Thursday, March 10, 2016

Nilai tiga-puluh ringgit buat seorang anak

Malam. Sambil bercerita sambil Kak Meen mengesat airmatanya. Aku yang mendengar pun simpati dengan nasib yang menimpa sahabat Kak Meen ini. Anak remaja yang pada firasat aku punya hubungan keluarga yang agak longgar. Bapa bekerja sebagai kakitangan awam manakala ibunya bekerja di restoran sebagai pencuci pinggan-mangkuk. Ada seorang abang yang tidak bekerja. Pada pendapat aku bukan tidak ada kerja tetapi malas kerana di kawasan tempat kami tinggal setakat menjadi pembantu kedai amat banyak. Kalau pergi ke Aeon tanya sajalah mahu atau tidak. Kawan Kak Meen ini ada dua lagi adik yang masih bersekolah.

Setiap hari ke sekolah tanpa membawa bekal tetapi duit untuk membeli makanan sekadar satu atau dua ringgit saja. Awalnya dulu Kak Meen tidak tahu mengapa bila diajak membeli apa pun dia menolak sehingga satu hari akhirnya dia berterus-terang. Dua hari lepas balik sekolah terhambur airmata sedih yang membuat airmata Kak Meen mengalir sama. Sedih sebab wang RM30/- yang dikumpul berhari-hari akhirnya hilang begitu saja. Aku tahu buat Kak Meen nilai itu tidaklah sebesar mana sebab biasa bila dia mahu keluar dengan kawan-kawan, papa pasti memberikan duit sekurang-kurangnya RM100/- tidak termasuk duit sendiri lagi. 

Pada awalnya Kak Meen menjangkakan duit itu hilang di kelas sebab mereka tidak sekelas. Kak Meen di tingkatan 5-Science-1 dan dia 5-Science-2. Tetapi duit hilang di rumah sendiri dan dia sudah tahu yang mengambil adalah abangnya sendiri. Bila ditanya si abang sekadar mendiamkan diri sebagai tanda dia mengambil tanpa izin. Minta dipulangkan mana mungkin sebab si abang tidak bekerja. Mengadu pada si ibu seperti biasa sebab ini bukan kali pertama dan tidak ada tindakan.

Wang tabungan itu sebenarnya kerana mereka sudah sepakat dengan beberapa teman untuk menonton pada cuti sekolah minggu hadapan. Dia terlalu sedih sebab peluang buatnya untuk bersama bagaikan hancur bila wang itu hilang. Entah mengapa naluri keibuanku tercalar dek kisah ini. Aku hulurkan RM50/- ringgit pada Kak Meen malam itu untuk diberikan kepada kawannya itu. Aku mengenali anak itu sebenarnya sebab selalu juga dia menumpang kereta kami. Ada berkunjung dan belajar di rumah kami. Jarak rumah kami hanya bersebelahan taman perumahan.

Apa yang aku hairan si bapa boleh makan di kedai (kami nampak) dengan kawan-kawan tetapi untuk anak sendiri bagaikan disekat-sekat. Si ibu juga boleh membeli telefon bimbit baru (si anak juga yang bercerita) tetapi untuk anak sendiri tidak difikirkan. Keinginan anak untuk tuisyen juga tidak dibenarkan. Jarang kita bertemu situasi begini bukan. Sebab biasa ibu-bapa tidak kisah untuk diri sendiri tetapi sanggup berbuat apa saja untuk kebaikan anak.

Apa yang aku harap dapatlah anak ini bersama-sama dengan rakannya pergi menonton Boboiboy sebagaimana dirancang hujung minggu ini. Bersama kita renungkan. 

~~ Tanggungjawab pada anak bukan setakat bagi makan dan tempat tinggal saja.~~

36 comments:

monalea said...

sedih baca nukilan ini kak. kesian pada si anak. sebagai ibu bapa dalam apa-apa keperluan anak perlu didulukan

PeRdU cINta said...

Allahu...ralatnya rasa hati kak...Allah kurniakan anak yang bijak...cerdik...mengapa ibu bapa sia siakan...anak tanggungjawab ibu bapa tidak kira apa situasinya selagi anak belum ada tanggungjawab pada keluarganya sendiri..kesian..PC dapat rasa dan bayangkan betapa luluhnya hati dia...moga dia terus berjaya.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ada sedu dihujung bibir saya kakzakie..
Bila membaca entri akak ni..
Ada juga ye ibubapa yg pentingkan diri sendiri..
Daripada anak-anak..
Kesian anak2 tu..
Selalunya seperti yg akak katakan..
Ibubapa sanggup berkorban utk anak2 dulukan..
tetapi terbalik pula ibubapa kawan kak meen tu..
Kalau saya mahu terhambur jugak air mata..

babYpose said...

Nauzubilahiminzalik. Kesian budak pandai tetapi tu la parents tak nak bagi perhatian pula. Kak Meen bijak dlm klas sci 1 tu, ainty admire la :) moga dipermudahkan urusan kawan kak meen. Syukur ada kawan dan ibu kawan yang prihatin.

Irfa said...

Sedihnya kak.. tk psl2 mgalir air mata
Sy bygkan ank dara saya, setakat ini alhamdulillah
Dgn izin Allah permintaan ank yg tk melampaui batas, kami mmpu tunaikan
Kesian ank itu, bg sy.. ibubapa terlalu bg muka pd siabg
Itu boleh merosakkan ank

Izwa Kamaruddin said...

Alahaiiii...macam mana nak cakap biler anak beria-ia menjeruk rasa tapi sang bapa dan ibu tak pedulikan apa..

fifi said...

some parents are just like that, Fifi tahu daripada pengalaman sendiri :(

lieyalatif said...

Allahuakabar kak..... sebak dada bace...apelah sangat nilai utk menggermbirakan anak tu.... sanggup kan kak buat mcm tu.... moga anak tadi kuat dan ceria2 selalu...risau efek belajarnye saja ...lagi2 bile die bandingkan kehidupan die ngan kawan2 yg lebih senang yg lain...aduhh tak dpt bayangkan la kak ....

Malinda said...

sian kan kak...gitu la kalau ada mak bapak yg lebih mementingkan diri...keperluan anak2 terabai...moga anak itu tabah mengharungi kehidupan dan moga dia tak putus semangat untuk teruskan pelajaran...lembutnye hati kak Meen
moga Allah melipat ganda kan lagi rezeki akak anak beranak lepas ni...

saniahibrahim said...

Mengalir airmata saya kak zakie baca kisah ni...biasa kita ibubapa lebih utama kan anak2'dari diri sendiri.Apatah lagi sama kisah smlm pd kami bila ada seorang yg telah berkeluarga ingin meminjam sedikit kewangan kerana terdesak padahal ibubapa nya orang berada tetapi akibat dia tak berpelajaran tinggi spt anak2'lain...hidupnya tersisih,nk minta bantuan ibubapanya payah sekali.

Nieyla Nadia said...

Sebak hati nieyl..menahan air mata membaca entry akk pagi nie...
Allah...walaupun nieyl tidak ada anak tapi naluri sebagai ibu tetap ada dalam diri ini,nieyl simpati atas nasib kawan pada kak Meen.. Anak itu adalah tanggungjawab ibu n ayah..membesarkan,memberikan pendidikan..kalau nieyl berada di tempat akk pun,nieyl akan buat benda yang sama..walaupun nieyl x kenal siapa family dia..terima kasih kak,sebab membantu anak itu...semoga Allah berikan seribu rezeki pada akk,dan rezeki itu sama² kita berkongsi dengan mereka yg memerlukan..Amin...Insya'Allah...

paridah said...

Sebak baca n3 kakzakie ni kenangkan nasib anak2 yg terabai cara didikan sempurna yg sepatutnya diberikan ibubapa kpd mrk...semoga ibubapa ini sedar kesilapan mrk dgn hidayah Allah

Julia Johari said...

Kak zakie....terpalit sgt rasa sebak bila julia baca kisah kawan kak meen ni....Allah ke sekolah takde duit nak makan...julia tak sampai hati baca kak....moga adik tu kuat lalui kehidupan dia...lagi satu anak ini sangat cekal hatinya...harap Allah sedarkan ibu bapanya

Kayu Manis said...

Baca pd cerita kak ni diorg taklah susah kak..org sng jugalah..tgglpun kat taman,boleh mkn kt kedai lagi,hp pun baru.., rsanya dia lgi kaya dibnding org lain...byk lgi yg susah dri diorg..emmm entahlah..kesian pd anak2..kita biarlah tak ada,janji anak2 ada..ank2 yg fhm takpelah..


Kakcik Seroja said...

AllahhuAkbar... sedihnya...

Tapi kakcik sedang merangka-rangka untuk mengarang sebuah kisah yang sebaliknya... kisah keluarga, kisah yang berlaku di hadapan mata...

Aryan azra said...

aduhai kak...sedihnya baca,

kebiasaanya ibubapa akan dahulakan keperluan anak2, tak kiralah apapun keperluannya kan, asal tidak berlebihan.

moga dapatlah mereka menonton boboiboy nanti, best cerita tu, moga hilang duka si anak dengan menonton cerita tu

Unknown said...

kalau ikut normal perangai ibubapa kan kakzakie, sanggup habiskan duit demi anak2, supaya anaknya dpt merasa apa yg rakan2 sebaya nya merasa tpi ini sebaliknya pulak!! dunia skrg ni kdg2 tak terjangkau dek akal kita ..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedih...
Memang ada parents yg sebegitu.
Kat sini pun ada K.Zakie.. sudahnya si anak "mengemis" duit dgn kwn2 sbb lapar.

aizamia3 said...

Moga anak itu dipermudahkan dalam rutin harian beliau.
Moga anak itu kuat dan tabah serta sabar.
Moga anak itu dapatlah menonton wayang seperti yang dihajatkan.
Sedih saya membaca entry ni kak..

Aziela said...

Mula2 saya ingatkan keluarganya susah dan tak mampu. Tapi diakhir entry, saya tersentak, tapi tak terkejut. Lumrah manusia yg pentingkan diri sendiri, tapi bila jumpa kes mcm ni, otak saya berpusing...mcm mana nak bantu? Macam mana nak baiki? Bukan setakat keluarga ini, tapi masyarakat kita, ummah kita.

Apa yg boleh didayakan, cuba tarik yang mana boleh, didik dan bantu. Semoga generasi akan dtg akan semakin kurang kes begini.

Qhaifa Nur said...

Lainlah klau susahkn kak...ini kita nmpk sendiri..kasihan kat anak2...inilah sebabnya de segelintir ank2 muda jadi mat rempit dn sebagainya..perhatian dn kasih sayang tiada..kasihannya mereka

Unknown said...

sayu plak membacanya kak..kesian, sampai hati abangnya amik camtu..
kalu memang family susah takpe..
hurmm tak tau nak kate ape ngan parents camtu..

Sura Mohd said...

Assalamualaikum KakZakie..
memang terkesan bila membaca n3 begini..apatah lg kita sebagai ibu..
sebagai ibu kita sepatutnya lebih peka..buka setakat keperluan..malah lebih pada itu..memang ramai parents yg cam tu..apapun pengajaran untuk semua..cuba menjadi ibubapa yg terbaik untuk anak2..

ohpanduan said...

Sedihnya. Macam ni lah pengorbanan ibu bapa kita dulu-dulu nak besar kan kita hari ni.

adarnadzmie said...

terkesan membaca kisah kawan kak meen ni kak....

kita sbg ibubapa akan berusaha memenuhi keperluan anak2... biarla x banyak dapat memberi sedikit pun memadai....





wahida said...

alahai...dah kumpul penat2 hilang pulak..yang ambik darah daging sendiri pulak tu...adoi la...

kesian dgn kawan kak meen tu..mujur ada akak sudi membantu...harapnya dapat lah dia menonton wayang cuti sekolah nnt...

Yaya Azura said...

sedihnye kak.
semoga terubat sedih dia nanti dapat tengok movie dengan kawan-kawan.

Unknown said...

sedihnya..duit mak ayah tu sebenarnya ada duit anak2..macam saya dengan suami kami ada duit sendiri .Tapi suami selalu cakap masa kita kerja tu, masa dok online buat duit tu, kita dah guna sedikit masa yang sepatutnya untuk anak2 kita.jadi tak patut kalau kita beratkan soal wang ringgit pada ank2 selagi ianya tak melampaui batas.

Bunda_nora said...

Betul lah, sebagai ibu bapa apa2 hal pun anak2 mesti didulukan...

Kamsiah yusoff said...

saya yg membaca pun naik geram dgn perangai si abangnya tu...

TukangKebun said...

Ada jugalah kenali ibubapa sebegini.
Sehinggakan baju dalam anak dara yang membesar tidak dibeli, terpaksa anak ambil pakai yang ibu punya.
Walhal ibu pakai beli make up punyalah banyak.
Susah kalau dunia ini makin materialistik jadi orangnya.

Moga kita sebagai ibubapa tidaklah begitu kan.

pB said...

ada lagi cerita sebegini pada zaman ini ...

kesian pada si anak ....

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...macam mana kalau kita sebagai ibubapa berperangai begini...mmg tak sampai hati rasanya...tapi kalau ada juga ibubapa yg begini anak2 mungkin akan mulai buat perangai yg x eloknya...

JunAina said...

Sedihnya kak anak ni mesti tak makan kat sekolah kerana kumpulkan duit tu. Alhamdulillah Allah temukan dia dengan orang baik-baik seperti akak. Kebanyakan ibubapa akan dahulukan anak-anak walaupun terpaksa mengikat perut.

arzmoha said...

mulanya agak kurang paham cerita ini kak zakie...tapi bila baca lagi baru paham....

anak-anak ini kalau dibiar penuh dengna kasih sayang pun tak boleh kalau kurang kasih sayang juga tidak boleh....

semoga dipermudahkan untuk kita semua membesarkan anak-anak menjadi yang soleh dan solehah

nhhas said...

recently ni saya dah tak boleh terima / baca / dengar cerita2 masyarakat yang menyakitkan hati macam ni.

saya akan stress sampai tak boleh tidur dan jadi sesak nafas.

Sehinggakan saya rasa kalau saya jumpa orang yang jadi punca kesusahan orang lain tu, saya rasa nak ROTAN dia kuat-kuat dan banyak kali. atau macam yang Yaya boboboi buat "tumbukan bertubi-tubi...yeaaahhhhh"

geram sangat.