Tuesday, November 3, 2015

Buanglah hasad dalam diri

Mendengar luahan seorang pekerja di syarikat aku bekerja baru-baru ini. Keluarga mereka rata-rata walaupun bekerja makan gaji tetapi semuanya mempunyai pendapatan sampingan dengan berniaga. Dia sendiri pada waktu malam akan menjual burger dan isterinya pula membuat sarapan seperti donut, nasi lemak berbungkus dan karipap tetapi permintaan sangat menggalakkan. Si isteri dulu sekadar menjual di tepi jalan hadapan rumah sebelum anak ke sekolah. Bila waktu anak ke sekolah payung akan dijaga oleh di ibu dan dia pergi kerja. Biasanya sebelum jam 11:00 pagi menurut ibunya sudah siap berkemas masuk rumah. Namun tanpa di sangka ada yang membuat jiran kurang senang kerana disebabkan dia berniaga di situ jalan menjadi jem dek kerana pembeli suka-suka parkir kereta. 

Bila sudah ada yang bersuara dia berpindah ke tepi jalan besar luar dari kawasan perumahan. Agak susahlah sikit buat si isteri kerana terkejar-kejar sebelum pergi kerja. Oleh kerana lagi keluar lagilah ramai pelanggan boleh nampak dan semakin meriahlah yang membeli. Kalau dulu dekat dengan rumah menjual 2-3 bekas kuih ditambah lagi dengan nasi lemak, meehoon goreng dan mee goreng. Setiap hari yang dijual adalah sama. Nasi lemak, meehoon goreng, mee goreng, karipap, roti sambal  (kuih yang dalam ada sambal dan sehiris timun) dan donut. Pendapatan semakin lumayan dan berkat sabar ibu dia lagi cepat boleh balik rumah sebelum jam 10:30. Cuma agak penat sebab jauh sikit dari rumahnya. Mudah kata sebaik semua orang masuk pejabat habislah semuanya. Namun tetap ada yang kurang senang mengatakan simpang untuk masuk ke tamannya jem kerana mak dia berjualan di situ.

Sekali lagi dia buntu. Aku yang mendengar pun bagaikan terasa sama. Seminggu dia berhenti berniaga. Tetapi apa yang membuat aku terpempan katanya restoran cina di tempatnya menawarkan kakilima kedai dia sebagai tempat dia berniaga tanpa bayaran. Kawasan itu memang ada disediakan untuk parkir kereta sebab rumah kedai  berderet-deret. Cina itu juga suka sebab orang yang membeli kuih/makanan ibunya langsung minum di restoran dia. Serampang dua mata sama-sama dapat meraih rezeki dengan cara tersendiri. Sekarang ibunya sudah tidak perlu payung. Harap-harap tidak ada lagi ujian buatnya. Rezeki Allah itu maha luas. Allah bagi ruang bumi ini ada di mana-mana saja.

~~ Biarpun kelihatan remeh tetapi pendapatan menjual sarapan itu meraih beribu-ribu ringgit. Tidak ada cukai pendapatan lagi. Untung boleh berzakat/menderma lebih.~~


39 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Hasad dengki ni lah yg paling payah diubati kan kakzakie..
Susah hati mereka melihat orang lain senang..
Sedangkan orang tu senang dengan hasil usahanya sendiri..
Tengok tu orang china pula sanggup membantu..
Alhamdulillah rezekinya bertambah murah..

AtieYusof said...

Salam Kak...
Allah maha Kaya kan.. setiap hambanya yg rajin berusaha pasti dpt imbalan setimpal..berkat kesabaran kak tu, akhirnya dpt berniaga dengan bertambah baik lokasi & pelanggan pun bertambah.. yg bangsa lain pun sudi menawarkan tempat tanpa bayaran.. baiknya hati mereka..moga bertambah2 rezeki..

Dkna Abza said...

alahai.. kesiannya dia kak. semoga rezeki dia makin murah. Bagus cina tu..

paridah said...

sikap org kita ni mmg gitu xhbs2 dgn sikap phdnya tapi org cina tahu menafaatkan kerajinan seseorang berniaga dgn kaedah win win situation...rzeki Allah tu ada di mana saja hanya perlu usha n rajin saja...

norhidana said...

Allah... kenapa lah smpai mcmtu sekali dengki nya kita.... agaknya kan kak lagi org dengki lagi Allah nk bg murah rezeki nya kan... moga lps ni takde lah pulak yg ngadu kt pejabat agama kata makanan nya tercemar dek meniaga dkt kedia mkn cina....

walaupun tak kenal tp kite sebagai sesama sedara islam... terasa la jgk kan... udah rezeki dia jgn la kita hasad dengki, kalu kita berbaik2 kan kita sama2 untung... senang nk membeli sapan heheh

Nieyla Nadia said...

Salam..
Selamat pagi akk...
bila baca coretan akk nie...
nieyl teringat satu drama klu x silap nieyl tajuk die..
Hidupku Solatku Matiku..lakonan shanaz dgn fasha...
Kisah lebih kurang berkaitan dgn org cina jugak...
Walau mcm mana pun,nieyl doakan semoga rezeki mereka bertambah²...Amin..

BinMuhammad said...

Jika kita berniaga ikhlas demi untuk mendapat rezeki yang halal, InsyaAllah...walau apa jua rintangan, pasti Allah beri jalan kerana rintangan itu sekadar ujian sementara untuk mendapat yg lebih baik.

Pada masa sekarang ni memang perlu lakukan sesuatu serta merebut peluang kerana kehidupan dah semakin tertekan dan membebankan.

Unknown said...

Banyak dah saya dengo dan tengok cerita camni....ingat dalam drama je ada rupenye kat dunia sebeno ni lagi banyak kak....jiwa diorang ni jadi sakit kot bila tengok orang lain lagi berjaya dan senang dari dia....semoga isteri kawan akak tu semakin sukses lepas ni...

Fiza Rahman said...

Cabaran dalam berniaga. Hasad dengki memang tak lari dari bangsa kita sendiri. Haishhhh...Smoga rezeki kakak tu bertambah murah. Murah juga rezeki dia bila ada bangsa lain yang sudi tumpangkan dia berniaga. Untung berniaga ni kan kak.

eelobor said...

agak susah jugak nak buang apabila sudah sebati....

Kayu Manis said...

Tapi Mps tak kacau ker kak..maklum tempat parking..cina suap mulut kat diorg ker...
Klu sini pun sama juga tmpat parking susun kerusi meja..sllunya sblh mlmlah..masa ni kurang operasi..entahlah,mungkin cina tu dh minta kebnaran kut..

PeRdU cINta said...

rasa rasa hitam sebegitu yang menjatuhkan sesama bangsa dan agama kak..itu yang menyedihkan sangat sebenarnya..kalau kita tidak membantu jangan menjatuh dan membantutkan orang lain..

Rizziela said...

Memang PHD ada kat setiap orang... kalau boleh... kita cuba control diri kita.. yakin pada setiap rezeki yg allah telah tetapkan

saniahibrahim said...

Hasad dengki orang2'kita ada je dimana2 kakzakie.Tpt saya ni pun sama bila ada kedai yg maju ada saja hasadnya.Ada juga yg guna sihir lagi...Allahhuakbar.

Kamsiah yusoff said...

yg ramai berhasad dengki ni kaum kita jugak...sedih membacanya..

Falsya said...

Allah..falsya pelik betul tau kakak dgn kaum kite nie..suke sgt berhasad dengki sesama sendri..bukan nak kondem kaum sendri tp itulah hakikatnye..

LYAfrina said...

itulah kan..tiba2 bangsa lain pulak y hulurkan bantuan... takpelah, moga rezeki akak ni semakin luas..insyallah..

Mila@Rimbun said...

Allah bg dia ujian sbb Allah nak bg yang lebih baik..... rezeki yg lebih luas.

adarnadzmie said...

alhamdulillah... masih diberikan lagi rezeki pada akak itu walaupun berubah tempat... semoga lg murah rezeki akak itu di tempat baru....

Aryan azra said...

alhamdulillah...rezeki Allah tu luaskan, walaupun ada yang berhasad dengki.. moga bertambah murah rezeki kawan akak tu

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...kesian kan nak berniaga pun salah...mcm2 kena dikata orang...bersabar jer la kat mana2 pun pasti ada rezekinya nanti...:)

Normala Saad said...

Orang Cina kalau dalam bisnes selalu memandang kedepan..bijak dia..Kalau orang kita ni biasalah, kalau bab berhasad tu juara...

Ann Ishak said...

win win situation tu kak, alhamdulillah ada jugak yang nak membantu

Eye_nee said...

Baik buruk tingkah laku bukan diukur apakah bangsanya kan sis...geram sgt dgn sikap sesetangah bangsa sendiri yg bagaikan tidak memahami jerih perit kehidupan mencari rezeki waktu ini...Tq kepada bangsa lain itu yg sudi menawarkan biarpun dia juga dpt meraih keuntungan dlm waktu yg sama namun melegakan hati kwn kamu khususnya mak kwn kamu tu...

Unknown said...

Allah...sedihnya kak..ni la masalah masyarakat kita sekarang ni..kalau boleh dia nak naik sorang2..orang lain tak boleh maju ke depan..kalau tidak mula la dengki.Bertindak sampai tutup periuk nasi orang.

Elya Roza said...

moga rezeki beliau lebih luas

Kak Wawa said...

Allah, ujian buat beliau.. Alhamdulillah, Allah datangkan org cina utk membantu.. Smg jauh dari saifat hasad ini..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu kakak. Kena buang hasad dengki tersebut jauh-jauh. Bangunkan diri supaya lebih berjaya lagi.

TukangKebun said...

Memang sukar nak buang perasaan hasad dengki.
Nak kena ingatkan banyak kali.
Dengan posting KakZie ini juga buat bantu kita beringat juga nak mengkikis hasad.

Wak Lat said...

untunglar cukai tak kena bayar, gst pon bebas., moga2 dimurahkan rezeki senantiasa .,

nohas said...

di KL, banyak kali jg saya tengok situasi macam ni, peniaga Melayu tumpang berniaga di kaki lima kedai cina..win-win situation..crowd puller..

Ahlam Miera Shafie said...

sy pn heran kenapa lah perlu hasad dengki... huhuhuhu sy pn da kletih dngn melayu macsm nih... huhuhuhu

ANIM said...

mudah2an rezekinya makin bertambah di tempat baru..

Lydia Miza said...

Alhamdulillah ada yg prihatin. Moga makin ramai yg dtg ke tempat baru. Beli bungkus takda hal kot dpt kedai cina

iryantyismail said...

nauzubillah..moga dijauhkan dari sikap phd

OKje said...

Maaf cakap....sifat org Melayu kita ni selalunya cenggitukan kanda. Tak boleh tengok org lain senang. Satunya respect kat bangsa cha ya nun alif ni, kurang hasad dengkinya.....sama sama nak maju!

Mummydearie said...

Sudah memang rezeki si ibu ni. Ditolak ke kiri ke kanan pun memang dah tersurat rezekinya dari berniaga nasi lemak dan lain-lain.

Etuza said...

amalan hasad dengki mari kita jauhi..tak elok untuk kesihatan..

Syamimi Saad said...

Assalammualaikum kak zakie..
Btul. Kdng2 orng cmburu, mcm2 cra digunakan untuk kita tdak berniaga kn.. Last2 bngsa lain yng tlng.