Tuesday, March 8, 2016

Terselit dan bergumpal-gumpal

Selesai masak untuk makan tengahari hari Ahad lepas, aku keluar rumah sebelum solat zuhor tetapi sudah siap-siap berwudhuk dan membawa telekung dari rumah. Hajat mahu ke boutique Calaqisya di Bandar Baru Uda. Bimbang jika lewat semakin terik panasnya. Belum tiba destinasi azan sudah berkumandang, lalu berhentilah di salah satu petrol kiosk untuk mencari bilik solat. Pusing-pusing bertemu dulu dengan bilik air perempuan dan lelaki. Aku terjenguk bilik airnya kerana aku sangkakan di situ juga ada ruang solat. Apa lagi bilik airnya sangat bersih dan harum. Tetapi ada seorang pemandu teksi menunjuk arah bilik solat ke hadapan sedikit. Aku terus menuju ke arah tersebut.

Hadapan pintu - Bau hapak menusuk hidung. Sejadah dan hanger bersepah di bahagian tepi berdepan pintu masuk.

Penyidai sejadah - Ada hanger,  telekung dan kain di sental di tempat sepatutnya di sidai sejadah. Dari akal yang waras kalau yang menyental telekung tersebut adakah lelaki atau perempuan? Bagaimana agaknya dia buat di rumah sendiri selepas selesai bersolat?

Bergumpal - Selonggok telekung dan kainnya di hujung bawah tempat penyidai sejadah. Sedihnya. Walaupun tidak ada orang nampak tidak ada rasa bersalahkah kerana sudah meminjam telekung begini dilakukannya.
Sebagai hamba Allah yang kerdil aku tunaikanlah juga tanggungjawab sebagai hambaNya. Selesai solat, keluar pintu disambut dengan senyuman seorang aci yang memegang penyapu. Tekun membersihkan bilik air patutlah bersih dan wangi bilik airnya. Bilik solat itu tidak ada yang menghiraukan aku rasa. Kepada adik-adik yang bekerja di petrol kiosk itu sebenarnya ada peluang membuat jariah jika mahu.

~~ Islam mendidik umatnya untuk bersih tetapi sering ini yang terdedah di depan mata.~~


45 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu. Akak jika mereka nak buat amal jariah. Boleh bawa balik telekung tu dan basuh. Lepas tu jaga tengok sekejap-sekejap jika ada masa tengok bila tu terapi ker tak. Jika rumah dekat, boleh juga balik rendam telekung tu pagi. Balik basuh insyallah jemur dan boleh guna dengan nyaman.

lieyalatif said...

bukan nak ckp ape kak, tapi itu laa senario bilik sembahyang atau surau di tempat2 lain pun...tak dijaga....yg menggunakan pun takde inisiatif utk susun lipat balik elok setelah meminjam..sebab tu lieya lagi rela keluar lepas waktu solat atau balik umah make sure sebelum waktu solat abis...tak gamak nak solat kat tempat2 mcm nie....atau lagi rela ke masjid terus yg mmg kite dah tau ade penjaga yg menjaga dgn baik....

Dkna Abza said...

tanggungjawab masing2 sebenarnya, andai kata kita singgah kt situ solat guna telekung kat situ apa salahnya lipat elok2, simpan rapi.. jangan main camak jer.. ermm.. sedih kan tengok macam ni..tak terjaga.

HeNRieTTa JoSe said...

blik air lebih bersih dr ruang solat....sedihkan....

makchaq said...

Makchaq pun selalu rasa sedih tengok keadaan macam ni.. mungkin jiwa mak2 ni buat makchaq pun selalu mengemas bilik solat.. rimas sedih tengok keadaan x terurus..

Tapi lagi sedih bila tengok tandas masjid... pengguna semua pasti la orang Islam.. tapi tandas perempuan kat masjid.. jarang sangat nak jumpa yang bersih.. tisu bersepah berterabur atas lantai.. pernah jumpa pamper bernajis terdedah tak berbalut atas penutup tong sampah... atas singki pun pernah jumpa pampers...
Terfikir macam kakZakie.. kat rumah diaorang buat macam ni ke?

nohas said...

perghh..tiada kesedaran sivik..ruh solat tu tidak sampai, sekadar utk selesaikan kewajipan dgn Allah..habluminnas itu kurang..

Malinda said...

ape la salah lipat elok2 ye kak bukan kene bayo pon...gitu la kalau semua benda tak di buat seiring... :(

Julia Johari said...

Allahuakbar...selonggok telekung di corok tu...huh sedihnya...julia pernah rasa macam mana kak zakie rasa...kalau dekat dengan rumah sure rasa nak bawa balik mesin bersih2 htr semula baru rasa lega di hati...betul tu sis seharusnya public kena sama2 jaga...nak jumpa Allah kan

Nieyla Nadia said...

Hmm..betul laaa....nieyl pun kdg² perasan benda nie...
walaupun di tempat awam...tiada salahnya kalau kita dah guna..
lipat semula..letak tempat yg elok..ish..xfaham laaa...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kakzakie.. lama tak sembang sini.
Ni kalau tak bawa telekung sendiri, agak2 sanggup tak nak guna? Takut bila angkat terlompat cicak sedang berasmaradana.. huhuhu

Qhaifa Nur said...

Sebab dh tak ada pilihan..klau x mmg x singgah rasanya..yg x tahan bau hapakk..
Sepatutnya pemilik atau bos2 kedai patut buat spotcheck...

Puan Kutu said...

betul kakak zakie mana2 tempat surau ke masjid tumpuan awam biasanya telekung sejadah mesti bau hapak..kebanyakkan la..sbb tu sy lebih selesa bawa telekung sendiri

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sikap individu yg menggunakan tempat tu tiada beradap kan kak..
Sudah menggunakan silalah susun dan lipat semula..
Rata2 begitulah keadaan surau tempat beribadah orang Islam..
Sedang Islam itu menuntut kebersihan..
Saya memang bawa telekung setiap kali keluar..
Tak tahan bau telekung yg entah brpa lama tidak berbasuh tu ..
Betul tu kak.. inilah masanya pekerja di petrol pam tu utk berbuat amal dengan menjaga tempat ibadah dan mencuci telekung tesebut..

norhidana said...

aduhla gitu rupenyer di gumpal baling kt tepi...

malu lak kt aci tuh...

PeRdU cINta said...

sedih bila tengok sebegini keadaannya kak...telekung pulak tu...kalau tidak mahu membasuhnya pun cukup sekadar melipat atau gantungkan pada tempatnya..

saniahibrahim said...

Ingatkan bilik air bersih dan wangi ruang solat lebih baik lagi kan...tapi itulah sikap manusia .Bukan nya susah pun nk melipat dan mengemas apatah lgi utk kegunaan awan.

Dr K said...

Mungkin yg membuat macam tu berpegang pada prinsip " lantaklah ni harta public". Orang yg sebegini, jangan pelik kalau rumahnya bersih, tandas nya bersih, sejadah telekungnya di rumah elok tersusun terlipat...tapi bila diluar, dia malas jaga...tiada sivik

babYpose said...

Tak tahu nak tolong bagaimana ya, kadang bersyukur kerana stesen minyak ada surau cuma itu telekung pula tak terjaga, kadang bawa sendiri telekung. Supaya kurang keja mereka.inshaAllah.

Hudalatip said...

Sebab tu saya kena bawak telekung sendiri ke mana-mana, susah nak pakai telekung orang lain..Lagi satu, memang kalau yang suka letak je telekung gitu rupa memang tak reti mengemas la, kalau saya memang pantang la..

paridah said...

Sedihkan melihat ruang solat yg sebegitu...xada kesedaran dijiwa utk berbadat dlm suasana bersih n selesa tu.

Zaitun said...

Apa yang makchaq cakap memang biasa berlaku. Pernah kak Zai masukkan dalam N3.Sikap orang melayu yang beragama Islam. Amat jauh bezanya jika dibandingkan dgn negara luar.

Nor Azimah Ali said...

Itu pemandangan biasa kzakie, sbb tu saya tk lalu pakai telekung wakaf, dlm kete mmg ada beg telekung utk travel

Ann Ishak said...

saya pun selalu berjumpa dengan keadaan macam ni dekat surau petrol station, ada yang bersih tu memang bagus sangat sampai telekung pun bau wangi seperti dibasuh selalu tapi bila jumpa yang tak berjaga tu, saya rasa macam nak pegi surau tempat lain je...sampai telekungnya pun tak mampu saya nak pakai

LYAfrina said...

alahai..sedihkan kak bila ke masjid/surau tgk keadaan mcm ni.. kdg2 tu bau bsuk sgt.. dh slalu tkena,..

Nor Azimah Ali said...

Itu pemandangan biasa kzakie, sbb tu saya tk lalu pakai telekung wakaf, dlm kete mmg ada beg telekung utk travel

amirah said...

selalu mcm ni kak...tapi tak dinafikan ada jugak tetap jaga kemaskan sume sekali...

Aryan azra said...

ALAHAI SEDIHNYA BEGITU,PATUT SUDAH DIGUUNA KEMASKAN BAIK-BAIK, DAH BERGUMPAL MACAM TU MEMANG HAPAKLAH..BILIK AIR DIJAGA BESIH TETAPI BILIK SOLAT TERBIAR BERBAU SEDIHNYA..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedih tengok bilik yg sepatutnya lebih bersih dr bilik air tak dijaga dgn elok...x ada sikap yg prihatin langsung dah guna susun n sidailah semula dgn elok apa la salahnyakan..

hrusli61 said...

Mari mulakan tabiat dengan diri sendiri. Jika kita Nampak keadaan sebegini, ini peluang kita berbakti. Kutip dan susun semula elok-elok jika kita ada masa. Kemaskan mana-mana yang mampu.

wahida said...

sedihnya tengok...benda ni terpulang pada diri sendiri sebenarnya...
agaknya kat rumah pun mcm tu kot...main baling je takmo lipat...grrrr...

Madam N said...

ya allah..kalau surau awam macam tu dia longgok telekung bau masam lak tu

Kayu Manis said...

Sifat sukarela pd mnusia tu agak tipis kak..tk perlu org lain diri sndiri pun kdg trlps pndg juga.., klu pahala tu mcm duit ramailh berpusu2 nk melipat itu ini..

Hsna Rahman said...

xde sivik ni..kesedaran masih tipis dalam kalangan kita lg2 umat islam...malu kalu org tgk, even sorang je jaga xjadi kena ramai2 jaga baru jadi...

aizamia3 said...

Sedih dengan sikap segelintir yang tak pandai nak jaga kebersihan bersama ni. Mind set dorang akan ada orang yang tolong kemas. Malu saya bila jumpa keadaan yang macam ni.

Khamsi Abdullah said...

Aduh. Pelik betul. Pinjam benda nak buat amal ibadat, tapi diperlakukan begitu.

Unknown said...

assalmualaikum kak zakie
aduh terkedu tengok telekung selonggok tu
sampai nya hati insan yg buat macam tu
dirumah sendiri pun tak sampai hati nak buat macam ni
apa lagi kat tempat awam
semoga yang buat ni akan sedar bila tengok pos kakzakie ni

Inani Hazwani said...

Tak tahu nak cakap apa. Terkedu tengok. Huhu

Normala Saad said...

selalu juga jumpa situasi yang mcm ni..kadang2 terpikir juga kenapalah org perempuan buat kerja mcm ni...tapi ada satu tempat perhentian kecil yang selalu singgah kalau melaluinya , terlupa apa nama tempat. Sudah 3 kali kesitu..telekung & sejadahnya sentiasa kemas, bersih & harum.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Begitulah sebahagian yang terjadi di mana-mana. Kadang-kadang rasa malu pula kepada orang bukan Islam jika mereka mengetahui kondisi sebegini. Islam yang menitikberatkan kebersihan sehingga disebutkan sebagai sebahagian daripada iman, masih kurang mampu dihayati ke dalam hati sebahagian Muslim. Mudah-mudahan kita mengambil pengajaran...Peringatan untuk diri saya.

ohpanduan said...

Kasihan jadi macam tu. Tak ada yang nak uruskan. Harap pemilik stesen minyak atau pekerjanya boleh basuh telekung yang dah berbau tu.

monalea said...

lipat dan gantunglah elok-elok lepas guna.geram pulak saya nak lipat tengok tu kak

Suria Amanda said...

selalu yang di wakafkan tidak di jaga elok2...sedih tengok kadang2..bau hapak...tp yang hairan walau berbau hapak tetap jugak di gunakan dan di campak merata kan...

OKje said...

Kalaulah aci tu solat rasanya bersih jugak bilik solat tu kanda hihi....
Itulah tu.... semuanya terletak pada diri kita, sama ada mahu atau pun tidak. Peluang terbentang luas didepan mata.

Apa yg diborong kat butik tu ye kanda agaknya...

OKje said...

Kalaulah aci tu solat rasanya bersih jugak bilik solat tu kanda hihi....
Itulah tu.... semuanya terletak pada diri kita, sama ada mahu atau pun tidak. Peluang terbentang luas didepan mata.

Apa yg diborong kat butik tu ye kanda agaknya...

JunAina said...

Pekerja-pekerja Muslim semuanya budak2 muda mana mahunya buat kerja lebih tanpa bayaran kak, kalaulah pahala tu boleh nampak setiap kali buat kebajikan nescaya semua orang berebut-rebut nak buat. Pulak tu dapat taukeh petrol pump tu bukan Islam pulak langsung la tak berjaga ada pun surau tu untuk memenuhi syarat sahaja.