Tuesday, April 26, 2016

Selera rasa dari dapur mama

Hari Jumaat adalah hari cuti hujung minggu buat kerajaan Johor tetapi tidak buat aku yang bekerja swasta ini. Oleh itu selalu juga aku terpaksa mengambil cuti pada hari Jumaat kerana papa pada anak-anak ku juga cuti hujung minggunya setiap Jumaat dan Sabtu. Mengambil peluang menjenguk adik pada Jumaat lepas, kerana pada hari Sabtu ada kegiatan di sekolah Kak Meen pula. Memandangkan Jumaat bukan hari outing jadi mama masaklah apa yang adik pesankan.

Ikan toman ikan gelama
masak gulai makan di beranda 
walau biasa saja air tangan mama 
tetap nikmat buat anakanda

Pilihan -  Beralaskan kain batik saja. Selesai saja mengaminkan doa dari papa mulalah dari satu suapan ke satu suapan masuk ke mulut. Nikmat makan sambil di puput bayu.

Selera - Masakan mama biasa-biasa saja tapi itulah dikatakan anak tetap rindu masakan dari dapur mamanya.

Bekal - Nasi putih, sambal sotong/udang, ayam goreng, paprik ayam, sup sayur, ketam (papa tolong pepahkan untuk adik). Air cikong aku siapkan malam sebelum pergi. Rebus dried longan, masukkan dried sweet melon, red date, buah kabung dan laici. Gunakan gula batu. Tetapi ada juga bawa air masak dan belikan  adik air di Starbuck favouritenya.
Panjang umur, dimurahkan rezeki mungkin lima tahun akan berterusan beginilah perjalanan hidup keluarga kami. Dari satu anak ke satu anak kami laluinya bagini. Biasa untuk tingkatan satu/dua saja mama/papa agak kerap pergi berkunjung. Masuk tingkatan tiga dan seterusnya sudah agak mudah. Apa lagi apabila sudah di universiti pergi-balik pun sudah pandai uruskan sendiri. Hanya doa dan telefon sebagai penghubung kami.

~~ Selagi Allah pinjamkan nyawa tanggungjawab kenalah tunaikan.~~

45 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Air tangan mama tu yg berselera anak2 makan ye kakzakie..
Walaupun masakan bukan lah seperti di restoran kan..
Saya tengok menu kak zakie tu pun telan air liur hihihi..

Ye lah kak..
Selagi kita dipinjamkan nyawa..
laksanakan lah amanah yg diberikan..
Macam tulah juga menjemput kak Nabilah setiap jumaat..
Alhamdulillah dekat dari rumah madrasahnya..
Sekarang dah setahun lebih di madrasah kuranglah home sicknya :)

Mar Mansor said...

banyaknya menu...memang makan sampai kenyang ni...hasil tangan ibu lah yang terbaik kan...
siap berpantun akak pagi2 ye

Khairul Bariah said...

alhamdulillah, menu apa pun yg dihidang, masakan emaklah yg paling sedap di dunia. betul tu kak, bukan setakat t/jawab anak2 kpd ibubapa saja penting, tanggungjawab kita sebagai ibubapa kpd mereka juga sangat perlu dijaga.

Fazleyatul Aini said...

mak kalau masak simple macam mana pon tetap sedap kan

TukangKebun said...

Anak-anak bila dah hidup berjauhan berdikari mesti rindukan masakan air tangan ibu.
Suami Diana pun tak berapa gemar outing hari Jumaat sebab teringatkan solat jemaah Zohor.
Kalau nak ke mana-mana pun lepas sembahyang Jumaat.

Qhaifa Nur said...

air tangan ibu ttp dirindui kan kak...wlau jauh mana kita pergi...agaknya begitulah bila ank2 nur juga belajar di luar...ulang alik jenguk mrk..moga diberikan kesihatan yg baik juga kak zakie..

sedapnya menu akak tuuu...

Puan Kutu said...

Air tangan mama memang terbaik.telur mata pun klu air tangan mama memang bermakna..apalagi masak sedap2 camni..mana tak selera makan menu semua best

Mila@Rimbun said...

meriahnya mama adik masak, patutlah selera adik makan yer.

saniahibrahim said...

Yalah kakzakie suami saya selalu pesan bawa kan makanan yang dimasak dari rumah sebab anak2 rindu kan air tangan kita.
Saya pulak anak sampai tingkatan 5 memang tiap2 minggu melawat mereka jika takde masalah...korbankan masa dan ringgit tu dah biasa.Tapi dah kat U mereka kena berdikari juga.

Unknown said...

ini bukan menu simple dah nih. cukup lengkap dah nih kakak~
naik terlio nengok menu2 kakak nih.
bertuah sungguh adik. walaupon duduk di hostel tetap ade peluang makan makanan air tangan mamanye. hehehe

Zura pon tetiba rindu nak makan masakan air tangan Mak Zura. hehehhe

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki adik dapat ibubapa yang penyayang.. banyak betul menu tu kak zakie, seronok nak jumpa adik, moga adik puas kan.. yela jarang jarang sekali. Baru ni aunty duk teringat adik naik basikal dengan helmet.. hehe. Sekejap ja dah alam remaja Alhamdulillah

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...byk lauk sedap² tu...
pengorbanan seorang ibu...InsyaƁllah...
adik akan terus belajar rajin²... :)

Acik Erna said...

betul kakzakie..anak2 kalau balik ajak makan kat luar..tak nak saja..nak mak jugak yang masak kakzakie

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak...walau dah kahwin...bila balik kampung PC nak juga makan air tangan mama....lain rasanya...begitulah anak..nasib adik tak pesan suruh mama papa bawa adik kucing dia kak...kucing kesayangan adik...hehe..

paridah said...

Makan bekalan yg dimasak ibu di beranda amat berselera sekali adik nampaknya. air tangan ibu mengandung rahmat n berkat Allah yg terlindung dgn kasih sayangnya yg sejati...lalui pengalaman bersama anak2 yg bakal membesar dgn gembira.

monalea said...

sukanya tengok dia makan. berselera betul.yelah mamanya mesti masak sedap tu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sama la kak zaman anak atie sek asarama dulu...diaorg form1 & 2 tu jer yg homesick sgt..bila dh msk form3..kurang dah
Bila msk form 5..ibu takyah dtg lar...adik sbk byk keje sekolah..hahha
Bila dh masuk U ni..jrg dtg pon takpe...lgpon assigment pon byk kena buat..mmg atie jrg ziarah.
Tp blm pernah lg bg anak pompuan blk rmh sendirian..mungkin sbb jauh..risau.

Unknown said...

syok kan bila tengok anak2 berselera makan
kita tengok je pun dah kenyang kan kakzakie
banyak tu menu nya
kalau kaknoor pun mmg berslera jugak ni

Izwa Kamaruddin said...

alahaiii kak..adakah satu hari nanti saya akan rasi apa yang akak rasa ni?
adakah saya kuat seperti akak?

Dkna Abza said...

susah jugak kan kak kalau kerja swasta hari jumaat ni, family plak cuti hari jumaat. Company akak memang tak na tukarkan hari minggu sama macam gomen ke kak?

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

akk.. air tangan ibu memang power kak.. Telur kicap pun nikmat dia macam rasa chicken chop!. hehehe. Rajin akk.. banyak betul menu, tengok gambar pun da terbukak selera ni hah kak. =)

Kak Wawa said...

sedapnyaa, kita yang tengok ni pun terliur..

akak, nak minta petua. macam mana akak uruskan kerja, rumahtangga & mampu update blog hari2 malah blogwalking tak pernah tinggal..

share please..")

Zaitun said...

Lama tak singgah sini.Banyak bekalan kakzakie utk adik dah tentunya sedap2. Dulu masa Mimi belajar selalu ckp goreng telor mama sedap.

nadiaizzaty said...

Air tangan ibu , mmg sedap ... Tgk anak2 akak mkn dlm gambar pun ... Jadi selera nia tengok . Sedapnyaaaa =)

SIQAHIQA said...

Air tangan ibu itu sungguh berbeza. Walaupun akak rasa biasa, anak2 tetap rasa luar biasa. Siqah tengok anak akak makan pun siqah rasa gembira :)

Mummydearie said...

Betullah tu, kak. Emak ni walaupun masak biasa-biasa sahaja, itulah yang paling sedap pada tekak anak-anak. Banyak juga lauk-pauk untuk Adik tu. Dia makan seorang aje ke?

Teringat zaman saya di asrama penuh dulu. Macam nilah gayanya emak bapak saya. Setiap hujung minggu bawa bekalan takut anak tak cukup makan di asrama. Kalau boleh outing, dah tentu-tentu bawa anak makan di tempat kegemaran. Semua makpak pun macam tukan, kak!

nohas said...

sedapnya..air cikong tu tak pernah rasa lg..mcm lai chi kang..

dulu duduk asrama, mak pak jauh, kalau nk makan sedap2, kena tunggu outing..makan kt kedai..huhu..

Fida Z Ein said...

Kak Zakie...

Banyaknya lauk...rajinnya akak masak...terasa nak masuk asrama balik lah...boleh minta mak masak banyak2 camni...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya dpt makan air tangan mama yer...adik rindu masakan mama la tu kn...:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam juadah untuk hidangan adik. Suka adik bila mama dan papa datang melawat. Tak seronok juga bila jadi celaru waktu cuti kerja dengan cuti sekolah. Terpaksa ambil cuti pula kan akak.

Kayu Manis said...

Amboiiii bersila bkn main..aunty nor lalu kat belakang kompom tak pndang dah ni...untungnya anak2
Ibu gitulah asal anak bahagia kita juga turut bahagia...kita tak mkn pu takpe...dpt tgok diorg makan pun dh satu nikmat..indah sgguh moment tu..

Malinda said...

itu la yg di katakan berkat air tangan ibu kak...macam mana mahal dan mewah pon hidangan kat luar tu namun yg mama nye masak jugak jadi pojaan...kikiki...semua sedap2 saya tengok pon terus rase lapo...nak2 si ketam2 tu merah kemahen lagi..mesti manis isinye...kikiki...saya memang peminat ketam kak jangan tak tahu :D

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kasih ibu membawa ke syurga
kasih ayah sepanjang masa..

kecur tengok lauk2.. mcm kat restoran nasi padang dah

adarnadzmie said...

bestnya kak... dpt mkn bersama-sama sambil dipuput bayu...hehe

tak panggung muka adik menikmati masakan mama tersayang...haha

aiezza.sue said...

Berselera adik makan air tangan ibu.. nikmatnya ya Allah kalau nak dibandingkan dengan hidangan di asrama.. hanya orang yang pernah dok asrama jer faham perasaan tu, :)

Mia Liana said...

wahhhhh.... sungguh menyelerakan.

mia dah buat review produk yang kak zakie berminat tu...

http://www.mialiana.com/2016/04/sr-9-formula-nak-kurus-detoks-bertenaga.html

Inani Hazwani said...

Air tangan ibu nombor satu

mrhanafi said...

macam sedap je ..dalam gambar dan keadaan sebenar lagi sedap kot

LYAfrina said...

samalah dgn lya keje swasta..ct sehari je wekend...
air tgn emak mmg terbaik..yela..dlm proses suaikan diri lg kan..

Aryan azra said...

berselera adik makan masakan mamanya tu, banyak lauk-pauk yang akak masak. hai kalau saya pun tentu seronok tu dapat makan masakan ibu.

sebagai mak pula, pasti akan sediakan apa yang anak hendak makankan

Falsya said...

Sedapnye kakak..bestnye piknik gini..dh lama xbuat..dulu kecik2 selalu la..

adianiez AIDA said...

best nyer kak. terkenang dulu aida di asrama dan di universiti.
gagah mak abah visit.
and in syaa Allah, masa aida pun akan tiba juga gini.
alahai... sedih plak kenangkan kena pisah dgn anak2.

nhhas said...

Masakan mak sentiasa terbaekkkk....

OKje said...

Air tangan ibu katanya kandaaaa.....
Rajin kanda yer, dinda malas sungguh nak masak masak kalau jalan jauh kanda...beli jer senang hihi
...Pemalas punya mak!

OKje said...

Air tangan ibu katanya kandaaaa.....
Rajin kanda yer, dinda malas sungguh nak masak masak kalau jalan jauh kanda...beli jer senang hihi
...Pemalas punya mak!