Friday, December 18, 2015

Night Safari Melaka di percutian hujung 2015

Sebaik membayar tiket diperlukan, empat gelang kertas seperti biasa dihulurkan. Siap memakai gelang masuk ke dalam untuk menaiki trem yang disediakan. Berkali-kali pihak zoo memberi pesanan tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash dan kepada yang membawa lampu picit/suluh tidak dibenarkan sewenang-wenangnya menyuluh binatang. Oleh sebab itulah bila sistem pencahayaan kurang baik dengan kamera telefon tidak canggih kami lalu tidak adalah gambar cantik yang kami ada. Namun tetap ada kepuasan kerana sudah lama anak-anak dara aku mahu melihat Night Safari di sini.

Perkarangan masuk - Ada monyet jinak yang pandai berposing. Anak-anak sebenarnya takut juga tapi mama paksa mereka berposing sama dengan papa. 

Biar pun sekadar binatang namun semuanya tidak mustahil andai kebijaksanaannya diluar jangkaan kita. Malam itu kami dipertontonkan dengan kebijaksanaan haiwan selepas selesai dibawa trem meronda seluruh safari. Pertunjukan bermula dengan seekor anjing menurunkan banner "Show will start soon". Comel-comel hamster meniti titian tali bertali arus, membuat bibir tersenyum dan tepukan ramai penonton bergema di dewan. Swan, itik, ular, merpati dan parrot antara binatang yang terlibat membuat pertunjukan malam itu.

Zirafah - Melihat ini teringat 'adinda blogger' - si Hainom OKje. Tidak tidur lagi berbanding banyak haiwan yang sudah tidak aktif. Tetapi harimau dan singa kelihatan lebih aktif di waktu malam berbanding siang hari.
Geli tapi mahu - Dari jauh aku ambil gambar anak daraku yang sibuk mahu berposing dengan ular. Dalam kata takut tapi mahu juga itu yang jadi begitu.
Kak Meen - Kena supporting apabila tiba-tiba dipanggil untuk berdiri dengan menghulur tangan. Tiba-tiba datang seekor burung bertenggek. Pandai mereka melatih burung ini. Kak Meen sebenarnya malu dan berdebar sebab disangkakan helang:)
Candid dari jauh - Dari tempat duduk penonton aku ambil gambar anak-anak yang berada di pentas persembahan. 
Hajat anak-anak untuk ke Night Safari sudah kesampaian. masuk lebih kurang jam 8:30 malam kami balik ke bilik penginapan jam 10:45 malam. Walaupun letih tetapi aku tahu mereka berpuas hati. Lena tidurnya walau merekan berpesan berkali-kali tidak mahu mama-papa mengunci pintu divider diantara bilik kami. Takutlah mereka sebenarnya.

Pagi - Sewaktu bersarapan mata sudah tertancap  melihat swimming pool.

Pinjam - Boleh pula ada baby comel yang mandi bersama dengan si abang. Pinjam sebab baby ini tidak takut orang. Apa lagi sukalah kami. Sekejap-sekejap baby ini menjadi milik kami. Apakan daya anak orang. Comel sangat. Muhammad Faiq namanya.

Anak mama - Mengapung badan begini seronok selepas letih berenang. Lebih dua jam anak-anak berenang-makan-berenang-makan. Swimming pool ini berdepan dengan cafe yang menyediakan sarapan. Mudah untuk mengambil makanan.
~~ Bila sudah meniti usia terasa letihnya bila beriadah begini tetapi kehendak anak-anak perlu juga diambil kira. ~~


36 comments:

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer!!

Ujie Othman said...

kalau mlm, mmg susah nak dpt gambar elok..lg pulak tak boleh guna flash. Tapi takpe kak..yg penting ia ada dlm memori ingatan masing2. :)

Rizziela said...

bestnya.. kami belum pernah sampai lagi

Falsya said...

bestnyeeee...falsya nak tunggu qisya besar skit baru nak bawak gie zoo..hehe..berani betul anak2 kakak duk dekat2 ngan ular tuh..falsya falsya, itu yg falsya jauhkan dulu..heheh

saniahibrahim said...

Wah beraninya pegang ular anak dara kak zakie...kalau saya dah sebatu lari tu..
Geli hati pulak saya bila kakzakie tengok zirafah teringat hainomokje...apa lah komen dia agaknya.

Nieyla Nadia said...

Assalamualaikum...
seronoknya....kalau nieyl,just jd penonton jela..
sebab penakut skit...eh..bkn sikit..byk..hihihih

paridah said...

Seronoknya bercuti ke Melaka dgn famili mesti sibuk sgt Melaka musim cuti sekolah ni kan...beraninya adik pegang ular...kalau kak mmg dh lari jauh.

Fiza Rahman said...

Tak pernah gi night safari lagi. Bestnya ☺

Kuazue Mohamad said...

wah kak, best nya pergi bercuti.
bila lah pula saya boleh pergi bercuti cam gini kan

raihanah said...

wah seronoknya bercuti

Zaitun said...

Kak zai pernah pergi ke night safari Taiping tapi Zoo Melaka datang waktu siang aje.

Ular....takut hihi....

ellynadyra said...

belom pernah cuba night safari ni
cam menarik lak tgk binatang waktu malam
tentu lain aksinya kan

cafe depan pool
mmg syok la
makan terjun
makan lagi
terjun lagi

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bestnya kakzakie..
Nanti nak gi jugak lah..
Tahun ni tak tahu mana nak dituju..

Han Hanni said...

wah....syoknya..meluangkan masa dengan family..

kite geli dengan ular..takde nak dekat dengan ular.. hehehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok pergi zoo melaka. Saya pergi hari tu waktu siang kakak.

norhidana said...

bila anak2 seronok kita pun rasa seronok kan kak....
suke lah 2 beradik tuh dpt apa di hajati... berani pulak bergambar ngn ular... kalu dana saja jln jauh2 ngn ular2 tuh... apatah lg ngn ulat pun dh rasa kecut...

bila dh berendam ngn air comfom lapo kan hehehe... dh mcm ikan duyong dh tgk kan 2 org tu berendam gitu hahahha

nohas said...

tak pernah lagi pegi night safari kt zoo...sian kan haiwan2 tu nak tido..hihi..

adarnadzmie said...

biasa ke zoo malam di Taiping je.... bestkan..

anak2 memang x dapat dipisahkan dari kolam.... hahaa

Unknown said...

Kakak, Zura yang membaca nih pon terasa keseronokkan anak2 kakak~ seronok jugak yer night safari nih. tak pernah pergi lagi. boleh lah lepas nih masukkan dlm senarai jalan2 kami. hehehe

Kayu Manis said...

Anak orang pun jadilh..kn
Mau plk tu....

Mandilh pling best ye dakkk,kak tk join sekli ke? Berendam tu...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya bercuti bersama2 anak2..;)

PeRdU cINta said...

Mungkin nikmat begini menjadi kenangan indah akak sekeluarga...

Normala Saad said...

seronoknya dapat bercuti sekeluarga...

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bestnya Kak Zakie.
Kat Aussie ni tak de aktiviti mlm... pkl 4 semua dah tutup.

Umialya said...

Seronoknya kak..

gadisBunga™ said...

walau mengikut kehendak anak-anak, akak pun dapat break jugak kan dari kerja? :)

Unknown said...

Wah kak bila sampainye ke melaka ni? Tak kabo pon pada kite mana tau bole gak buat2 terserempak ke hape...kikiki...alhamdulillah nampak cam seronok je anak2 dara akak tu...mak2 memang camtukan kak ape2 pon yg penting anak2 happy...berani ek anak akak pegang ulor...saya ni tengok gambo pon dah loya tau...hahaha

iryantyismail said...

salah satu tempat yang yan ingin pergi

Kak Wawa said...

seronoknya kak... riadah sama family.. wawa blm pernah tgk nigh safari..

Uncle said...

saya pon tak sampai lagi!

Unknown said...

Assalam. Baru je ke melaka tapi tak singgah night safari. Salam kenal.

eelobor said...

wah....seronok kan. saya cuti hujung minggu nie panjang tak tahu nak kemana tambahan pula duit tak berapa nak ada sangat dengan perbelanjaan nak buka sekolah lagi. rancang mungkin nak balik kampung kut.... dapat tengok bonda pun jadi lah. maklumlah mama sentiasa tak sihat. perjalanan beribu kilometer pergi dan balik pun takde masalah untuk di tempuhi. Insya Allah....

dorsett pink said...

best Nye akak. jalan2 melaka

TukangKebun said...

Lama tak pergi Zoo Melaka kali terakhir masa sekolah rendah.

Dah lama menyimpan hasrat nak bawa anak-anak ke Melaka tak kesampaian lagi.
Bolehlah jika ada rezeki buat aturcara sebelah malam melawat Zoo Melaka.

Lydia Miza said...

Nampak seronok night safari tu kak zakie. Brp harga tiketnya ye.. Lama betul tak meronda ke melaka. Biasanya lalu saja lps mkn atau membeli terus balik. Sesekali menikmati mlm di melaka mungkin seronok. Bandar hilir dh berubah wajah katanya,lebih meriah berbandinh zaman sy kecik2 dulu