si anak.

Nasi goreng - Ini juga hasil dari masakan Tunas Puteri kawan adik. Tetapi tidak dapat masuk ke bilik VIP jadi dapatlah mama mengambil gambarnya. 
Hasil anak-anak juga  - Gubahan bunga Tunas Puteri kecundang 
Kenangan - Tahun ini tahun terakhir adik bersama mereka semua ini. Cikgu Khalijah dan Madam Sathiabama pembimbing ko-ko adik.
Kumpulan Tunas Puteri - Mereka bergambar bersama Guru Besar, guru-guru Tunas Puteri dan semua yang terlibat dalam karnival pada hari itu. Hebat-hebat belaka guru-guru dan anak-anak yang terlibat.
Karnival berakhir sebelum jam 1:00 tengahari. Sebenarnya ada banyak lagi pertandingan diadakan seperti pertandingan mencari arah, membina khemah dan jualan tetapi tidak semua dapat aku jejaki kerana keluar dari pejabat sudah jam 10:30 tiba di sekolah majlis sudah berjalan lama. Mereka bermula dari jam 8:00 pagi lagi.

~~ Pasti semuanya menjadi moment indah bila mereka semua dewasa kelak.~~

39 comments:

AtieYusof said...

Salam Kak..
wahh.. berbakat besar semua anak-anak yg join karnival ni kan..
memang cantik2 hasil kreativiti mereka.. kagum sy... Tahniah juga buat adik & team.. :)

Kamsiah yusoff said...

sekoalh anak saya pada hari rabu ni
si bongsu cakap cikgunya minta tlg jagakan gerai jualan..

Julia Johari said...

Meriahnya macam2 aktiviti, pokok bunga orkid tu cantik

jie susanos said...

wah..meriah molek aktivitinya..

mereka semuanya hbt2 belake..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

jemput2 yang paling laku amsuk bilik vip ya.. hihi.. tahniah adik!

Mummydearie said...

Pandainya masing-masing walaupun baru 12 tahun. Betullah kak, masa ni tak rasa apa pun tapi nanti bila dah habis sekolah, dah besar panjang, teringat balik memori ni semua. Indahnya bila dikenang walaupun masa kejadian berlaku, takda rasa apa-apa istimewa pun agaknya :)

paridah said...

AKTIVITI YG MERANGSANG MINAT N KREATIVITI ANAK2 NI...TAHNIAH GURU2 N MURID2NYA YG HEBAT...

saniahibrahim said...

Wah Berbakat sungguh kawan2 adik...hasil kerja seperti orang dewasa gayanya.
Iqa masa sekolah rendah dulu juga seorang tunas puteri yang agak berjaya kakzakie tapi sayang di sekolah menengah tak dapat teruskan pasal pandu puteri takde kekosongan lagi. ..sayang pulak apa yg diperolehi nya sebelum itu abis setakat itu je.

saniahibrahim said...

Wah Berbakat sungguh kawan2 adik...hasil kerja seperti orang dewasa gayanya.
Iqa masa sekolah rendah dulu juga seorang tunas puteri yang agak berjaya kakzakie tapi sayang di sekolah menengah tak dapat teruskan pasal pandu puteri takde kekosongan lagi. ..sayang pulak apa yg diperolehi nya sebelum itu abis setakat itu je.

amirah said...

waahh...hebat betul anak2 zaman skrng kak...kreatif...cantik2 semuanya...bagus2..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Hebat adik buat jemput2 smpi masuk bilik VIP tentu sedapkan..
Menurun ilmu dr mama lah tu.. masak sedap...

Uncle said...

Tahniah. Sangat kreatif. Saya pasti otak mereka juga sangat kreatif!

iryantyismail said...

Pandainya...hasilnya pun cantik kemas..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak anak yg membuatnya kita mak2 ni yg terlebih excited nyer kan...mesti rasa nak tengok bagaimana mereka membuatnya..:)

BinMuhammad said...

Tapi kalau adik yang memasak, mesti boleh menang... Sesedap masaka ibunya!
Tahniah juga sebab menang menghias kek utk kump. Tunas Puteri. Hijau itu memang menawan pandangan.
Pasti meriah dan seronok melihat gelagat anak2 ini bertanding.

dorsett pink said...

meriah nye

adarnadzmie said...

anak2 sekarang ni serba boleh kak... mcm2 boleh belajar di sekolah ni... cikgu2 pun hebat2 sekarang ni....

anak teruna saya baru2 ni balik bagitahu cikgu ajar buat roti boom di sekolah....

Malinda said...

hebat sungguh bakat2 anak2 sekolah sekarang ni...nangis tengok diorang mendeco kek...cantik kemahen lagi kalau lawan dengan saya kompom dapat nombor corot...lari laju2 tutup muka dengan sokabo le saya pastu....hahaha...dapat tengok gambo persedian adik je tapi tak dapat nak tenguk cucur bilis yg adik masak...mesti sedap tu lagi2 dengan hiasan bunga orkid dari kebun akak ^_^

Kayu Manis said...

Mesti meriah ni..
Bab tmbuk dr rmh tu..samalh dgn nor, ingat masa adibah msk kt sekolh..tumbuk siap2,buh garam,gula semua..dia cuma tumih jer...ayak tgn mak dia jugalh...hihi
Nk masuk pertndingan buat kek jugalh...huhu

Nieyla Nadia said...

singgah petang hari ini...
pagi tak sempat nak singgah... :)
wah!hebatnya anak² nie...

Puan Kutu said...

kreatifnya hiasan kek tu..siapa sangka anak2 sebaya adik dpt buat sekreatif ni kan..memang hebat..kenapa jemput2 adk dibawa ke bilik vvip utk penilaian ke..

Zaitun said...

Kreatifnya adik dan kawan2 dah macam kerja tangan orang dewasa. Cantik semuanya.
Nanti bolehlah praktiskan kat rumah.

PeRdU cINta said...

Bagus ni kak..mengasah bakat dan kreativiti setiap pelajar..nanti bila dah masuk sekolah menengah mesti rindu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah buat adik dan kawan-kawan. Menang dengan bergaya. Cantik semuanya hasil kerjay yang dibuat.

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Maria Firdz said...

Wah.. Meriah betul..?

JunAina said...

Teringat zaman sekolah dulu2 penuh dengan pelbagai aktiviti...

Unknown said...

Sangat berbakat anak2 sekarang .
Terimbau kembli zaman sekolah hihi dulu

Normala Saad said...

Anak-anak ini sungguh berbakat dan kreatif..cantik betul kek & makanan yang dihias..

Unknown said...

mujur tak de gambar cucur ikan bilis tu..kalau tidak malam2 macam ni ke dapur buat cucur ikan bilis la saya..menambah lemak..saya ni bukan boleh tengok cucur ikan bilis..kegemaran sejak kecil tu..makan dengan gulai ikan baki semalam..peghh!!hehehe...

Canti2 hasil tangan budak2 ni kak..macam hasil kerja orang dewasa...

ANIM said...

tentu saja ianya aktiviti yang menyeronokkan dan mampu mengembangkan kemahiran mereka, kakzakie. dan tugas guru juga bukan hanya mengajar mereka dalam bilik darjah..
bravo adik:-))

Qhaifa Nur said...

Tak sangka mereka blh buat mcm tuh kak...
sungguh kreatif...kenangan terindah

Nor Azimah Ali said...

Wah dah pandai buat cekodok adik yea, masuk bilik vip lagi, tahniah..
Tahun depan bakal melangkah ke alam baru pula, Umar Zikri pun sama, masuk darjah satu lah dia.

nohas said...

wahh..kreatifnya anak-anak ini..hebat sekali..
hiasan meja adik tu yg mahal tu..fresh flower, okid mama..hihi..pemberi semangat..

nhhas said...

Alaaaaa....nk tgk rupa jemput2 adik...
Cikgu x de tlg ambik kn ke

Fiza Rahman said...

Kek tu...kretif sangat. Meriah betul karnival ☺

QasehnyaRania said...

bestnya
makin kreatif anak anak skrg.. .
tahniah buat adik dan kengkawannya..

Etuza said...

Asalam..wah sangat kreatif..bab memasak ni kaum hawa memang terro lah

OKje said...

Tahniah adik...... memasing kretif. Untung adik satu group dgn anak tokey kek. Hihi...