Thursday, November 5, 2015

Garis panduan disiplin sudah lama ada

Mari kita renungkan bersama betapa Islam amat menitik beratkan disiplin. Dalam setiap apa juga amalan dan tindakan yang dilakukan pasti ada tata-susila yang indah untuk diikut. Bermula dari mahu mendapatkan zuriat, setiap pasangan di didik untuk berbuat segala amalan berlandaskan disiplin untuk mendapatkan bayi terbaik sehinggalah seseorang itu mahu dikebumikan sebaik meninggal dunia. Tidak adalah sebaik meninggal terus saja gali lubang dan kambus.

Persaudaraan - Begitu juga dalam hal persaudaraan. Kemesraan bagaimana pun pasti ada susila agama yang perlu dipatuhi. Mana yang boleh dan tidak boleh dalam hal munakahat terutamanya. Hubungan dengan sepupu, dengan mak-pak saudara dan sebagainya kena ambil tahu.
Bangun tidur, bergerak ke bilik air, melangkah memulakan hari yang dilalui, berhadapan dengan sesama manusia, adab ketika beribadah semuanya ada disiplin indah. Cuba kita lihat sebaik azan berkumandang manusia berduyun ke masjid. Tiba di masjid tanpa rehearsel masing-masing sudah sedia di barisan saf masing-masing. Tidak adalah yang akan duduk di tengah barisan antara saf depan dan belakang sendirian. Hatta ketika berada di Masjidilharam atau Masjd Nabawi yang jumlah jemaahnya berjuta-juta tetap barisan saf cantik tersusun rapi. Tidak kiralah yang berada di dalam masjid mahukan di luar/perkarangan semuanya tersusun indah. Begitulah juga ketika menjalankan ibadah bersolat tidak adalah yang duduk tahiyyat dulu baru berdiri untuk buat rakaat ke dua dan sebagainya (ini tidak termasuk yang masbuk).
Adat dan agama - Selagi adat dilakukan tidak melanggar susila agama masih tidak menjadi masalah tetapi seandainya hanya kerana adat ianya melanggar syariat agama sebaiknya segera bertaubat.
Oleh sebab itu alangkah indahnya dunia ini andai semuanya mengikut disiplin yang telah digariskan di dalam Al-Quran. Tidak adalah percanggahan di sana-sini. Semua perlakuan dilakukan bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Namun lumrah sebagai manusia kepuasan tepu tidak pernah ada dalam diri. Bila merenung ini rasa rendah diri terasa bagaimanalah Allah terima segala amalan kita.

~~ Ya Allah terimalah ibadah kami - robbana taqobbalminna. ~~




34 comments:

paridah said...

ADAT YANG BERSENDIKAN AGAMA LEBIH MURNI KEHIDUPAN YG PERLU DIJALANI...ADAB DAN PERATURANNYA TELAH DICATAT DI DALAM ALQURAN...ISLAM MEMUDAHKAN KEHIDUPAN UMAT-NYA INSYA ALLAH...

Farah Waheda Wahid said...

Disiplin itu telah bermula semenjak dari azali...

Kamsiah yusoff said...

ALLAH telah menyediakan semuanya..lengkap..dalam al quran sbg panduan hidup kita..

Zul fattah said...

salam. betul tu kak.
apa yg nabi Muhammad saw tunjukkan pd kita semuanya ckup lengkap.
kjayaan manusia dunia n akhirat ialah ikut cara nabi muhammad saw.

tp skrg, kita masih gunakan cara barat utk didik anak kita. Ikutkan pngalaman sy, kalau ada budak2 nakal or yg nis x dgar kata. kami bwak kluar 3 hari di jln Allah, insyaAllah, lepas dari pd tu, diaorg smua jd baik, jaga solat n lbih hormat pd mak n ayah..

lieyalatif said...

betul kak.... byk input dari tulisan akak.... hidup kalo berlandaskan alquraan dan sunnah in sha Allah tepeliharan akhlak dan iman....

moga2 kite istiqomah dan menjadi umatNYA yg baik...

Nieyla Nadia said...

Assalamualaikum...selamat pagi...
terapkan semuanya dr Awal...InsyaƁllah...

cahayahidupku.blogspot.my said...

jika semua mengikut panduan Al Quran dan hadis..
Maka aman damailah dunia ni kan kakzakie..
Namun syaitan laknatullah tu sentiasa mengganggu anak cucu cicit nabi Adam AS ni kak..
Kenalah diperkuatkan iman didalam hati agar syariat terjaga.

Lydia Miza said...

Jika islam asas hidup kita pasti kita berdisiplin. Patuhi masa, amanah.. Jaga pergaulan .. Sedangkan solat berjemaah tu pun klu terlewat solat masih blh ikut sama tp perlu mazbuk. Andai tahu caranya dptlah fadhilat berjemaah. Andai tak tau rugi lah diri. Tu contoh.. Ye tak kak..

suka suka said...

Semoga disiplin kita semakin mantap.. insyaaAllah

saniahibrahim said...

Tazkirah yang meinarik...sama2 lah kita memperbaiki diri dan terus mengikut jalannya dengan sempurna...

Cikgu Ma said...

assalamualaikum kak zakie..apa khabar
kehidupan akhir zaman ni sangat mencabar kan kak...kalo kita masih lalai dengan dunia, apa bekalan nak hadapi kematian hari esok...

moga kita semua dalam lindnunagNya dan mati dalam syahadah...

Eye_nee said...

Itulah kan kak...semuanya kena ada peraturan ada adab...jgn main langgar jer..jika kita jadikan Al-Quran itu panduan..InsyaAllah teratur dan disiplin lah kehidupan...

Bunda_nora said...

Al Quran dah sedia mengajar kita tentang adab dan disiplin...segala panduan2 itu memantapkan lagi kehidupan kita seharian...

AtieYusof said...

Hidup akan lebih mudah dan aman andainya disiplin di terapkan sejak kecil dan menjadi amalan..
semuanya kan mengikut peraturan.. tengah melatih diri agar lebih berdisiplin terutama dlm bab2 ibadah... :)

iryantyismail said...

dari kecil dah diajar displin..tapi bila meningkat dewasa displin semakin diabaikan...

raihanah said...

terapkan dari awal insyaAllah ok kan

Malinda said...

kalau la semua manusia mempeberatkan displin dalam diri segala2 nye mesti lebih indah dan selesa...

Mummy Sher said...

Salam kak zakie!

Semoga disiplin kita terus ada.. insyaaAllah

PeRdU cINta said...

Betul..sejak alam ini dicipta..subhanallah..tapi sayangnya ia terus ditolak ke tepi..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Disiplin dan amalan agama menjadi panduan dalam kehidupan kita.

Ujie Othman said...

garis panduan mmg lengkap, tapi kita (saya) kekadang terlupa!

Unknown said...

selamat petang kakzakie
sesungguhnya islam tu dah lengkap segalanya peraturan hidup kita seharian semuanya sudah ada garis pandu kan, cuma kita saja kadang2 kurang mengambil berat

chadeen said...

Orang yang berdisiplin tinggi ialah orang yang boleh mengendalikan hawa nafsunya dengan baik. :)

Zaitun said...

Nabi kita meninggalkan al Quran untuk dijadikan panduan. Sesungguhnya Islam itu cantik dan mudah.

Izwa Kamaruddin said...

betul kak..sebenar nyer al-quran tu landasan kita tapi tu lah...ramai yg terlupa tentang al-quran itu sendiri.

Unknown said...

ye kak..dalam al Quran tu dah ditulis aturan hidup yang sanagt sempurna..cuma tak ramai yang nak ikut dan lebih suka ikut jalan yang susah dan menyesatkan..

aizamia3 said...

Tanpa disiplin tak ke manalah diri kita.. :(

OKje said...

Dalam Islam itu ada disiplin sebenarnya....kan kanda

eelobor said...

memang dah ada cuma tunggu nak ikut dengan tak ikut jer.... hihihihi

Qhaifa Nur said...

Bila hidup berdisiplin mmg jd mudah malah diberkati kan kak...

aby said...

salam jumaat kz ..
tu yg selalu kita nampak stiker kt cermin2 kereta ..
Islam, The Way Of Life ..
yg bermaksud, Islam, satu cara hidup ..
kesemua ada peraturan nya

Syamimi Saad said...

Disiplin.
Perlu dimulakan.. Kna ddik diri..
Skrng cuba juga ddik zahra dr dia kcil. Sbb dia seorng yng terlalu aktif.. Hope bila dia besar, dia thu ddikan yng disiplin.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg perlu kena ada disiplin tu kan...kena tanamkan dlm diri selalu...

Mummydearie said...

Kalau hidup kita di dunia ini sentiasa berlandaskan agama, InsyaAllah semuanya terjaga dan baik-baik belaka.