Perbandingan usia matang dan belum matang. Anak-anak yang belum matang ada dua scenario dari pandangan mata mereka. Melihat luaran sudah menduga ianya seperti yang selalu yang disuakan. Ada juga yang jenis sudah melihat luarnya tetap mahu melihat apa isi di dalamnya.
Sebenarnya bukan kanak-kanak saja yang selalu melihat luaran lalu membuat tanggapan begitulah juga isi di dalamnya. Mereka yang sudah matang tidak kurang yang membuat tafsiran di luar dari apa yang disangkakan. Walau sering dikatakan hitam dan comot luaran tidak menggambarkan hitam dan comot juga di dalamnya. Begitulah sebaliknya yang cantik dan bersih luaran belum pasti begitu juga di dalamnya. Namun masih ada yang beranggapan begitu. Era dunia globalisasi lagilah semakin ramai yang hipokrit bila mampu mengabui mata orang lain sedangkan hakikatnya palsu belaka.
Bersama kita renungkan ayat ini - "Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah sesuatu puak (lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan lelaki lain kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum wanita mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik dari mereka. Dan janganlah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat dari perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim" - Al-Hujuraat:11.
~~ December 2015 sudah muncul. Bila cepatnya masa beredar bererti usia kematian juga kian cepat menghampiri kita.~~
39 comments:
betul tu kak, kadang manusia ini melihat luaran terus membuat tanggapan dari apa yang mereka lihat dari luaran tanpa mereka tahu apa yang ada didalamnya.
betul tu kak, wawa selalu jgak mcam tu.. melihat luaran dn terus judge..
org kata, don't jdge a book by its cover..
nampak luar cantik, dalam belum tentu.
nampak luar buruk, dalam kita tak thu..")
selamat pagi kak, december yang penuh manfaat dunia akhirat insyaAllah..")
Strategi yang bagus kak...
Welcome December...
Alahai, cepat sgt dah habis 2015...
luaran dgn hiasan indah n dalaman juga seharusnya begitu kalau jadi sebaliknya itu yg menyukarkan tapi kdg2 pemerhatian yg teliti pun mampu menipu kita...ikut kata hati sajalah nampaknya.
Terlalu cepat masa berlalu, sebulan lagi jika Allah masih pinjamkan usia kita akan bertemu 2016...
InsyaAllah, Khamis ini kakcik dan abang akan turun ke JB untuk seketika...
assalamualaikum kakzakie...yer betul tu kak jgn pandang luaran saja tapi lihat yg di dlmnya juga...:)
1 disember dah ...maknanya lg sebulan je kita dah nak ke tahun baru..aduhhh pantassnya masa berlalu...
hati yang ikhlas tu yang terbaik..indah hati indahlah luaran rasanya gitu tu ya..
Assalamualaikum kak zakie....
Apa khabar? Masih ingat yus?
Setuju kak, kita kadang cpt sangat menilai dari luaran, belum lihat dalam dan isinya lagi dah pergi kepada kesimpulan. Kena ingatkan diri sendiri, supaya tidak begitu...
Allah jua telah beri pengajaran pada buah Manggis .. Luar hitam bertompok tapi didalam putih berseri.. Begitulah juga kita jgn melihat org dari luarannya sahaja, tapi hatinya kita tak tahu..
Benar sekali firman Allah dalam surah Al Hujjurat tu kakzakie..
Semoga kita mengambil pengajaran dari surah tersebut.
Sekejap masa berlalu kan kak..
Semoga kita dipanjangkan usia utk tahun hadapan..
Bersedia dgn penambahan usia kita yg semakin dekt dgn kematian.
setuju tu kak..
Jgn nilai isi dari kulitnya, tapi tanpa kulit isi akan binasa...begitu juga kulit tanpa isi, tiada makna apa2
Zaman media sosial sekarang ni kak zakie, kita amat amat mudah berbuat dosa. Dgn satu klik, kita boleh aib kan orang. Dgn satu klik, kita boleh fitnah orang. Nauzubillahiminzalik..Moga kita dijauhkan dari perbuatan mazmumah sebegini.
itu lah lumrah manusia kak..... luaran di jadikan batu aras utk mereka menilai sesuatu..... bagus entry akak nie...ade maksud tersirat disebalik yg tersurat....
bagus akak...ajar ngaji ..pastu siap ade upah lagi jalan2....mane laa budak2 ni tak sayang ustazah ngaji dieorg heheehehe...murah le rezeki akak hendaknyer....
Hihi.....sebab tu org suruh kitepakai kemas2 kan masa intebiu..first impression is the most important...tapiiiii kite ni tak reti la hai nak berlawa2 bagai....haha
semoga kita sentiasa matang dalam menilai sesuatu perkara..
seronok mengaji kt rumah akak..byk jajan..hihi..
betul tuh kakak..kadang kalau letak ape2 kat tmpt bertutup yg xnmpk isi kandung, mesti berusik..kalau nmpk laju je abisnye..hehe
Betul la kak, baru semalam saya bincang dengan suami, zaman sekarang ni suka sangat menilai luaran..Takmo menilai sebenar2nya..
betulla kak...sekejp betul masa berlalu..tmbh lg bila sibuk..aduhaiii
Saya baru balik dri hospital ni kakzakie...masa tengok misi yg masam muka lagilah tambah nervous...tapi berbaik sangka bukan hanya tengok luaran saja,mungkin hatinya lagi mulia.
Kakzakie...bestnya banyak jajan utk budak2 ngaji.
Kakak...kebetulan yg tepat pula. Saya ada kemusykilan. Ada seorang wanita yg rapat dgn saya. Namun dia sering melihat luaran dan melahirkan komen yg agak negatif. Walau telah cuba saya terangkan berbagai cara, namun ia tetap berulang. Kadang2, cuaca anugerah Allah juga menjadi mangsa. Mcm mana kita nak handle ya, kakak. Tahap ini, saya ikut rasa berdosa.
Setuju kak..,
Org selalu kta nor sukar di dekati
Muka sombong katanya..tpi ternyata ngakk sama sekli...gawat kakk
cepat masa berlalu.. kadang rasa baru jer isnin, tup tup dah jumaat
tahun depan dah naik setahun lagi umur kita
Orang skang suka menilai dulu baru nak mengenal. Kejap jer dah hujung tahun.
Kenali...selusuri...baru nilai kan kak...hangan terlalu mudah mentafsir dan membuat kesimpulan..
Menilai sesuatu atau menilai orang untuk pandangan pertama..kadang² ianya akan berubah bila kita dah mengenalinya :)
Perkongsian yang berguna kakak. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
jgn di pandang luaran semata2... perlu jugak halusi isi di dalam.... baru tahu baik buruknya....
itulah yg berlaku pada masa kini.... :(
betul kak... bekas transparent sesuai letakkan benda makan... sgt menarik minat anak2 tuk melihat dan akhirnya anak2 jd suka nak makan...heheee
salam hujung tahun kak zie... suka baca nukilan kak zie ada maksud mendalam...
Dari mata turun ke hati kak...kikiki...camni punye penangan kalau dekat saya pon nak belajar mengaji dgn akak jugak la...hihihi...sambil mengaji kepit tong biskut celah ketiak...hahaha
emmm..sebaik-baiknya kita jaga luaran kita..bgus di dlm dan di luar..hhuhu
Pelikkan kita, selalu tengok luaran..
terima kasih saling mengingati
Memang...penilaian pertama selalunya dari luaran...lepas tu baru tak kenal maka tak cinta...
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam
Manusia memang begitu. Suka melihat luarannya dan terus buat kesimpulan. Tak pernah cuba mendalami dan memahami dengan sebenar-benarnya apa yang dilihat. Anak-anak kecil ni bila nampak sesuatu yang cantik di mata mereka pun teruslah buat anggapan yang sama. Tapi kita ni bukan anak-anak kecil, makanya tak bolehlah bersikap begitu. Betul tak, kak?
Pantas betul masa beredar semakin anak membesar.
Setuju.....Menilai sesuatu jangan di pandang hanya pada luarannya sahaja, kena juga belek isi dalamnya.
Tapi make sense jugak kanda, nak tengok bakal isteri pun, cukuplah tengok muka dan dua pergelangan tangannya kan.... Insyaallah baik luarannya, isi dalamnya pun baik jugak kot...hihi
setuju sangatt..
Post a Comment