Friday, November 13, 2015

Pilih kasiyat-ariat atau libatus-syuhroh

Semakin rancak era permodenan semakin ligat kita diasak dengan dunia fesyen. Mata aku pun tidak kurang melilau sama walau sudah banyak kali juga melopong mulut dek tidak mampu membeli bila melihat tag harga yang dilekatkan. Ada harga yang setanding dengan harga sebuah oven atau freezer di dapur rumah kita! Ada juga yang mahal tetapi bila dipakai memerlukan sehelai baju lagi sebagai pelapik untuk melindungi anggota di dalam daripada kelihatan. Calang-calang iman boleh terjegil biji mata lelaki melihatnya. Lagi ketat dan lagi jarang lagi mahal tetapi semakin menjadi buruan. Ada habaya cantik mengerlap satu baju bila dipakai sah semua yang melihat pasti akan mengerling. Paling tidak pun menoleh dua-tiga kali.  Sebagai pemakai apa dirasakan bila setiap mata terus memandang walaupun hakikatnya menutup aurat. 
Baju anak mama - Dulunya baju Kak Meen. Sekali pakai simpan. Tempohari adik pula memakainya juga sekali pakai dan  kini sudah tersimpan. Harga RM120/- dibeli pada tahun 2014. 
Pesanan mama buat anak-anak mama yang kian meningkat remaja. Berhati-hatilah. Siapa tidak suka berfesyen. Cantik. Mama pun suka anak-anak mama berpakaian cantik. Tetapi biarlah cantik yang tidaklah membuat orang memandang tidak berkelip mata. Andai sayangkan atok, papa, Pak Ngah, Pak Uda, Pak Azim dan abah Din berhati-hati dalam pemilihan berpakaian. Andai salah percaturan, bukan diri sendiri yang menanggung tetapi lelaki-lelaki ini dan mama akan diheret sama.

Kasiyat-ariat adalah mereka yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang. Libatus-syuhroh pula berpakaian untuk berbangga-bangga. Keduanya inilah yang paling banyak menggoda mama dan anak-anak mama. Sama-sama kita renungkan.

~~ Sesak nafas melihat harga yang mahal, lagi sesak melihat bila disarung ke badan. Aduhai!~~


39 comments:

Nieyla Nadia said...

Assalamualaikum akk...
InsyaÁllah...nieyl selalu ingat pesanan akk... :)
terima kasih sebab selalu mengingati kami.. :)

Mia Kassim said...

Salam jumaat kak. Pesanan berguna ni kak, nak2 lg mcm Mia ni yg ada anak perempuan.

saniahibrahim said...

Yalah kak zakie,saya ni pun ada ank2 ppuan ...fesyen skg mmng cantek2 kan tapi kdg mmng tak sesuai utk dipakai ,jarang dan sendat .

Zaza Abdul Latif said...

betul kak.. harga baju sekarang memang mahal.. tak mampu untuk beli.
Terima kasih juga buat kak zakie atas nasihat dalam pemakaian.. renungan buat saya sendiri..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Fesyen sekarang memang menarik perhatian..
Bukan sahaja anak2 muda..
Saya yg dah kilauan emas ni pun tergoda sama..
Benarlah kata kakzakie tu..
Jangan pakaian kita menjadi orang lelaki pandang tak terkelip..
Dan jangan juga pakaian kita itu menjadi kita orang yang angkuh dan bangga diri..
Semuanya itu menguji keimanan kita kan kakzakie..
Nauzubillah.. semoga kita semua dilindungi Allah.

monalea said...

betul tu kak. kadang2 bila keluar kita yg perempuan ni yang malu bila melihat apa yang sepatutnya tidka dilihat

paridah said...

SALAM JUMAAT...BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG MOGA RAMAI YG MEMAHAMINYA...MENGHIASI DIRI DGN BUSANA CANTIK MMG WAJIB TAPI BIAR BETUL CARANYA KAN...PAKAIAN2 MAHAL NI NK DIPAKAI XSESUAI, NK DIBUANG SYG KALAU DISIMPAN SAJA DIGERIT TIKUS...HMM.

εïзmmyHazaεïз said...

Assalammualaikum kak zakie...

Fesyen sekarang banyak yg menyesak napas hehhehe

Aryan azra said...

Betul tu kak...fesyen cantik2 sekarang ni tapi kita kena pandai pilih mana yang sesuai

AtieYusof said...

Salam Jumaat kak...
TQ atas perkongsian.. skrg ni mcm2 fesyen dipasaran..memang kelabu mata juga bila memilih..kita yg kena pandai menilai... sllu ingatkan diri juga jgn sampai beli pakaian yg mcm sarung nangka..kesian kat suami yg akan tnggung dosa..huhuhu..

Fiza Rahman said...

Mekasih atas peringatan kak. Suma makin mahal kak. Baju budak lagi mahal mengalahkan baju org dewasa. Apatah lagi baju fesyen2 macam nih.

Falsya said...

insyaAllah kakak..falsya akan sentiasa ingat pesan kakak..

Malinda said...

betol kak sekarang kalau nak memilih baju kene telek lama2 sikit...kadang2 kain dia lain macam sikit...memula tengok cam ok tapi bila pakai tetiba nampak sangat jarang pulak...huhuhu....seram...saya kalau pilih baju2 ni bior le tebal panas ke hape asal kan selesa dan konfiden nak pakai...

Mizz Aiza said...

Kena bijak memilih pakaian mengikut syariat.. Ramai yang berpakaian tapi telanjang.. Ingatan untuk diri aiza juga..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu kakak. Kadang-kadang tengok baju sekarang tak tahu nak cakap. Baik cari yang cantik dan selamat untuk di pakai. dapat pahala dan selesa menggayakanya.

adarnadzmie said...

terima Kasih akak...kerana sudi ingat mengingati adik2 mu ini....

Sayang akak...:)

iryantyismail said...

salam jumaat kak :-))
kena bijak membeli

PeRdU cINta said...

Allahu..terima kasih kak..ingatkan tandanya sayang...sayang agama..sayang iman..sayang ukhuwah...betul kita mesti bijak memilih..cantik di mata belum tentu cantik seperti apa yang agama inginkan..kalau boleh dulukan apa yang cantinya pada agama in sya Allah biasnya pada mata pula..

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie... Benar kak, sekarang ini baju fesyen jubah yang dianggap menutup aurat sudah jauh dari konsep sebenarnya. ia lebih kepada bertabarruj... hiasan berlebihan. Sedangkan kita berpakaian untuk menutup aurat bukan menutup urat. Anak2 remaja kita patut difaham dan didisiplinkan dalam berpakaian menurut Islam. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

Mummydearie said...

Betul juga kata akak. Lagi mahal, lagi 'berbentuk' dan lagi banyak 'lapisan' kena pakai nak menutup aurat. Zaman sekarang ni menutup aurat macam berfesyen. Itu yang macam-macam fesyen keluar untuk wanita yang berhijab. Tapi kalau kita sarung pakaian tu dah terasa riak tengok refleksi diri dalam cermin (yang sungguh menawan) dan mata-mata lain pun tak puas menatap kita, susah juga tukan kak nak menjaga aurat!

Deanna Morni said...

makin nipis dan singkat abjunya makin mahal lak harganya kan....mgkin hrga yg dibayar tu adalah harga fesyen bukan harga kain kot kan....pape pun berpakaian mengikut syariat tu yg plg penting bukan fesyen semata-mata...byk dah fesyen yg patuh syariah skg ni kan....boleh pilih mn yg nak hihihi

Izwa Kamaruddin said...

betul makin nipis makin mahal sangat kak..

Zaitun said...

Selalunya baju yang harga mahal tu beli brand dia. Pilih baju dengan kesesuaian.
Ramai yang mampu sebab ibubapa berduit.

norhidana said...

btl tuh kak baju perempuan yg selalu hadapi situasi gitu... baju lelaki selalunya lebih save....

sama2 kita cuba hindarkan dr pakai baju tp telanjang atau pakai baju ttp segalanya tp merelip labuci 1 bdn...

Kayu Manis said...

Alhamdulillah
Semakin ramai org suka pakai jubah..masaallahnya org suka pakai sendat2...tu org yg tk faham2..

eelobor said...

hehehe....kesian juga kat kami nie yang kadang2 terpaksa tak berkelip mata. huhuhu

Aziela said...

Berpakaian tetapi telanjang. Ramai betul yang kurang faham etika menutup aurat. Bertudung tapi tshirt berlengan pendek hingga ke ketiak. Terima kasih atas teguran, kakak. Peringatan utk diri saya juga.

Puan Kutu said...

betul tu kak zakie..fesyen sekarang byk yg nak menonjol islamik tapi realitinya menjolok mata..semoga kita berhati2 dalam berfesyen..bukan harga jadi taruhan tapi keselesaan..yg paling penting tak melanggar syariat

ANIM said...

bukan kata anak2 remaja kakzakie, kita yg mak2 orang ni kadangkala terlepas pandang..
nama je jubah, tapi bila disarung nampak line dan benda2 tak sepatutnya...
almaklum, badan tak seramping dulu.
betullah...kena hati2. jgn terpengaruh dengan kata2 penjual yg kata ok, cantik kak..hee

Nor Azimah Ali said...

Saya ada pengawal kak, siapa lagi kalo tak my suami, dia akan tegur bila tak kena syariat, walaupun jubah, ada jubah yg saya beli, bila dia tegur tk bagi pakai sbb pada dia dia tgk ketat, walaupun pada saya, sayang beli tapi bole pakai, saya kena ikut cakap dia.
Memang betul, fesyen baju sekarang tak menepati syariat, kita sbg wanita muslimah pandai2 lah memilih mengikut kesesuaian syariat.

SalbiahM said...

peringatan yang bagus...remaja purba macam saya pun kena take note

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul la tu kak...peringatan yg bagus utk anak2...:)

TukangKebun said...

Cantik baju biru tu.
InsyaAllah ada occasion yang dapat dipakai lagi.

nhhas said...

Betul tu kak anim...

Lg seksa kot tgk mak mak pakai sendat mcm tu...

Jubah sekarang pun mmg x blh harap...

Lg "tembus" dr pakai jeans ...

nhhas said...

Betul tu kak anim...

Lg seksa kot tgk mak mak pakai sendat mcm tu...

Jubah sekarang pun mmg x blh harap...

Lg "tembus" dr pakai jeans ...

Lydia Miza said...

Peringatan yg sgt baik. Terima kasih kak zakie. Bila kita syg org2 yg bertanggungjawab atas kita kenalah kita jaga sbb xmo mereka terseret sama

Kak Wawa said...

betul tu kak.. pilihlah pakaian yang menutup aurat, bukan membalut aurat..")

QasehnyaRania said...

betul tu kakak.
peringatan bersama..

Etuza said...

pakaian muslimah ..nampak bagus tu