Thursday, April 14, 2016

Bila diberi peluang untuk menghulur

Sebelum ini selepas tazkirah di masjid, ketika berbual-bual dengan Ustaz Halim ada mengatakan beliau ada mengambil ramai anak-anak miskin tegar dan yatim sebagai anak angkat. Tujuannya supaya jangan sampai mereka berhenti sekolah hanya kerana masalah yang mereka hadapi. Oleh itu apabila ada dua orang ahli  korporat (bukan orang politik) yang pernah bertanya hubby untuk mencari anak-anak yatim atau mereka yang miskin yang perlu kan bantuan, inilah masa terbaik dan sesuai. Boleh dipertemukan terus kepada sasaran yang dikehendaki. Majlis berlangsung di masjid berhampiran sekolah anak-anak tersebut.

Asnaf - Sungguh anak ini berhak untuk menerima apa yang kita ada. Menerima dari  kita walau sedikit tetapi terlalu besar nilainya buat mereka. 
Adik - Tidak sama dengan adik dapat duit PIBG terus masuk tabung menanti ada peluang untuk dimasukkan bank. 
Semua asnaf - Anak-anak yang diraikan kelihatan sangat ceria pada hari itu. Berlebih-lebih lagi kepada kita yang memberi apabila mampu menceriakan mereka ada rasa terharu di situ.
Mereka - Golongan yang dipilih adalah anak keluarga miskin tegar dan anak-anak yatim.
Kenangan - Bersama Ustaz Halim Shah (kiri), dua ahli korporat (no. 2 & 3 dari kiri) yang meminta hubby mencari anak-anak yang perlu dibantu sebelum menjelang ramadhan.  Melihat airmata bergenang di kelopak mata ahli korporat ini terasa betapa bersyukurnya anak-anak kita dibandingkan dengan anak-anak ini.
Majlis yang pada mulanya mahu diakhiri dengan minum petang diganti ke majlis berbuka puasa kerana rata-rata pada hari Isnin lepas semuanya berpuasa termasuk Dato' ahli korporat tersebut. Bukan memuji tetapi sungguh inilah kali pertama kami dipertemukan dua ahli korporat yang sangat humble. Alhamdulillah, semoga jariah diterima Allah. 

~~ Melihat mereka ceria ada rasa terharu di hati kita.~~

32 comments:

Fida Z Ein said...

InsyaAllah..pahalanya besar tu...semoga perkara ini akan meningkatkan lagi kesedaran dan keimanan kita kepada Allah.

Khairul Bariah said...

betul tu kak zakie, semoga jariah mereka diterima..

anak buah saya pun ada yg anak yatim..
bila ramadhan akan dapat sumbangan dari sekolah
anak2 saya kata seronok aina danish dpt baju raya cikgu belanja
tp saya jawab, mereka takde ayah spt anak2 saya ada papa
nak pilih yg mana, papa atau baju raya?
lantas anak2 saya terdiam...
mungkin berfikir mereka masih beruntung

babYpose said...

Alhamdulillah ada yang mampu dan mahu. Dalam keluarga pun ada anak yatim, macam macam saya minta mereka doakan.. itu la kan macam bergurau tetapi itu adalah peluang kan k zakie. Moga di permudahkan urusan mereka. InshaAllah

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah...ada yg sudi membantu...moga mendapat keberkatan dr Allah

semoga ank2 ini diberi peluang utk mengapai impian masing2..
terpancar keceriaan diwajah mereka kan akak...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Inilah golongan kaya yg dicintai Allah kan kakzakie..
Orang kaya yg memiliki kepekaan sosial yg tinggi, gemar memberi pertolongan akan dicintai Allah..
Semoga amal jariah kedua korporat itu diterima Allah..
Allahu.. mereka juga berpuasa..

Tergambar kegembiraan anak2 itu menerima bantuan kan kakzakie..

kakrose said...

semangkin ramai ahli koperat yang bermurah hati..semuga segala amal mereka di terima Allah. mereka menyumbang dengan tiada kepentingan apa2 pun. semuga mereka di murahkan lagi rezekinya..

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah....
setiap bantu yg kte hulurkan walaupun sedikit...
ianya mampu memberi seribu makna bagi penerima...
semoga rezeki kita terus bertambah dan bertambah kite menghulur kepada mereka yang memerlukannya..Amin...

Aryan azra said...

terharu membacanya...moga anak-anak ini dapat meneruskan hidup mereka dengan lebih baik dan moga mereka yang memberi sumbangan bertambah-tambah rezeki buat mereka.

seronok jadi orang yang kaya harta dan kaya jiwanya, moga segala amal mereka diterima

paridah said...

Alhamdulillah syukur amat...anak2 yg perlukan bantuan dibantu insan pemurah berhati mulia yg xlokek mengongsi kemewahan rezeki yg dimiliki. Semoga Allah merahmati tokoh korporat ini n melimpahkan rezki yg banyak utk dikongsi bersama yg daif ...

Kayu Manis said...

Alhamdulillah sama2 kongsi rezeki
Dulu2 nor pun menerima bantuan..golongan fakir.

ohpanduan said...

Perkongsian macam ni amat besar buat mereka yang memerlukan. Semoga lebih banyak usaha seperti ini di adakan pada masa-masa akan datang.

raihanah said...

alhamdulillah ada yang tampil untuk berkongsi rezeki. saya pun sedih bila fikirkan anak2 yatim, terutama kalau kisah yang banyak diviral dlm fb.

E'in said...

sedih tgk muke dorg.. kite yg mampu nie, hulurkan laa sedikit bantuan..

Nor Azimah Ali said...

Menghulurkan tgn bila diperlukan..

Nor Azimah Ali said...

Menghulurkan tgn bila diperlukan..

Kamsiah yusoff said...

semoga wajah2 suci itu dapat merasai nikmat hidup ..merasa disayangi..diperlukan..insya ALLAH semoga kejayaan mengirigi langkah mereka..

nayfatimahrasyid said...

semoga usaha ini berterusan dan mendapat rahmat dariNya ;)

adianiez AIDA said...

alhamdulillah.
kalau la aida ada rezeki lebih kelak, sungguh2 nak duplicate apa yg dibuat.
sungguh murni. demi anak2 meneruskan pelajaran.
mulia sungguh ahli korporat tu. alhamdulillah :)

Qaseh Vee said...

mudah2an bantuan itu berpanjangan krn asnaf itu memerlukannya setiap masa ... semoga rezeki mrk terus melimpah ruah untuk membantu asnaf tersebut ...

norhidana said...

alhamdulillah msh ada lg ahli korporat yg berhati murni kak...

kesian btl tgk anak2 itu kak...

Puan Kutu said...

Alhamdulillah besar pahalanya menggembirakan anak2 asnaf ni..sungguh nasib mereka tak seberuntung anak2 kita..semoga kakak zakie sekeluarga dilimpahi dengan rezeki.berbuat amal bersedekah ni amalan mulia

insan marhaen said...

pada saya, kita pergi rumah ke rumah memberi sumbangan lebih baik sebab kita boleh lihat dan rasai kesusahan mereka.

semasa saya aktif dalam NGO dulu selalunya kami buat begitu...

Unknown said...

Sebab tu kita perlu menjadi kaya-raya, agar lebih ramai lagi insan yang berhak boleh kita bantu.

Turut rasa terharu.

emarieys said...

Alhamdulillah, moga ianya diperluaskan lagi program untuk asnaf ini... murah rezeki hamba Allah tu.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah ;)

suka tgk muka dia orang..suci je.

PeRdU cINta said...

syukur alhamdulillah....moga Allah meluaskan lagi rezeki mereka kak :)

makchaq said...

Alhamdulillah.. ada yg prihatin di masa insan lain dalam kesusahan.

Normala Saad said...

Amalan yang mulia...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Alhamdulillah, Alangkah besarnya ganjaran mereka yang memuliakan anak yatim. Bagaikan turut berkongsi kegembiraan dan keceriaan anak-anak yatim menerima sumbangan kerana saya sendiri turut terlibat secara langsung dengan humanitarian ngo, menyantuni pelarian dari syria, aceh dan lalin-lain. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada setiap masa...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..alhamdullilah besar pahalanya...:)

OKje said...

Terlalu berharga setiap pemberian bagi mereka yg sangat sangat memerlukan. Moga org yg membantu juga dilimpahi keberkatan oleh Allah

kilauan pedang said...

Assalamualaikum kak...sy nak tanya...kalau2 ada anak2 asnaf di bawah umur 3bulan yg memerlukan keluarga angkat boleh wassapp sy 0126532557...sy dah lama kahwin tp belum ada rezeki mempunyai zuriat sendiri...andai kata ada asnaf yg mencari ikhlas memberi peluang utk sy menumpang kasih...sy sedia menerima kehadiran mereka dgn hati yg lapang...