Friday, December 11, 2015

Mahu menjadi jiran terbaik di 'sana'

Bapak aku yang kerdil sosok tubuhnya tapi gagah fizikalnya. Mampu menambah umat Muhammad di muka bumi ini seramai lapan orang. Bertambah sempurna apabila bapak mempunyai isteri yang lemah lembut dan cekal dalam membesarkan anak-anak dengan kesusahan. Betapa peritnya kerja kampung bila lapan yang dilahirkan tujuh darinya adalah perempuan. Apa pun usah pandang sebelah mata bila anak-anak perempuan bapak biarpun begitu mampu membantu kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh anak-anak lelaki. Jiwa anak perempuan mudah tersentuh melihat orang tua mereka mengerah keringat demi rezeki kami sekeluarga, sebab itu setakat membantu memecah kelapa, susun di atas salai dan mengeluarkan kelapa menjadi copra tidak menjadi masalah buat anak-anak bapak. Sudah dinyatakan baginda rasulullah mereka yang punya anak perempuan satu, dua atau tiga jika mampu menjadikan mereka anak solehah di akhirat kelak pasangan ini akan berjiran dengan rasulullah. Moga kalaulah bukan aku mungkin kakak-kakak atau adik-adik aku menjadi anak solehah yang dimaksudkan.
Bapak - Nampak kecik saja bapak aku tapi gigih mendidik dan membesarkan 8 anak. Gambar ini lama sudah diambil ketika bapak baru baik sembuh dari kemalangan jalanraya. Ini adalah kali pertama keluar dari rumah setelah hampir 6 bulan bapak duduk saja di rumah dalam penjagaan aku, hubby dan Mak Zah.
Bagaikan menwarisi genetik bapak anak-anak aku juga kesemuanya perempuan. Moga anak-anak aku boleh menjadi anak solehah. Itu harapan aku dan hubby. Bukan mudah mendidik di zaman serba-serbi kini mencabar mata dan minda. Ada saja isu yang mempu menggetar rasa sebagai ibu dizaman yang dikatakan canggih kononnya. 

Semua orang mengimpikan untuk membina mahligai di syurga kelak. Kalau dapat membina mahligai di tepi syurga pun rasanya sudah amat membahagiakan. Golongan yang tidak pernah berbohong inilah yang mampu membina rumah di tepi syurga. Untuk membina mahligai di tengah-tengah syurga pula kenalah kuat menahan sabar. Mereka itulah yang akan diberi oleh Robbuljalil untuk di tengah syurga. Mampukah kita jika kebenaran kita dinafikan bahkan sanggup berundur dengan baik walaupun kebenaran kita tidak diterima. Sungguh bukan mudah tetapi alangkah beruntungnya golongan yang begini. Ada lagi golongan yang dapat membina mahligai paling tinggi di dalam syurga. Mereka adalah golongan yang mempunyai perangai/akhlak yang baik. Kedengaran terlalu mudah namun mampukan kita? 

~~ Bersama-sama kita mencari jalan untuk membina mahligai di syurga abadi. Istajibdu'a ana ya Allah..~~


29 comments:

Nieyl said...

Assalamualaikum kak..
Salam jumaat...
InsyaÁllah..sekiranya cukup didikan agama...tetap iman di hati..
insyaÁllah...ibu bapa sentiasa berdoa semoga anak² menjadi nak yang soleh dan solehah...Amin...

paridah said...

salam jumaat...kasih ibu/bapa terhadap kita tiada bandingannya...sanggup berkerja keras membesarkan anak2...hasil kerja keras di usia muda membuat ayah kakzakie sht sentiasa walau sudah berusia...syukur alhamdulillah.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Itu harapan semua muslim kan..
Agar dapat memiliki Syurga Allah yg indah itu..
Semoga kita tergolong dlm golongan yg beriman dan bertaqwa kepada NYA..

Memang kecil bapak kakzakie ye..
Namun kuat semangatnya..
Begitu juga dgn arwah abah saya yg gigih mencari rezeki utk 9 org anaknya. Dengan dibantu oleh arwah mak.. menoreh getah.. ingat lagi bila cuti sekolah selalu tolong mak di kebun getah.. tolong mengangkat getah.. pastu gi kilang utk membuat getah keping.. berebut2 nak memesin getah tu..

Aziela said...

Amiiin. No pain no gain. Kalau ikhlas dam redha, tiadalah terasa sakit..namun kehidupan abadi yang harus didahului..

Aziela said...

Amiiin. No pain no gain. Kalau ikhlas dam redha, tiadalah terasa sakit..namun kehidupan abadi yang harus didahului..

idzwa kamaruddin said...

semoga bapak diberikan kesihatan yang baik selalu..
rindu pulak kat abah kiter..

Amanda Suria said...

salam kak...semoga allah panjangkan usia bapak agar puas menikmati kebahagiaan di sekeliling anak-anak dan cucu...semoga diberi kesihatan yang baik..amin..

Kakak Cantik said...

moga Allah permudahakn urusan kita ibu bapa dan adik beradik kita didunia dan diakhirat kelak.. Org tua ni kalau dia susah mcm mna pun mesti takkn tunjuk kat anak2 kan

nohas said...

saya pun sama, enam beradik lelaki sorang je..berusaha yg terbaik untuk membahagiakan ibubapa..

Mummydearie said...

Keluarga saya pun sama, lebih ramai perempuan berbanding lelaki tapi mak mahu pun arwah abah tak pernah mengeluh menjaga anak yang ramai. Semua diberi secukup apa keperluannya.

Melihat bapa yang semakin tua dan uzur, terasa sayukan, Kakzakie. Itulah orangnya yang kita bergantung harap sangat-sangat ketika kecil dan tak tahu apa-apa tentang dunia sebenar.

Nampak memang mudah tapi nak melakukannya tu bukan perkara yang semudah ABC. Banyak halangan kalau tak bersungguh-sungguh.

Qhaifa Nur said...

pengorbanan ibubapa tiada tandingan..menjadikan kita insan sempurna kan kak..
Moga d berikan kesihatan yg baik buat bapak kak zakie...

norhidana miswan said...

adik badik dana pun ramai pempuan kak, laki cuma sorang je yg bongsu...

amin2 moga termakbul semua impian kita kak...
org dulu2 mmg kuat tubuh badan nya mcm bapak akak tu

Kayu Manis said...

Setandan pisang tu kak ada juga yg busuk , lumrah mnusia..tarbiah tk hnti..nk dakwah adik beradi,saudara maralh yg agak susah silap sikit kita di cop jahat,tunjuk warak...marah tk bertmpat..lain kli tk pyh ckp psl agama dgn diorg..oh tidak..wajib menyampaikn suka,tk suka terpulanh...sama2 ke syurga kita..berjiran dn bertegur sapa....ye dakk kak?

Mila@Rimbun said...

Amin...
moga Allah tunjuki kita jalan ke syurganya.. dengan rahmat dan kasih sayangNya

Fida Z Ein said...

Aaamiin....

Terima kasih buat ibu dan bapa...semoga mereka ibu bapa kita semua sentiasa dalam limpah dan rahmatNya

wahida said...

rasa sebak dengan penulisan akak...
saya terbayang mak yg membesarkan kami dua beranak walau tanpa ada suami di sisi...

rindunya kat mak...huhu...

semoga ayah dan mak akak sentiasa sihat hendaknya...

PeRdU cINta said...

Amin..amin..amin..amin Ya Rabb..betul kak..mudah untuk kita menutur kata tapi tidak semudahnya untuk melaksanakannya..

NEKCIK said...

Kiranya Kakzakie mewah ngan adik beradik perempuan..nekcik pulak merupakan lone ranger...selalu arwah bapak sebut..inilah madu inilah racun..hu..hu..macam perosak pulak bunyinya..di didik dengan penuh kasih sayang..namun antara satu yang amat nekcik bersyukur..arwah bapak selalu mendidik kami menjadi manusia yang bersyukur dan tidak memewahkan kami walaupun dia mampu sebagai guru..sentiasa menghormati dan mengasihani orang yang susah!!

iryanty ahamad said...

yan sorang je girl dalam 5 bersaudara.....dah kawin baru tahu berdikari...huhu

moga ayah akak diberi kesihatan yang baik2

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sungguh menginspirasikan.
Kak.. mudah2an kita semua layak utk masuk Syurga Tanpa hisab ye Kak Zakie... aamiin.

Amie said...

Bapa saya pun kecil orangnya, tapi gagah fizikalnya. Adik-beradik kami 8 perempuan 1 lelaki. Sekarang tinggal tujuh perempuan...

Qaseh Vee said...

tetiba teringat arwah abah ... al - fatihah .

cikceriacorner said...

Amin..moga hubungan adik brradik kita akrab hingga akhir hayat..dan moga Allah beri kesejahteraan dunia dan akhirat ibu bapa kita

SHERWIEYNA MUZZAWER said...

Semoga ayah kak zakie dalam perlindungan Allah..

sya mimie said...

Semoga Allah memanjangkan usia ayh akk.. Serta diberi kekuatan. Amen..
Seorang ayh mampu mnjaga 8 ank.. Tp seorng ank blm tntu mmpu nk lyan karenah seorang ayh..

kakyon said...

semuga ayah Zakie di berkati dan dalam pemeliharaan Allah.
seronoknya adik2 perempuan ramai..sesekali berkumpul mesti riuh rendah..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah aamin kak...mas pun semuanya anak perempuan..mungkin x ada rezeki utk dpt anak lelaki agaknya...:)

Malinda Ismail said...

Aminn...mudah mudahan...saya ada dua anak perempuan...moga dpt didik mereka jadi solehah...bak kata akak tak dpt berjiran tapi dpt menumpang di hujung2 pon jadi la...tu memang harapan seluruh umat manusia yg berugama islam...

hainom OKje said...

Kira kuat lagilah bapak ni ye kanda, masih boleh berjalan jalan makan luar cenggitu. Bonda dinda mmg tak mau kalau diajak makan luar kanda, lagilah dah bertongkat empat ni, dulu dulu pun bonda tak biasa...