Friday, April 15, 2016

Menutup bukan membalut

Jika mahu bertudung menggunakan kain relang 60 atau 45 belum biasa, walaupun jika saiz ini biasanya agak labuh dan pasti menutup dada bila disarungkan ke kepala, tidak mengapa boleh saja lakukan step-by-step perlahan-lahan. Tetapi arus fesyen bertudung masakini kian meluas sehingga yang bukan Islam pun turut terjebak sama membeli kain tudung untuk digayakan. Matlamat tidak sama tetapi cara pemakaian itulah yang sama apabila ada setengahnya digunakan sebagai penghias keterampilan diri. Belit, pusing, lilit bila terletak nampak gah terserlah. Sehingga tidak kurang ada yang kelihatannya menggunakan tudung untuk melilit atau direbenkan pada leher, pinggang dan beg tangan yang dibawa. Cantik! kelihatan elegant.

Kittens - Macam mereka ini tidak perlu bertudung. Dosa pun tidak tercatat. Tetapi kelak menjadi saksi atas perlakuan kita 
Biar apa pun cara, matlamat dan niat dipasang kena betul. Sering ini yang aku ingatkan pada anak-anak juga. Maklumlah anak semuanya perempuan. Tutup dengan betul bukan sekadar membalut. Dua persepsi yang sangat jauh berbeza antara menutup dan membalut. Biar awalnya tidak mampu mencapai 100% matlamat tapi usaha kena ada untuk mencapai peratus terbaik. Aku sendiri pun masih tidak mampu untuk berbuat 100%. Panas di dunia pun kita sudah gelisah apa lagi di mahsyar kelak.

Panas  - Dalam bilik sudah ada kipas siling masih tidak mencukupi lalu Kak Reen membeli kipas comel ini di letak di atas meja ketika belajar di biliknya. Kalau dibolehkah pasang air-cond mahu papa pasangkan. 

~~ Perhitungan di Mahsyar kelak kita akan mendapat buku rekod untuk melihat sendiri  markah yang kita perolehi selama perjalanan di dunia sementara ini. Sungguh aku takut.~~  




33 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya pun takut kak :(

Perjalanan yg sementara utk pergi ke tempat yg kekal selama-lamanya kan, bersama amalan yg kita lakukan..

Hihihi kekadang seronok pulak macam kucing tu kan.. tiada dakwa dakwi tapi dia menjadi saksi kepada insan yg bernama manusia ni yg menjadi khalifah dimuka bumi ini..

Ye la kak..
Semakin membahang panas sekarang kan..
Pokok2 pun kena kerap siram..
Macam pokok pandan dan kesum saya dah jadi arwah dah huhuhuhu

Kakcik Seroja said...

Tutup dan balut memang banyak bezanya jika dihuraikan...

Semoga 'kita' faham. :)_

aizamia3 said...

Moga kita terus istiqamah..
Kesian dekat anak2 musim panas macam ni.. waktu malam membahang.

Nieyla Nadia said...

Salam jumaat...
Mak nieyl setiap hari akan pesan...
"manja kalau pakai tudung make sure tutup dada"Tak kisah la berfesyen pun..
kalau segi pakaian pun sama,mak selalu pesan jangan pakai pakaian yg ketat²,even dah kawen pun..dlu masa remaja memberontak jugak jiwa remaja kan..Alhamdulillah..skrg pun mak masih sudi tegur,supaya anak dia tak lalai dgn dunia..lah nie x marah dah kalau kena tegur..sebab dah matang,dah boleh berfikir baik buruk dunia akhirat.. :) TQ akk,selalu kongsi peringatan yg baik²:)

Khairul Bariah said...

saya pun risau bab2 aurat ni..
sbb diri sendiri rasa belum cukup sempurna
dalam 'menjaga' aurat.

lebih suka guna perkataan 'menjaga' dr menutup

Qhaifa Nur said...

sekarang pelbagai fesyen tudung..nak yg mudah..susah semua ada kan akak...

moga kita sendiri dpt jaga aurat...igt pesan hubby tak payah lebih2 hahaha

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

masih memperbaiki diri utk menjaga aurat dgn sempurna... moga kita trus istiqamah.. =)

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum..ya betul tu...saya pun masih berusaha...dan dah jumpa inner yang sesuai utk tutup leher...

Mar Mansor said...

setengah muslimah tak faham apa itu menutup aurat..pada mereka bila tutup sahaja sudah memenuhi syariah..kadangkala, perkara yang simple sengaja disusah-susahkan..semata untuk kelihatan anggun bergaya

babYpose said...

Peringatan yang bagus kak zakie, bila anak perempuan risaunya lain, melabuhkan kain dari kepala tu kan, itu kadang sampai ke leher, ..inshaAllah..thanks my dear sis.., comel kipas tu tak dapat lah aunty kongsi :)

Normala Saad said...

mmm.....selalu ada ingatan begini walaupun tak tercapai tahap sempurnanya.

Kayu Manis said...

Alhamdulillah pgi tdi kt sini hujan kak...
Bila kt tgh pns dpt tempt teduh semua org klu bleh nk ktmpt teduh tu..kn..bygkn kt pdg masyhr esok...tgok pd amaln kitalh nti..betapa bersyukurnya bila pns2 ada plk pokok rendang...mcm tulh nti...Allah

PetakBunga said...

kdg non muslim bertanya.. tak panas ke pakai tudung?
rasanya, macam mna panas pun...x pernh lagi sampai rasa tudung tu menyebabkan kita panas..

Sarah Talib said...

Assalamualaikum...lama x melawat ke sini.,rindu pada kak zakie

saniahibrahim said...

Selalu juga peringatkan anak2 ppuan yang 2 orang ni juga ingatkan diri sendiri tentang aurat.
Alhamdulillah walaupun tempat kita ni panas tapi boleh kata hari2 hujan kan kakzakie dibandingkan di negeri2 lain.

paridah said...

fesyen tudung beli2 mmg cantik tapi biarlah menutup semua bukan membalut macam sarung nangka hih...hih tapi biarlah org2 muda bergaya bila dh berusia cam kak ni nak tudung mcm telekung mini je...

Aziela said...

Dan saya selalu tak faham kenapa ada yang pakai tudung, tapi baju lengen pendek sampai ke ketiak. Pakai tudung, tapi kita pun malu memandang dadanya...Na'uzubillah. Maaf, saya lantang sedikit hari ni.

Rosdi Eunos said...

Kadang kala, bila di pesan sebegini ... rasa masih terlalu banyak yang belum cukup untuk bekal di sana kelak

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...pesanan buat kita semua...:)

ohpanduan said...

Bertudung bukan untuk bergaya. Tetapi untuk taat perintah Allah SWT. Semoga Allah SWT bagi taufik kepada semua wanita bertudung ke arah ini. Bukan sekadar tudung.Tetapi bertudung untuk sukaan Allah SWT.

Mummydearie said...

Betullah, kak. Itu yang saya dok mengomel. Komplen tetap komplen tapi lepas tu dok teringat macam ni punya panas pun dah tak tahan, macamana kalau matahari sejengkal aje atas kepala? Aduhai...

Sekarang ni ramai yang bertudung sekadar fesyen. Itu yang kita selalu nampak kalau kita tegur tak tutup aurat, katanya dah tutup. Kalau kita kata tak sempurna, katanya itu urusan dia dengan Allah. Kita nak sibuk apa ke halnya! Susahkan ...

Acik Erna said...

assalam Kakzakie..acik dari dulu memang ketinggalan tang tudung ni..tak ikut fesyen lansung..tudung acik tetap la yang 4 segi dijahit tengah untuk memudahkan acik pakai.dulu2 beli kain buat..tapi sejak adanya orang jual tudung 4 segi acik dah tak buat sendiri..susah jugak nak dapat yang bidang 50 ke 52..kalau 45 acik tak mau sebab rasa kecik..Alhamdulillah masa ada orang jual..

wahida said...

saya pun ada kipas comel kat ofis ni...sbb walaupun duk dlm ekon, tetap la saya rasa panas...huhu..

tq kak atas peringatan ni...

OKje said...

Satu nikmat bagi kita sebagai ibu bapa bila punya anak pompuan yg tak payah disuruh utk menutup aurat, mereka dah tau tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah, kan kanda.... Moga akan ada pembaikan dari semasa ke semasa...Yg penting istiqomah...

Cuba kanda dengki kitten tu kanda, tudungkan dia hihi....pandai tak dia bukak

nohas said...

peringatan yg bagus..mcm2 jenis tudung ada di pasaran..

fenomena hijabistar - semuanya nak glemer, walopun kdg2 memenuhi kriteria tapi berlebih-lebihan, dgn kaler, hiasan2 liplap2..meewujudkan tabaruj..

simple is nice...semoga kita istiqomah dgn cara syariah compliance..

Nor Azimah Ali said...

Mmg berbeza, perlu diberi faham dan mau pula memahami matlamat bertudung sbg menutup aurat sa u perintah wajib dr Allah..

Nor Azimah Ali said...

Mmg berbeza, perlu diberi faham dan mau pula memahami matlamat bertudung sbg menutup aurat sa u perintah wajib dr Allah..

makchaq said...

Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayahnya..

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah kak zakie..semoga anak2 menjadi insan yg solehah..

Anonymous said...

memang sangat panas. kerja di site hanya marah bertimpa-timpa even perkara kecil. dugaan.

Puan Kutu said...

betul tu nak berubah ni kadang2 perlu perlahan2..Semoga kita berubah kearah yang lebih baik.menutup bukan membalut

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Terima kasih atas ingatan menutup bukan membalut. Yalah, kadang-kadang ada yang terkeliru di antara menutup dan membalut. Sehinggakan menyangka membalut itu sudah menutup. Banyak contoh yang boleh dilihat zaman ini. Kadang-kadang tu rasa lucu pula, tetapi dalam masa yang sama rasa kasihan pula...Demikianlah peri pentingnya ilmu pengetahuan dalam melakukan sesuatu.
Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah dalam menempuh kehidupan yang serba "tidak patut ini.."
Allahu al-Musta`an.

PeRdU cINta said...

Setuju sangat kak...nak berubah kepada jebaikkan perlahan-lahan...yang penting berterusan...lillahitaala..semua yang hidup ada tugas masing-masing..
*kak,,semakin gebu gebas kittens akak...*