Hari ini sudah 11 Raibull-Awwal dan dikebanyakkan tempat sudah tersusun jadual untuk meraikan maulidurrasul. Bersempena itulah aku titipkan titisan ini buat mengimbau kembali cerita yang sentiasa segar di minda kita semua.
Keistimewaan baginda Rasulullah sudah pun tercatat awal-awal di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Mereka yang beramal dengan kitab-kitab pasti dengan mudah akan beriman dengan baginda Muhammad rasulullah sallallahu alai wasallam dan Al-Quran. Mereka amat maklum kelahiran baginda membawa rahmat sekelian alam bukan seperti kita manusia biasa yang lahir bukan main diraikan tapi belum tentu mampu membimbing keluarga atau masyarakat ke jalan benar. Sekelian alam bermakna bukan untuk manusia sahaja tetapi apa juga yang ada di alam ini.
Keistimewaan baginda Rasulullah sudah pun tercatat awal-awal di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Mereka yang beramal dengan kitab-kitab pasti dengan mudah akan beriman dengan baginda Muhammad rasulullah sallallahu alai wasallam dan Al-Quran. Mereka amat maklum kelahiran baginda membawa rahmat sekelian alam bukan seperti kita manusia biasa yang lahir bukan main diraikan tapi belum tentu mampu membimbing keluarga atau masyarakat ke jalan benar. Sekelian alam bermakna bukan untuk manusia sahaja tetapi apa juga yang ada di alam ini.
Sifat dan keperibadian baginda ternyata bukan saja disenangi oleh umat Islam tetapi juga kalangan mereka yang bukan Islam. Maksud bukan Islam di sini bukanlah musuh Islam seperti Abu Jahal. Abu Jahal bukan setakat membenci baginda tetapi juga ajaran Islam. Namun kalangan bukan Islam yang akhirnya dapat menerima baginda sudah pasti kagum dengan keperibadian baginda yang tidak ada tolok bandingnya.
1. Kisah Rukanah yang gagah perkasa. Ibaratnya seperti program WWF (world wrestling federation) beliau mengajak rasulullah bertanding dengan berjanji siapa yang tewas kena memberi 100 ekor kambing. Setelah 3 kali pusingan nyata Rukanah tewas di tangan baginda.
"Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku
sehingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain darimu! Sebelum ini
engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada
Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan
Nabi Muhammad s.a.w itu RasulNya. "
Selepas dari itu barulah Rukanah memeluk agama Islam dan mengakui kenabian baginda rasullullah. Sebelum itu sebenarnya ada kisah di mana baginda diberikan mukjizat Allah dengan memanggil pokok yang didepannya lalu terbelah kerana sebelum itu masih tidak mampu membuka hidayah hati Rukanah, pokok itu tercantum semula dan kemudian kembali tertanam di atas tanah yang asal.
2.Israk-Mikraj pula satu rentetan yang tidak perlu dihuraikan kerana rata-rata kita setiap tahun pasti akan dihidangkan cerita bagaimana baginda rasulullah boleh naik ke sidrahtul-muntaha. Apa yang menarik bagaimana tindakan Nabi Musa menasihati baginda apabila dikhabarkan yang umat baginda pasti tidak mampu untuk menunaikan ibadah solat yang banyak. Cubalah bayangkan kalau kena 50 waktu adakah termampu oleh kita hari ini? Itulah Nabi Musa mengambil kesempatan menikmati Nur yang terpancar pada baginda rasullullah kerana bertemu Allah. Setiap kali baginda turun memberi khabar kepada Nabi Musa, Nabi Musa bersyukur dan gembira kerana nikmat nur yang ada pada Rasulullah hasil bertemu Allah.
3. Begitu juga syafaat baginda yang sering kita ketahui. Bila tiba hari kiamat kelak semua umat manusia akan mencari para nabi mereka. Tetapi semuanya tidak akan dihiraukan sehingga akhirnya seluruh umat manusia akan mencari baginda rasulullah, nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam memohon syafaatnya. Lalu apa lagi yang mahu kita kejar lagi. Seiiringkan dunia dan akhirat moga berbahagia di dunia yang sementara ini dan akhirat yang kekal abadi.
* Sebenarnya aku sedang seronok membaca kisah rasulullah bersempena bulan rabiulawwal ini.*
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
~~ Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.~~
44 comments:
terima kasih diatas perkongsian ini kak..tambahan ilmu buat saya.
selamat menyambut maulidrasul Zakie..
teringat makan nasi beryani kat masjid jamek muo masa zaman sekolah dulu waktu sambutan mailudurasul. sedap sangat rasanya..maklumlah setahun sekali merasa..anak orang kampung kan susah. masa tu tak tahu apa2 pun..ikut berarak sebab nak mkn nasi minyak/beryani..hihi
Allahumma solli ala Muhammad... terima kasih atas perkongsian Kakzakie.. dulu masa kecil, masa sek selalu didedahkan dgn kisah2 nabi. bila dah dewasa kadang kita terleka jika tidak diingatkan kawan.. mujur sekarang banyak laman mengongsikan tentang ini.
selamat menyambut maulidur rasul..sy pun seronok baca cerita Rasulallah yang kak zakie karang..
Terima kasih kak untuk perkongsian..
Salam Maulidur Rasul ye kak :)
selawat n salam utk junjungan rasul mulia...tksh perkongsian yg sgt bermenafaat ini...
Allahhuma Soli Ala Muhammamd
Rindu pada Rasullullah saw
Teringat pesanan terakhirat Rasullullah saw.
Klulah masih ada,tentu dia sedih dgn umatnya kini..
Selamat menyambut maulidur rasul kakzakie.Terima kasih atas perkongsian.
Betul Kata kakyon dulu kat masjid akan ada jamuan bila tiba maulidur rasul.
terima kasih atas coretan ingatan buat kami semua kak....
selamat hari maulidurasul kak zakie dan semua umat islam...sama2 kite amalkan ajaran dan sunnah rasulullah...moga mendapat keberkatan dalam kehidupan kite....amin
selamat menyambut maulidur rasul kak. semoga perkongsian ni, kita sama2 mendapat keberkatan. Aamiin.
Terima kasih atas perkongsian ini kakak. Salam Maulidur Rasul buat kakak dan kawan-kawan semua.
terima kasih atas perkongsian kak zie
teringat masa kecik2 cite psl rasulullah nih la atuk suke cite pd kami cucu2 nya... tiap kali lps ngaji ptg2 tuh sambil layan minum ptg mcm2 dia akan cite... seronok...
bila dh sekolah agama pun cikgu suka cite kisah rasulullah n nabi2 lain... kt johor kn ada sekolah agama kan wajib tuh kene pg...
betapa kalu kita umat skrg kene solat 50 waktu sehari semalam kak... huhuhu mcm ne agaknya yek...
Perkongsian yg menarik kakzakie...walau pun berkali2 mendengar tak pernah jemu.Semoga menjadi panduan pd kehidupan kita
thanks perkongsian ini kak. salam maulud
terima kasih di atas perkongsian akak pada kami semua...
sesungguhnya kisah Nabi Muhammad S.A.W sangat disukai oleh semua umat islam.... kisah penuh tauladan...
P/s : akak ... saya masih di sini... cuma sejak kebelakangan ni malas sgt nak menulis kt blog... hujung tahun gamaknya...heheee.... namun saya rajin berjalan ke blog kawan2 membaca celoteh2 masing2...:)
yg pasti terjah blog akak la... hahaaa...x pernah jemu....:)
seronok falsya baca perkongsian kakak pasal kisah nabi junjungan kite..terima kasih kakak..
muga Maulid Rasul ini akan menambah kekuatan amal ibadah kita...
selamat menyambut maulidur rasul kakak, esok
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW, keluarga serta sahabat2 baginda..
"Rasulullah,kami umatmu walau tak pernah melihat wajahmu, kami cuba mengingatimu dan kami cuba mengamal sunnahmu"
TQ Kak Zakie berkongsi kisah tentang Rukanah tu...saya tak pernah tahu tentang kisah pokok tu.
terima kasih atas perkongsian ini.. =)
Terima kasih kakzakie dengan perkongsian ini..
Betul tu kan kak zakie..
Perlu kita sebagai umat nya memperbanyakan selawat keatasnya..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
~~ Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.~~
Perkongsian yang bagus kak. Mekasih & Salam Maulidur rasul.
terima kasih untuk perkongsian....
Alhamdulillah sdan terima kasih juga saya ucapkan kerana berkongsi cerita..
saya tak tau pun kisah Rukanah tu. Thanks sharing kak Zakie!
Alhamdulillah....dah selesai baca..terima kasih kak ilmu yang diberi
terima kasih akak sharing yg sgt menarik, saya pun syok baca pasal Rasulullah saw kt entry akak... :)
Salam maulidur rasul Kz.
Agak lama aby tk mampir. DLM kita membaca Dan bercerita tntang kemulian rasul saw, yg lebih penting adalah kita mengikuti ajarannya agar kita menjadi seorg pengikutnya yang taat.
Apapun, satu perkongsian yg menarik
Salam Maulidur Rasul...
Selawat dan salam atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW....
Terima kasih di atas perkongsian ini
Assalamualaikum kak, salam maulid ar-Rasul 1436H.
Terim kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Sesungguhnya dalam setiap kisah yang berlaku pada batang tubuh junjungan besar itu, terlalu banyak ibrah dan qudwah yang sepatutnya dijadikan panduan dalam melayari perjalanan hidup.
Sallallahu `alaihi wa alihi wa sahbihi wabaarik wasallim ajma`in
alhamdulillah dpt baca perkongsian kakak ni..
Salam Maulidur Rasul...
Selawat dan salam atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
Nampaknye lepas ni saya kene keluarkan balik buku kisah2 nabi...seronok pulak bila baca coretan akak...salam Maulidur Rasul
thanks for sharing kak.. Inshallah semoga kita termasuk dalam golongan umat yang akan ditemukan dgn baginda...
nabi junjungan role model untuk dunia..dialah kekasih kita..Allah lah Allah yang satu..syukur kita kenal Nabi junjungan dengan amalkan sunnahnya.amin
Salam maulidur rasul kak..
memang seronok baca kisah Rasulullah saw ni...
terima kasih kak berkongsi cerita
assalamualaikum kakzakie...perkongsian yg baik...:)
salam maulidur rasul buat akak n keluarga...
Lagi kak... sambungan...
Ke ada buku yg sdg akk bc? Buku apa? Sbb best akk tulis kt entri ni.
Seronok baca kisah yang akak titipkan ini. Kalau di rumah, anak saya si Bubbly Abang tu cukup suka mendengar Daddynya bercerita kisah nabi-nabi dan sebagainya. Pendekata apa yang Daddy cerita, memang suka betul dia mendengarnya sebab katanya Daddy pandai bercerita dan kisahnya menarik!
Post a Comment