Tuesday, April 5, 2016

Panas, air dan keluhan

Sabtu, Ahad dan Isnin melayan adik. Ujian seketika yang kami pasti akan ada keindahan dihujungnya. Teruskan berdoa dan tawakkal kerana kita tidak ada kemampuan tanpa izin dan kasih-sayangNya. Cuaca di Mersing agak panas berbanding JB. Asrama manalah ada pendingin hawa. Sabar dan redhalah demi mahu meraih kejayaan di masa depan. Adik kira beuntung duduk di asrama penempatan satu bilik hanya empat pelajar berbanding kakak-kakak dulu satu bilik berkongsi 10 sahabat. Ingatan Allah berikan buat kita seluruh hambaNya kerana semakin ramai yang lalai.

Cari air-cond - Pagi lagi kami bawa adik makan di Chicken Rice Shop cari yang ada pendingin hawa. Bagi keselesaan. Malamnya kami tidur di hotel berkekatan untuk bagi sejuk juga.  Makan di tepi pantai Mersing - sejuk udara pantai malam. Siang tengahari makan di KFC bagi suasana sejuk juga sebelum balik asrama semula.
Chicken roast - Makan nasi ayam dengan chicken roast ini.
Pie tie - Tidak pernah tinggal untuk membeli set ini setiap kali masuk
Panas - Betullah kalau di JB Mimik pun tidak tahan panas mencari sink untuk merehatkan diri apa lagi adik di Mersing suhunya agak lebih panas.
Ceria - Ini yang mama mahu.  
Adik boleh -  Kalau kawan-kawan boleh mengapa tidak adik.

Redha - Catuan air kenalah dihadapi dengan rasa rendah diri.
Peace - Itu lebih baik dari mengeluh. 
Khamis ini papa akan jemput adik balik kerana pada hari Sabtu ini ada anugerah cemerlang untuk murid UPSR 2015 di sekolah rendah adik yang lama. Balik rumah bolehlah menikmati suasana sejuk seketika sebelum kena balik semula pada petangnya. Begitulah selagi masih bergelar seorang pelajar. Ingat pesanan allahyarhamah nenek "Bila panas jangan mengeluh banyakkan istighfar." 

~~ Setiap apa juga ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya. Catuan air satu yang sangat sinonim bila musim panas.~~

51 comments:

QasehnyaRania said...

betul tu kakak
peringatan bersama..

Unknown said...

adik boleh..kuatkan semangat dik..
alahai pandainya mimik cari tempat sejuk..

setiap apa yang terjadi semua ujian dariNYA kak..tengok ajerlah, setiap tahun pasti ada yang hendak diuji buat hambaNYA..

babYpose said...

Comel adik beruniform, tak bole tahan dengan perbezaan di rumah dengan asrama kerana masih baru kan, makin lama, dah tak terasa dah pandai sesuaikan dgn keadaan.. betul pesanan nenek tu kan..istighfar. inshaAllah. Peace dan tahniah untuk upsr :)

nhhas said...

Semoga dipermudahkan ... Insya Allah ada kejayaan buat mereka yang sabar dan redha ...
Memang betul panas... terik + bahang ...
saya jalan dari parking ke lobi pun rasa bahang mencarik muka...

tapi depan lobi rumah saya - ada construction ... dan mereka bekerja dalam panas...
Allahuakbar ... terus insaf ...
Banyak lebihnya kita ... - tak ada aircond tapi masih ada kipas. masih duduk bawah atap ...
#MahuBersyukur

nhhas said...

hihihi ... uniform trademark emaresem ... hihihihi ...

Fazleyatul Aini said...

melaka baru malam tadi hujan kak setelah sekian lama berpanas. syukur alhamdulillah

Qhaifa Nur said...

2 3 hari baru terasa bahangnya kat sini kak...
sblm ni blh tahan lg...berpeluh tu yg x tahan
bykkn istighfar...moga dipermudahkn buat kita smua

dapnya pie tie tuuuu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Musim panas sekarang ni redha ajelah. Kena banyak beristigfar. Insyallah Allah akan bagi hujan.

Aryan azra said...

betul tu cuaca panas betul, di klang ni pun sama kak..saya terbau-bau macam asap juga, apakah jerebu pula bakal berlaku di klang nih, apapun semua tu ujian drai Allah kan, moga kita dapat lalui dengan tenang.

tahniah buat adik.

moga beberapa hari ni akan turunlah hujan rahmat dari Allah.

betul tu bila dah panas macam ni, kemungkinan besar air pun akan dicatu

Unknown said...

Yer, bila panas jangan mengeluh. Itu cuma ujian yang sedikit Allah berikan. Semoga adik menjadi pelajar yang cemerlang yer.

p/s : Comel nyer kucing tu, sebijik kucing saya yang hilang. Rindu. (!_!)

nohas said...

outing bersama parents mmg time yg best duduk asrama..dapat makan sedap2..boring mkn lauk asrama..hihihi..

comelnya Mimik tidur dlm sinki..cool..

Lydia Miza said...

Bestnya luang masa berhujung mgu dgn ank yg dirindu kan kak

Mmg panas.. Kena byk2 istighfar. Panas ni bahaya juga, hati cpt marah. Saya ni dlm umah pun duk usap dada klu ank buat perangai. Takut terlontar vokal pulak. Hihi

Izwa Kamaruddin said...

terima kasih atas perkongisian peringatan arwah nenek tu kak...biler panas banyakkan istigfar.

saniahibrahim said...

Iman ni pun bawak air 2 botol ke sekolah kakzakie.Sudah lah panas ,ligat pulak kat sekolah ...air lah dicari nya.
Harap adik dapat tabah hadapi ujian panas ni...apapun alhamdulillah nampak ceria gayanya.
Kucing kat rumah ni pun suka tidur dalam toilet bila cuaca panas ni....
Pagi ni nampaknya cuaca agak suram je kat tempat saya kakzakie

Nieyla Nadia said...

bila panas je...
mulut tidak berhenti mengeluh...adoi..panasnya....wah..panasnya...
kita patut bersyukur sebab kita masih lagi ade tempat berteduh..melindung dr matahari terik...kan...

Mummydearie said...

InsyaAllah, Adik boleh melalui dugaan kecil begini. Inilah masanya nak belajar banyak perkara dan berdikari bila duduk berjauhan dengan keluarga.

Saya pun alpa juga. Bila terasa panas sangat, mulalah mulut mengomel itu, ini. Semuanya tak kena. Terasa malu pulak bila membaca kisah adik ni!

paridah said...

Mersing dgn JB agak jauh juga kan tapi dimana saja bahang panas elnino tetap terasa dgn masalah air yg kurang lagi. semoga adik selesa tinggal di asrama walau bnyk cabarannya demi menuntut ilmu n masa depan.

PetakBunga said...

sy kat selngor ni selalu jugak hujan..
tepon mak kat kg kelantan..pansnya..
semua ni cabran kita..skrg musim pana cepat je nk marah, tp ingt blk..letih tp kena bnyak istifar.

wahida said...

aduhhh...terus terasa kena penampar...sebab asyik merungut lately ni panas berdenting kat rawang..tq kak bagi peringatan...kena lebih banyak istighfar lepas ni...

astaghfirullah...

saya pun suka sangat pie tie tu kak...tu wajib kalau masuk crs...

monalea said...

kak, tengok Pie tie teringat acuan saya.mana ntah letaknya.suka makan Pie tie ni.kalau g chicken rice shop memang wajib order benda ni

cahayahidupku.blogspot.my said...

Mula-mula nak serasi dengan kehidupan asrama adik ni kan Kakzakie..
Jadi bila ada sedikit kesusahan..
Mula terasa kan..
Dahulu tinggal dengan mama dan papa..
Segalanya mudah..
InshaAllah adik boleh..
Tahniah adik atas kecemerlangan UPSR..

@na said...

Sian adik...musim ni tanpa mmg perit sikit...di asrama kena byk bersabar sbb tk selesa mcm kt rumah...moga adik tabah dan terus cemerlang

E'in said...

adik sekolah kat mane kak.. jb pun panas kemain kan.. bahangggg

Kayu Manis said...

Bertuahlah bdn..ada omak ayah yg baik n memahami..sejukkan bdn ye dikkk..

Azhn/adi msa duk asrama biasa angkat2 air dri aras bwh hingga ats...kesian tpi apa nk buat...redho jerlh..bygkn keduanya ada asthma..somputtt dibuat.

Unknown said...

terpaksa akur kehidupan seorang pelajar mmg mcm tu kan kakzakie, nasib baik ibubapa dekat boleh jugak bawa jalan makan2 setiap weekend,kalau kaknoor anak2 jauh beribu batu hanya kawan peneman dikala susah dan senang

Zaitun said...

Panas dimana2 kakzakie Klau boleh macam nak berendam dalam sungai aje.
Anak bongsu kak zai tinggal berdua pun kadang2 ada masaalah. Banyak barang2 adik digunakan semasa dia diluar.

Ratu Hatiku said...

Wahh...adik da duduk asrama ya kakak..Smoga adik terus cemerlang.. Kim salam pada adik ya kakak..

Unknown said...

assalamualaikum.
jalan-jalan sambil singgah...
http://jmbelog.blogspot.my/

aizamia3 said...

Kesian dekat anak2.. macam kita kerja takpelah duduk dalam aircond..

Julia Johari said...

Alhamdulilah, nimatnya tgk adik sihat dan ceria...adik ada anugerah cemerlang upsr kt sekolah lama ye...bijak sungguh anak buah ju sorang ni...teringin nak anak sendiri seperti adik...aminnn belajar rajin2 adik

makchaq said...

Memang panas betul sekarang..
Beruntung jugak adik duduk asrama dekat.. kalau jauh jenuh juga sementara nak serasikan diri..

LYAfrina said...

kemain adik berposing ye... tahniah utk anugerah kecemerlangan tu...

cuaca skarang mmg pns..smpai mlm pon pns...
kucing rumah lya tdo dlm bilik mndi terus.. cari tmpat sejuk.. hehe

Normala Saad said...

sini sudah hujan tapi siang harinya panas lagi teruk...kucing kak pun asyik masuk tidur dlam toilet...

Unknown said...

sedapnyeee pai tie tu.. lama tak makan.

mmg terasa lah panas skrg nih. malam2 tido dengan 2 kipas pon berpeluh. Zura pon tgh merancang nak pasang ekon kat rumah. bg anak2 selesa sket tido.

good luck buat adik.

Unknown said...

kucing saya kat rumah pun tidur kat dalam bilik air..panas sangat kat sini..

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb Kak Zakie Purvit... Ternyata cuaca panas masih lagi melanda Johor ya kak. Kasihan adik yang sudah biasa dengan kemudahan di rumah. Tentu kurang selesa di sekolah hingga kena pujuk-pujuk dengan segala makanan yang lazat, dan restoran yang sejuk dingin. Tapi yang bestnya makan di tepi pantai kak. Saya doakan adik sabar dan ceria. Dengan pengalaman yang dirasakan sukar ini akan membentuk minda adik untuk bersyukur kerana ada orang lain yang lebih susah hidupnya. Salam buat adik dan didoakan berjaya. Aamiin. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

kakrose said...

dalam cuaca panas begini kasihankan kanak2 dan warga emas..bagi mandi banyak kali dan minum aair banyak2..

Mar Mansor said...

memang bahang sekarang..tidur berpeluh-peluh

Nor Azimah Ali said...

Alahai Mimik, comelnya landing.

Adik, dah biasa dok dlm acon, tu pasal agak terasa kepanasan bila dok asrama tkde acon, cuba mcm anak makcik, rmh tkde acon, dah biasa panas, tkde terasa sgt, bertabahla ye adik utk senang bukannya senang.

Nor Azimah Ali said...

Alahai Mimik, comelnya landing.

Adik, dah biasa dok dlm acon, tu pasal agak terasa kepanasan bila dok asrama tkde acon, cuba mcm anak makcik, rmh tkde acon, dah biasa panas, tkde terasa sgt, bertabahla ye adik utk senang bukannya senang.

norhidana said...

heheheh lama2 tuh ok lah utk adik... yelah kan kak kalau cuaca pns sgt... mana lah nk tahan,,, lagi2 bdk2

sudipVSsenduk said...

tahniah adik.. study hard study smart ya :)

Zul fattah said...

alhamdulillah. di sini masih ada hujan waktu malam. walupun siangnya panas membuak.. kipidap n dongibab utk adik

PeRdU cINta said...

Allahu....moga Allah turunkan hujan apa yang sekadar diperlukan penghuni di muka bumi ini..

SIQAHIQA said...

adik boleh! kuatkan semangat. berjauhan dengan keluarga boleh menaikkan semangat untuk lebih kuat dan tabah. good luck, adik :)

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa :)

mrhanafi said...

sekarang musim panas-kat mana-mana pun panas la

OKje said...

Alahai kesiannya adik...Pengorbanan demi sebuah kejayaan, gitulah dik.

Syukurnya kita, masih mampu membawa mereka ke tempat tempat dingin di saat cuaca yg cukup panas sekarang ni...
Alhamdulilah

Suria Amanda said...

setuju kak..masa musim panas ni la empangan air kita semua susut..tak dapat menampung keperluan..sebab tu la kena berjimat cermat

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...nasihat berguna utk anak2...;

Anonymous said...

Assalammm ..

tq tuk nasihatttt ...


musim panas skng , adehhh .. bertabah laaa