Wednesday, March 16, 2016

Business cuti sekolah

Teman-teman mereka sudah menempah untuk membeli tetapi kerana seminggu sebelum cuti sekolah tempohari jadual aku agak padat baik di rumah mahupun di pejabat lalu aku biarkan saja. Langsung tidak ada masa untuk pergi ke JPO. Sebenarnya kalau pergi tidak sampai setengah jam boleh selesai membeli apa yang dikehendaki itu. Tetapi kerana bapak ada di rumah sepanjang dua minggu rasa tidak sampai hati kalau aku keluar malam sedangkan beliau di rumah. Sudahlah siang hari kena tinggal dengan Mak Zah saja sebab aku pergi kerja. Kalau keadaannya sihat tidak mengapa boleh  juga dibawa sama. 
Malam tadi - Lengang sebab hari bekerja masing-masing mahu berehat setelah balik kerja tetapi aku dengan anak-anak pergi ke sini.
Halatuju - Ke outlet sinilah sebenarnya barang yang anak-anak mahu membeli dan dijual semula kepada teman-temannya
Bath & Body Works - Samalah adik dan Kak Meen business produk ini. Jika ada kad ahli lagilah mendapat harga istimewa.
Pocket perfume - Adik membeli 10 begitu juga Kak Meen (jumlah yang sudah ditempah pembeli). Ini untuk pelanggan adik.
Bertiga - Siap membeli masing-masing posing sebab tidak ramai pengunjung. Niat asal membeli barang tempahan pelanggan tetapi bila masuk ke Padini ada juga yang dibeli dan dapatlah seorang sehelai.
JPO - Sebenarnya boleh naik motor saja tapi Kak Meen tidak confident walaupun sudah ada lesen. 
~~ Mudah betul business online sekarang. Anak-anak sekolah pun boleh melakukannya.~~

37 comments:

monalea said...

Sekarang nak dengan tak nak je kak. Dah tu antara rajin dengan malas je nak bisnes. Bisnes online sekarang lebih mudah

Qhaifa Nur said...

Seronoknya kak zakie...ank2 minat berniaga...lg seronok dh ada pembeli...skrg zaman it...smua d hujung jari kan kak...
mmg lengang la jpo...pernah dtg sekali je

Izwa Kamaruddin said...

apa link online business nyer..boleh jugak terjah ;)

Angah said...

bagusnya...kecil lagi dah pandai berniaga...selamat maju jaya

Nieyla Nadia said...

singgah pagi♥
mcm best je kak..rajinnya...
Alhamdulillah....

saniahibrahim said...

Bagusnya anak2 kakzakie dah minat berniaga,anak2 saya cuma minat membeli je...hehee.

paridah said...

wah ada minat anak2 kakzakie berniaga ya...bagus sgt tu. minat harus dipupuk dari kecil n jika dh rasa untungnya tentu sentiasa berfikir nk mngmbangkan bisnis tu..berniaga juga sunnah rasullullah kan...

babYpose said...

Oh anak-anak KZ menjual barang yang ada di JPO, senang la macam aunty tak pernah pegi boleh beli juga kan..good idea.moga maju jaya inshaAllah

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah.. dah ada minat berniaga anak2 kakzakie..

Senang shopping ye kak bila lengang orang tak ramai..

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah...mereka punya kemahuan untuk mencari duit poket sendiri. Bermula dengan kecil-kecilan, InsyaAllah suatu hari nanti akan berkembang dengan lebih meluas lagi... :)

Izwa Kamaruddin said...

Balas kunjungan laig :) baru je update entry baru! ;)

Malinda said...

seronok tengok tiga dara pingitan ni...muda2 lagi dah ada minat nak berniaga...setiap kali kalau saya jejak sini mesti penuh je orang tak penah merasa lagi suasana lenggang camni...selamat berniaga ye semoga terus sukses :)

Unknown said...

pandai dorang berbisnes..ada bakat ni kak nak jadi usahawan..

memang takde entri baru pon kak..mood kelaut..semalam dah cuti pon kelaut jugak moodnya..hehehe..

MasturaDin said...

pocket perfume tu nampak menarik je.. senang nak simpan dalam handbeg..

sitirohaida said...

ramai yang memilih untuk berniaga online untuk menambah lagi pendapatan yang ada kan kak...

mayangbakingmadness said...

bagus kak terapkan nilai berniaga di usia muda..

PetakBunga said...

wah, bagus betullah... dah pndai buat bisness online.. kena mula dr muda remaja..

amirah said...

bagusnya dorang...masa cuti pun leh berbisnes

Uncle said...

Semalam saya menonton satu program reality show di TV Astro yang bertajuk "Shark Tank". Saya sukakan program sebegini. Ia berkenaan dengan 5 usahawan berjaya yang akan memilih calon peserta yang terbaik dan berpotensi untuk dibantu bagi mengembangkan business mereka.

Masuk satu keluarga mak, anak perempuan pertama (15 tahun) dan anak perempuan ke 2 (10 tahun). Mereka membuat business rantai yang funky dan diperbuat daripada tutup botol yang didapati percuma. Semuanya handmade. Tahun 2015 mereka berjaya menjual (sales) sebanyak melebihi USD1juta! Reason untuk masuk program tersebut ialah mereka ingin dibantu agar dapat pergi ke "next level".

There you go...nothing is impossible....it's mind over matter, hard work and of course a good discipline!

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..moga success semuanya ya..amin..

norhidana said...

pandai cari peluang utk meniaga anak2 akak nih...
syok lah kak dkt ngn JPO org lain jauh2 dtg hehehe...

aizamia3 said...

Moga dengan secara kecil-kecilan ni akan membuka ruang yang lebih besar buat mereka pada masa depan.. ;)

wahida said...

wah...saya suka baca entry ni...saya suka sebab anak2 akak sama dengan anak saya si abang...minat berniaga...

akak bayangkan, abang kalau dapat gula2 ke, marsmallow ke atau apa2 gift dari kenduri kendara atau gift dari birthday party, abang tak makan semua tu, tapi dia jual balik kat kawan2 kelas dia...hahaha...saya pun tak terfikir pasal tu...
punya lah bijak sebab tak keluar modal langsung tapi dapat untung lagi...ekekek...

saya sokong anak2 akak berniaga...selamat maju jaya buat mereka...

adarnadzmie said...

bagus dedahkan anak2 dgn berniaga ni kak... x kira la secara online atau direct kak... kita di galakkkan berniaga...

Anak2 akak nampak rajin berusaha...suka saya tgk kak...:)

Kayu Manis said...

Dpt padini sorang sehelai..jadilah dik ye....

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

alhamdulillah... yg pntg jgn putus asa =)

sudipVSsenduk said...

good job ladies. Usaha tangga kejayaan :)

Unknown said...

Kak zakie.. bagusnya anak2 ni. Menjana ekonomi di masa muda sedikit sebanyak mendidikotak berfikir di luar kotak.. syabas!

Azian Elias said...

Bagus2. pandai business ye..

memang bagus kalau ada minat berniaga ni.

TukangKebun said...

Nak kena tunggu antara Ilhan atau Rayyan dapat samaada no. 1~3 jelah baru kami berjalan-jalan ke Johor nanti.
Sebab dah janji pergi LegoLand.
Bolehlah singgah cuci mata di JPO.

Unknown said...

salam kakzakie
pandainya kecik2 dah pandai bisnis
bila besar nnt mesti jd bisniswomen no kakzakie

Unknown said...

salam kakzakie
pandainya kecik2 dah pandai bisnis
bila besar nnt mesti jd bisniswomen no kakzakie

nOe suhaimi said...

bagus kak zakie...muda2 dah mula bisness...

Zul fattah said...

Alhamdulillah.. kak. ada juga pwaris yg ada minat berbisnes. smoga bjaya dlm bisnes online. akak.. boleh wasap @ call sy. 01116840717 . nak jumpa blanja akak mkn

Normala Saad said...

bagus pandai cari duit poket sendiri

Zul fattah said...

Alhamdulillah.. kak. ada juga pwaris yg ada minat berbisnes. smoga bjaya dlm bisnes online. akak.. boleh wasap @ call sy. 01116840717 . nak jumpa blanja akak mkn

Aryan azra said...

bagusnya..dah pandai berbisnes cari duit poket