Monday, April 11, 2016

Mata, hati dan akal

Tempat: Outlet makanan segera
Masa: Waktu makan tengahari
Hari: Hujung minggu

Hampir keseluruhan meja dipenuhi pelanggan. Aku, dua anak dan papa pada anak-anak ku sedang menikmat hidangan seperti juga pelanggan yang lain. Tiba-tiba mata aku tersorot ke satu scenario yang kurang senang. Sosok badannya kurus dengan berbaju kemeja dan seluar yang teramat lusuh. Kelihatan pada mulanya dia turut beratur seolah-olah mahu membeli, tetapi kemudian dia beralih ke tepi dinding berhampiran pintu keluar-masuk. Tidak lama aku perhati dia beratur semula dan kemudian keluar dari beratur dan pergi berdiri di tepi dinding berhampiran tempat mencuci tangan. Otak aku yang lembab mudah saja berprasangka lelaki itu mahu mencopet. Sebaik aku memberitahu kepada hubby cepat saja hubby pergi beratur dan membelikan satu set seperti apa yang kami makan.

Sebaik dihulur dengan sopan dia mengambil dengan ucapan terima kasih dan keluar. Walaupun kelihatan bagai orang siuman tetapi apabila dia sengih mengucapkan terima kasih barulah kami tahu lelaki tadi tidak siuman. Kalaulah dia jenis yang keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga rasa aku pasti keluarganya risau. Orang yang tanpa dosa ini ada kalanya menimbulkan prasangka buruk pada diri kita dan akhirnya kita yang sia-sia tercatat dosa sebab tanpa usul-periksa. Lemahnya mata hati yang aku miliki ini.
Tidak ada kena mengena - Jelly dan face-mask pemberian customer. Biarpun duduk di luar negara tetapi sanggup dikirimkan ini buat aku. Sayangnya biarpun dikatakan ianya vagetarian foods tetap ada syak-dzan-waham. Lalu aku berikan kepada teman sepejabat

Biskut - Biskut apa aku pun kurang pasti yang dikatakan khusus untuk vagetarian juga, tetapi tetap aku tidak ada keyakinan. Apa pun terima kasih banyak aku ucapkan kerana ingatannya itu. Kasih sebagai sahabat tetap dalam ingatan. Fridge magnet sudah selalu dibeli buat aku itu yg mungkin mahu bertukar memberi makanan sayangnya aku jenis yang tidak mudah ada keyakinan bab makanan begini.

~~ Bersyukur dikurniakan akal tetapi yang kurang baiknya mata dan hati kita tidak selaras dengan kehendak akal.~~





37 comments:

Aryan azra said...

alahai kesiannya dia...betul tu kak kadang saya ni susah juga nak sucikan hati, berfikir yang baik2 tentang apa yg dilihat, selalu saja fikir yg buruk dahulu.

betul tu kak kadang yg tertulis halal selain jakim pun rasa takut untuk dimakan..

saniahibrahim said...

Tentu dia seronok dapat pemberian dari suami kakzakie yang punyai nilai murni.

babYpose said...

Betulla kak zakie, kadang tu yang lalu tua tak berdaya tetapi takut seperti beliau bole laju mengejar. Facial mask vegetarian atau makanan dari sana kalau kak zakie prihatin bagus tu lagi masih ada pilihan lain.. tetapi ingatan tu sangat dihargai..pasti mereka sangat merindui kak zakie tu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ye la kakzakie..
Sukar betul kita nak menjaga mata dan hati ini kan..
Kekadang tidak selaras dengan apa yg kita fikirkan...
Tak apa lah moga ianya menjadi sedekah tu..

Memang kalau makanan dari luar negera ada juga curiga didalam hati handak memakannya..
Kalau dah was was elok ajer di berikan kepada yg oran lain kan kak..

Puan Kutu said...

Alhamdulillah happy dia dpt makan.memang la kita ni sebagai manusia mudah sgt menilai orang..lepas tu cepat2 istighfar..manusia biasa tak lepas dr dosa kan..

Qhaifa Nur said...

keadaan sekeliling buatkn mata hati berprasangka buruk...
dpt beri makanan tu rasa lega kn akak...
lihat dia tersenyum, alhamdulillah..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kisah ini mengingatkan sy pd kwn yg belikan kfc utk penagih dadah.. sbb dia kata kalau bg duit nt orng tu beli dadah, jadi aku belikan makanan.. ehhehehe.

sy pun mcm kakzakie.. tetap was2 wpun produk tu vegetarian.. kalau tulisan tak difahami lagilah sy tak makan. automatik tekak tak boleh nak terima.

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum Kak...semoga kami juga diberi hati nurani yang baik sentiasa....Aamiin..

Rezeki dia ada pada family akak...

Fazleyatul Aini said...

mungkin orang tu lapar. murah rezeki akak sekeluarga sedekahkan makanan untuk dia

norhidana said...

tp nsb lah mata hati suami akak memandang ngn cara lain.... selamat akak dr berprasangka yg bukan2...

org dh memberi bkn kita sombong taknk terima tp was2 ttp kene ada, lainla kalau comfom dia muslim mcm kita...

paridah said...

Sebak pula baca n3 kakzakie tentng lelaki ahli syurga itu mga kita xabaikan golongan ini yg sebenarnya tersangat istimewa di sisi Allah n berbuat kebajikan kpd mrk amat besar ganjaran pahalanya...ingatan drpd shbt viewers diluar negara bgtu mnyentuh hati...rajin memberi tanda ikhlas hati n baik budibya.

insan marhaen said...

boleh berprasangka baik tapi kena berhati-hati. dunia sekarang ini penuh tipu daya...

Unknown said...

Alahaiiii.. kesian plak baca citer kakak nih. kalo ZUra kat tempat kakak pon mesti pikir macam kakak jugak. orang pompuan selalu fikir langkah berjaga2 kan. hehehehe

amirah said...

ramai sekrng kak pesakit mental...kdg kesian tgk..tertanya jugak mana lah keluarga dorang semua ni..

Kayu Manis said...

Klu ada was2 tu baik jgn mkn la kak,sama mcm kita orang kak...mmg tk somborono nk mkn jer...kena pk google jakim dulu,tk dpt sahihkn kehalalannya mmg terperuklh dulu,klu tk pasti atau was2 tu,nor bgi jer kt kwn2 imn n mmd yg nonmuslim,atau kt jiran nor yg nonmuslim juga..

Nor pling takut jumpa org gila...mcm2 gak fikir...yg bkn2 jer,mklum skrg sakit mntal ni boleh bunuh org suka hti jerr..

NEKCIK said...

Alhamdulilah Allah hantar dia untuk bersedekah...

NEKCIK said...

Baranngan was was ni mmg bnyak..tu yg nekcik kena masak klau jenjln di luar kawasan

NEKCIK said...

Alhamdulilah Allah hantar dia untuk bersedekah...

wahida said...

huhu...kalau saya pun mungkin saya akan syak dia tu pencopet..
susah betul kalau hati ni asyik nak bersangka buruk kan kak...adoi la...

Nieyla Nadia said...

Lewat singgah sini...
siapkan kerja dulu..
kdg² terdetik di hati,mengapa ianya terjadi...

lieyalatif said...

siannye kak... tu la kan kak... yg tak siuman pun nak rase mcm kite rase...alhamdulillah akak alert bab2 tu...dpt die merase .... lieya pun tak sebaik akak...bace kisah akak nie buat lieya bukak mata bukak hati....tangan yg memberi lebih baik dari tgn yg menerima....in sha Allah...

PetakBunga said...

bukan nak bersangka buruk.. cuma berjaga2.

Rosdi Eunos said...

saya ni kadang kadang ada juga rasa prasangka, walaupun kadang kadang atas rasa prihatin pada sesuatu perkara, saya alpa tentang perkara yang lain.

nohas said...

kesian dia...mungkin gelandangan yg tiada pekerjaan dan tempat tinggal..murah rezeki akak sekeluarga..memberi dan menerima..

Izwa Kamaruddin said...

semoga murah rezeki akak sekeluarga lagi.

dan saya pun sama kalau was-was memang takkan makan.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah bagusnya dpt membantu sesama manusia..saya pun kekadang was2 juga..;)

Uncle said...

Biskut dalam gambar ke 2 tu rasanya diperbuat daripada beras. Ianya rangup (rasa sayalah). Kalau di Jepun ianya dipanggil 'senbey'. Seringkali mendapat kiriman daripada mak mertua untuk cucu-cucunya...ada sedikit salutan japanese syoyu kebiasaannya. Healthy dan tidak menggemukkan...

adarnadzmie said...

kesian sangat kan kak... murah rezeki akak sekeluarga memberi kepada yang memerlukan....

semoga kita muhasabah kan diri... betapa kita rasa susah dlm hidup ada lagi yang lebih susah dan memerlukan dari kita....

Khairul Bariah said...

bukannya otak akak yg lembap tapi akak berhati-hati..
cara husband akak memberi makanan pada dia sgt dipuji, walaupun tak siapa tahu apa niat dia di situ, apabila dihulur rezeki begitu, mesti dia merasa sesuatu..kalau pun betul pada asalnya dia nak mencopet, terus tak jadi dek kerana sedekah suami itu.
itu pandangan saya lah...hehe

adianiez AIDA said...

aida byk gitu.
bersangka buruk.
tapi sebeno nyer mahu berhati-hati.
krn skang ni semakin byk perkara yg nampak baik, tapi hakikatnya tak baik.
tapi tu la kan. yg baik disangka tak baik.

wow. alhamdulillah.
ada pemberian kawan ekk.
and yes la tu, was-was. kita panjangkan makanan tu kat rakan yg lain.

Unknown said...

Kak zakie.. tanda betsih atau tidaknya hati kita bila Allah hantar org sebegitu untuk menguji hati kita.. kann..

Unknown said...

Semoga, ALLAH menmbah lagi rezeki kakzakie dan family dgn mnggNdakan apa yg telah diluarkan pd org tu

mrhanafi said...

sentap dengan istilah orang tanpa dosa..

jika dibandingkan dengan kita ini..hampir setiap hari menjana dosa kiri dan kanan atau atas dan bawah..

lumrah hidup mesti diteruskan dan berdoa agar kematian kita tidak menyusahkan orang yang hidup..

PeRdU cINta said...

Mungkin dia teringin tapi tidak begitu cukup untuk membeli kan kak..
PC pun kalau tak betul betul yakin PC tak makan kak..

iryantyismail said...

betul tu kak..kalau was2 jangan makan..lagipun makanan luar negara..tidak yakin kan...

OKje said...

Betul tu kanda....dinda pun sama, kuat betul perasangkanya....
Kesiankan orang yg tak berdosa....

Memang ada was was jugak tu kalau datangnya dpd luar negara, tak ada langsung jaminan halal pulak tu

Mummydearie said...

Nak bersangka baik tu sukar sekarang ni, kak. Kalau ya pun, adakalanya kita juga yang terjebak dengan nafsu jahat manusia lain. Kalau kita pulak yang bersangka jahat, tau-tau akhirnya membawa dosa aje bila apa yang sebenarnya tidak seperti apa yang kita sangka.