Thursday, October 22, 2015

Sama-sama merasa hasilnya

Salah seorang anak malam itu datang membawa sesikat pisang. Ada yang masak dan ada yang belum. Memandangkan masak tidak serentak itulah yang susah untuk dibahagi-bahagikan budak yang ramai. Kenalah jadikan kuih kalau tidak dijadikan kuih tidak semua dapat menikmatinya sedangkan sewaktu pisang itu dijinjit masuk banyak mata yang nampak.  Dulu sewaktu aku kanak-kanak allahyarhamah Mak juga buat begini. Contohnya jika durian yang ada setakat sebiji-dua kami tidak boleh makan begitu saja. Tunggu Mak akan masak buat bubur kacang. Jadi dengan cara ini semua dapat merasa.

Sedap atau tidak tolak tepi. Anak-anak bila makan bersama pasti seronok. Apa lagi bila dikatakan kuih pisang itu hasil dari pisang yang kawan mereka bawa semalam. Sekurang-kurangnya mereka tahu sama-sama dapat merasa pisang tersebut.

Pukul-pukul telur dengan butter, gula, letak baking powder dan tepung, masukkan pisang yang telah diblender. Letak juga setitik-dua vanila dan banana flavour.

Lapik loyang dengan baking paper. Tuang dan  tutup dengan aluminium foil. Kemudian  kukus.
Tidak sampai satu jam siap sudah.

Sudah dipotong walau masih panas. Bukan budak saja yang tidak sabar tapi ada juga yang sudah dewasa tidak sabar dek kerana aroma pisangnya yang semerbak.
Kamu tidak akan memperolehi kebaikan, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah maha mengetahui. (Suroh Ali-Imran :92)

~~ Orang memberi kita merasa. Moga dimurahkan rezeki keluarga anak yang memberi pisang itu buat kami semua.~~

41 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sama pulak post entri kita kakzakie..
Saya buat cekodok pisang vanila..
Kakzaki buat apam pisang.. emmm sedapnya..
Benda yg sikit kena fikir nak masak apa utk semua org dapat merasakan ye kakzakie.
Saya tengok pun tak sabar nak merasa apam pisang kakzakie ni :P

AtieYusof said...

Alhamdulillah.. suka dengan cara Kak Zakie ni..memberi inspirasi buat atie trs memperbaiki diri... TQ kak... selalu berkongsi rezeki.. ya Allah moga sy pun bgtu..
jarang makan apam pisang ni sebab tak reti sgt bab2 ni..tapi takpe nti nak belajar jg sbb en suami suka kuih/kek berasaskan pisang...hihi

Kayu Manis said...

Suka sgt pisang,msk apa2 pun ada pisang kita tak tolak..
Kongsi rezeki

Nti ptg blehlh cari idea ...

Mummy Sher said...

Anak anak saya suka makan pisang. Kalau buat kuih lagi sukaaaaa. seronok tengok anak anak makan banyak. Alhamdulillah semua sempat merasa ye kak zakie. kuih tu pun nampak sedapppp je..

Wak Lat said...

kek pisang pon sedapp ;p semua dpt merasa

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...rezeki dikongsi bersama. Tak pernah lagi buat kek pisang. Tapi anak2 suka makan pisang.

OKje said...

Betullah kanda....makan kalau berebut mmg sedap! Tetiba dinda nak makan pisang yg dinda beli semalam pulak ni dah hihi....
Cantik gebu jer apam pisang tu nampaknya....tengok pun dah tau sedap!

Unknown said...

wah rajin kakzakie buat buat kek pisang, tengok pepagi ni teringin la pulak

Kamsiah yusoff said...

budak2 memang seronok jika makan ramai2 mcm tu..
alhamdulillah rezeki yg dapat dikongsi bersama..

Nieyla Nadia said...

selamat pagi...:)
ala...tetiba pulak nieyl nak buat kek pisang...
nak carik pisang la petang nie..hihi

Rizziela said...

Sedapnya kak..bila la sy nak cuba buatkan

Zaza Abdul Latif said...

Assalamualaikum Kak Zakie..
bagus dengan cara kak zakie tu.. sekurang2nya semua dapat merasa.. tp saya yang baca ni tak dapat rasa.. macam mana ni?? hahahaha :p

Eye_nee said...

Ibu suka anak2 apalh lagi kan...gembira ria lah dpt mkn kuih yg dibuat dari hasil pemberian rakan mereka...Moga murah rezeki kak sekeluarga...

Anonymous said...

mas suka semua yang berasaskan pisang. mesti wangi je rumah kan. semoga anak tu dan keluarganya diberi keberkatan.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya jadi semuanya dapat merasa kn kak..

paridah said...

kek pisang kukus sedapnya...rezeki yg dikongsi bersama lbh berkat..insyaAllah.

PeRdU cINta said...

Sama sama menjamah kan kak..alhamdulillah mesti mereka suka..

QasehnyaRania said...

sedapnya
nak nak bau pisang tu semerbak harum la..
yg jauh ni nak juga kakak :)

Lydia Miza said...

Alhamdulillah rezeki dibahagia sama..

Bestnya mama dorang rajin buatkan kuih . Mesti gembira ank2 mkn sama2 dah la sedap lembut mkn panas2.

Falsya said...

Betul la kakak..sama2 dpt merasa..sama2 dpt makan..xkan ade yg terasa hati sebab perut setiap seorang dh diisi..sedapnye kuih..;)

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa kak :)

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum Kak Zakie.
Paling penting biar semua dapat merasa, walau sedikit tak mengapa. Bak kata pepatah, Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Biar sama rasa dan sama rata, tidak kira sama ada banyak ataupun sedikit

saniahibrahim said...

Cantek nampak apam pisang yang kakzakie buat tu..
Yalah kakzakie bukan saja zaman budak2 jika sikit nk sama bagi buat kuih atau pengat tapi skg ni pun jika sikit bila anak2 semua ada sy buat mcm tu juga ...

Bunda_nora said...

Tak kira lah sikit atau banyak asalkan sama rasa sama rata kan....moga murah rezeki...baik yang memberi dan yang menerima sedekah...

Puan Kutu said...

Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama..terkesan dengan nilai yg kak zakie terapkan.nmok sedap n gebu kekp pisang ke apam pisang tu kak zakie..bila bakar ke kukus benda berasaskan pisang ni memang baunya semerbak..tak sabar nak makan.hehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

bagus cara kakak. Betul tu, makanan jika jiran-jiran nampak sebaiknya dibahagi-bahagikan walaupun sekadar dapat merasa. Tambah-tambah anak-anak kecik yang masih belum tahu apa-apa lagi. Semoga bertambah berkat rezekinya.

insan marhaen said...

kalau dah pandai memasak tu, pisang tak masak pun boleh buat pancake...

TukangKebun said...

Mesti semerbak bau dapurnya tu.
Betul tu kekadang serba salah juga bila hasil di kebun lumayan jiran sebelah pun boleh nampak tak sedap hati kalau tak dikongsikan.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

Akak rajin sungguh bersedekah pasal tu la sy tengok rezeki akak selalu je murah dan tak putus2...sedap dan cantik sungguh la kejadian kuih pisang kukus akak tu...kalau dekat bleh gak gendeng sepotong

ajax85 said...

Betul kak sy setuju, org memberi kita rasa

Qhaifa Nur said...

Setuju cara kak zakie...semua dpt merasa
nmpk sedap kek tuh kak...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, Salam jumaat mubarak.
Yang sedikit sama-sama dicicip agar nikmat yang ada semua dapat merasa. Sebagaimana firman-Nya: "Dan adapun nikmat Tuhan hendaklah kamu sebarkan."

Etuza said...

sedapnya tu ..sama2 nikmati pada sesiapa yg ada disekeliling..kita teman blogger pula tempias dapat resipi kan kakzakie

nohas said...

sedap..apam pisang...

Kak Wawa said...

Sedapnya, betul tu.. klu yang ada skit, kena kreatif utk banyakkan supaya semuanya dapat..")

BinMuhammad said...

Wah! Pekena masa panas2 tu memang best!

Mummydearie said...

Yang melihat gambar pun terliur, kak ^_^ Kalau saya dululah memang melampau. Kalau mak buat bubur kacang hijau letak durian, dah tentu-tentu durian tu sayalah yang punya kecuali kalau arwah abah nak :)

nhhas said...

Alamak... bau pisang tu sampai ke sini...

Terasa sedap nya... kek pisang kan ?

iryantyismail said...

ya Allah..baiknya hati akak..banyak perkara yang baik2 yan belajar dari akak..Alhamdulilah...moga akak diberi kesihatan yang baik2..amin...amin..amin

fifi said...

wah nampak sedap walaupun FIfi tak suka anything made with pisang (selain goreng pisang haha) - Fifi pun ada sesikat pisang kat umah tppppppppppppppppppppppp I wish I could cook like you too sebab if berdasarkan my own skil, last last jadi lemang pisang terbakar kat dapur :D