Thursday, March 24, 2016

Keluarga dan kesyukuran dirai bersama

Lokasi : Taman Bukit Indah 2
Majlis: Kesyukuran bersama keluarga

Program sudah dirancang awal. Majlis kesyukuran untuk diraikan bersama-sama seluruh keluarga yang berkesempatan. Adik bapak aka pakcik aku yang tinggal di Boon Lay Avenue, Singapore membina rumah bersebelahan rumah anaknya. Sepupu aku ini membeli rumah corner-lot. Niat asal mahu dibina kolam renang di tanah yang terbiar sebab sibuk tetapi apabila di ayah (pakcik akulah itu) sibuk mahu membina rumah untuknya sepupu aku tidak menghalang. Setelah siap dibina dalam tempoh tiga bulan itulah kami berkumpul sanak-saudara membuat tahlil dan doa selamat.

Sebelelum majlis bermula - Adik bapak yang aku maksudkan itu yang di sebelah kanan. Adik-adik bapak semuanya tinggi-tinggi belaka. Bapak anak sulung yang kecil saiznya.
Doa selamat - Selessai sudah doa selamat di baca
Sepupu-pupu - Kami bergambar bersama di rumah barunya. Sepupu kami yang tinggal di Brunei pun balik untuk majlis ini.
Cucu - Ini cucu Kak Uda aku. Orang sibuk membaca doa dia sibuk mahu merasmikan bubur merah (pulut dimasak dengan santan dan gula melaka. Di atas bubur kemudian akan diletak sedikit pulut putih yang dimasak juga dengan santan dan sedikit garam tanpa gula).
Penyegar tekak - Bila majlis dibuat waktu siang panasnya tidak terkata. Buka aircond tetapi pintu di buka sebab makanan di hidang di perkarangan antara dua rumah -  terasa bahang yang masuk. 

Kuih-muih - Banyak tangan yang membawa ketika datang termasuk kelupis itu sepupu aku bawa naik kapalterbang sebab dia tinggal di Brunei.

Catering - Pakcik aku panggil catering saja untuk makan-makan kami. Nasi beryani bersama lauk-pauk saja. Bubur merah itu makcik aku yang masak sendiri. Mereka ini semua sepupu aku. 
Sebenarnya ramai keluarga aku yang tinggal di Singapore tetapi juga mempunyai rumah di Johor. Rumah yang sekadar dikunjungi bila hari cuti. Sebab itu bila salah seorang sepupu aku membeli rumah corner yang ruang tepinya luas membuat pakcik aku mahu membina rumah di situ. Tetapi mereka berkongsi pintu pagar sebab permohonan dengan MBJB untuk dibuat pintu pagar berasingan tidak diluluskan. Alamat juga menggunakan alamat yang sama. Tetapi talian telefon tidak ada masalah. Kini semakin dekatlah pakcik dengan bapak. Lebih dekat lagi dengan aku tidak sampai setengah jam boleh tiba. 

~~ Semakin banyak hartanah rakyat Malaysia, khasnya di Johor kini dimiliki rakyat Singapore.~~



51 comments:

diary_ciknaa said...

ya Allah.. bestnya dapat berjumpa sedara mara camni kan kak..pastu makan ramai..alahai nikmatnya..

monalea said...

seronoknya kak dapat berkumpul ramai2 mcm ni

babYpose said...

Semua sepupu berkumpul pasti meriah, senangla KZ je singapore ada sedara di sana ye. Heee saya ingat nak jalan ja tapi belum rezeki pun;). Bagusla memohon dari majlis dulu sebelum siap umah kan nanti dikomplen itu ini dah susah. Dapat la info disini thanks dear :)

Unknown said...

meriahnya kak..menu macam macam ada..bapak nampak sihat jer..gatal gatal dah hilang sepenuhnya ke kak?

saniahibrahim said...

Alhamdulillah masih ramai lagi pakcik2'kakzakie,saya ni sorang pun dh xde dikedua pihak...
Mudah2an silaturrahim bertambah erat bila mudah bersua.

Qhaifa Nur said...

Seronoknya bila ada ahli keluarga dpt hadir kakzakie...
bab makan memang meriah...dr brunei pun ada
moga silaturrahim berpanjangan...

Ann Ishak said...

terperanjat saya tengok nama lokasi tu. ingatkan dekat KL ke hapa rupanya dekat johor. tempat tinggal saya pun namanya Taman Bukit Indah :)

norhidana said...

camne rasa kelupis tuh kak.... msti sedap kan...

seronok kan kak saudara mara dpt berkumpul nih... tak payah tunggu raya dpt kumpul ramai2... mmg meriah betul
dana pun ramai saudara kt singapore kak, dulu arwah atuk sedara belah abah kawin org sana... jd nya tiap kali raya mmg ada sedara singapore dtg...

nurbijen said...

seronok kumpul ramai2 mcm ni...
Apatah lagi mereka yg jauh pun turut hadir sama :)

lieyalatif said...

same la kak...lieya pun ade lagi sedare mara di singapura...org kata kalo pi singarpura tu tak yah gado nak dok hotel...leh tumpang umah sedare heheheeheh....

alhmdulillah...jauh2 pun ukhwah saudara mara tetap utuh ye kak...tgk aje dari menu...masing2 bawak bile kumpul ramai2 dpt manfaat...alhamdulillah...

moga majlis diberkatiNYA....amin

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan keluarga. Meriah nampak majisnya.

Mar Mansor said...

nampak meriah..menu pun macam-macam tu..makan sampai kenyang

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...majlis berjalan dgn lancar...
seronok dpt berkumpul ramai² kan..tidak perlu tggu raya.. :)
morning ♥

ohpanduan said...

Macam-macam ada menu yang disajikan. Semoga bertamah berkat dan bahagia akak.

SIQAHIQA said...

Seronok sesekali berkumpul sanal saudara begini. Macam-macam cerita keluar. Hihi.

Banyaknya makanan! Best best! :D

paridah said...

HUBUNGAN KELUARGA YG SGT ERAT MEMPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KAN KAKZAKIE...KALAU HARTANAH DI JOHOR DIMILIKI WARGA SPORE YG BERDUIT TAPI SAUDARA MARA KITA XLAH TERKILAN SGT KOT...

Aryan azra said...

seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai macam tu. menu pun sedap2 nampaknya tu

Izwa Kamaruddin said...

meriahhhhh sangat kak.. ;)

PeRdU cINta said...

alhamdulillah kak..syukur..rezeki dapat bina rumah... :)

Kayu Manis said...

Meriah nmpknya tu..
Org singapura mmg gitu tggl sana soping sini...

Kamsiah yusoff said...

teringin nak tgk pic tuan blog ni hehe..agak2 ada dalam pic tu tak

Zaitun said...

Alaaa....kenapa tutup muka dengan bunga.
Seronok dapat kumpul ramai2 yg jauh dan yg dekat dapat makan dan sembang sama2.

amirah said...

meriah sedara mara kak zakie..dari jauh pun datang tu..

Nieda Ramly said...

Petik saja org singapura boleh buat rumah sebuah..nilai mtwang tinggi buatkan semua barang di malaysia manly milik buat mereka

Nieda Ramly said...

Petik saja org singapura boleh buat rumah sebuah..nilai mtwang tinggi buatkan semua barang di malaysia manly milik buat mereka

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila dapat berkumpul saudara mara adik beradik..
Terasa kasih sayang tu semakin eratkan kat..

Malaysia mudah utk membeli hartanah mereka yg berduit kak..
Hendaknya dari Singapore..
Nilai duit mrk tinggi..

Unknown said...

Time kenduri camnihlah nak kumpulkan sedara mara kan!
bukan x nak kumpul selalu tapi kita pon paham masing2 ade komitmen masing2 kan.
bila dah ade kenduri macam nih masing2 cuba luangkan masa utk berkumpul. meriah sudah pasti. makanan yang ade tip top!
hehehehe

Mila@Rimbun said...

Seronok jump sanak saudara.. makan pun sedap2 gitu

Lydia Miza said...

Seronoknya jmp sanak saudara. Lebih seronok lg bapak blh jmp adiknya selalu kan kak?


Sedap2 kuih muih smua tu, nmpk lengkong merah tu teringat pulak td mak(kakcikjuariah) upload kat fb dari wad gmbr lengkong ni katanya best klu dpt mkn

Unknown said...

seronok dapat kumpul ramai-ramai.. lg2 yang jarang2 skali nk jumpa..

Khairul Bariah said...

seronok keluarga besar, kumpul ramai-ramai
tmbh2 yg duduk jauh tu tentu sekali sekala je bertemu
byk perkara boleh diborakkan

Unknown said...

nampak makanan tu semua sedap2 kak..

akak yang tutup muka dengan bunga tu ye??:)

NEKCIK said...

alhamdulilah semakin erat siratulrahimnya..meriah kakzakie ye
iya kakzakie ..akhir ayat kakzakie tu meruntun jiwa kita kita kan kak..sedey harta tanah dan kebun pun bertukar milik..digantikan dengan ringgit yang tak seberapa berbanding dengan projek yang mega mega....hu..hu
kak..nanti nekcik balik pontian ..naik flight..turun depan rumah nekcik jer!!!

Muja.. said...

Ya Allah kak, meriahnya makanan. sejak kebelakangan ni sy mmg pantang tgk mknn.Lg2 mknn kenduri nih.nak makan ajer tp sian, x dapat mkn benda yg nak tu.

Hmm tula, byk dah rumah2 & tnh hak di Msia ni dah jadi org luar punya. Kalau gomen x kawal takut semuanya tergadai.

Nauzubillah... smoga negara kita dibawah lindunganNYA.

LYAfrina said...

alhamdulillah..smuanya bjln lncar..seronok bkumpul rmai2 camni..kuih muih pom meriah sgt

aizamia3 said...

Seronok dapat berkumpul berjumpa sanak-saudara jauh dan dekat.
Moga kakzakie dan semua sihat selalu hendakNYA.

adarnadzmie said...

meriahnya kak.... seronok dpt berkumpul saudara jauh dan dekat...
mesti dpt berjumpa gini sembang riuh rendah rumah...hehee

semoga jalinan ikatan persuadaraan bertambah erat dgn pertemuan ini...:)

che mid said...

Alhamdulillah. Besar pahala anak dapat tinggal sebelah ayah. Lambang ketaatan dan kebaktian..

Unknown said...

Bestnye kak masuk rumah baru...makanan pon meriah kecur2 ailio saya menengoknye...bagos saudara mara akak ye...tak kire yg dekat dan jauh sume sebulat hati sama2 berkumpul

Nor Azimah Ali said...

Meriahnya dpt berkumpul sama saudara mara kan kzakie. Keluarga besar ni kzakie, yg jauh pun dpt bwrkumpul, dpt pulak mencuba pelbagai juadah dari brunei singapore, wow..

Ukhwah terbina, moga kekal ke jannah

Nor Azimah Ali said...

Meriahnya dpt berkumpul sama saudara mara kan kzakie. Keluarga besar ni kzakie, yg jauh pun dpt bwrkumpul, dpt pulak mencuba pelbagai juadah dari brunei singapore, wow..

Ukhwah terbina, moga kekal ke jannah

Zul fattah said...

ALHAMDULILLAH... meriah nampak.. smoga hubungan kluarga kekal ke jannah kak.

Unknown said...

memang seronok kak zakie kalau berkumpul mcm ni, wah rupanya kakzakie ada sepupu kt Brunei jugak ke mesti campur2 menu Brunei jugak ni

Puan Kutu said...

meriah betullah menunya..seronok dpt kumpul2 cmni..owhh kiranya kakak zakie ramai la sedara yg tinggal di singapore ye

Bunda_nora said...

Alhamdulillah dah selesai semuanya... Seronok dan meriahnyer lahai tdngok gambar pun...

nohas said...

meriahnya...cantik bubur merah, ada hiasan pulut putih..

luas betul tanah extra..sampai boleh buat satu rumah lg..bagus ibubapa tinggal berdekatan dgn anak2, senang anak2 nak jaga..tak risau..

ajax85 said...

Meriah btl

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, salam Jumaat
Alhamdulillah, tumpang gembira majlis tu. Dapat berkumpul bersama kaum keluarga samada yang dekat dan yang jauh sesuatu yang sangat menggembirakan. yang jauh dan yang dekat dimesrakan, mengupdate perkembangan diri masing-masing, bertukar-tukar fikiran, mengimbau cerita-cerita lama serta mengenang kembali mereka yang telah "kembali"... yang paling best juadah tu....hehe

OKje said...

Sekarang ni keluar duit jerkan kanda ....kerja jadi senang kita pun tak penat hihi...Kita boleh sembang ngan saudara mara yg lama tak jumpa. OOhhh tu semua adik beradik bapak yer....Susuk tubuh bapak ni sama dengan susuk tubuh arwah abah dinda, kanda..... jenis kecik

JunAina said...

Sama je kat KL ni kak banyak hartanah di KL yang dimiliki warga asing.

nayfatimahrasyid said...

meriah sungguh bila berjumpa sanak saudara ;)
memang rata-rata pembeli hartanah kat Johor milik Singaporean ... sebab utama adalah $$$$$